itulah kehidupan

semua benda di dalam dunia ini akan dibahagikan kepada 2 ..kalau kita lihat semula semasa kita belajar dahulu, masa kita sekolah rendah, cikgu akan membahagikan semua benda di dunia ini kepada 2 kumpulan yang besar iaitu benda hidup dan benda tidak hidup. Benda hidup pulak di bahagikan kepada 3 iaitu manusia, haiwan dan tumbuhan pula. ini tidak termasuk dengan benda halus yang tidak kita nampak dengan mata kasar, opss jangan salah anggap..itu adalah contoh kepada mikro organisma yer.

manusia merupakan ciptaan allah swt yang dikurniakan akal dan fikiran, dan benda ini lah yang membezakan kita dengan haiwan. haiwan ada otak yer adik adik namun haiwan tidak dapat berfikir sebab haiwan tidak diberikan akal dan fikiran. Cuba bayangkan kalau haiwan di berikan akal dan fikiran, sudah pasti mereka pun layak pergi ke sekolah , dan boleh mendapat skim pinjaman buku teks serta rancangan makanan tambahan yer. Jangan terkejut kalau haiwan yang pintar mampu menaip blog untuk tatapan manusia....

yang uniknya manusia nie ialah kita diberikan pula satu perasaan, naluri yang dikaitkan dengan hati. Jadi dalam jasad manusia ini, dua perkara pokok yang harus diambil berat iaitu perasaan yang sering dikaitkan dengan hati , dan juga akal fikiran yang sering dihubungkan dengan hati . kebanyakkan dari kita sering membuat sesuatu perkara atau keputusan adalah berlandaskan pada perasaan semata mata tanpa memikirkan baik dan buruknya. Dengan kata lain, setiap tindak tanduk kita adalah berlandaskan kepada perasaan semata mata , dan kemudian barulah dari akal fikiran, itu pun setelah sesuatu keputusan yang diambil mendatangkan mala petaka.

apabila kita berajakan hati, dan memperhambakan akal fikiran, maka akan timbul konsep "sebab dan akibat". contohnya, oleh sebab melayan sangat perasaan malas, maka seseorang pelajar itu tidak akan menyiapkan kerja sekolah. Akibatnya, dia akan di denda dan di rotan oleh gurunya. Jika perkara ini terjadi, maka kita haruslah menyedari kesilapan dan memperbaiki semula kesilapan itu. Untuk memperbaiki kesilapan itu, kita haruslah tahu apakah jenis kesilapan yang kita lakukan, agar kita dapat mengatasi masalah yang timbul dari kesilapan kita dan sekaligus tidak mengulanginya semula.

semua orang akan pasti membuat kesilapan dalam kehidupan ini, semakin banyak kesilapan yang kita buat, semakin banyak yang kita perolehi dan pelajari dalam kesilapan itu, namun, sayugia diingatkan, kalau boleh kesilapan itu janganlah diulangi. Kita kenalah buat pembetulan. Contohnya, kalau kita dibangku sekolah, kita akan membuat pembetulan apabila kita membuat kesilapan , terutama dalam mata pelajaran matematik. jadi dalam proses kita membuat pembetulan, disitulah kita akan tahu dimana silap kita itu nanti.

manusia sering membuat silap dengan manusia yang lain, tak kiralah dengan siapa yer.Apatah lagi , kita sering membuat silap dengan orang yang terdekat dengan kita, contohnya keluarga kita, kawan kawan kita, teman sekerja, teman serumah dan sesiapa sahaja yang mengenali diri kita. kadang kadang kita akan membuat silap dengan orang lain, yang tiada kaitan dengan kita secara tidak sengaja. jadi, bila kita mula membuat silap, jangan malu dan segan untuk memohon maaf, tak kiralah secara berdepan, atau sms, panggilan telefon atau apa sahaja, asalkan niat baik kita itu sampai di lubuk hati orang yang pernah kita lukai hatinya.

dan oleh sebab itulah, saya memohon maaf di atas sebarang kesilapan saya yang pernah dilakukan. saya juga manusia biasa, yang akan sering belajar dari kesilapan yang pernah saya lakukan. Entah mengapa, di pagi ini, jam menunjukkan pukul 5 30 pagi, hari selasa, 27 julai , saya tidak dapat melelapkan mata..memikirkan ramadhan semakin hampir ..bersyukur dengan nikmat yang allah berikan, berharap agar dipanjangkan lagi usia ini......

dulu lain sekarang lain lah

aku kekenyangan. alhamdulillah , sebab aku baru sahaja makan bersama dengan ted di kedai traffic light di burn. kami berdua kepenatan, maklumlah baru sahaja menghadiri majlis perkahwinan adik firdee di bangi. Apatah lagi, kami berdua tidak cukup tido seharian. Aku memandang ke arah jam, baru menunjukkan pukul 12 30 malam. Hujan masih lagi membasahi bumi...aku hanya terbaring di sofa sahaja.

tiba tiba deringan telefon berbunyi. aku melihat nombor yang tertera di skrin..unknown number...aku seperti malas untuk menjawab panggilan tersebut..maklumlah private number ini tak tahu siapa yang telefon..ku biarkan sahaja lagu dakmie itu memecah kesunyian pagi . aku memberikan tumpuan ke arah kaca televisyen, sekali lagi perhatian aku di ganggu. lagu dakmie memecah suasana..ted memandang dan memberi arahan kepada ku agar aku mengangkat sahaja ..

"assalamualaikum" suara yang agak keras di talian

"waalaikumusalam.." jawab ku pendek .

"napa tak jawab panggilan telefon ?" bunyinya agak kasar. aku menarik nafas...rasa mahu sahaja ku membalas dengan nada yang kasar, namun bila ku fikir, tiada gunanya bercakap begitu. aku hanya berdiam diri sahaja.

"aku nak jumpa kau .." arahnya

"sekarang ?" aku membalas

"yelah..takkan tahun depan pulak ?" sindirnya lagi..kali ini terusik sedikit tahap kesabaran yang aku simpan .

"dah lewat dah nie..lagi pun esok kerja...jumpa esok ajerlah " pinta ku

"bila pulak sekarang nie aku kena buat appointment nak jumpa ngan kau " nadanya semakin keras. aku terasa menggigil sedikit. maklumlah..dia mula meninggi suara kepada ku..aku bukanlah orang asing bagi dirinya ...mengapa harus meninggi suara.

' cuba u tarik nafas...dalam..dalam..dan mengucap ok..i bukan lah pandai sangat dalam ilmu agama nie..tapi kalau u terus marah dan meninggi suara , tak akan dapat selesaikan apa apa pun..so...kita jumpa esok...i tahu mungkin u ada masalah ..nak kongsi dengan i ..tapi dah lewat malam..apatah lagi apa kata isteri u kan..i tahu ..kita sama sama laki..so no hal nak jumpa...tapi tak elok lah u biarkan isteri u kat umah sensorang " aku memberi penjelasan yang panjang lebar kepadanya.

dia terus mematikan panggilan. perangai nya masih tak berubah. Panas baran. Cepat nak melenting. Tidak pernah fikir pasal orang lain..kadang kadang aku merasakan dia terlalu mementingkan diri sendiri sahaja . Namun , orang bijak pandai pernah berkata " lebih mudah untuk mengubah sebuah gunung , dari mengubah perangai seseorang itu " jadi kubiarkan api kemarahan yang melanda di dalam dirinya terpadam di bawa kesejukkan malam yang mencengkam.

pukul 6 45 pagi

"dah bangun ? aku nak datang umah kau.. sarapan sama ?" sms masuk ke dalam handset ku. Aku baru sahaja mengejutkan ted dari bangun tidur untuk ke sekolah.

"ok " balas ku pendek ku. Malas untuk menaip sms dengan ayat yang panjang panjang.

7 30 pagi

aku menunggu dia di tempat biasa. Ku lihat berbondong bondong pelajar menuju ke sekolah yang berdekatan dengan tempat tinggal ku.Aku tersenyum..kenangan di zaman sekolah terusik ..aku tersenyum..ku lihat sebuah kereta masuk ke perkarangan kawasan tasik height.

