akum semua...apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira disamping orang yang tersayang yer..akak sekarng nie dah sihat ...yelah sejak kena demam campak rina atau dikenali sebagai chicken pox itteww....tak sangka yer...dalam usia yang mencecah 33 tahun sempat lagi katanya kena demam tu...
begini ceritanya, pada tanggal 29 hribulan ogos yang lalu, akak mengalami demam yang tidak menentu...kejap kejap demam, lepas tu sihat, lepas tu demam balik..ingatkan kena buatan orang pulak kan..manalah tahu ....so akak pun heran jugak, tapi pada pagi 30 haribulan semasa seluruh rakyat malaysia sedang sibuk membuat persiapan untuk menyambut hari kebangsaan, akak pulak tengok kat badan ada satu bintik besar yang berair...akak pun tenung lah bintik tu lama lama...
dalam fikiran akak, sah sah nie kena buatan orang nie kan...gittew...sangat kampung yer fikiran akak masa itteww...ada aja benda yang pelik pelik, terus akak ingat kena buatan orang yer...tak larat kan.....so akak pun bertanya kepada kak pah..kak pah beritahu mungkin kena demam campak, dan menasihatkan akak supaya pergi membeli air kelapa....akak tak yakin kena demam campak.....
akak dengan muka tak malu, kira kira dalam pukul 2 petang terus ke kedai mamak kat belakang rumah membeli air kelapa...terus minum..tak sampai 2 jam..hah ambik kau satu demi satu campak tu keluar dengan banyak sekali. mula mula dia serang kat muka uolss..dah macam katak puru muka akak masa tu yer....bear besar pulak tu...hish.....dah mula risau...banyak pulak tu bintik bintik yang berair..habislah muka akak masa tu......
kemudian , campak tu menyerang ke badan akak yer..aiyooo..akak dah mula seriau...terus talipon kak nor, dan dengan baik hatinya kak nor telah memberi pelbagai petua yang sangat berguna yer..kepada adik beradik 69 yang mengalami penyakit pelik pelik sila menghubungi kak nor untuk mendapatkan petua, nasihat dan apa sahaja yang berkaitan dengan ilmu hitam yer..opsss kak nor...
pelbagai pantang yang akak kena ikut, macam macam nasihat yang orang berikan ..diantaranya akak tidak boleh bau orang sedang menggoreng dengan kata lain akak tidak boleh lagi pose pose di kedai makan ambil mengurat jejaka dari thailand. kedua, akak tidak boleh makan benda benda yang gatal, sedangkan akak seorang yang boleh kategorikan gatal jugak..hikhikhik...ketiga, akak tidak boleh tengok cermin ...( nie petua kak nor yer)..ke empat, akak tidak boleh makan benda denda yang bergoreng...yang ke lima...akak digalakkan tidor di atas daun pisang ( nie jugak petua kak nor yang sangat mistik yer) ke enam..akak diminta mandi dengan air beras ....dan macam macam lagi lah yer...
memang sangat sakit bila kena demam nie..mula mula akak hanya bertahan dengan minum air kelapa sahaja, tapi gatalnya..ya allah..tuhan sahaja yang tahu ...akhirnya akak pergi jugak ke klinik...erm makan ubat klinik ..alhamdulillah ada kurangnya , yang penting akak tak mahu gatal gatallah .....sebab tak boleh garu pulak..masa tu sangat gatal yer... hazoba sangat...dan yang penting tak silap akak, 5 hari akak tak mandi berturut turut yer.....
masa akak sakit tu, ramai jugak yang datang menjenguk, atika , suhada, pian, kak pah, kak gemok, dan beberpa lagi pekerja jaya tomyam yang datang membawa makanan...terima kasih yer...terima kasih juga pada akiko yang tiap tiap hari datang berbuka puasa di rumah ( berbuka mengikut masa sarawak yer..hem hem paham paham ajerlah ek...ampon akiko...) kepada amy jugak yang datang melawat..kepada kak nor yang banyak memberi pantang larang pun akak tidak akan lupakan juga, kepada kak teh, adik akak yang bekerja di genting terima kasih atas support yang yang di berikan, tidak lupa jugak pada kak farah yang tiap tiap hari sms bertanya keadaan kak long * sob sob sob* dan kepada semualah yer..tidak lupa juga dengan jejaka yang datang ke rumah akak tiap tiap pagi semata mata untuk menyapu ubat gatal dengan berus auw....sukalah akak nie...
bekas hitam tu masih lagi banyak lagi kat badan akak nie..hish malunya tengok badan macam nie..entah bila lah nak hilangkan..akak risau betul lah uols..kat muka apatah lagi...dah tak laku akak sekarang nie..kalau nak keluar terpaksa tampal muka akak nie dengan revlon 14 petala....ahah ambik kau....double katanya..nak wat cam ner..kalau tak nampak lah bintik bintik hitam kat muka akak nie kan..malunya uols...kat tangan tangan pun banyak nie..kalau keluar asyik pakai baju lengan panjang sahaja nie.....
oklah uols...itu sahaja yang akak nak cerita pada entry akak yang ke 300 nie kan...dah lama tak tulis dalam blog..slow ajer akak sekarang nie...