akum semua...kembali kita bersiaran di dalam blog akak yang tidak lah semeriah dan sevogue blog kak teh atau lebih dikenali sebagai kasandra ataupun mr firde...oh ye ...sekarang nie dah raya yang ke 3, so apa aktiviti uols semua? meriah kah raya lagi? akak sekarang nie barulah boleh meng online di kampung sebab kakak dah balik kampung sambil membawa lap top nya ...so tengah tengah tak der kerja nie, so online lah jap


terus akak ke blog adik beradik...yup sampai sahaja di blog mr firdee..memang akak ketawa sensorang..wah hebat sekali blog mr firdee sekarang nie..dihiasi dengan gambar gambar yang cantik dan menarik serta penggunaan bahasa yang santai dan kelakar..sukerrrrr sangatt baca blog mr firdee sekarang nie...tahniah uolsss....kelakarina ( dah past tense yer...tak begitu manap)


oklah sekarang akak nak cerita pengalaman hari raya akak yer..mungkin lah entry ini sangat panjang dan kalau membosankan...tak payah lah baca.....kalau rajin baca..bacalah uols.....nanti ada kuiz di hujung rancangan nanti yer...oklah akak nak mulakan cerita akak nie di hari raya yang pertama ok tak?


hari raya pertama 20 sept 2009


akak bangun dalam pukul 7 00 pagi ..itu pun setelah ayah dah mula bising yer...rasa mata akak nie macam di gam dengan gam gajah yer...ala ala gam UHU gitteww.mana taknya uols, semalam adik akak janji nak balik kampung dalam pukul 12 00 malam, akak pun pose pose lah tunggu dia...tup tup kul 3 pagi baru sampai kat umah pandanjaya...akak pun bawa buffy sekali raya di batu kikir...boleh lah buffy menyedut udara yang segar di batu kikir yer....nabile pulak bawak arnab yang akak berikan padanya...ada 2 ekor haiwan yang akan beraya di kampung yer...penuh lah tempat duduk belakang kereta adik akak dengan haiwan ....


so kami sampai di kampung dalam pukul 5 00 pagi...perjalanan 2 jam sahaja...jalan pun tak jam...sampai sahaja kampung, kami lihat macam tak der apa apa pun persiapan...tak paham...nie raya ker apa....langsir tak berganti pun...rumah tak kemas pun....hanya nampak lampu lip lap lip lap sahaja yang ber lip lap di luar rumah....tapi malas nak pikir sebab kami semua memang sangat penat....ayah dan mak tersenyum bila nampak kami balik ..yang penting ada bawak 2 ekor haiwan sekali yer...pening lah kepala mak aku tengok ada 2 ekor haiwan


dalam pukul 5 30 pagi akak dan adik klang akak atau lebih dikenali sebagai aboy nie mula tido. nabiela sibuk bermain dengan buffy sebab nabiela terkesima dengan kevoguean si buffy...si buffy pulak macam huru hara ajer akak tengok ..mungkin pertama kali menjejakkan kakinya di kampung....kul 7 pagi dah kena kejut...dan masa tu lah mak dan ayah suruh kami berdua pasang langsir lah , isi kuih kat balang lah ..dan macam macam lagi .memandangkan raya tahun nie adik beradik lain tak dapat cuti serentak , maka kami berdua bersama dengan nabiela akan berjuang untuk melayan tetamu yang datang......dah ayah dan mak beritahu, raya tahun nie kami akan balik seremban lewat sikit..mungkin raya ke 4 kot....


awal awal lagi mak dan ayah bagitau, tahun nie kami tidak akan pergi ke mana mana sehingga raya ke 3...uiiii...nie raya ker apa nie..akak dah mula sentap..terpaksa lah akak dan adik akak menjadi oshin di rumah nanti....mak dan ayah bagitau, saudara masa akan datang dan senang nak beri kat jemputan kahwin aboy nanti...wah kelas kan.....dalam keadaan yang ting tong itteww...akak mencadangkan supaya mak dan ayah sewa jer satu van, pastu biar akak kepitkan sore akak beritahu satu kampung yang adik akak nak kahwin, tak payah nak tunggu kat rumah..namun cadangan akak hanya mendapat jelingan tajam dari ayah yer...gulpppp...


dalam pukul 8 pagi lebih akak menerima banyak sms dari adik beradik keluarga 69 yang tercinta, kak teh bagitau yang dia sedang bersiap siap nak pi sembahyang raya..akak minta dia hantar kan pic mms kepada akak ..nak tengok dia pakai baju melayu tu..mestilah handsome..kak teh bagitau tak der sapa nak ambik gambar dia...tak perlah...akak paham...ada jugak adik beradik yang lain, kak rihanna, daylan, hamieko, kak nor, hans, kak farah dan amy...motif si amnatussshima tak sms akak...akak tahulah kau cantik shima....kau memang dah pegang kawasan pandan jaya....tapi takkan tak leh balas sms kak ngah kau.....sob sob sedih tau.....kak su buat macam tu.....