Seorang pemuda keluar dari kereta. Muka masam mencuka. tapi nampak smart. dah kahwin pun masih smart lagi ..ala lagipun kahwin baru masuk 4 bulan sahaja. Dia memandang ke arah kedai, aku mengangkat tangan...memberi isyarat yang aku berada di situ. Aku hampa, sekelumit senyuman pun tidak dilemparkan ke arah ku...aku menahan sabar. Tidak mahu pagi ku diganggu dengan emosi yang negatif. ku alihkan pandangan ku ke arah lain.

"assalamualaikum " sebaik sahaja dia melabuhkan punggungnya di kerusi.

dia hanya mdiam . mungkin jawab di dalam hati ..aku biarkan dia tenang dahulu.

"minum ?" tanya wanita itu

"nescafe tarik, dan nasi lemak ayam " jawabnya

"u dah makan ?" tanyanya kepada ku.

"dah order tadi...tunggu u..tapi tak sampai lagi makanan yang i order tu " jelasku .

"erm bz sekarang ?" tanyanya

"sibuk main badminton..lagipun semalam gi kenduri kahwin " aku menjawab semula.

"oklah aku minta maaf sebab kasar ngan kau..."

"its ok..tak per..apa masalah kau ..macam urgent ajer ...." pintas ku

"erm nak citer sekarang ker atau lepas abis makan ?" dia bertanya

" sekarang pun tak per " aku tidak sabar sabar lagi

"aku tol tol geram lah ngan ina. Sekarang nie semua aku buat semua tak boleh ...."

"maksud kau?"

"ok ..dulu aku boleh gi main futsal, sekarang dah tak boleh dia suruh balik awal..dulu leh ajer aku habiskan hujung minggu dengan kawan kawan..lepak kat kedai mamak...sekarang dah tak boleh..nak balik awal....pastu baru baru nie gaduh pasal nak balik raya...aku nak balik raya umah aku dulu..dia nak balik umah dia pulak .' ngomel nya. aku membiarkan sahaja dia meluahkan apa yang terbuku di dalam hatinya.

"pastu sekarang nie macam macam dia kontrol aku..semua tak boleh...dia check setiap sms aku ..email aku..sebab dia ingat aku ada skandal dengan perempuan lagi..sah sah aku nie jual insurans..dia kena pahamlah kerja aku macam mana kan? aku kena menghadap customer selalu kan...aku pun dah tak paham dengan perangai dia tu..pok pek pok pek ajer. aku pikir dia isteri aku dan perempuan ajer.."

makanan dan minuman kami sampai.

"erm macam nielah..kau mesti ingat kau dah kahwin. so berfikir dan bertindaklah seperti orang yang dah kahwin, slow slow tinggalkan perangai dan juga aktiviti zaman bujang kau dulu..sekarang kau dah ada isteri..isteri yang akan menjaga kau nanti, yang kan berikan kau cahaya mata dan zuriat untuk generasi kau jugak bukan ? biasanya, orang baru kahwin nie...tapi biasanya orang baru kahwin mesti happy bukan ?" aku menjawab mengikut apa yang aku fikir masa itu

"kau kenalah bertolak ansur..maaf..aku bukan nak tunjuk pandai sebab aku sendiri pun tak pernah berkahwin, jadi macam pelik kalau aku beri nasihat sedangkan aku bukanlah ada pengalaman untuk menasihati orang yang berkahwin ...tapi kalau setakat nasihat camtu.. camtu tu bolehlah...kadang kadang kita nie, kalau time kasi nasihat..kalau pakar motivasi, tapi kalau kena kat batang hidung sendiri..erm menggelupur jugak..so aku tak boleh cakap lebih lebihlah sebab aku tak leh campur hal perkahwinan kau dan ina. aku tak mahu nanti nasihat yang aku berikan boleh mempengaruhi perasaan kau kat ina..bukan aku nak tunjuk baik..tapi itu yang aku rasalah.."

"yang penting..u jadilah seorang suami yang baik dan bertolak ansur..ingat ..u belum ada anak lagi..kalau ada naka..camner? lagi susah kan ....bila u kat umah ..u akan jadi macam macam watak. contohnya, kat umah u akan jadi raja, manakala isteri u adalah permaisuri..kadang kala u akan jadi hakim, apabila berhadapan dengan masalah anak anak, kadang kala u akan jadi peguam bela atau pendakwaraya ..dan kala kala u akan jadi macam macam watak...slow slowlah ek..."

dia mengganguk dan menyuap makanan. Aku menguntum senyuman. Terasa lega bila api kemarahannya terpadam sebaik sahaja suria memancarkan sinarnya..





mata

hai uols...selamat bercuti dihujung minggu...tengah buat apa tu? jam menunjukkan pukul 9 16 malam...kita sedang duduk di depan lap top nie..mula mula tak mahu taip blog sebab rasa macam penat dan takder mood, tapi bila fikir fikir balik, dari tak buat apa apa baik taiplah satu atau dua entry kan....

oklah kita nak cerita tentang mata lah yer...kita semua tahu mata merupakan salah satu pancaindera yang dianugerahkan oleh tuhan kepada kita....dan mata sangat penting dalam kehidupan...bayangkan hidup kita tanpa mata....mesti kita merasa dunia kita gelap sahaja.....dan bayangkan kita tidak dapat melihat sejalur cahaya pun dari alam maya ini...

kenapa tetiba nak cerita tentang mata ek? oklah sebenarnya begini,,kita nie rabun..rabun jauh..yang sangat teruk sekali...bayangkan dalam usia yang muda kita dah pakai cermin mata ...rasanya tak silap dari darjah lima , sekolah rendah lagi ..darjah 5 rasanya....bila masuk universiti, kita pun dah mula pakai kanta lekap ( mampu kau tulis dalam bahasa melayu ?)...

kalau nak tahu , petang tadi kita sempat pergi ke kedai cermin mata sebab nak beli kanta lekap memandangkan kanta lekap kita dah rosak teruk semalam...merah merah mata menahan kegatalan dan ketidakselesaaan kat mata kita nie kan? so sambil beli tu sempat lah check power mata...uols nak tahu berapa power mata kita sekarang ? 1100 lah..uiiii tu dah kira sangat sangat tinggi yer...sebab last check , 2 tahun lepas, power mata kita hanya 950 sahaja....sekarang dah naik sampai 1k yer power mata..

power mata orang yang normal ialah 20 sahaja...so bayangkanlah kalau power mata 1100...dah macam orang buta dah...sempat jugak buat lawak dengan tokey kedai cermin mata tu....'saya boleh jadi buta tak ?" huhuhu..takutlah jugak kalau power dah tinggi giler macam nie kan?...erm nak buat camner..kalau nak laser mata pun kosnya..mesti mahal..mati hidup semula pun kita tak mampulah untuk buat lasik tu.....

kadang kadang rasa cemburu tengok kenkawan yang penglihatan baik dan normal..tak perlu guna contact lense bagai...celik celik mata sahaja..terus terang ..clear..nampak..kalau yang rabun nie ..bangun bangun mesti carik cermin mata...pastu baru leh nampak..tapi kalau yang takder cermin mata cam ner?

rasanya kita rabun sebab genetik, mak kita memang pakai cermin mata, adik beradik kita pun pakai cermin mata jugak ..semua pakai....dan yang penting ada 3 orang anak buah pun pakai cermin mata jugak......apa apa pun sayangilah mata kita yer....

adik angkat ku

maria dan farah berjalan menuju ke basikal mereka. suasana petang pada masa itu agak hiruk pikuk dengahn suara pelajar ..berduyun duyun pelajar keluar dari perkarangan sekolah....

"bye farah...nanti kita jumpa lagi ek ..' tegur seorang pelajar perempuan dari belakang. farah hanya menguntun senyuman, manakala maria hanya masam mencuka . Farah merupakan seorang pelajar tingkatan 5 aliran sains di sebuah sekolah manakala kembar tak seirasnya maria hanya pelajar di aliran sastera, walaupun mereka berdua nie kembar, namun terdapat perbezaan dari segi personaliti.

farah mengangkat tongkat basikalnya, sambil menunggu maria yang terkial kial untuk menuntun basikal...cahaya matahari pada masa itu tidak lah terik,,,cuaca seperti redup sahaja. Kelihatan pelajar tingkatan 1 sedang sibuk berada di kantin ketika itu, masing masing mendengar taklimat tentang pemilihan pemain pelapis hoki bagi pasukan sekolah. maklumlah , pasukan hoki sekolah ini adalah juara daerah 4 tahun berturut turut.

maria terlihat seorang budak tingkatan yang sangat comel. rambut ala ala kerinting lite lite, badan tembam sedap sedap, kulit putih, bibir kecil ....dan menjadikan pandangan maria tidak lepas ke arah budak tersebut. maria berhenti sebentar. ini membuatkan , kembarnya farah turut berhenti.

