akum semua....
apa khabar? sihat? alhamdulillah yer kalau semua sihat, akak tak sihat sangat nie, mengantokrina( ingat lagi tak konseprina itu) maksudnya dah berlaku yer....oklah akak sekarang nie nak cerita sedikit pengalaman akak semasa pagi tadi yer.
jam di handset menunjukkan pukul 11 56 minit yer pagi, akak baru sahaja selepas menghadiri kursus kahwin di cheras tetapi telah dihalau balik kerana.....
" u dah bangun ker? " sms masuk di dalam hanset
terpisat pisat akak bangun melihat sms tersebut, masa tu jam menenjukkan pukul 8 30 pagi. sms tu dari bakal tunang yer
"dah bangun dah...nak mandi mandi dah nie...pukul berapa u nak datang?" balas akak balik yer
"dah kat bawah umah u dah..turun lah sekarang. " opsss seawal rasa kau datang yer. apa kau hengat pejabat kursus kahwin tu sekolah ker, bukak kol 6 pagi
"kejap yer. nak pi tandas..." sajer beri alasan tu sebab masa tu lom mandi lagi kan
maka hura hara lah akak mandi di dalam bilik air, tapi sempat jugak melontarkan sore yang lunak nie dengan 3 buah lagu iaitu aku bukan serangga, semangat yang hilang dan bandar tasik selatan. kelasss kan pilihan lagu lagu akak , tak macam sesetengah pondan nie, nyanyi lagu ct lah, ziana zain lah ..tuiiiii
dalam 15 minit, akak pun turun dengan muka yang ceria yer..ceria akah? entah arrrr akak balun ajer, asalkan konsep ceria macam astro kan..
"eh..u , takkan nak pakai macam nie kot?" tanya awek akak tu sambil mengerutkan muka.
"napa? bukannnya i pakai cawat dengan guna daun nipah?" balas i balik
"baju u tu ketat sangat sangat, pastu all white pulak, takut arr nanti kena komplen"
"alah biar lah, asalkan i berpakaian , lagi pun kita nak pergi survey ajerkan tempat tu...dah lah, jalan ajer" arah akak sambil pose pose melihat lelaki mynmar berjalan
kereta meluncur laju, dan akhirnya kami sampai di tempat tersebut
kelihatan ramai pasangan normal yer, diulangi pasangan normal sedang berbual bual manja diantara satu sama lain.
"alamak, start lagi 30 minit, jom pi makan, maksudnya breakfast lah yer?" ajak awek nie. baik gak orangnya.
akak ikut ajer, ramai jugak pasangan yang pergi bersarapan bersama
kami duduk di satu meja, beberapa pasang mata memerhatikan kami
"hah tgk, orang pun pelik tgk u kan? baju u tak sesuailah" gomel awek tu
"alah biarlah, diaorang lagi over, berpakaian baju melayu nie....tak larat" opss hah dah terpecah lubang dah nie...
lepas bersarapan, kami diminta ke bilik pendaftaran yer
seorang wanita bertudong labuh menunggu semua pasangan yang ingin berdaftar, kami sengaja beratur di barisan yang paling belakang sekali yer.
sampai giliran kami, wanita itu mencebik muka
"nie nak pi kursus kahwin ker atau nak tgk konsert?" amboi amboi kau...boleh tahan nie, nanti aku bakar tudong kau macam kat upm dulu nak kah?
" erm..2 tiket konsert xpdc" akak membuat lawak yang tak jadi
"tak lawak pun, nie lain kali kalau nak datang, tolong berpakaian yang sesuai yer, lebih afdal baju melayu yer, jangan pakai ketat ketat sampai macam sarung nangka saya tengok, kita nie kalau nak kahwin, kita kenalah smart, nak jadi ayah nie bukan senang, kita ketua keluarga, kena jadi contoh" wah wah wah......ceramah nampak, jangan kau seru yer,, nanti aku memariekan diri baru tau
"sorry lah puan, dia memang macam nie, saya dah tegur dia tadi, tapi dia degil puan, saya janji akan datang esok atau lusa " amboi dua lawan satu nie.. tak leh jadi nie.
kami beransur pulak, tak sampai beberapa meter akak patah balik, menuju ke arah pompuan bertudong
"iyer encik, ada apa apa yang boleh dibantu...nak pinjam baju melayu suami saya ker? wow hebat makcik nie yer
"tak lah puan, saya nak tanya, kalau pakai baju kebaya ketat dan bertudung nampak rambut boleh tak datang puan?" tanya akak
"huh....?" pompuan tu nampak heran
"napa...? sapa yang nak pakai?" tanya wanita bertudong ittew
"saya lah puan, nanti saya datang esok dengan baju kebaya bersama suami tercinta saya yer...." jawab akak sambil pose pose victoria secret.....terus catwalk
akum semua...
