Akum semua

Apa khabar semua pembaca yang disayangi sihat? Alhamdulillah, bagus lah kalau begitu ….akak pun sihat jugak nie dan sekarang tak tahu nak buat apa, beru lepas ujan , sejuk giler. Lapar pulak rasanya, tnantilah makan, lepas taip satu entry baru makan kot

Oklah, nak tanya pada pembaca, pernah tak ditanya soalan maut setiap kali balik beraya? Apa soalannya..” bila nak kawin? @ “ dah jumpa dah jodoh?”@ “ memilih kot@ “ kau bila dah kawin, umo dah lanjut , rugi tak kawin tau”

Begitulah yang selalu akak hadapi setiap kali balik beraya, sian pulak mak dan ayah yang terpaksa menjawab semua pertanyaan daripada saudara mara atau para tetamu kan.

1 oktober @ 1 syawal 8 malam

“pak lang, jom pi main bunga api” ajak anak buah akak yang berusia 8 tahun, iman nabiela nurfatehah. Kelas kan namanya, panggil biela ajer dah cukup.

“malas la biela, paklang nak makan dulu lah” akak berkata sambil melihat berita tibi tiga.

“alamak, macam ada orang datang ajer tu,” sambung anak buah akak tu. Yup nampaknya ada 2 buah kereta masuk di halaman rumah, kami adik beradik terus huru hara memakai pakaian yang lebih sesuai apabila menyambut tetamu.

Ayah dan mak sudah berada di muka pintu , menyambut kedatangan tetamu dengan senyuman.

“siapa tu ngah?” tanya akak pada kakak yang kedua

“ntah arrr, tak pernah datang, kawan ayah kot”jelas kak ngah

Nampaknya ayah dan keluarga tadi agak mesra. Selepas bersalam selaman, mereka berbual. Kami adik beradik sedang menyediakan minuman dan makanan kepada para tetamu yer

“yang mana satu ?” tetiba muncul soalan di ruang tamu

“adik, meh sini, uncle salleh nak kenal nie.”

Akak pun terus keluar dari bilik, buat muka blur blur ajer, yelah tetiba kena panggil, biasanya kalau tetamu datang akak dan adik beradik dok dalam bilik ajer.

Maka bermula lah sesi perkenalan akak dengan kaum kerabat uncle salleh, diaorang tanya macam macam. Pasal kerja, pasal awek ( ade ker) pasal life ….dan ada yang takpaksa akak bohong yer.

“so kalau jadi bila pak mail nie” Tanya isteri uncle salleh.

“jadi?” apa yang jadi nie” getus hati akak

“saya cadang nak buat serentak dengan adik dia. Adik dia pun akan bertunang bulan 3 tahun depan, dan bulan 11 terus kahwin. Save bajet kalau buat 2 orang sekali.

“tunang ? kahwin ? aku ker?” peluh dah mula menitis . Biar betul nie. Adussss

“ yang mana satu pompuan yer” tanya mak akak kepada keluarga uncle salleh

“ alah lupa pulak nak kenalkan bunga nyer pulak, hehehe. Hah yang dok belakang saya nie lah” terang isteri uncle salleh

Terus akak memandang ke arah seorang perempuan yang duduk bersimpuh. Boleh tahan gak. Orang putih gak, tapi dengarnya usia dah mencecah 30 tahun.


Akak dah mula seriau. Adik beradik lain mula berbisik bisik di dalam bilik , semuanya tak tahu , akak apalah lagi. Balik balik raya tup tup dapat “hadiah” yang paling berharga yer.

Apabila tetamu dah balik, terus akak di panggil oleh ayah di dalam biliknya

“duduk ar dik,” arah ayah pada akak

“erm….ada apa ayah?” saje tanya soalan bodoh.

“ maaf tak tak bagitau, tapi itu belum konpom lagi lah, hanya nak kenal sahaja.”

“tapi ayah, adik rasa tak selesa lah, tetiba jadi macam nie,” jelas akak sambil memandang ke arah ayah

“jadi bila adik nak kahwin? Ayah dah tunggu lama dik, adik pun dah 32 tahun, dah lama membujang, nak harapkan adik mencari, ayah tak pernah nampak pun. Jadi ayah cuba carik macam nie. Walaupun zaman sekarang nie jodoh semnaya di cari oleh anak anak sendiri….

“ tapi ayah, adik nie kerja pun tak tetap, hanya cikgu tuisyen ajer. Pendapatan pun bukan tetap pon. Kalau rajin, banyak lah kalau ada hal ker apa ker, dapat ciput ajer, lagi pun macam tak ready ajer nie”

“ada ker ayah paksa adik kahwin nie? Tak ada kan? Hanya ayah nak adik cuba jer “ suara ayah dah mula meninggi sekarang nie tapi masih boleh di kawal lagi

“cuba tu boleh lah , tapi kalau nak beri kata putus tu tak boleh lagi lah ayah, tak kenal pun,” itu ajer yang mampu di jawab untuk mengendurkan suasana

“ adik nak kahwin bile? Sapa nak jaga adik biler tua nanti? Kawan kawan? Erm…sekarang nie oleh lah adik pikir macam tu, tapi nanti kawan kawan bawak diri masing masing , diaorang pun ada hidup diaorang gak..dan yang akan jaga adik bila tua ialah isteri dan anak anak nanti…..” panjang lebar penerangan ayah

Akak bungkam ajer

“ oklah dik, ayah tak mahu paksa, pikir dulu dan cuba kenal budak pompuan tu. Ni no telefon dan alamat dia. Dia dok kl ajer dekat dengan tempat adik , pergi lah jumpa bila ada masa lapang, kenal hati budi dulu. Tak cuba tak tahu” ayah mengakhiri perbualan

Akak terus ambik kertas tadi dan simpan dalam dompet. Perlahan terus ke bilik ……