"apa lagi yang kau pandang..jalan ajerlah " perintah farah.

"ish bising lah farah nie, sukahati orang lah .." balas maria sambil mengerutkan muka ke arah farah. mereka berdua terus berjalan. namun maria tetap tak lepas memandang budak yang comel itu.

'farah..jangan lupa petang nie ada discussion kat kantin tau....nak tanya pasal kimia lah..tak paham....janji tau " tegur lagi seorang pelajar perempuan. farah tersenyum. Dia hanya menganggukkan kepala...sapa tak kenal farah najihah, ketua pengawas sekolah, tegas, garang tapi lembut, bak kata orang dalam kelembutan ada terselit ketegasan, pelajar pintar, harapan sekolah.

"kau ada latihan tak petang nie ?" tanya farah sambil mengayuh basikalnya perlahan lahan

"ada..latihan badminton lah ..macam biasa " balas maria.

"asyik sukan ajer....spm dah nak dekat nie.." sindir farah

"ala..tahulah orang nak belajar biler.....sibuk ajer " ngomel maria...mereka berdua nie sering jugak lahar melahar ( ada ker perkataan lahar zaman dulu kak farah ?)

"aku bukan apa ...takut jugak spm nie..kita nie kakak kepada 8 orang adik beradik kita tu, kenalah kasi contoh yang baik..nasib baik adik yang lain ok ..." nasihat farah.

bebelan farah itu hanya masuk dalam telinga kanan, keluar telinga kiri....farah diam sahaja, baginya maria dah besar ..dah pandai pikir mana yang baik dan mana yang tak baik.

petang ...pukul 3 00 petang di kawasan sekolah

maria terus mendapatkan rakan rakan badmintonya di kantin, manakala farah terus menuju ke arah kawan kawannya yang begitu semangat untuk mengulangkaji pelajaran. Bagi mereka spm adalah segala galanya.

"eh kau kenal tak budak lah laki tu ?" tanya maria kepada salah seorang rakannya

"yang mana mar ?" tanya kawannya tu sambil memegang aiskrim potong

"alah yang comel tu....tu hah..yang pegang kayu hoki tu ..." tunjuk maria..hatinya tidak sabar sabar nak berkenalan dengan budak laki itu, apatah lagi maria tidak mempunyai adik lelaki..semuanya adik beradiknya perempuan yer...

"mana aku kenal..sah sah budak tingkatan satu kot....kau nie pon...budak tingkatan satu pun kau minat ek ?" lahar kawannya.

"kau diam lah...kau apa tahu...bukan aku nak jadikan kapel lah ngok...jadi adik angkat pun cun lah jugak " lahar maria semula

perbualan maria dan kawannya terhenti kerana latihan badminton bermula

5.00 petang, di kantin sekolah

maria keletihan. habis bajunya lencun dek peluh...dia masih mencari carik budak yang comel itu. peluangnya terbuka luas apabila budak itu sedang beratur membeli air di kantin. cepat cepat maria menuju ke arah budak itu..sambil berpura pura membeli air jugak..sangat taktik kak maria nie kan...kalau ada yang elok beli makanan, dia pun cepat cepat beli makanan sambil berpura pura bertanya pasal lauk mana yang sedap....

'hai adik...buat apa tu ?" tanya maria.

"hai kak...buat apa lagi...beratur beli air lah...takkan beratur nak beli tiket wayang ?" sindir adik yang comel tu...maria sentap....

"boleh tahan jugak mulut budak nie" getus hati maria....

"oklah dik..nak beli air apa tu ? adik sapa nama? comel lah..macam beruang " puji maria untuk memancing adik yang comel itu

"nama saya aleem...kak.... betul ker saya comel macam beruang..tapi saya orang lah kak..akak nie binatang dengan manusia pun tak tahu nak bezakan...erm....nak beli air milo..sebab kalau saya minum milo saya akan jadi sihat dan kuat " balas aleem.

"eh eh...adik nie pokak ko..akak cakap adik comel macam beruang...bukan akak cakap adik nie beruang lah .." bebel maria...tapi..

maria gembira..sekurang kurangnya dia dah tahu nama adik yang comel itu..dia mencari idea untuk berbual dengan adik aleem yang comel tu.

"adik dok mana ? ngan sapa ?" tanya maria sambil memegang gelas minuman.

"dok kat malaysia lah kak..takkan kat south afrika lak...dok ngan sepupu saya..tu hah sepupu saya..nas..." tunjuk aleem dengan muncung yang panjang sekali.

"wow machonya sepupu adik...leh kirim salam tak ?" gedik maria.

"alah kirim salam wat per..kirimlah air ker, makanan ker..duit ker....kirim salam tak dapat apa apa pun kak " aleem tersenyum. Maria panas...rasa macam nak simbah ajer air tu pada muka budak ittew.

"adik..boleh tak akak jadikan adik aleem nie adik angkat akak? sebab akak tak der adik lelaki lah aleem...akak kurang kasih sayang dari lelaki...lagipun ayah akak dah lama tak der...dah lah tak der adik laki..balik umah asyik main anak patung ajer...." rayu maria ...

"adik beradik akak ada berapa orang ?" tanya aleem lagi

"ada 6 orang ..termasuk akak dan kembar, semuanya kami 8 adik beradik lah " terang maria.

"tu dah banyak adik...buat apa nak ambik saya adik adik angkat pulak....nanti tak terjaga pulak adik beradik akak tu ?" balas aleem

"kau nie memang lah...blur blur sotong aku tengok" bentak maria ..terus berlalu pergi....

ted

morning semua..hai apa khabar? sihat? dah masuk 20 haribulan julai dah kan? hari selasa nie....so macam mana dengan kerja hari ini..jam menunjukkan pukul 7 53 pagi, memang bangun awal pagi hari nie sebab ada hal nak disetelkan awal pagi pagi nie, so sementara menunggu masa itu, sempat jugak datang menyibuk di bilik kiko untuk menaip satu atau dua entry khas untuk edisi bulan julai kali ini kan...

oklah nak citer pasal si ted...nama betul, erm tak perlulah bagitau, bagi teman yang rapat sudah tahu kan? yang tak kenal tu tak per..just panggil sahaja dengan gelaran ted ....si ted nie masih lagi bersekolah di sebuah sekolah area zon bangsar.....ted ini anak kedua dari 4 orang adik beradik. mak ted seorang guru di sebiuah sekolah di tasik permaisuri, berkelulusan luar negara manakla bapanya seorang kakitangan zakat di maluri... aku mula kenal ted nie masa aku nak mula mengajar di area bandar tasik selatan..itu pun jumpa tak sengaja sebab si ted nie temankan sepupu dia kat kedai makan. yang nak tuisyen tu sepupu dia, budak form 5, tapi masa dia ada sekali duduk satu meja, dia pun macam berminat nak tuisyen.

dia pun terus meminta nombor telefon aku, dan meminta ayahnya menghubungi aku......malam tu jugak ayahnya bersetuju untuk tuisyen dan setkan masa untuk berbincang dengan aku mengenai jadual tuisyen, bukan sahaja aku dapat mengajar si ted, malahan aku dapat mengajar adik ted yang beruisa 12 tahun tu....

so sejak hari tu, aku mula mengajar si ted, budaknya nampak muka macam nakal lah sangat...biasalah budak budak laki kan....memang nakal semacam ajer, tapi masa belajar aku tengok elok ajer dia belajar ngan aku nie. si ted nie mulanya macam teruk dalam matapelajaran matematik, dengan gigihnya ku mengajar dia slow slow, dan adalah sedikit perubahan aku tengok dalam diri ted nie ..terutama dalam akedemik. ta[i dia tak suka sangat dengan matapelajaran sejarah..baru baru masa exam pertengahan tahun aku terkejut jugak, dia tak belajar dan buat ulangkaji...tapi bila exam markah subjeknya..not bad..itu tak belajar..kalau belajar? lagilah hebat bukan ? Dia pandai..bukan tak pandai...math aku tunjuk satu atau dua contoh, dia dah paham....oklah kan kalau macam tu.