sihat? alhamdulillah ...harap semua para pembaca di luar sana sihat sahaja yer dan gembira menjalani kehidupan di musim perayaan ini dengan penuh kegembiraan. jam di dinding menunjukkan pukul 1 20 pagi, 6 okt, ini bermakna hari ini merupakan hari yang paling malas bagi golongan yang bekerja. Maklumlah dah hampir seminggu bercuti di kampung, tup tup dah kena kerja yer. bagi akak pulak, hari selasa lah akak akan mula mengajar semula
oklah entry kali ini akak menceritakan kisah yang suam suam kuku ajer semasa akak pergi ke ikea bersama dengan 2 orang artis popular iaitu firdee dan daylan .
pukul 1 30 ptg
firdee (via sms) : jadi ker cikgu kita ke ikea?
akak ( pose pose baru bangun tido) mestilah jadi, tapi tanya daylan. Cikgu ikut ajer
firdee: dah sms , tapi dia tak jawab .
akak: erm mesti dia tido lagi
dalam pukul 2 ptg, daylan membalas sms dan nak mengajak ke ikea. maka kami bertiga akan jumpa di ikea dalam pukul 5 ptg.
pukul 4 15 petang, kami berdua bertolak ke ikea dari pandan jaya, manakala firdee akan menunggu kami di sana dalam pukul 5 ptg. Trafik pada masa itu bergerak perlahan kerana hujan, dan jalan pulak tak begitu sesak. akak di dalam keta diam ajork , melayan perasaan gittew kan, kadang kala berbual ngan daylan, takkan lah nak diam sepanjang jalan tu...motif sangat kan
dalam pukul 5 ptg, kami sampai dan singgah di mc donald yer, lapura laupun ( menunjukkan sangat lapar dan perkataan itu adalah kata ganda yer) akak order buburina (bubur) dan daylan seperti biasa burgerina ( iaitu burger). Rina di tambah di hujung ayat menunjukkan perkara itu sudah lepas atau dalam bahasa inggeris kita kenali past tense. Contohnya ibu telah membeli sayurina di pasar semalam. ini menunjukkan bahawa sayur itu telah di beli. faham tak?
seperti biasa, artis popular mesti lah datang lewat kan dengan alasan jalan jam dan ada kemalangan. Ermm u tolong orang yang kemalangan ker firdee? alah tak lewat sangat hanya satu jam sahaja iaitu bersamaan dengan 60 minit atau bersamaan dengan 3600 saat sahaja lewatnya.
kami terus masuk ke ikea sambil pose pose tengok hiasan katil. Tak ramai sangat orang masa tu, mungkin bz beraya , yang ada pun mungkin nak mencantikkan rumah, maklumlah nak buat open house mestilah rumah malatops kan. Bersiar siarlah kami sambil melihat keindahan di dalam ikea ittewww.
seperti telah dirancang, firdee akan memulakan konsep mari melabur di ikea, iaitu membeli barang barang ikea dengan niat murni untuk menambahkan kekayaan kepada tokey ikea yer, maka tokey ikea sudah pasti tersenyum dan pose pose memegang duit. mula mula beli langsuir opss langsir uolss. buat apa nak beli langsuirkan, kat pandan jaya banyak langsuir uolsss, pergi ajer kedai tomyam pandan jaya maka anda ada ketemui langsuir , mengilai ngilai ketawa di waktu malam dan pagi.....akak salah seorang langsuir kat sittew lah
lepas membeli langsir yang agak vogue gittew, terus pulak nak beli cadar dan sebagainya, wah wah kelas kan? kaya gittewww kan? puaslah dia meminta pendapat pada daylan tentang konsep biliknya,. jangan tanya cikgu yer, cikgu tak pandai sangat, setakat kata iya atau tidak ajer...Daylan yang banyak beri pendapat pada firdee
tak cukup dengan langsir, cadar pastu nak beli "rug" letak di tepi katilnya, wow kelas......jangan tak tahu tuan tuan dan puan puan ada hati nak beli cermin, pastu nak beli almari, kalau akak tak tegah atau larang dia, entah apa lagi dia beli. Mr firdee, u ingat keta u tu boleh jadi lori ikea kah? transformers kah keta uolsss boleh bertukar bagai? tolong lah yer....opss lupa firdee ada jugak beli dua bakul hangit ( hangit tu apa? hangit tu bermaksud barang barang yang tak penting yer)
akak beli apa? hikhik...memandang akak tidak berduit ketika ittew, tapi tetap nak bawak pulang barangan ikea, maka akak membeli 2 biji mentol ajer..ahaks..hazab kan? erm yelah uolsss, parents tuisyen akak tak bayar lagi duit bulan lepas, kelas kan...terus balik kampung sebelum cuti, apa kau hengat aku nie kambing, makan rumput kah? motif kau hangin noks?memang lah hangin, parents balik kampung bergumbira, akak kat sini hangin tau....
