Akum semua
Apa khabar? Sihat…..alhamdulillah kalau para pembaca di luar sana sihat yer. Akak di sini pon sihat gak, sekarang dah masuk raya yang ke tiga bukan? Bagaimana sambutan hari raya yer? Ok tak?
Oklah kali ini akak nak ceritakan pengalaman akak di hari raya pertama ….. buat pengetahun para pembaca akak dan seorang lagi adik di klang bercadang tidak mahu beraya di kampong. Sebaliknya kami akan beraya di kl sahaja. Jadi akak pun tak buat lah apa apa persiapan untuk menyambut hari raya , persiapan yang ala kadar sahaja.
Walapun telah di pujuk oleh adik beradik yang lain, akak dan adik lelaki di klang@ lebih senang akak tulis namanya aboy lah yer, tetap berkeras nak beraya di kuala lumpur. Mengapa tak mahu balik beraya di batu kikir, kuala pilah? Ermm, adalah sebabnya dan akak tak mao arr citer dalam blog ni yer.
1 oktober 2008 7 00 pagi
“Akum alang dan aboy, tak mahu balik raya ker. Ayah dah menangis bila 2 orang anak lelaki nya tak balik …balik lah kesian kat ayah dan mak yer” sms yang akak terima dar adik pompuan akak yang sudah berada di kampong.
Masa tu akak baru nak tido lite lite ajer lah, terus berderau darah akak. Tak keruan dah, rasanya, hilang rasa mengantuk masa tu. Terus sms adik di klang
“aboy, tak nak balik ker? Dapat tak sms dari ateh di kampong?” sms akak terus ke adik yang berada di klang.
“sorry, aboy tetap tak nak balik yer….” Ringkas tapi sudah cukup menunjukkan aboy memang berkeras tak mao balik kmpung.
Terus akak bum bum balik, tapi tak leh. Teringat mak dan ayah di kampong. Tak pernah kami berdua tak balik raya , sedangkan kalau hari raya, kami lah berdua yang paling membuzy kan diri menolong mak dan ayah.
1 oktober 2008 8 30 pagi
Salam lang, siap sekarang . Kita balik kampong . Aku tak tahan , rindu kat mak dan ayah” maka huru hara lah akak bersiap di rumah daylan. Nasib baik masa tu akak ada bawak baju melayu berwarna coklat. Memang tema kami tahun ini warna coklat yer.
Aboy pun sampai, terus akak pelok dia. Dia menangis teresak esak, suaranya macm dah hilang. Tak tahu napa? Tak berani ni nak tanya,
“napa last minute nak balik” akak tanya
“ aboy baca yassin pagi tadi sebelum nak pi sembahyang raya, tiba tiba aboy rasa rindu sangat kat mak dan ayah . lepas sembahyang raya, terus sms alang ajak sama balik kampong “ jelas aboy dengan suara yang tersekat sekat.
Dalam perjalanan, kami tidak berkata kata. Suasana bungkam. Masing masing melayan perasaan hanya di selang seli dengan sedu sedan sahaja.
1 oktober 2008 10 30 pagi
“nak dekat sampai nie, berdebar arr” kata akak pada aboy
“kita rileks okay” pujuk aboy
Sampai ajer di halaman rumah, terus mak dan ayah kami keluar. Terpancar kerinduan di sudut mata mereka, maklumlah kami tak balik masa bulan puasa jugak.
Terus mak dan ayah memeluk kami, masa tu hilang rasa malu , menangis kami dibuatnya. Adik dan akak akak yang yang lain pun sama, masing masing tak dapat menahan kesedihan. Ya allah, sucinya hari raya ini….
Sebagaimana seorang ibu, sudah pasti akan menyediakan juadah yang terbaik untuk anak anaknya. Terus kami adik beradik makan semeja dengan penuh selera sekali, melupakan segala yang berlaku seolah olah tiada apa yang berlaku. Mak dan ayah makan sekali, diaorang pun penuh selera makan, mugkin kerinduan selama ini telah terubat yer…
Moral dari cerita ini ialah sebagai seorang anak kita haruslah menyayangi kedua dua ibu dan bapa kita sementara mereka hidup di dunia ini, luangkan masa untuk menjenguk mereka. Sekiranya ada perselesihan faham, elakkan dari perasaan ego menguasi diri, dan ingat lah pada orang yang tersayang
1 comments:
Hai..
Rasanya dah lama x singgah blog cikgu ni, ni plak baru wan bukak and baca.. dis entry make me cry, xtahu feeling kot.. but it's good decision balik beraya dengan parents.. dah 12 tahun setiap kali raya wan xdpt cium tangan my mom, sbb beliau dah lamer pergi.. jadi hargailah setiap saat selagi idup.. selamat hari raya cikgu..
Post a Comment