mulanya aku dan ted nie hanya berjumpa masa tuisyen sahaja, lepas tuisyen dia balik rumah terus tak pun melepak ngan kawan kawan, tapi kami mula rapat semasa dia membuat folio sejarahnya. so oleh sebab pada satu hari tu kan, kami terlampau khusyuk sangat buat folio...dah larut malam, maka si ted ini pun tido ajer kat umah aku....dan sejak hari itulah si ted nie secara tak langsung menjadi roomate aku dan sekaligus menjadi housemate ala ala di rumah aku nie....apa taknya, balik sekolah mesti singgah umah aku...kadang kadang kami makan tengah hari sama sama, pastu dia akan tidur jap kat umah aku, pastu petang balik semula ke rumahnya, dan malam dia akan menghabiskan masanya dengan aku di rumah.

si ted suka dengan aktiviti yang melibatkan moto walaupun masih lagi belum layak untuk mendapat lesen, pernah dia cerita kat aku yang dia dan sepupunya pernah bawak moto sampai ke melaka tahun lepas....uiiii...gilo apa ...budak lagi tu..tapi berani giler.. aku pernah gak naik moto ngan ted, ala ronda ronda sekitar bts..mak aii...macam nak muntah pulak aku rasa naik moto ngan dia...taubat ...tak berani langsung...tapi dia bawak slow lah jugak kadang kadang...hanya masa hari tu dia nak test aku ajer kot..tu dia bawak giler giler sikit....dia memang hati kering lah aku tengok, semua banda yang pelik dia mesti nak cuba gak.... pernah satu hari kami lepak kat line clear, si azizie ada pesan shisha...dan masa isap shisha tu leh tiup belon sekali..dia pun apa lagi..mesti nak cuba jugak.....si ted nie suka bersukan,,,suka main bola sepak...dan yang terkini badminton...oklahkan...budak lagi,,tenaga pun masih banyak lagi ...so boleh pulun nak main apa pun.....tak kisah.....

si ted nie kelakar..kalau dalam geng geng nya di sekolah, dialah yang paling kelakar kot, tapi bila ngan aku, dia lebih suka dengar lawak bodoh aku ajer kot, terutama bila aku berlakon menjadi kakak angkat kepada si aleem tu...tergelak jugak dia ....bila time dia kelakar? time nak tidurlah..ada ajer lawak yang dia buat ..sampai susah aku nak tidur, dah lah dia nak pergi sekolah lagi..tapi pagi pagi memang dia tak tido sangat sebab takut terlajak pergi sekolah..so apa yang dia buat? dia akan ganggu aku tidur...buat lawak lah apa lah..sampai kul 6 pagi, pastu dia akan bergerak ke rumahnya, dan terus ke sekolah, balik sekolah....terus dia tidur.....

kadang kala kami gaduh gak..mana ada happy ajer..mesti ada "drama " bagai..gaduh gaduh baik balik...lahar lahar ..minta maaf balik......kalau gaduh mesti akan hantar sms lah...gaduh kaw kaw kat situ...pastu salah satu pihak mesti mengalah..biasanya aku lah yang kena mengalah.....kadang kadang ada jugak hantar sms berbunga bagai..ala budak budak...si ted nie dah ada makwe...namanya makwe nya....ish tak perlulah letak kot.....orang cantik dan putih...ada gak aku nampak..tapi ala cinta zaman sekolah paham paham lah kan....takper asalkan dia bahagia...

kalau ted bersama dengan group aku, dia banyak diam sahaja....kadang kala dia gelak..termenung ...dan ada jugak dia menyampuk...tengoklah macam mana dia,,,tapi dia boleh masuk dengan azizie, kak farah dan jugak nas......yang lain tu dia masih malu malu kot..hamie selalu gak kacau dia nie....apa apa pun aku selalu pesan kat ted supaya hormat dengan kawan kawan aku..maklumlah jarak umo pun dah jauh...jadi kenalah hormat orang yang lebih tua....setakat nie takder masalah lah kan......

apa yang menarik pada ted nie ..dia jujur bila bercakap..apa yang dia tak puas hati dia cakap terus kat aku tanpa berselindung..dia jujur melahirkan perasaannya pada setiap apa sahaja yang terlintas di dalam hatinya..apabila si ted ada di dalam hidup aku, at least aku rasa sangat gembira dan happy .....waklaupun jarak kami berbeza begitu jauh sekali iaitu 19 tahun, namun aku rasa selesa ngan dia...menghabiskan masa dengan si ted ..lepak kat kedai makan, pergi ke cc miharja, main badminton, lawan bertumbuk, lawan gusti , dan macam macam aktiviti yang kami buat bersama...

aku berharap semoga dia memperolehi kejayaan dalam peperiksaanya nanti...mengharapkan dia akan berubah....dan sekaligus dapat membuktikan yang dia adalah seorang yang terbaik..apa apa pun ...ted tetap kat hati.....

si Biskut part 2

"kamu ada berapa adik beradik ?" tanya ku untuk mencungkil rahsia tentang dirinya.

"ada 3 orang cikgu, saya anak yang paling kecik, kira macam bongsu lah cikgu " terangnya sambil mengunyah makanan.

"mak dan ayah kerja mana?" seperti seorang guru yang bertanya kepada anak muridnya.

"mak kerja kat kl ajer. kerja biasa sahaja, ayah bukak business..." dia seolah olah malas nak bercerita tentang keluarganya. seperti ada sesuatu yang disembunyikan oleh si anak muda ini. aku tidak mahu mengalah, terus bertanya lagi ...

"adik beradik kamu yang lain dah kerja ker? atau masih belajar ?"

"erm yang pertama , abang dan kedua kakak...semua dok ngan ayah kat italy ..' terangnya. aku terkejut. ini bermaksud si biskut tinggal seorang diri di rumah bersama dengan ibunya. aku berhenti bertanya ...seperti aku dapat memahami perasaan yang berkocak di dalam hati anak muda ini .

kami terus menikmati hidangan sarapan pagi . suasana menjadi sunyi semula. Aku memandang ke segenap seluruh ruang rumahnya. aku dapati perabot yang disusun rapi ini harganya mungkin menjangkau puluhan ribu.

"cikgu ...bila boleh start mengajar saya...nak dekat trial dah nie ?" pintanya. Dia mengemaskan meja makan...aku tinggal persoalan itu ..aku masih lagi berkira kira untuk mengambilnya sebagai anak murid..takut pulak kalau jadual harian tuisyen ku semakin penuh pulak nanti...

"nantilah cikgu semak semula jadual cikgu " ujarku.

"erm itu ajerlah alasan yang cikgu berikan..dah 2 minggu saya tunggu .." ngomelnya sambil duduk semula menghadap aku di meja makan.

"oklah...cikgu rasa nak balik dulu lah kan?" aku segera mengangkat kaki.

"eh nantilah dulu cikgu..lepaklah..nak pergi mana tu ?"

"sorry tak selesa kalau datang rumah orang kalau mak dan ayahnya tak der..kalau ada apa apa yang berlaku..sah sah cikgu yang kena nanti kan " aku menuju ke muka pintu.

"cikgu..jom teman gi klinik ....ubat tak der.." ajaknya.

"naik apa?" aku membulatkan mata

"apa lagi..motor lah cikgu ..." katanya pendek. segera dia mencapai helmet tanpa aku memberikan persetujuan.

