akum semua...hai ...kembali kita bersiaran di blog akak yang semakin hari semakin mencuba meraih undi peminat memenangi pertandingan blog adik beradik 69 yer..kepada pembaca yang tak kenal dengan keluarga 69, sekali lagi akak minta maaf lah sebab asyik bercerita mengenai keluarga 69 ni jer kan...famouskah keluarga 69 nie uols? famous lah hikhik...tak per nanti akak selitkan cerita cerita lain lah pulak kan...
seperti biasa , aktiviti di hujung minggu adalah tertumpu kepada aktiviti riadah yang mampu mengeratkan tali silatulrahim adik beradik kami nie ..lagi pun kami menyahut seruan kerajaan iaitu bersukan demi memajukan sukan negara disamping memberi keuntungan kepada pusat boling ampang point yang bakal di beli oleh salah seorang adik beradik kami nanti ....gitewww..yelah kalau pikir pikir balik, sekali main kadang kadang dah mencecah rm 200 yer, apa kata kita kumpul duit dan beli lane kat sana ? ( idea ini datang nya dari hamie yer...)
opss akak dah mula tersasar dan memalulut pulak...dah tengok kah tajuk entry akak kali ini yer? erm sebenarnya banyak lagi nak cerita dalam blog nie, tapi rasanya macam tak cukup masa pulak kan...so akak cerita satu demi satu sahaja lah yer....oklah nak cerita tentang cikgu cikgi nie...
kami mendapat idea untuk menjadi cikgu semasa le pak di suzy corner selepas berhempas pulas dalam pertandingan boling miss universe..seperti biasa , selepas pertandingan , donald trumph akan meminta top 10 miss universe menjamu selera di suzy corner...jadi semalam semua miss universe pun berkumpul lah....dari sesi lahar melahar..sehinggalah timbul idea nak pakai baju sekolah ..dan akhirnya menjadi cikgu cikgi....
mari kita berkenalan dengan 9 orang guru dan juga tidak ketinggalan seorang kerani yang sangat lah jahat sekals.....nantikan...
cikgu farah/cik farah/puan farah
cikgu farah merupakan guru yang paling komited di sekolah ..merupakan guru pakar dalam bidang sains iaitu fizik, kimia dan juga biologi. pernah bertugas di sekolah di sekolah berasrama penuh selama 3 tahun sebelum bertukar di sekolah ini. cikgu farah merupakan guru kelas bagi kelas 5 jingga iaitu kelas sains yang paling terbaik di sekolah ini. cikgu farah berjaya mengekalkan prestasi pelajar 100 % lulus dalam 3 matapelajaran sains tersebut, cikgu farah merupakan guru yang sangat garang di sekolah...kalau dia mengajar sampai kan kelas sebelah pun boleh dengar suaranya yang runcing, beliau pernah menimbulkan konterversi disekolah apabila menghambat pelajar dengan belahan buluh lemang semasa pelajar di kelasnya membawa tikus semasa eksperimen di makmal! kes ini di bawa di mesyuarat guru ...namun oleh sebab cikgu farah banyak menabur jasa pada sekolah, maka kes ini ditutup ...cikgu farah dikatakan sedang bercinta dengan seorang ustaz yang baru bertukar iaitu ustaz manap....namun bila ditanya, cikgu farah lebih suka menuakarkan topik perbualan , selain menjadi guru dan ketua panatia sains gunaan, cikgu farah sangat aktif dalam persembahan di sekolah...antaranya teater musikal ..yang mana sekolah kami telah menjuarai 4 tahun berturut turut dalam pertandingan teater peringkat negeri...gitteww kan..
cikgu maria /cik maria/puan maria
cikgu maria juga merupakan salah seorang guru yang bertugas di sekolah kami. cikgu maria mengajar dalam matapelajaran sains kemanusiaan iaitu mata pelajaran prinsip akaun, perdagangan dan juga ekonomi asas.... merupakan seorang guru kelas di kelas sains sosial. mengajar di kelas 5 biru ...( motif tema dengan baju melayu raya kan ,) mempunyai suara yang sangat nyaring dan kuat juga semasa mengajar...kadang kadang suara cikgu maria digunakan sebagai siren oleh pihak sekolah semasa latihan kebakaran diadakan...sehinggakan pihak bomba yang datang ke sekolah kami ingat itu bunyi sangka kala...amboii...cikgu maria hanya perlu mengepitkan sore nya dan menjerit dengan menggunakan mikrophone..maka berbunyilah siren semasa latihan kebakaran diadakan....cikgu maria aktif dalam sukan iaitu boling dan juga hoki sekolah...disamping terlibat dengan group cheer leader sekolah...dikatakan hangat bercinta dengan tukang masak di kantin sekolah yang berasal dari negara thailand....( tetap kan...perlu ker).