akak pun pi sembahyang raya dengan aboy dan ayah, nabiela pulak tinggal dengan neneknya di rumah sambil menjaga buffy dan cik nab nya...akak rasa macam tak sah ajer sembahyang sebab lepas akak ambik wuduk, terus akak sapu revlon 14 petala di muka akak..so akak nak tanya lah pada para pembaca...sah ker kalau kita sembahyang dengan revlon 14 petala di muka..kalis air katanya...dengan muka yang gomak akak melangkah ke surau...gitewww lantak lah malas nak layan dah...gomak pun gomak lah......


lepas sembahyang ayah suruh kami pi kubur, ayah tak larat sebab sakit pinggang..sian pulak kat ayah..yelah ada sakit kencing manis dan darah tinggi kan...buah pinggang pun macam tak stabil ajer..so kami berdua pun pi lah kubur..tiba tiba rasa insaf bila sampai di kubur nyer...sekejap lah tu insaf nya kan..pastu ..bila dah ku kik ku kik dengan adik beradik...terus lupa keinsafan ittew...so semua dah setel kami pun balik kat rumah


hah dari jauh ...ternampak deretan kereta kat halam rumah ..omak aiii deretan keta katanya..tak der lah dalam 4 buah kereta di halaman rupanya...diaorang nie ada dapat kad jemputan raya kah..awal awal dah sampai...tak paham akak..diaorang nie tak pi sembahyang raya kah? tak pi kubur kah? panas jugak hati akak masa tu..tapi buat muka muka ceria....salam semua tetamu..entah mana satu lah anak pak lang lah..anak pak ngah lah..saudara pahang lah...saudara juaseh lah..ontah..den pakai salam ajer lah....sempat akak mengambil gambar tetamu yang datang dan meng mms gambar tersebut kepada adik beradik yang lain yer......


memang ramai raya yang pertama...emak dan ayah pulak sibuk dengan promote adik aboy nak kahwin katanya...nie bab yang paling aku takut...bila diaorang tahu aboy nak kahwin semua mata tertumpu pada ku..sedang aku sibuk membuat air sirap ...ada mulut mulut yang tak der insuran bertanyakan bila pulak aku nak kahwin..siap kasi nasihat tu..wah wah suka ati aku lah bila nak kahwin ...sebab terlalu geram aku sempat meng sms adik beradik yang lain...mengadu...ramai jugak yang balas sms tersebut ...ada yang kasi semangat...ada jugak yang suruh melahar semula kan......tak begitu en manap.....


kalau nak ikutkan hati mau ajer aku mengaku aku nie suka lelaki...tapi karang pengsan pulak mak dan ayah aku dengar ..mesti kena pulau kami sekeluarga nanti, tak do pulak orang datang kenduri adik aku nanti pulak kan........sian pulak....bak kata akiko...." alah uols...tunjuk ajer gambar jantan jantan dalam phone u kat diaorang....." kelas sangat dengan nasihat yang akiko berikan....akak membalas" yup...rasanya macam nak tunjuk ajer..pastu minta dia orang pilihkan yang mana satu kan....." hehehehhehe


untuk menggelakkkan lagi pertanyaan demi pertanyaan, akak mengajak nabiela menolong akak membasuh pinggan mangkuk di belakang rumah...yes..itu sahaja yang boleh aku buat untuk melarikan diri ..malas nak jawab pertanyaan yang menggores jiwa gittewwkan..so aku sempat mengambil gambar aku membasuh pinggan mangkuk dengan nabiela ...sekali lagi aku menghantar gambar mms kepada adik beradik...motif sangat kan aku nie ...ambik gambar pastu kasi kat adik beradik yer.....banyak jugak yang kami kena basuh....tapi nabiela nie sangat rajin tau.....


dalam pukul 3 petang kawan aku dari melaka datang ke kampung ...yay happy lah aku masa tu..tak sangka pulak dia boleh datang sebab kan, ingat dia tak dapat datang..tapi dia rasa macam bosan sahaja kat melaka, sebab mak dia pergi perak, so dia datang singgah kat umah aku..tapi dia macam penat. mak dan ayah pun dah kenal dia pun , jadi tak kisah kalau dia datang, ayah lah yang paling happy bila dia datang..dia pun makan...dan berehat sekejap kat bilik aku.....


orang semakin ramai datang....seperti dah ada kad jemputan suruh datang beraya..aku dan aboy pun macam dah penat...dah lah tak tido cukup. pastu kena buat kerja....tetamu datang pulak tak reti reti nak ke rumah lain..lepak lama katanya.....tak perlah raya lepas aku basuh pinggan , aku terpaksa menolong aboy di ruang tamu....raya kali ini saudara mara dari sumatera indonesia pun datang jugak..memang sorang pun aku tak kenal ...ada yang muka macam indon betul.... ada yang ok jugak lah..ada yang dah kerja di malaysia.....oh baru aku ingat, arwah datuk memang asal dari sumatera indon....inilah kali pertama aku dapat berjumpa dengan dorang...