"ada lesen ? kalau tak der...sorry tak mahu lah " aku bertegas.

dia mengeluarkan lesen motonya sambil tersenyum kelat. entah mengapa aku seperti orang bodoh sahaja...mengikutinya......

aku terdiam mengekori langkahnya...namun di dalam hati, ada benda yang perlu ku tahu lagi tentang si biskut ini.....

si biskut

jam menunjukkan pukul 6 30 pagi, seperti biasa rutin harian ku ialah mengejutkan ted bangun tidur untuk bersiap pergi ke sekolah, sebaik sahaja ted menunaikan solat subuh, dia akan beransur untuk pulang ke rumah..dan aku pula seperti biasa akan terkebil kebil memandang siling bilik...tak boleh tidurlah pulak.

puas ku kalihkan badan ku ke kanan dan ke kiri...sama...tetap...tak leh tidur...berpura pura tengok telefon bimbit..pandangan ku kosong..sedangkan masa berjalan dengan begitu pantas ....aku segera teringat untuk mambasuh baju..lantas ku kumpulkan baju baju kotor dan terus campak ke dalam mesin basuh...

aku terpaksa menunggu dalam masa 32 minit sehingga cucian itu kering, dan boleh disidaikan di belakang dapur sahaja..namun semasa aku menunggu cucian itu, telefon bimbit samsung bergema dengan lagu xpdc "aku masih disini" menandakan satu sms masuk. segera ku tekan skrin telefon, tertera sms dari seorang anak murid yang baru aku kenali...

"salam cikgu ..dan morning..saya tak pergi sekolah hari ini..demam" pendek sahaja sms yang dihantar....

aku meletakkan semula. perasaan malas menguasai diri, aku malas untuk membalas sms itu..aku biarkan sahaja..terus menonton televisyen di ruang tamu. namun sebagai insan dan manusia, aku punya perasaan kasihan, apatah lagi budak tu demam...

"morning..sorry lambat balas..baru bangun tido..owh kamu demam..dah makan ubat ker? dah sarapan ?" aku memicit butang di skrin telefon..

tak sampai beberapa saat.

"belum sarapan lagi cikgu, tak larat nak beli....belum makan ubat lagi....tapi mak ada kasi duit beli sarapan..nantilah saya turun bawah...itu pun kalau larat lah " dia memancing rasa simpati ku.

"erm kalau macam tu..biarlah cikgu pergi beli ..kamu nak makan apa ?"

"erm ye ker...mekasih...nasi goreng, letak telur tau..sambal banyak sikit ...air tak mau..nanti sakit tekak kalau beli air sejuk " jelasnya..

aku segera ke bilik air, mandi dan apabila tubuh terasa segar, aku segera turun ke kedai di bawah rumah sahaja...bau masakan yang sesap ,menguasai deria bau ku ini....aku segera bungkus nasi goreng , dan air nescafe ais untuk ku juga. segera aku berjalan menuju ke blok anak murid ku..aku terasa berdebar debar, maklumlah inilah kali pertama aku datang ke rumah nya.

apabila sampai di luar pintu, segera aku megetuk daun pintu, tidak lama kemudian, si biskut ( geleran yang aku berikan ) berdiri di depan pintu...dia melemparkan satu senyuman yang penuh kepayahan....mungkin dia sakit teruk...aku pun masuk ke dalam rumahnya...

si biskut itu mempelawa aku duduk di sofa...kipas terpasang dengan laju, aku memandang ke arah si biskut.

"bila demamnya ? teruk sangat ker ?" aku memulakan perbualan untuk memecahkan kesunyian ketika itu .

"malam tadi cikgu....tiba tiba demam sebab semalam saya mandi kat kolam renang, time tu hujan ...so agaknya terus saya kena demam nie " dia mengeluh.

"ok..erm ..nie ada sarapan yang kamu kirim tadi....makanlah..pastu leh makan ubat ..ada ubat tak ?" aku bertanya

"mekasih lah cikgu..jap saya ambik duit..mak saya ada tinggalkan duit tadi..suruh saya beli sarapan...tapi macam tak larat pulak.....marilah makan sama cikgu " pelawa anak muda yang berusia 17 tahun ini....aku mengamati wajahnya...dia nampak kurang selesa dengan tenungan mataku ..cepat cepat aku alihkan perhatian ku....

kami duduk di meja makan...dia menghulurkan sudu dan garfu kepada ku..suasan menjadi senyap...bungkam..hanya terdengar bunyi pusingan kipas sahaja.....aku melihat satu kepayahan dan kesusahan untu dia menelan makanan.....dan tidak begitu selera untuk menjamah makanan..

'eh gambar sapa tu ?" sajer aku bertanya apabila terpandang satu potret yang dilukis.

"gambar mak dan ayah saya cikgu " terangnya dengan pendek

"ayah kamu tu...orang mana......?" aku bertanya.

"ayah asal orang italy cikgu, mak orang sini ajer "

aku terkejut ...namapak ayahnya tampan di potret tersebut.

"owh kiranya awak nie kacukan lah ek..ada darah itali lah ek " aku mengusiknya....

'ala cikgu..tetap gak warganegara malaysia gak.....tak kisah lah sapa pun ayah kita .." merendah diri anak muda ini.

aku akui, raut wajahnya agak berlainan sedikit, aku terpandang semasa aku memilih makanan di kedai melayu pada minggu lepas, wajahnya ada iras iras si jacob, dalam citer twilight tu....tak sangka pulak budak nie anak orang itali..kelas...

bersambung lah ek

badminton oh badminton

salam semua..hai apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira sekarang ek...erm kita biasa sahaja...baru abis kelas..so ada time rehat nie..cepat cepat curik masa tulis entry untuk blog yang tersayang nie kan.....oklah sebenarnya nak citer pasal badminton lagi lah sebab sekarang nie dok kemaruk main badminton, apatahlagi dah ramai jugak yang joint main badminton nie kan?

baru baru nie, hari jumaat malam sabtu, seperti biasa aku, daylan, muaz , nas, aleem , sandra , amir dan jugak kak farah main badminton kat lumayan, kali ini kami pergi lewat sikit dalam pukul 3 00 pagi..hahahaha..kau mampu main badminton pukul 3 pagi, tapi tak perlah sebab esok semuanya tak kerja...cuti dihujung minggu...so kami ambik kesempatan untuk main puas puas memandangkan dah 2 hari kami berhenti main.

so dengan semangat yang tinggi, semua orang datang ke dewan lumayan, nas dan aleem seperti biasa yang paling bersemangat nak main, tak sempat aku dan daylan pasang nett, diaorang lah orang pertama yang capai raket badminton dan pose pose pukul angin kat dalam dewan tu....uiiiii..semangat giler, apatah lagi diaorang berdua nak lawan dengan beregu daylan dan muaz...cute lak tengok mamat dua orang tu....umur dah nak masuk 30 tahun , tapi perangai budak budak tu masih ada ..heheheh tak per..suka tengok uols berdua semangat tu....

seperti biasa aku mengambil watak menjadi pengadil pertandingan, yang peliknya, aku lah penganjur, akulah yang tukang kira, aku lah yang pengadil dan semuanya akulah kan...giler kuasa, namun demi kawan kawan, no hal..asalkan semua orang heppy dapat main ramai ramai...kadang tu kan..masa aku main tu, akulah yang kira jugak...tak paham..sampaikan mata pun aku main taram ajer....

aku lihat semua orang dah mula menguasai permainan badminton ini dengan begitu baik lagi...tak perlulah nak pertikaikan keupayaan muaz, yang baru berusia 15 tahun tu, permainan yang agak pantas, smash yang tajam, rajin kejar bola sana sini dan rasanya dia dah semakin baik, hanya kadang kala servisnya tak masuk..rugilah mata wohhhh...apa apa pun aku suka main single dengan mamat nie......

daylan seperti biasa....permainan di depan jaring yang begitu baik, smash yang kadang ala ala , tapi kadang kala menjadi pulak, pukulan kilas yang tajam serta boleh bermain secara rally pulak tu...aku suka bermain dengan daylan sebab dia ok...apatah lagi kami selalu beregu bersama dan setakat ini nas dan aleem masih lagi belum dapat menumpaskan beregu emas ini yer....huhuhuhu.....

kak farah..ceh..dari main pukul pukul ala ala women, namun sekarang dah semakin ok pulak aku tengok....kak farah nie semangat, walaupun masih lagi belum menguasai sepenuhnya, tapi aku respek gak ngan dia, sanggup tunggu sampai ke pagi main badminton sama dengan kami, pukulannya semakin kuat , boleh jaga bahagian depan bila beregu....dan pada kak farah..jangan give up yer...teruskan main..sebab best ..berpeluh peluh.....apa kurangnya housemate kak farah..si sandra pun sama..semakin hari semakin ok dah dia main badminton ...selalu gak smash ala ala kat aku nie..tapi respek gak ngan dia...tetap semangat nak main ...

