akum semua..hai uols..apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat yer..so kembali semula kita bersiaran di blog akak yer..sekarang ini jam menunjukkan pukul 2 22 pagi yer, akak baru sahaja sampai di cyber cafe pandanjaya nie..pergh ramai sangat orang kat sini yer, budak budak str8 yang main games ...bising sklas tak larat lah akak...dah ler muka hazab....

kelas gittewwkan akak sempat melaser diaorang yer....boring lah uols sebab tinggal sowang sowang..pastu kawan kawan dari thailand tak sampai lagi..bercuti katanya ..so akak menghabiskan masa di cyber cafe sambil melihat blog kenkawan atau adik beradik 69 yang semakin hari semakin vogue yer..apatah lagi blog hans sekarang ini semakin menyengat skals ..akak memang sangat sujud sekarang nie...

sebenarnya akak menunggu blog kak farah, firdee , hans atau kak donna yang ingin mengulas mengenai open house nie, namun..sampai sekarang ini masih belum lagi keluar dalam blog mereka...so akak mengambil keputusan untuk bercerita lah serba sedikit....walaupun akak tahu dalam blog akak nie gak der gambar bagai sebab akak tak pandai nak masukkan gambar itteww yer...tak per akak yakin dalam blog yang akak ada sebutkan tadi, mesti ada gambarnya nanti..so uols tunggu ajerlah yer...

oklah pada hari sabtu bersamaan 26 sept kami semua adik beradik 69 telah bercadang untuk mengadakan rumah terbuka sempena hari raya ....cadangan nie pun timbul semasa kami berada di Q bistro..pada asalnya kami bercadang nak buat hari ahad, tapi memandangkan nanti ada yang letih sebab kerja keesokkan harinya, jadi kami semua mengambil keptusan untuk buat hari sabtu...

setelah semua bersetuju, kami pun bergerak untuk menempah lemang di bandar tasik selatan , kami menempah 7 batang lemang dan juga rendang ....dan kami telah memberikan tugas kepada adik beradik..akak mengambil keputusan untuk tido di rumah akiko ..sebab nak tolong dia buat kek batik katanya....

malangnya kek batik tu tak jadi dibuat ...tup tup ada kek lain pulak yang muncul....kami tempah ajer kek untuk firdee, kak nor dan juga wan..terus akak , hamie dan akiko menuju ke lumayan..akak risau jugak sebab jam masa tu menunjukkan pukul 7 45 malam, sedangkan party akan bermula pada pukul 8 malam..dah ler lemang merupakan makanan utama masa parti itu nanti....

kami bertiga terus naik ke lumayan...kami dapati firdee dan shima tengah sibuk menghidangkan mi gorang di atas meja...mana datangnya mi goreng tersebut yer, sedangkan kalau ikut perancangan tak der konsep memasak bagai kan...? misteri sangat. akak , hamie dan juga akiko busy memotong lemang..lah abang tu lupa nak potongkan buluh tersebut, dengan kudrat women yang ada, kami pun cubalah memotong buluh tersebut

kak farah pun sibuk di dapur ...bising sungguh mulutnya skals...sangat garang..tak mahu lah datang lagi kalau macam nie, kami minta kak farah pi mandi dan bersiap .....sebab tuan rumah belum siap lagi sibuk dengan persiapan makanan.....so dalam pukul 8 15 datang 2 orang tetamu yang akak tidak kenali....kawan kak farah rasanya kan...mereka pun malu malu....si tushee dah siap...chantek lah tushee malam tu..wan pun dah siap...kemudian firdee dan kaka farah serta hans..semua nya segak dan chantek berpakaian baju melayu...

satu demi satu kumpulan dah tiba...alhamdulillah nak kata ramai tak jugak, nak kata sedikit pun tak jugak...tapi sangat berpuas hati lah dengan sambutan kali ini..... lagi pun kalau ikut perancangan kami tak jemput ramai pun...yang dekat dekat ajer lah kan....tapi malam tu cuaca agak panas sedikit..dah ler kami berbaju melayu pulak..pergh sangat panas..jadi beberapa orang tetamu mengambil keputusan untuk keluar lepak sambil menghisap rokok ....mulalah sessi bergambar bagai..erm kalau tak bergambar tak sah yer....

macam macam gayalah ..yang paling kelakar gaya di lif itteww ..sangat ceria sekals mereka tu....nas dan aleem yang paling sporting..dah ler handsome serta cute, baik pulak tu ...giteww kan....si hans pun asyik bermanja dengan nas..sesuatuh sangat.. nak rasanya mengadu kat kak farah tau......tuan rumah iaitu firdee dan kak farah tak jemu melayan tetamu yang datang....walaupun panas, tetap maintain chantek katanya...