lepas ke ikea, pastu kami jalan jalan kat the curve pulak, tgk cadar lagi, kali ini tak paham apa konsepnya. berapa cadar u beli firdee, selalu kuar darah kah u ols? opsss...pergi pulak kedai haiwan, Si daylan yang ajak. Akak nie memang anti haiwan sikit, kucing pon akak takut uolssss, napa benci haiwan ? sebab akak bukan lah seseorang yang berperikebinatangan....jadi tak suka binatang atau haiwan sangat. macam macam jenis haiwan akak tgk kat situ...tapi diingatkan tempat tu bukan zoo yer
lepas tu pulak nampak kedai padini, ada sale, akak mula lah survey survey dengan daylan sementara tunggu firdee mengeluarkan duit. TUp tup dia sampai, dia borongnya baju baju di situ, wow ...terkesima akak, kelas kan....memang murah pun, firdee tetap konsep merendah diri
last sekali, kami pun pergi makan di thai express. Best nya...lepak msambil berbual bual dengan kawan kawan. menceritakan kisah zaman belajar dahulu, macam macam lah...lama jugak kami lepak kat situ sambil bergambar. tak paham konsepnya, sikit sikit bergambar, pastu bergambar,,napa noks...u olss rasa gambar uols akan di masukkan ke dalam buku sejarah tingkatan 5 kah?
dan last sekali terima kasih pada mr firdee yang sangat bermurah hati yer, dan akak rasa terharu sangat....dan pada daylan gak, yang gigh memandu jauh jauh semata mata nak beli mentol waima akak pose pose manja dalam keta.....
sampai umah daylan, terus tgk myspace akak, wah wah hamie merupakan orang pertama komen pada gambar akak, siap uolssss
akum semua
apa khabar? Sihat? Alhamdulillah yer….akak pun sihat sahaja. Jam sekarang menunjukkan pukul 4 14 petang, 4 Syawal bersamaan 4 Oktober 2008. Erm nampaknya tiada aktiviti yang menarik , hanya duduk di rumah sahaja sambil menaip entry untuk di post di blog yer.
Oklah kali ini kak akan menaip satu entry yang mungkin agak berlainan sedikit yer. Erm asyik cerita chenta, kisah anak murid, pengalaman semasa kecil dan sebagainya. Kali ini akak nak cerita kekurangan yang ada dalam diri ini dan akan cuba memperbaikinya pada masa akan datang yer..
1. tak tahu menjahit
Penerangan: yup uolsss akak memang tak tahu menjahit uols. Menjahit yang mudah mudah pun tak tahu. Yelah masa tingkatan 1 hingga tingkatan 3 kita ada belajar kemahiran hidupkan, masa tu akak tak minat matapelajaran tu uolsss.sibuk bercakap dengan budak laki di dalam kumpulan, kecik kecik dulu mana tahu perasaan nie suka kat kaum sejenis kan? Opssss
2. tak reti bertukang
Penerangan: aiyoooo, sapa yang sini tere bertukang bagai? Kalau tere boleh lah tolong akak buatkan katil baby ker, rumah pondok ker, kerusi ker kan? Memang tak reti uolsss masa kat sekolah dulu, suruh budak pompuan tolong gergajikan kayu..aiyooo motif kau suruh budak pompuan kan? Sebab masa tu tak der sapa budak laki nak geng dengan akak sebab akak sangat lembap bab bab bertukang.
3 tak pandai sangat peralatan elektrik
Penerangan: jangan kau tanya pasal elektrik yer, yang akak tahu elektrik sangat penting dalam kehidupan kita ajer. That all, jangan kau tanya pasal wayar bumi ker, wayar teras ker, entah apa kejadahnya. Itu lah sebab bila tuisyen akak mengugurkan subjek kemahiran hidup nie dalam pakej tuisyen akak yer.tukar mentol pun akak terkial kial uosss. Bukan lah nak menunjukkan akak vogue, tapi memang bingai nie.