si nas dan aleem semakin hebat..hikmat tertinggi mereka semakin kuat..nas semakin hebat dengan pukulan kilasnya...sedangkan masa dia mula servis pun aku dah mula gentar, hanya nas belum lagi dapat smash yang tajam ..itu sahaja..dari segi bertahan..pergh....aku pukul smash macam mana pun dia konpom dapat angkat dengan bersahaja..kadang kala stress aku jugak main dengan nas nie...rajin kejar bola..ala ala nadal masa main tenis tu......si aleem..nie yang paling aku takut gak....pukulan panjangnya sangat bagus ...aku tercunggap cunggap gak bak balas semula.....smash tajam, pukulan semakin padu..dan pandai buat drop shot dan bertahan dengan begitu baik jugak...akak tak puas hati yer dik sebab single akak kalah gak dengan adik..takper....convent bukit nanas tetap cemerlang tau....

aku tengok nas, aleem dan muaz bermain laju..so aku susah nak ikut rentak permainan mamat 3 orang nie kan.....kadang kala aku mampu tengok ajer bulu tangkis bertukar gelanggang dengan laju....sedangkan aku tak dapat pukul pon....sentap uols.....aku lebih suka main dengan daylan..rileks..penuh startegik..berhati hati....gitewwkan..kak farah dan sandra masih lagi bermain ala ala santai gittew..main dengan kak farah dan sandra nie, banyak gelak ....entahlah kelakar..hanya takut gak kalau gelak kitaorang nie sampai ke blok B tu nanti....

apa apa pun , harap aktiviti badminton ini menjadi satu rutin pada kita semua.....sambil mengeluarkan peluh , kita leh jumpa selalu gak..yelah masing masing busy dengan kerjakan..kak farah dan nas pun busy dengan aktiviti gym mereka..wow semangat lawalah badan diaorang nantikan.. aleem jugak mesti busy dengan aktiviti sukan elitnya iaitu tenis....aku nie hanya mampu main badminton sahajalah untuk keluarkan peluh...memang seronok betul....sampai basah basah baju dek peluh tu....yang penting lepas main badminton tu mesti ada aktiviti kukik kukik kat q bistro...

nas dan aleem dah beli raket baru,..omak aiii..warno eh..merah sangat lah mak ngah..tapi nampak smart raket diaorang..ringan dan tali yang tegang...mereka berdua nie memang..masa kemaruk main boling tu, ni nas siap beli bola boling..apa kurang si aleem gak...samo ajo tu .....daylan pun dah beli raket..pink yer pemegang raket tu, aku pinjam si muaz punya ajerlah..lagipun raket azizi pun masih ada lagi....oh lupa..terima kasih pada nas dan aleem yang sponsor bulu tangkis tu....

oklah..majulah sukan untuk negara...dah kul 7 48 malam..nak prepare kelas kul 8 malam nanti ..ketemu lagi

sebulan lagi

salam semua..oklah ini entry yang kelima dalam hari ini sahaja yer? gigih tak ? kalau dapat duit taip blog bestlah jugak kan...nie nan ado...tapi tak perlah mungkin sebab hormon yang menggulung gulung nie nak taip jugak entry demi entry, maka dengan gigihnya kita pon taiplah kan ....oklah jam menunjukkan pukul 6 46 petang ....baru abis mengajar ..so ada masa rehat, kelas sambung semula malam....kol 8 malam nanti.

sedar tak sedar, masa berlalu begitu pantas sekali yer..tup tup dah masuk bulan julai kan? sekarang pun dah 12 haribulan julai, nak masuk pertengahan bulan julai dan bulan depan dah masuk ogos...apa yang istimewanya ogos nie? yelah..kalau kita tghk kalendar, bulan ogos depan, semua umat islam akan menunaikan puasa...ramadhan datang lagi yer....

bila sebut pasal ramadhan, macam mana dengan puasa tahun lepas? dah ganti kah? kita lom ganti lagi sebab tahun lepas banyak betol hari tak puasa..seingat kita, tahun lepas kita kena demam campak pada puasa yang kelima..pastu hari yang ke enam, terus tak puasa..bayangkan betapa peritnya mengharungi ramadahan dengan demam campak kat rumah? dah lah...takder sapa yang jaga kita tau...nasib baik ada daylan yang sanggup tiap tiap hari dari tempat kerja singgah ke pandanjaya...membeli makanan..kita tak leh kuar sebab orang mesti takut tengok badan kita yang bengkak dan berair tu kan...

waktu malam pula, nasib baik kak pah dan pekerja tomyam yang lain datang ke rumah pandanjaya...datang membawa makanan ..konjon konon nak bersahur....waktu pagi pulak dalam pukul 4 30 pagi, adam 501 akan datang membawa air kelapa....dan akan menyapu ubat gatal di belakang dan badan yang kena demam campak....terima kasih banyak kepada mereka yang banyak membantu..

tahun nie rasa nak puasa penuh lah..malulah pulak, dah besar panjang ..tak puasa penuh pulak kan..kalau zaman budak budak ..pergh mesti puasa penuh...sebab nak dapat duit raya kan..pastu orang tua tua selalu cakap kalau tak puasa nanti tak boleh nak raya...so dengan gigihnya kita pun puasa tau.....

puasa yang seronok ialah time berbuka lah ...apatah lagi berbuka dengan keluarga yang tersayang.....mak ayah dan adik beradik ..apatah lagi mak akan memasak lauk pauk kegemaran.yang paling hairan tu, makanan tu simple ajer..tapi sedapnya sehingga menjilat jari kan? maklumlah air tangan mak kita mestilah sedapkan.....

pergi pasar ramadhan pun seronok jugak....tengok kuih ...sodap..warna warni..selagi tak penuh tangan nie dengan kuih muih , selagi tu tak mahu berhenti nak beli bagaikan....tapi terus terang yer, makanan kat pasar ramadhan kurenglah ...ada yang masa cincai..maklumlah masak dalam kuantiti yang sangat banyak kan? so mestilah kureng rasanya kan?

apa apa pun ramdahan akan menjengah lagi satu bulan......rasa tak sabar...lepas tu terus raya..dan bermulah episod hidup yeng mengerikan..maklumlah kita kena prepare student dengan 3 exam yang besar, UPSR, PMR dan last sekali SPM. apatah lagi, inilah kali pertama mengajar di bts...jadi pencapaian anak murid lama bukan lagi kayu pengukur...first batch nie yang kena jaga baik baik.......

dan yakinlah...tup tap tup tap 2011 akan menjelang.......tuwerlah kita ....



bafffura bauffuun

salam..hai uols..ok sebaik sahaja kelas tamat..terus taip lagi satu entry, gilo ko apo...ontahlah...hari nie rasa macam nak jadi kerani pulak kan...asyik nak menaip blog ajer...entah orang baca ke tak..tak tahulah tapi memang rasa nak taip ajerlah blog nie......takperlah sebab target hujung tahun nie mesti ada entry yang ke 400 ratus yer..so apa lagi taip ajerlah ek....

dah tengok tajuk entry kali ini? paham kah uols? oklah sebenarnya itu kata ganda bagi nama kucing kiko iaitu si buffy yer....so bila si buffy digandakan, maka wujudlah satu nama yang baru tu ek..oklah tak mao meracau sebab kul 5 30 petang nie ada kelas lagi nie..gigih sangat kah ?....

dulu sebelum kenal dengan buffy, kita punyalah takut dengan kucing tau sebab masa kecik kecik dulukan kita pernah kena cakar kat kucing..masa tu kacau kacau kucing tu..tiba tiba kucing tu datang darah haid terus cakar muka kita..sejak hari nie..punyalah takut kat kucing..kalau kucing lalu bawah meja, kita akan halau dengan menggunakan mulut sahaja..."syoh...syoh...." mampu kau halau kucing macam kau halau ayam ?

bila kita gi dating kan...kita pun manja manja " alah..kucing nie nakal lah awak...awak leh awak halau dia tak....dia ganggu kita..cepatlah awak...kucing tu tengok kita macam tengok ikan..." tak pengsan kah kau bila kau bandingkan diri kau dengan ikan ? apa apa pun memang lah takut dengan kucing.