malam semakin ke penghujungnya, tetamu pun nak pulang ke rumah ..so kesempatan ini diambil oleh kami adik beradik untuk berkumpul dan makan pulak..yelah tetamu kenalah hormat, so kami beri tetamu makan dulu kan, kemuadian barulah kami pulak yang makan kan.....so kami tetap ada sessi bergambar untuk keluarga 69

kami susun kerusi di depan, maka duduklah akak, kak farah, kak nor dan firdee , manakala amy, am, akiko dan hamie berdiri di belakang..macam macam pose yang ada..kami jugak bertukar posisi pulak masa tu..meriah skals...lepas tu ada sessi minta maaf dari adik beradik 69 nie kan......giteew katanya.....tapi biaslah kami nie, tak sampai 1 minit minta maaf , terus kuiz lahar ria bergema semula....kelas kan uolssssss

tiba tiba akak dapat panggilan dari seseorang, so akak keluar dari lumayan , malas nak cakap dalam rumah, takut bising pulak, tak dengar, akak terlupa nak pakai selipar ..so berkaki ayamlah akak di luar rumah tu..mestilah tapak kaki hitam giler...kotor..akak masuk semula ke rumah...sambil baring baring si syikin tegur kaki akak hitam , apatah lagi kak long betul betul berada di depan akak..kak long suruh basuh kaki tu, akak degil tak mao sambil mengeselkan tapak kaki di lantai...

oleh sebab dah tak tahan dengan perangai akak nie yang agak melampau, kak long macam dirasuk hantu..terus ke dapur mencari buluh untuk menghambat akak...dengan cepatnya akak berlari sambil menjerit jerit masuk ke bilik air..kak long tidak putus asa...mengejar akak sambil meukul lemang di tepi almari yang terletak di luar bilik air..adik beradik yang lain semuanya tertawa dengan perangai kami berdua..akak tak ambik hati pun..kelakar lah uols..

akak baring semula..sambil mendengar cerita rihanna yang akak rasa sangat kelakar sekali...rasanya kak nor dan rihanna memang ada bakat masuk raja lawak lah..si nas aleem dan yang lain mendengar sahaja..si hamieko yang paling seronok sekali mendengar cerita rihanna ..cerita mengenai tushee yang hilang dara akibat tergoda denga gula gula lolipop....harus cerita itu bertanding dalam filem keluarga 69 yer...

tiba tiba akak rasa haus, so pi lah buka kotak air soya, rupa rupanya, perbuatan akak nie di perhatikan oleh kak nor dan akiko yang cuba mencari kesalahan akak supaya dapat mengadu kepada kak farah...yup..betul sangkaan akak, sebaik sahaja, ada air soya yang tertumpah, maka kedua dua nya mengadu pada kak farah..kak farah tidak cakap apa apa..hanya perlu menjeling sahaja..seperti lipas kudung akak pun mengambil kain buruk mengelap titisan air soya tersebut..ishhhh ...

tiba tiba kami nak pi main boling pada keesokkan harinya, maka format pertandingan miss universe di ubah, dari individu di tukar kepada kumpulan atau pun double...so kami mencabut undi bagi menentukan kumpulan masing masing. pada awalnya kumpulan boling adalah seperti berikut, kak farah dengan kak rihanna( tak jadi sebab rihanna tak datang masa pertandingan digantikan dengan akiko)...hans berpasangan dengan wan sarawak ( kekal sebab mereka beri komitmen), akak berpasangan dengan tushee( kekal jugak), kak nor berpasangan dengan firdee( pun kekal jugak) amy akan berganding dengan hamie( kekal yer) dan aleem akan berpasangan dengan akiko ( tak kekal sebab aleem keracunan makanan ..cayer kah ?)

akhirnya semua orang beransur pulang...akak pun dengan akiko balik ke bts dalam pukul 3 30 pagi , firdee yang hantar dan ditemani oleh wan.....terima kasih lumayan yang selama ini menjadi port adik beradik 69 bertandang makan...buka puasa pun lumayan, mendobi pun lumayan, mana mana besday pun buat kat lumayan....bayangkan tanpa lumayan..siapalah kita kan ...sob sob sob......apa apa pun pada kak long janganlah garang sangat takut arrrrrr..kalau ada yang tertinggal dalam cerita ini, maaflah akak tak boleh semuanya secara terperinci...nanti dah jadi novel lah pulak kan.......