4. membasuh baju dengan menggunakan tangan
Pernerangan: wah wah wah kau ingat kau kelasss sangat ker noks? Aiyoooo zaman belajar dulu kau basuh dengan kaki kah? Aiyooo jangan carot kat akak yer, memang tak reti uolsss. Tak sampai 3 helai akak dah pancit lah uolsss. Tak larat sangat, terus pose poe pijak dengan kaki ajer baju baju tu kan? Itu lah kaedah yang di ajar oleh senior senior pondan masa akak di upm dulu yer
5. memandu kereta dan menunggang moto
Penerangan :Yup akak akui akak masih tak der lessen keta dan moto Napa tak amik nok? Kau naik keta kuda ker pergi mengajar noks? Aiyoooo jangan kauorng kata bergittewww. Terguris hati akak yer, memang akak ikut genetic ayah yer, ayah pun dapat lessen keta masa umo yer nak masuk 30 tahun yer, masa tu baru akak dan adik beradik merasa naik keta yer, sian kan keluarga kami…..naik moto lagi lah akak takut uolsss. Kalau naik ajer moto, mulalah akak memabaca ayat ayat suci yer, habislah satu muqaddam tu akan akak baca sepanjang perjalanan yer
6. bersukan yang menggunakan kaki yer
Penerangan: Ok, contohnya bola sepak ker, takraw ker, futsal ker apa apa lah. Emm sangat lemah lah uolsss. Kaki bangku sangat rasanya, kalau boling ? oh yesss mestilah, akak tere boling uolsss, kalau tak kan dapat top 3 baru baru nie uolsss kan? Pernah dulu akak cuba main bola, asyik kena ejek ajer uolsss, pastu cikgu pjk akak suuh akak pose pose kat tepi padang, paling tinggi darjat akak pun dia suruh akak buatkan air milo untuk pemain bola sepak yer. Yahoooo akak suker
7. menggunakan computer
Penerangan: cikgu apa kau nie noks? Computer pun tak tahu guna, tu yang kau beli lap top wat per? Perhiasankah? Opsss amboi amboi mulut kau, boleh tahan ek, meh sini mak cili kau sikit, meh sini dekat sikit….Noks …akak beli laptop tu sebab akak nak chatting dan download citer citer menarik dalam internet uolss. Di samping leh gak miss universe berulang ulang kali sambil pose pose kat umah jadi dayana mendoza tau. Pastu leh chatting, ajak anak anak hayam pandan jaya berkumpul umah sambil chatting kan? kelas tak akak? Mak hayam yang baik sangat kan.
8. kerja kerja berat yang menggunakan tenaga
Penerangan: tak paham lah noks…kerja berat macam mana? Kau pernah keje buruh binaan ker noks? Patutlah banyak skandal yer, mak dengar ada Thailand, ada pilipina dan yang terbaru Myanmar..kelas kau noksss international ek. Hoiii..amboi amboi kau nie, tak leh simpan rahsia akak langsung yer, kerja berat tu contohnya membaiki kereta ker, mengacau dodol ker, apa apa kerja yang lelaki buat. Paham tak noksss, kau tu kuat sangat ker? Kalau kenduri tu mak pose pose angkat dulang ajer, paling vogue pun kasi bunga telur kat tetamu kan?
Oklah, itu sahaja yang akak mampu tulis yer, mangantok pulak nie kan yer. Nanti akak sambung balik, nak mandi dan rehat jap.
Akum semua
Apa khabar? Sihat…Alhamdulillah …harap harap para pembaca di luar sana sihat yer. Seperti biasa akak kalau ada masa terluang ajer mesti akan meluangkan masa untuk menaip entry walaupun tak der yang baca yer.
Jam sekarang menunjukkan pukul 3 25 pagi, 4 oktober 2008, walaupun sekarang nie ramai yang sedap melayan mata di katil, tapi akak tetap gigih menaip entry untuk blog tersayang yer. Kali ini akak akan menceritakan kisah benar semasa akak mengajar tuisyen. Yelah uolss asyik asyik kisah my baby akak ajer, kali ini biarlah kisah anak anak murid yang dahagakan kasih dan sayang daripada akak
Puan sal: hallo ini cikgu irfan ker?
Akak: yup cikgu Irfan yang bercakap…sapa di sana yer?
Puan sal: erm akak nie panggil ajer kak sal. Dok kondo miharja, dengar cikgu ada buat tuisyen yer
Akak: oh akak sal. Selamat berpuasa. Yup memang saya buat tuisyen tapi untuk tahun nie dah penuh, lagi pun dah bulan September nie. Akak cuba tahun depan, kalau tak penuh lagi ( pose pose kekwat)
Puan sal: lah cikgu, anak akak nie memang perlukan tuisyen. Lagipun dia tadika ajer, baru 6 tahun, masalahnya dia tak tahu membaca lah cikgu. Risau akak jugak nie
Akak: oh ye ker laki ker pompuan ( kelasss kan tanya jantina anak murid kan?)
Paun sal: lelaki cikgu, tapi ada 2 orang kawan dia nak joint sekali kot. Lagi senang cikgu ajar ramai ramai yer
Akak: erm kalau macam tu saya rasa ok, kalau sorang saya charge lain harga, kalau ramai ramai saya kasi diskuan lah yer
Puan sal: Alhamdulillah, terima kasih lah cikgu lega hati akak dengar.