tapi bila dok bts nie, nak tak nak, 24 jam akan menghadap muka buffy nie....buffy nie ada perangai pelik dan kelakar..antaranya dia takut ngan plastik, kalau bunyi plastik, cepat cepat dia larikan diri tau.....entahlah mungkin kiko atau hamie pernah dera buffy dengan tekupkan muka buffy dengan plastik kah? huhuhuhu...gurau ajer....bukan itu sahaja yer, buffy nie suka menyerang kaki orang semasa orang tengah catwalk...dia ahanya menampar nampar sahaja....bagi yang tak biasa dengan kucing gerenti akan rasa seriau kot....

buffy nie memang manja dengan tuannya iaitu kiko..kita perasan sebab sebaik sahaja kiko balik kerja dalam pukul 12 malam atau lebih , dia pasti akan bangun dari tido dan pergi pada tuannya sambil mengiau..seperti biasa kiko akan beri buffy makan...buffy makan dan akan mengiau untuk masuk ke dalam bilik tuannya....tak buat apa pun, hanya baring kat lantai kalau tuannya online, baring depan tandas, tido atas katil..tak pun mencakar semua peralatan yang diperbuat dari kayu katanya.....

kadang kadang cemburu gak tengok buffy manja dengan kiko...kiko pi dapur dia ikut, kalau kiko masak kat dapur, dia tunggu , pernah satu hari tu kita tengok kiko makan kat meja pun buffy akan duduk atas meja tunggu tuan dia makan..ya allah punyalah manja nya...kalau kiko tengok tibikan, mesti si buffy nie pon menyibuk sekali lah nak baring kat situ.....


kita pun dah tak takut ngan buffy sebab buffylah kucing pertama yang menambat hati....dah lah comel..gagah perkasa...besar..sasa....tu yang sayang kat dia tu...tak banyak bunyi, senyap sahaja...si muaz yang rajin kasi dia makan kalau kiko takder, muazlah yang selalu sikat bulu buffy sampai kan kita takut buffy akan togel sebab asyik kena sikat sahaja...dan yang penting semua murid tuisyen kita sayang kat buffy tau.....semua puji buffy nie comel..cantiklah..macam macam lagi pujian yang melambung ......

buffy tak takut ngan orang pon..tu yang bahaya..kalau nak curik bila bila masa jer kan...huhuhu...dan lagi satu perangai buffy ialah bila sapa sahaja nak keluar, dia dengar sahaja pintu nak di buka, dia pun sibuk sibuk nak keluar sekali..so nak tak nak, kalau dia keluar, kita kena masukkan buffy semula..pastu kunci pintu...kalau dia keluar pun tak pergi mana pun...jalan jalan kat koridor sahaja......

apa apa pon, kita sayang kat buffy ek.....

ish sapa tu ek

aku masuk ke bilik tidur..dia atas meja study ada sekeping kertas kecil berwarna kuning ...tertulis satu nota yang berbunyi " mate..aku kena balik kampung..ayah aku sakit urgent "....aku hanya merenung ke arah nota itu..kosong sahaja pandangan aku..terus aku mencapai telefon bimbit

"mate..kau balik kampung ? aku baru dapat nota kau nie..camne? ayah kau sihat ker ?" aku menghantar sms itu.

dalam 2 minit kemudian masuk satu sms " thanks mate..yup ayah aku kat wad....aku balik malam ini atau esok...tengoklah..kau jaga diri weiii "

aku tersenyum sahaja...terus mencapai tuala dan merebahkan diri di atas katil.aku memandang ke arah kipas yang berpusing liga..aku terasa sangat mengantuk lalu tertidur

azan di surau menandakan masuknya waktu magrib membuatkan aku terjaga....aku hanya mengelengkan kepala ..terasa bersalah juga tidur pada waktu magrib . kata orang tua tua , tak elok sangat kalau tidur masa maghrib...aku terus ke bilik air...

selepas makan malam, aku mengambil peluang untuk buat sedikit revision, namun perasaan malas menguasai diri, maklumlah esok hari sabtu, jadi mood cuti itu membuatkan aku terasa malas sedikit,

di luar, angin bertiup dengan kencang , aku segera menutup daun tingkap bilik, dan hujan turun mencurah membasahi bumi...aku mengelamun seketika....sejuk....tiba tiba terdengar bunyi kuakan pintu..aku merenung ke arah muka pintu ..

"eh mate..kau dah balik ?" aku terkejut melihat roomate aku balik dalam keadaan kehujanan.

"aha ..baru sampai..aku redah ajer tadi tu " jelasnya sambil memeluk tubuh, mungkin kesejukkan agaknya.

aku segera menghulurkan sehelai kain tuala...dia mengelap wajah dan tubuhnya...segera menukar baju dan seluar

"macam mana dengan ayah kau.....?"aku memecahkan kesunyian

"erm kat wad lagi....tak tahu..nie aku balik sebab lusa aku ada test arrr" jelas nya

dia duduk di atas katil..sambil menatap wajahku..aku perasaan yang wajah roomate ku itu agak lain sedikit, mungkin dia kepenatan agaknya..dan ku lihat dia banyak termenung...

tiba tiba handset ku berbunyi...roomate ku memandang aku..cepat cepat aku mencapai telefon bimbit ku...aku melihat nombor yang tertera tu nombor yang tidak aku kenali .

"asslamaulaikum..." terdengar suara yang biasa aku dengari.

"walaikumusalam..' aku membalas..entah mengapa perasaan tidak sedap hati menguasi diri

"mate..sorry lah aku call kau malam malam buta nie..aku nak minta tolong kau...nanti esok hantar buku kalkulus kat library...aku tak sempat..buku tu ada atas meja...nie nombor kakak aku nie....aku terlupa nak bawak charger ......aku kat kampung esok aku balik..." aku hanya terdiam sambil aku merasakan tiba tiba dunia nie gelap..........

yang pastinya, buku kalkulus dan charger roomate ku memang ada di atas meja.....dan roomate ku yang "baru" itu tersenyum sinis...

4 tahun lagi

salam...selamat petang...sebaik sahaja dah siap satu entry terus kita taip lagi satu entry lagi nie...pergh semangat giler nie kan? sebab ada masa lagi sebelum kelas bermula...lagi 30 minit lagi kot...so dengan menggunakan hikmat tangan sotong, terus taip dengan laju sebab takut masa tak sempat pulak.....oklah kalau tadi dah citer pasal sotong lah, world cup lah, dan juga badminton sekarang nak citer pasal seorang teman dari thailand pulak..tetaps.....

oklah citernya begini.....

"cikgu kat mana?" satu sms masuk diiringi dengan lagu "sempurna "

"kat rumahlah..bts..mat kat mana? aku membalas dengan laju

"kat gombak..nak pergi rumah cikgu..nak ambik barang .." balas mat

"datang lah mat..saya dah lipat baju baju dan seluar mat nie...." aku membalas

"nanti dah sampai , saya sms cikgu "

perhubungan secara sms itu termati sampai begitu sahaja..aku masih berguling guling di atas katil....dah lama tak jumpa mat sejak dia balik ke narathiwat ....last jumpa semasa bulan 12 tahun lepas, semasa dia tinggal selama sebulan di rumah pandanjaya. selepas tu dia balik semula ke narathiwat, dan terus tidak pulang ke malaysia..hanya kadang kala kami berhubung juga dengan telefon.

dalam satu jam, lagu sempurna berkumandang.

"saya dah sampai kat bawah "

aku terus huru hara mandi....cepat cepat bersiap dan turun ke bawah...dari jauh nampak seorang pemuda yang kurus dan tinggi lampai tersenyum.seperti biasa dia akan tersenyum..aku pun mengajak dia naik ke rumah.

"dok ngan sapa cikgu ?" tanya mat

"hamie dan kiko .." pendek sahaja aku menjawab

"oh diaorang mana cikgu ?" tanyanya lagi

"erm..hamie dalam bilik kot...kiko tido " aku menjawab...tidak yer sebenarnya kiko pergi pavilion masa tu...aku yang tak tahu....

mat mengeluarkan rokoknya.

"boleh rokok ker ?"

aku mengangguk.....terus ke dapur dan menghulurkan segelas air

mat senyum...kami duduk di sofa sahaja sambil menonton televisyen

macam macam yang kami bualkan....mat bercerita tentang kehidupan nya di natarhiwat, pasal bekerja dengan kakak di hatyai dan macam macam lagi..aku hanya mendengar sahaja anak muda yang berusia 27 tahun bercerita....sambil menatap wajahnya..macam biasa...hanya sekarang dia dah berkumis .

