akum semua....
apa khabar? sihat? alhamdulillah yer kalau semua sihat, akak tak sihat sangat nie, mengantokrina( ingat lagi tak konseprina itu) maksudnya dah berlaku yer....oklah akak sekarang nie nak cerita sedikit pengalaman akak semasa pagi tadi yer.
jam di handset menunjukkan pukul 11 56 minit yer pagi, akak baru sahaja selepas menghadiri kursus kahwin di cheras tetapi telah dihalau balik kerana.....
" u dah bangun ker? " sms masuk di dalam hanset
terpisat pisat akak bangun melihat sms tersebut, masa tu jam menenjukkan pukul 8 30 pagi. sms tu dari bakal tunang yer
"dah bangun dah...nak mandi mandi dah nie...pukul berapa u nak datang?" balas akak balik yer
"dah kat bawah umah u dah..turun lah sekarang. " opsss seawal rasa kau datang yer. apa kau hengat pejabat kursus kahwin tu sekolah ker, bukak kol 6 pagi
"kejap yer. nak pi tandas..." sajer beri alasan tu sebab masa tu lom mandi lagi kan
maka hura hara lah akak mandi di dalam bilik air, tapi sempat jugak melontarkan sore yang lunak nie dengan 3 buah lagu iaitu aku bukan serangga, semangat yang hilang dan bandar tasik selatan. kelasss kan pilihan lagu lagu akak , tak macam sesetengah pondan nie, nyanyi lagu ct lah, ziana zain lah ..tuiiiii
dalam 15 minit, akak pun turun dengan muka yang ceria yer..ceria akah? entah arrrr akak balun ajer, asalkan konsep ceria macam astro kan..
"eh..u , takkan nak pakai macam nie kot?" tanya awek akak tu sambil mengerutkan muka.
"napa? bukannnya i pakai cawat dengan guna daun nipah?" balas i balik
"baju u tu ketat sangat sangat, pastu all white pulak, takut arr nanti kena komplen"
"alah biar lah, asalkan i berpakaian , lagi pun kita nak pergi survey ajerkan tempat tu...dah lah, jalan ajer" arah akak sambil pose pose melihat lelaki mynmar berjalan
kereta meluncur laju, dan akhirnya kami sampai di tempat tersebut
kelihatan ramai pasangan normal yer, diulangi pasangan normal sedang berbual bual manja diantara satu sama lain.
"alamak, start lagi 30 minit, jom pi makan, maksudnya breakfast lah yer?" ajak awek nie. baik gak orangnya.
akak ikut ajer, ramai jugak pasangan yang pergi bersarapan bersama
kami duduk di satu meja, beberapa pasang mata memerhatikan kami
"hah tgk, orang pun pelik tgk u kan? baju u tak sesuailah" gomel awek tu
"alah biarlah, diaorang lagi over, berpakaian baju melayu nie....tak larat" opss hah dah terpecah lubang dah nie...
lepas bersarapan, kami diminta ke bilik pendaftaran yer
seorang wanita bertudong labuh menunggu semua pasangan yang ingin berdaftar, kami sengaja beratur di barisan yang paling belakang sekali yer.
sampai giliran kami, wanita itu mencebik muka
"nie nak pi kursus kahwin ker atau nak tgk konsert?" amboi amboi kau...boleh tahan nie, nanti aku bakar tudong kau macam kat upm dulu nak kah?
" erm..2 tiket konsert xpdc" akak membuat lawak yang tak jadi
"tak lawak pun, nie lain kali kalau nak datang, tolong berpakaian yang sesuai yer, lebih afdal baju melayu yer, jangan pakai ketat ketat sampai macam sarung nangka saya tengok, kita nie kalau nak kahwin, kita kenalah smart, nak jadi ayah nie bukan senang, kita ketua keluarga, kena jadi contoh" wah wah wah......ceramah nampak, jangan kau seru yer,, nanti aku memariekan diri baru tau
"sorry lah puan, dia memang macam nie, saya dah tegur dia tadi, tapi dia degil puan, saya janji akan datang esok atau lusa " amboi dua lawan satu nie.. tak leh jadi nie.
kami beransur pulak, tak sampai beberapa meter akak patah balik, menuju ke arah pompuan bertudong
"iyer encik, ada apa apa yang boleh dibantu...nak pinjam baju melayu suami saya ker? wow hebat makcik nie yer
"tak lah puan, saya nak tanya, kalau pakai baju kebaya ketat dan bertudung nampak rambut boleh tak datang puan?" tanya akak
"huh....?" pompuan tu nampak heran
"napa...? sapa yang nak pakai?" tanya wanita bertudong ittew
"saya lah puan, nanti saya datang esok dengan baju kebaya bersama suami tercinta saya yer...." jawab akak sambil pose pose victoria secret.....terus catwalk
Pengeluaran Akaun 1 KWSP melalui i-Sinar.
4 years ago
0 comments:
Post a Comment