Akak: sama sama….
Puan sal: esok boleh mula…dalam pukul 12 atau 1 ptg ker. Lagipun bulan pose nie anak akak tak buat apa apa . dapat 1 jam sehari pun tak per cikgu
Akak: insya allah jumpa esok, pukul 1 ptg
Keesokkan harinya ( di rumah puan sal yang vogue gittew)
Akak: hai apa khabar semua? Sihat ? puasa tak hari nie
Kanak kanak : poseeeee cikguuuuuuu( panjang harkat )
Mulalah sessi perkenalkan diri masing masing. Akak tengok budak budak ok, tak takut sangat tapi akak ta leh kasi muka sangat nanti lawan tokey.mula mula ajar mengenal abc dan masa tinggal lagi 10 minit sebelum kelas tamat. Akak nak uji mereka tentang binatang
Akak: oklah, masa tinggal 10 minit
Budal laki A : alah kejap yerrr…tak best arrr
Budak pompuan b: esok ada lagi tak cikgu
Akak: esok mesti lah ada, tiap tiap hari pun boleh kan
Budak laki c: yahuuuuuu
Akak: oklah mari kita mengenal haiwan yer nak tak? Sapa pernah pergi zoo? Angkat tangan?
Melompat lompat diaorang gembira. Motif kau melompat macam haiwan di zoo layaknya..opssss mencarot kat anak anak murid
Akak pun tunjuk satu gambar haiwan yang tinggal di air yer ( cuba teka)
Akak: sapa tahu apa nama haiwan nie…?
Budak laki a: saya cikgu…saya cikgu…sutun namanya
Akak: hah, cikgu tak dengar …apa namanya sekali lagi?
Budak laki a dan c: sutun cikgu
Akak : sutun ( mengerut muka ) napa panggil sutun?
Budak pompuan b: alah cikgu kan dalam tibikan ada cite sutun kan
Akak: erm itu cerita , nie buka sutun. S.O.T.O.N.G ( eja akak satu persatu kan)
Budak a: tapi nama dalam tibi sutun cikgu
Akak: itu nama cerita yer, tapi nama yang kita panggil nie sotong yer.
Budak lak c: tapi ayah kata jangan makan sutun cikgu, tak boleh makan weiiiiii( pajang muncung dia)
Akak: napa lak tak leh makan, cikgu makan ok ajer, tak jatuh sakit pun
Budak laki c: tak boleh cikgu, nanti kita jalan macam pompuan cikgu, nanti jadi pondan
Berdentum hati akak mendengar yer. Siap ayah kau yer,…..
Aka: oklah masa nak dekat habis , esok kita sambung lagi. Dan beritahu ayah kamu yang sotong nie haiwan boleh di makan yer. Tak der racun pun…
Keesokkan harinya
Budak laki c: cikgu..cikgu pose tak
Akak: pose , napa kamu tanya
Budak laki c: jap ayah saya kasi bekal kat cikgu. Buka pose nanti
Akak: his tak payah susah susah lah . segan cikgu ( dalam hati dah rasa amat terharu
Budak laki c: cikgu makan lah buka puasa nanti.
Nak tahu apa makanan yang di bekal untuk akak? SAMBAL SOTONG terus pose pose manja dan terhina sangat…….
Akum…. Apa khabar semua? Sihat? Alhamdulillah kalau semua orang sihat…akak di sini pun sihat . Jam sekarang menunjukkan pukul 12 10 atau kalau ikut sisitem 24 jam ialah 00 10 minit pagi, 4 oktober 2008. Rasanya mata tak mengantuk lagi maklumlah petang tadi dah bantai tido lama dan sekarang nie nak tulis blog lagi lah.
Oklah, apa pulak entry atau kisah merapu yang akak nak tulis ..hahhh dah teringat. Pembaca masih ingat lagi entry tunang dan kahwin kan? Lepas mendengar penjelasan dari ayah, terus akak sms b akak yang berada di Johor
Akak: haie b, wat ape tu? ada masalah besar ar b
My baby: haie ..i tak wat apa apa. Just tgk tibi. Masalah apa u ?