jam dah menunjukkkan pukul 4 petang.....masa tu dah ada tetamu yang beransur..aku dan aboy lega juga...boleh lah kami rehat..mak dan ayah sibuk menyuruh kami memasukkan kuih ke dalam balang yang kosong...aku dapati kuih raya dah semakin sedikit...aku beritahu pada aboy, dan aboy beritahu, kalau tak cukup nanti kami semua akan pergi ke bahau untuk membeli kuih raya.....kawan ku pun dah bagun jugak. dia dapat tido 1 jam pun dah ok...dia dan nabiela sibuk melipat kad kahwin aboy...bergabung tenaga katanya.....


kami terlelap sekejap, dalam pukul 5 30 petang, datang pulak saudara mara belah ayah pulak, kami semua terbangun, ada seorang budak tu macam takut takut nak salam dengan aku..motif kau takut..kau tah ker aku nie suka jantah kan? lah patut lah uols, rupanya dia nampak bintik bintik hitam kat muka aku...revlon 14 petala dah habis kuasa...seperti otromen habis power...aku malas nak oles lagi..aku dah nekad, biarlah muka aku macam nie..malas lah uolsss..bukannya aku nak kuar mana mana pun....sekali lagi isu aku tak kahwin menjadi perbualan jugak, ada sorang uncle aku tu, siap panggil aku duduk depan dia dan tanya aku...sambil diperhatikan oleh tetamu yang lain..apa kau hengat ni rancangan nona kah..atau bersama mu tibi 3 kah..kelas kau kan jadi pengacara..masa dia tanya akak tu, akak rasa macam nak silang kaki seperti adik beradik 69 lakukan.....akak silang ajer..sambil pose pos menjawab soalan uncle akak...kawan akak jugak pun busy melayan tetamu yang datang...dan ada jugak yang heran dengan kedatangan kawan nie, tetamu ingat , dia nie anak angkat keluarga kami.....


aku dah kasi pelbagai alasan untuk menyelamat kan diri ku....ada jugak makcik makcik yang offer anak pompuan dia kat aku..apa kau hengat aku nie tak leh cari awek kah...weiiii..no hal lah nak mengurat awek, walaupun aku ni jalan lenggok sebatu pun dah nampak, boleh ajer ngurat awek nie...( cayer kah ) dan tetamu pun berlalu pergi...lega lah sikit...nabiela pulak sibuk nak pasang pelita kat halaman rumah..aku pun pergilah pasang pelita..cantik pulak.....so aboy dan kawan pun pergi sembahyang dulu....aku pulak pose pose pasang pelita.....kami bercadang nak pi beli kuih raya kat pekan bahau ...


selepas aboy sembahyang..kami bertiga pi beli kuih raya lagi, nabiela pun ikut sama jugak....jenuh jugak carik kuih raya nie....tiba tiba dapat panggilan dari kek teh ...yay...kak teh bagitau yang dia nak ke kl...dia tak tido kat kampung nyer kat perak...kelas kak teh kan..biasalah ,...dia bukan mengada ngada..memang perangai dia macam tu...kalau dia tak selesa...dia takkan pergi...memang dia macam tu..kalau dia tak nak...memang dia tak nak lah..jangan lah paksa paksa.....


kami hanya dapat 5 jenis sahaja kuih raya...rasanya dah cukup kot, kami balik ke rumah...lah ada lagi ke orang datang...yup ada ...ada 2 buah kereta...bila masuk aku bersalam dengan tetamu dan pose pose keluarkan kuih yang di beli tadi .....mak dan ayah pun cerita lah pasal aboy nak kahwin, sian pulak kat mereka, setiap kali orang datang, mesti ayah dan mak cerita benda yang sama.....baik mak dan ayah rakam ajer kat kaset, pastu bila oarang datang, kita putarkan sahaja...tak payah cakap berulang ulang kan......


aku malas nak layan kalau orang tanya pasal kahwin nie kan..so aku pun buat buat busy tengok tibi ajer...entah apa apa lah cerita raya nie kan..tiba tiba ada saudara aku suruh bukak channel sport, ada MU lawan malam nie..so aku teringat si dia yang minat dengan pasukan MU ...terus aku mendail nombor..yup ..dia pun tengah tengok bola katanya...erm MU menang...4-3 ..kalahkan MC ....terdengar sore yang ceria di hujung talian...hilang sikit rindu ku padanya.....giteww tetap memondan katanya......


dalam pukul 10 malam nanti aku nak ke melaka sekejap..pi beraya umah kawan.....lagipun kawan aku dah sampai kat rumah aku pada petang raya tu..dia pun banyak jugak menolong aku semasa aku melayan para tetamu..mak dan ayah kata ok, tapi kena balik esok jugak ..aku tak kisah, lagi pun dari kampung ke melaka bukan jauh sangat lah.....


itu sahaja lah yang aku nak cerita pasal hari raya pertama yer...bosan kah cerita akak nie...tak tak per..nanti akak cerita pukla pasal raya k 2 dan ke 3 nanti yer..itu pun kalau rajin lah kan...nak update..oklah nak pi makan dah nie...lapura laupun......dah kurang sikit orang datang raya ke 3 nie.....leh lah rehat sikit kan..teringat kat adik beradik yang lain..apa lah yang diaorang buat sekarang kan?