"mat..selamat hari ulang tahun..besday mat 30 jun kan ?"

"eh cikgu ingat ker besday saya ?" dia seakan terkejut.

"mestilah ingat mat..ada dalam diari saya...tapi maaf..takder hadiah..saya takder duit.."

"erm cikgu nak kasi saya apa....?" tanya mat sambil tersenyum

"erm kan saya dah bgtau..saya takder hadiah utk mat..takder duit ..heheheehehe..beri "kasih sayang" lah mat ek .." aku bergurau

"sukahati cikgu lah..." dia tersenyum

kami berbual lagi....

"cikgu ..jom pi makan ...kat bawah saya belanja ..." ajaknya

"erm tiket kol baper?"

"lambat lagi cikgu ..kol 11 malam nanti ..."

aku mengangguk sahaja....

kami makan bersama...dan dia mula berbicara..

"saya nak bgtau cikgu yang saya akan sambung belajar nanti kat thailand...4 tahun..."

aku terkejut...hanya terdiam sahaja

"kenapa? saya dah tua sangat ker nak belajar cikgu ?" tanyanya kembali

"taklah..mana ada..oklah tu ...."

"takkan saya nak masa chicken chop ajer ...nak jugak kerja pejabat.." azam anak muda ini...

"belajar apa kat sana mat ?" aku bertanya

"entah lah..saya nak cakap dalam bahasa melayu tak tahu cikgu..dalam bahasa thailand oklah ...tahu "

"memang lah...masalahnya saya tak tahu pulak bahasa thailand.."aku membalas

"lepas nie tak jumpalah kita kan ?" aku bersuara...

"aha tak jumpa ..saya tak datang lah malaysia..."jawab mat

"mat....maaflah kalau saya ada buat silap dan salah...yang lepas ..lepas lah mat yer...." aku menghulur salam kemaafan.

"samalah dengan saya cikgu....lagipun saya banyak salah dengan cikgu .."

"saya lah yang banyak salah dengan mat...dah lah tak mahu nak cakap benda lama..nak dekat puasa dah kan mat ? jadi..baik kita lupa dan bermaaf maafan ajer lah ...."

"eh tambahlah cikgu..nak makan apa ..makan lah ..jangan malu malu...." dia mengalih topik perbualan.

kami terus menjamu selera..aku menatap wajahnya...curik curik..kalau dulu kami bukan main susah nak berdepan..dia nak ambim order pun tak pernah ....hanya tgk jauh jauh sahaja..tapi sekarang ...aku boleh tengok depan depan...setiap inci wajahnya aku perhatikan...

"oklah cikgu..saya nak balik dah..."

kami berjalan ke perhentian teksi di bts....diam...takder satu suara yang keluar.

teksi pun sampai. aku peluk mat dan tepuk bahunya....

"selamat tinggal mat...."

"jaga diri cikgu..tunggu saya lagi 4 tahun yer " usik mat..

aku terdiam...dia masuk ke perut teksi dan berlalu pergi....

piala uber dan bergu campuran

salam..selamat petang..hai apa khabar semua..maaflah sebab dah lama tak update blog nie..erm busy memanjang ..sekarang jam menunjukkan pukul 2 05 minit petang..ada lagi 55 minit sebelum kelas tuisyen akan bermula..so sempat lah curik curik masa nak taip blog nie kan...so macam mana kerja hari nie ok ker? mesti ada yang mengantuk gilerkan? yolah semalam kan final world cup..spain yang menang ..tere sotong tu ramal kan?

bercakap pasal sotong peramal tu..macam macam versi yang kita dengar ..yang paling tak tahan..ada ke orang kata sotong tu malaikat..ish ..gitteww....ada yang kata sotong tu petanda nak hari kiamat lah..mentang mentang lah ramadhan akan menjelang satu bulan lagi..trus kita pose pose pakai tudung lah kan......apa apa pon tahniah kepada sotong ittew kerana sudah popular yer...yolah...tak payah berlakon..tak payah menyanyi...terus ramal ...dan glamer..so sotong sotong semalaysia ....bila nak glamer pulak?

dah..dah..kukik kukik,...sampai tajuk entry pun dah lari nie..oklah ..saja nak citer pasal hobi dan sukan baru yang baru diceburi ini pada kalian..oklah..sebenarnya memang dah kemaruk sangat main badminton ..apatah lagi semakin ramai jugak yang dah mula main badminton nie....seingat kita yer..kita main dari minggu lepas , tiap tiap pagi ..selama seminggu tanpa berhenti...fuh..best ...badan rasa ringan sahaja sekarang nie..seronok..hanya malam semalam tak main sebab nak tengok world cup katanya....

yang paling seronok masa, sabtu malam ahad apabila penyertaan bergu yang amat digeruni iaitu nas dan aleem turut serta..apatah lagi nas yang sangat bersungguh sungguh nak joint main badminton tu..dari pukul 3 petang lagi dia nak main .. siap sms lagi tu ....tapi biasanya kami main lewat pagi sikitlah sebab lebih rasa seronok kan.....

sebelum main tu, kami semua makan terlebih dahulu di area sup meletop..kak farah, sandra, kiko, hamie, azizie, muaz dan amir turut serta..terjumpa pulak azrizal, dik non lama kat upm tu..pastu datang pulak edmund dan juga fahmi....serta tidak lupa abang teh serta kawannya...
kami bergerak ke lumayan..terus ke dewan,,nas dan aleem dan sampai ....pergh siap dengan kasut lagi tu....sebaik sahaja kitaorang pasang net, nas dan alem tak sabar sabar lagi nak cuba...

seperti yang telah dijangkakan nas dan aleem takder masalah nak main badminton..orang tere main tennis nie macam kacang ajer main badminton...hanya mereka ini akan pukul laju sikit.. aleem menag tere sukan yang menggunakan tangan..pemain hoki negeri masa sekolah tu kan....tapi napa boling u ols tak tere sangat ( opss )....dan diaorang punya pukulan panjang pun power sial.....nas tere pukulan kilas atau dalam bahasa inggerisnya backhand yer....aleem pulak tere smash yer..pantang dapat bola "tanggung "..terus smash..kau mampu? tapi pasangan bergu nie memang tere bertahan..penat i dan daylan smash bagai..macam kacang ajer mereka angkat...ceh...

namun seperti biasa pasangan piala uber nie susah nak dikalahkan..nas dan aleem nampaknya tewas gak dengan i dan kiko..maklumlah kami dah berlatih selama 3 minggu apatah lagi mendapat bimbingan dari jurulatih dari china yer.....tapi seronok jugak...yang paling menarik bila pertandingan antara kak farah bergu dengan amir menentang sandra yang berpasangan dengan kiko...omak aiii...penat ketawa dari bermain yer.....kak farah menggunakan hikmat tertinggi beliau iaitu mencedok di depan net yer..kau mampu......?asyik ketawa sajer sandra masa tu ....

tapi yang paling sakit hati bila pasangan i dan kiko akhirnya tewas dengan nas yang berpasangan dengan muaz...ceh....tak sangka diaorang tere jugak....muaz memang bermain dengan pantas dan cekap menjaga depan net manakala nas pulak memang tere bertahan dan pukulan kilas..walaupun kami main dalam rubber game...tapi tetap kalah jugak....

lepas main tu, kami pergi sarapan di q bistro..kukik kukik...tak sedar pulak jam menunjukkan pukul 6 30 pagi dah..omak aiii..main dari kul 1 30 pagi sampai 6 pagi..lama giler...maklumlah court hanya ada satu sahaja...so kenalah bergilir gilir masa nak main tu kan?

opss lupa..sesiapa nak beli kuih almond london..boleh buat tempahan pada nas..alah tolong kawan kawan kan di ramadhan nie kan...sama sama kita merasa dan membantu ...gitteww dan nas..nanti kasi sample kat i...boleh i promote kat parents tuisyen kat bts dan taman miharja nanti yer....i ambik tempahan ajer tau..penghantaran dan duit uols setelkan ek...oklah..itu sahaja...penat gak taip nie..takper....ada masa lagi nak taip satu entry lagi...bye...ketemu lagi