Akak: erm macam mana nak cakap nie, ura ura I akan bertunang dan kahwin tahun depan . Tapi ura ura ajer tau nie. Lom kompom
My baby: alamak macam tu ker? Tapi ura ura ajer kan. U cool ajer, jangan gabra( mcm lah tu b I nie, kalau ada apa masalah, dia mintak I cool ajer)
Akak: adusss u cakap senang lah, I yang kena hadapi nie. Nie serius ok, bukan main main. Kalau main main buat apa I sms kat u b. Huru hara lah I nie
My baby: u, kan I dah cakap cool ajer. Buat apa nak huru hara ok. Kalau u nak tunang, tunang ajer arrr. Tak ada apa pun kesan kan dalam hubungan kita…( wah wah sedapnya kau cakap macam tu)
Akak: ohh macam tu ka. Kalau I tunang, I mintak maap, I stop dengan u lah. lagi pun mana boleh dalam satu hati ada 2 orang kan b( akak mula menyimbah petrol, nak tgk reaksi my baby )
My baby: alamak macam tu ka..kalau macam tu I pun tak mahu arrr . baru nak syok dengan u, dah nak putus kita pun baru 2 bulan kan, kalau u dengan shah , sampai 6 tahun pun tak per kan
Akak: eh napa pulak u babitkan shah pulak dalam hal nie
My baby: napa u tak kahwin masa u kapel dengan dengn shah? Napa dengan I tup tup I dengar u nak kahwin ? atau u saje kasi alasan nie nak putos dengan I ok? U ada yang lain? ( emosi gittewkan)
Akak: Ya allah b nie, Ke situ pulak pikir nya. Kalau I ada masalah u suruh I cool, tapi bila u pulak, erm melenting terus …tak ada kaitan I dengan shah tu lagi lah.
My baby: tapi u masih pergi uma dia kan? Siap ambik kuih dari mak mentua u kan jap pembetulan bekas mak mentua yer? Wah sayang nampak dia kat u kan. Pura pura marah kat u , tapi dalam hati dia u tak tahu kan?
Akak: ( dah mula “haid” nie) b, apa u mengarut nie. I cakap pasal I nak tunang dan kahwin, tup tup ada masuk si shah tu napa. Dah lah b , I tak nak gaduh dengan u arrrr
My baby: nanti u , I tak puas hati lagi nie. Ada yang I nak tanya kat u sampai I puas hati ok( memang perangai dia macam nie)
Akak: ok silakan, penat I menaip sms nie, kalau cakap kan senang.
My baby: napa u asyik cite kisah lama dengan shah depan i? u susah nak lupakan dia ker ? masih sayang dengan dia kah?
Akak: oklah kalau u nak tahu, I kadang kadang terlepas citer dengan u. Ingat u tak kisah, tapi kalau tak suka sorry lah. Lagi pun I dengan dia 6 tahun arr b. tinggal bersama dengan dia. Dan raya kali ini yang pertama I tak beraya dengan dia. So I mintak maap
My baby: so I pulak macam mana?
Akak: sayang giler kat u ok? Kalau tak sayang, takkan I sms u setiap masa, tipon u kalau I free, spend time dengan u masa ramadhan, support u masa u nak final exam, usung u jumpa kawan kawan i. kalau tak jadi kapel u, I gak yang malu .
My baby: thanks u I terharu ( amboi..jantan, pendek ajer kau reply, tangan aku jenuh menaip panjang panjang sms tu)
Akak: so b dah puas hati dengan jawapan i?
My baby: rasanya dah kot. Asalkan jangan tipu I dah ler
Akak: tak lah, mana ada I tipu. Memang I sayang kat u lah.
My baby: sorry I agak emosi tadi.
Akak : paham, u memang macam tu. Tapi tak per asalkan u puas hati, nanti u lari lagi, terpaksa tunggu 3 tahun lagi
My baby: tak lah, kali ini tak nak lari , ada ajer kat dengan u ok
Akak: oklah b penat arrr menaip sms nie, jumpa isnin depan yer
My baby: ok u. take care and luv u
Akak: ok b babai
My baby: jap..jadi ke tunang tu
Akak: b nanti arrr kita bincang, nak pi makan . muahssss
#moral dari cerita tadi: kadang kadang kita mudah bergaduh dan salah faham dengan orang yang tersayang apabila membincangkan sesuatu perkara. Adakah ittew dinamakan “butanya cinta?”
Akum semua
Apa khabar semua pembaca yang disayangi sihat? Alhamdulillah, bagus lah kalau begitu ….akak pun sihat jugak nie dan sekarang tak tahu nak buat apa, beru lepas ujan , sejuk giler. Lapar pulak rasanya, tnantilah makan, lepas taip satu entry baru makan kot
Oklah, nak tanya pada pembaca, pernah tak ditanya soalan maut setiap kali balik beraya? Apa soalannya..” bila nak kawin? @ “ dah jumpa dah jodoh?”@ “ memilih kot@ “ kau bila dah kawin, umo dah lanjut , rugi tak kawin tau”
Begitulah yang selalu akak hadapi setiap kali balik beraya, sian pulak mak dan ayah yang terpaksa menjawab semua pertanyaan daripada saudara mara atau para tetamu kan.