cikgu normala/cik normala /puan normala
wowowow...cikgu yang mengajar di kelas sains soasial dalam matapelajarn geografi, merupakan salah seorang guru pakar di sekolah kami. cikgu normala guru yang disenangi oleh para pelajar terutama pelajar lelaki. guru kelas dalam kelas tingkatan 5 merah. kelas 5 merah sering dicemburui oleh kelas kelas yang lain sebab kelas 5 merah selalu mengadakan pelbagai jenis parti di sekolah atas support cikgu normala...cikgu normala kan kaya raya katanya....dalam sebulan tu mesti ada 4 atau 5 kali parti....mana murid murid tak sayangkan kalau cikgu selalu buat parti..dari gossip gossip yang kami dengar di bilik pengetua, kerani sekolah memberitahu yang cikgu normala pernah membawa pelajar lelaki tingkatan 5 pergi ke disko. namun pihak sekolah tidak menjumpai sebarang bukti untuk mengaitkan cikgu normala dalam kes tersebut. Cikgu normala juga mempunyai sore yang kuat . kalau masa perhimpunan, kadang kadang tak perlu mikrophone pun....jerit sikit satu tapak perhimpunan dan dengar sore cikgu normala nie....cikgu normala suka bergosip dengan cikgu cikgu lain di kantin sekolah....* tidak memakai tudung*
cikgu kasandra/cik kasandra/puan kasandra
cikgu kasandra merupakan salah seorang tenaga pengajar di sekolah kami...mengajar dalam subjek teras yang paling utama iaitu bahasa melayu serta subjek elektif iaitu kesusasteraan melayu juga...mengajar di kelas 5 hijau ( sama dengan warna kereta)...seorang guru yang sopan sahaja...maintain women dan ayu disekolah..mempunyai rambut yang berkepuk kepuk dan ikal mayang di bawahnya. sering" di suwett suwett" oleh pelajar pelajar lelaki di sekolah kami, penuh dengan nama cikgu ini di tandas murid lelaki dan juga tandas guru lelaki. aktif dalam persembahan di sekolah juga iaitu cheer dan juga persembahan drama di sekolah, sering berganding bahu dengan cikgu farah dalam menjayakan persembahan teater dan juga persembahan drama. cikgu kasandra juga pernah digosipkan dengan guru pelatih yang berasal dari negeri bumi kenyalang..namun cikgu kasandra menafikan dengan senyuman..( cerita ini kerani kami yang ceritalah kan) . cikgu kasandra juga sering dilihat bersama dengan cikgu nas, guru pendidikan jasmani di sekolah kami. kami menurut cikgu kasandra dia hanya berkawan dengan cikgu nas.selain itu, ada juga guru guru lelaki yang dah berkahwin cuba mendekati cikgu kasandra..namun...seperti jinak jinak merpati katanya....
cikgu diana/cik diana/puan diana
cikgu diana yang berasal dari sarawak merupakan guru yang baru bertukar di sekolah kami, mengajar dalam matapelajaran matematik dan lukisan kejuruteraan di aliran mekanikal dan kejuruteaan. cantik skals cikgu diana, kurus dan tinggi, sering memakai skirt pendek dan baju yang sesuai dengan potongan badannya, selain cikgu kasandra, cikgu diana juga merupakan guru yang digilai oleh para pelajar di sekolah serta guru guru lelaki juga. sering menerima hadiah seperti jambangan bunga semasa hari guru.....seorang yang sangat pendiam, kalau cikgu cikgu lain sessi melahar, dia akan diam sahaja di kantin sekolah, seorang guru yang jarang menimbulkan sebarang konterversi di sekolah kami. tak macam cikgu normala dan cikgu maria..kalau bercakap tu, satu dewan kantin boleh dengar ( opss) aktif dalam bidang cheer dengan cikgu maria...apabila ditanya soal cinta atau pasangan hidup, cikgu diana hanya mendiamkan diri sahaja...cikgu diana jarang marah dengan pelajar pelajarnya...
* nantikan ulasan untuk cikgu cikgu lain yer......