1 oktober @ 1 syawal 8 malam
“pak lang, jom pi main bunga api” ajak anak buah akak yang berusia 8 tahun, iman nabiela nurfatehah. Kelas kan namanya, panggil biela ajer dah cukup.
“malas la biela, paklang nak makan dulu lah” akak berkata sambil melihat berita tibi tiga.
“alamak, macam ada orang datang ajer tu,” sambung anak buah akak tu. Yup nampaknya ada 2 buah kereta masuk di halaman rumah, kami adik beradik terus huru hara memakai pakaian yang lebih sesuai apabila menyambut tetamu.
Ayah dan mak sudah berada di muka pintu , menyambut kedatangan tetamu dengan senyuman.
“siapa tu ngah?” tanya akak pada kakak yang kedua
“ntah arrr, tak pernah datang, kawan ayah kot”jelas kak ngah
Nampaknya ayah dan keluarga tadi agak mesra. Selepas bersalam selaman, mereka berbual. Kami adik beradik sedang menyediakan minuman dan makanan kepada para tetamu yer
“yang mana satu ?” tetiba muncul soalan di ruang tamu
“adik, meh sini, uncle salleh nak kenal nie.”
Akak pun terus keluar dari bilik, buat muka blur blur ajer, yelah tetiba kena panggil, biasanya kalau tetamu datang akak dan adik beradik dok dalam bilik ajer.
Maka bermula lah sesi perkenalan akak dengan kaum kerabat uncle salleh, diaorang tanya macam macam. Pasal kerja, pasal awek ( ade ker) pasal life ….dan ada yang takpaksa akak bohong yer.
“so kalau jadi bila pak mail nie” Tanya isteri uncle salleh.
“jadi?” apa yang jadi nie” getus hati akak
“saya cadang nak buat serentak dengan adik dia. Adik dia pun akan bertunang bulan 3 tahun depan, dan bulan 11 terus kahwin. Save bajet kalau buat 2 orang sekali.
“tunang ? kahwin ? aku ker?” peluh dah mula menitis . Biar betul nie. Adussss
“ yang mana satu pompuan yer” tanya mak akak kepada keluarga uncle salleh
“ alah lupa pulak nak kenalkan bunga nyer pulak, hehehe. Hah yang dok belakang saya nie lah” terang isteri uncle salleh
Terus akak memandang ke arah seorang perempuan yang duduk bersimpuh. Boleh tahan gak. Orang putih gak, tapi dengarnya usia dah mencecah 30 tahun.
Akak dah mula seriau. Adik beradik lain mula berbisik bisik di dalam bilik , semuanya tak tahu , akak apalah lagi. Balik balik raya tup tup dapat “hadiah” yang paling berharga yer.
Apabila tetamu dah balik, terus akak di panggil oleh ayah di dalam biliknya
“duduk ar dik,” arah ayah pada akak
“erm….ada apa ayah?” saje tanya soalan bodoh.
“ maaf tak tak bagitau, tapi itu belum konpom lagi lah, hanya nak kenal sahaja.”
“tapi ayah, adik rasa tak selesa lah, tetiba jadi macam nie,” jelas akak sambil memandang ke arah ayah
“jadi bila adik nak kahwin? Ayah dah tunggu lama dik, adik pun dah 32 tahun, dah lama membujang, nak harapkan adik mencari, ayah tak pernah nampak pun. Jadi ayah cuba carik macam nie. Walaupun zaman sekarang nie jodoh semnaya di cari oleh anak anak sendiri….
“ tapi ayah, adik nie kerja pun tak tetap, hanya cikgu tuisyen ajer. Pendapatan pun bukan tetap pon. Kalau rajin, banyak lah kalau ada hal ker apa ker, dapat ciput ajer, lagi pun macam tak ready ajer nie”
“ada ker ayah paksa adik kahwin nie? Tak ada kan? Hanya ayah nak adik cuba jer “ suara ayah dah mula meninggi sekarang nie tapi masih boleh di kawal lagi
“cuba tu boleh lah , tapi kalau nak beri kata putus tu tak boleh lagi lah ayah, tak kenal pun,” itu ajer yang mampu di jawab untuk mengendurkan suasana
“ adik nak kahwin bile? Sapa nak jaga adik biler tua nanti? Kawan kawan? Erm…sekarang nie oleh lah adik pikir macam tu, tapi nanti kawan kawan bawak diri masing masing , diaorang pun ada hidup diaorang gak..dan yang akan jaga adik bila tua ialah isteri dan anak anak nanti…..” panjang lebar penerangan ayah
Akak bungkam ajer
“ oklah dik, ayah tak mahu paksa, pikir dulu dan cuba kenal budak pompuan tu. Ni no telefon dan alamat dia. Dia dok kl ajer dekat dengan tempat adik , pergi lah jumpa bila ada masa lapang, kenal hati budi dulu. Tak cuba tak tahu” ayah mengakhiri perbualan
Akak terus ambik kertas tadi dan simpan dalam dompet. Perlahan terus ke bilik ……
Akum semua
Apa khabar? Sihat…..alhamdulillah kalau para pembaca di luar sana sihat yer. Akak di sini pon sihat gak, sekarang dah masuk raya yang ke tiga bukan? Bagaimana sambutan hari raya yer? Ok tak?
Oklah kali ini akak nak ceritakan pengalaman akak di hari raya pertama ….. buat pengetahun para pembaca akak dan seorang lagi adik di klang bercadang tidak mahu beraya di kampong. Sebaliknya kami akan beraya di kl sahaja. Jadi akak pun tak buat lah apa apa persiapan untuk menyambut hari raya , persiapan yang ala kadar sahaja.
Walapun telah di pujuk oleh adik beradik yang lain, akak dan adik lelaki di klang@ lebih senang akak tulis namanya aboy lah yer, tetap berkeras nak beraya di kuala lumpur. Mengapa tak mahu balik beraya di batu kikir, kuala pilah? Ermm, adalah sebabnya dan akak tak mao arr citer dalam blog ni yer.
1 oktober 2008 7 00 pagi
“Akum alang dan aboy, tak mahu balik raya ker. Ayah dah menangis bila 2 orang anak lelaki nya tak balik …balik lah kesian kat ayah dan mak yer” sms yang akak terima dar adik pompuan akak yang sudah berada di kampong.
Masa tu akak baru nak tido lite lite ajer lah, terus berderau darah akak. Tak keruan dah, rasanya, hilang rasa mengantuk masa tu. Terus sms adik di klang
“aboy, tak nak balik ker? Dapat tak sms dari ateh di kampong?” sms akak terus ke adik yang berada di klang.
“sorry, aboy tetap tak nak balik yer….” Ringkas tapi sudah cukup menunjukkan aboy memang berkeras tak mao balik kmpung.
Terus akak bum bum balik, tapi tak leh. Teringat mak dan ayah di kampong. Tak pernah kami berdua tak balik raya , sedangkan kalau hari raya, kami lah berdua yang paling membuzy kan diri menolong mak dan ayah.
1 oktober 2008 8 30 pagi
Salam lang, siap sekarang . Kita balik kampong . Aku tak tahan , rindu kat mak dan ayah” maka huru hara lah akak bersiap di rumah daylan. Nasib baik masa tu akak ada bawak baju melayu berwarna coklat. Memang tema kami tahun ini warna coklat yer.
Aboy pun sampai, terus akak pelok dia. Dia menangis teresak esak, suaranya macm dah hilang. Tak tahu napa? Tak berani ni nak tanya,
“napa last minute nak balik” akak tanya
“ aboy baca yassin pagi tadi sebelum nak pi sembahyang raya, tiba tiba aboy rasa rindu sangat kat mak dan ayah . lepas sembahyang raya, terus sms alang ajak sama balik kampong “ jelas aboy dengan suara yang tersekat sekat.
Dalam perjalanan, kami tidak berkata kata. Suasana bungkam. Masing masing melayan perasaan hanya di selang seli dengan sedu sedan sahaja.
1 oktober 2008 10 30 pagi
“nak dekat sampai nie, berdebar arr” kata akak pada aboy
“kita rileks okay” pujuk aboy
Sampai ajer di halaman rumah, terus mak dan ayah kami keluar. Terpancar kerinduan di sudut mata mereka, maklumlah kami tak balik masa bulan puasa jugak.
Terus mak dan ayah memeluk kami, masa tu hilang rasa malu , menangis kami dibuatnya. Adik dan akak akak yang yang lain pun sama, masing masing tak dapat menahan kesedihan. Ya allah, sucinya hari raya ini….
Sebagaimana seorang ibu, sudah pasti akan menyediakan juadah yang terbaik untuk anak anaknya. Terus kami adik beradik makan semeja dengan penuh selera sekali, melupakan segala yang berlaku seolah olah tiada apa yang berlaku. Mak dan ayah makan sekali, diaorang pun penuh selera makan, mugkin kerinduan selama ini telah terubat yer…
Moral dari cerita ini ialah sebagai seorang anak kita haruslah menyayangi kedua dua ibu dan bapa kita sementara mereka hidup di dunia ini, luangkan masa untuk menjenguk mereka. Sekiranya ada perselesihan faham, elakkan dari perasaan ego menguasi diri, dan ingat lah pada orang yang tersayang