akum semua
apa khabar? Sihat? Alhamdulillah yer….akak pun sihat sahaja. Jam sekarang menunjukkan pukul 4 14 petang, 4 Syawal bersamaan 4 Oktober 2008. Erm nampaknya tiada aktiviti yang menarik , hanya duduk di rumah sahaja sambil menaip entry untuk di post di blog yer.
Oklah kali ini kak akan menaip satu entry yang mungkin agak berlainan sedikit yer. Erm asyik cerita chenta, kisah anak murid, pengalaman semasa kecil dan sebagainya. Kali ini akak nak cerita kekurangan yang ada dalam diri ini dan akan cuba memperbaikinya pada masa akan datang yer..
1. tak tahu menjahit
Penerangan: yup uolsss akak memang tak tahu menjahit uols. Menjahit yang mudah mudah pun tak tahu. Yelah masa tingkatan 1 hingga tingkatan 3 kita ada belajar kemahiran hidupkan, masa tu akak tak minat matapelajaran tu uolsss.sibuk bercakap dengan budak laki di dalam kumpulan, kecik kecik dulu mana tahu perasaan nie suka kat kaum sejenis kan? Opssss
2. tak reti bertukang
Penerangan: aiyoooo, sapa yang sini tere bertukang bagai? Kalau tere boleh lah tolong akak buatkan katil baby ker, rumah pondok ker, kerusi ker kan? Memang tak reti uolsss masa kat sekolah dulu, suruh budak pompuan tolong gergajikan kayu..aiyooo motif kau suruh budak pompuan kan? Sebab masa tu tak der sapa budak laki nak geng dengan akak sebab akak sangat lembap bab bab bertukang.
3 tak pandai sangat peralatan elektrik
Penerangan: jangan kau tanya pasal elektrik yer, yang akak tahu elektrik sangat penting dalam kehidupan kita ajer. That all, jangan kau tanya pasal wayar bumi ker, wayar teras ker, entah apa kejadahnya. Itu lah sebab bila tuisyen akak mengugurkan subjek kemahiran hidup nie dalam pakej tuisyen akak yer.tukar mentol pun akak terkial kial uosss. Bukan lah nak menunjukkan akak vogue, tapi memang bingai nie.
4. membasuh baju dengan menggunakan tangan
Pernerangan: wah wah wah kau ingat kau kelasss sangat ker noks? Aiyoooo zaman belajar dulu kau basuh dengan kaki kah? Aiyooo jangan carot kat akak yer, memang tak reti uolsss. Tak sampai 3 helai akak dah pancit lah uolsss. Tak larat sangat, terus pose poe pijak dengan kaki ajer baju baju tu kan? Itu lah kaedah yang di ajar oleh senior senior pondan masa akak di upm dulu yer
5. memandu kereta dan menunggang moto
Penerangan :Yup akak akui akak masih tak der lessen keta dan moto Napa tak amik nok? Kau naik keta kuda ker pergi mengajar noks? Aiyoooo jangan kauorng kata bergittewww. Terguris hati akak yer, memang akak ikut genetic ayah yer, ayah pun dapat lessen keta masa umo yer nak masuk 30 tahun yer, masa tu baru akak dan adik beradik merasa naik keta yer, sian kan keluarga kami…..naik moto lagi lah akak takut uolsss. Kalau naik ajer moto, mulalah akak memabaca ayat ayat suci yer, habislah satu muqaddam tu akan akak baca sepanjang perjalanan yer
6. bersukan yang menggunakan kaki yer
Penerangan: Ok, contohnya bola sepak ker, takraw ker, futsal ker apa apa lah. Emm sangat lemah lah uolsss. Kaki bangku sangat rasanya, kalau boling ? oh yesss mestilah, akak tere boling uolsss, kalau tak kan dapat top 3 baru baru nie uolsss kan? Pernah dulu akak cuba main bola, asyik kena ejek ajer uolsss, pastu cikgu pjk akak suuh akak pose pose kat tepi padang, paling tinggi darjat akak pun dia suruh akak buatkan air milo untuk pemain bola sepak yer. Yahoooo akak suker
7. menggunakan computer
Penerangan: cikgu apa kau nie noks? Computer pun tak tahu guna, tu yang kau beli lap top wat per? Perhiasankah? Opsss amboi amboi mulut kau, boleh tahan ek, meh sini mak cili kau sikit, meh sini dekat sikit….Noks …akak beli laptop tu sebab akak nak chatting dan download citer citer menarik dalam internet uolss. Di samping leh gak miss universe berulang ulang kali sambil pose pose kat umah jadi dayana mendoza tau. Pastu leh chatting, ajak anak anak hayam pandan jaya berkumpul umah sambil chatting kan? kelas tak akak? Mak hayam yang baik sangat kan.
8. kerja kerja berat yang menggunakan tenaga
Penerangan: tak paham lah noks…kerja berat macam mana? Kau pernah keje buruh binaan ker noks? Patutlah banyak skandal yer, mak dengar ada Thailand, ada pilipina dan yang terbaru Myanmar..kelas kau noksss international ek. Hoiii..amboi amboi kau nie, tak leh simpan rahsia akak langsung yer, kerja berat tu contohnya membaiki kereta ker, mengacau dodol ker, apa apa kerja yang lelaki buat. Paham tak noksss, kau tu kuat sangat ker? Kalau kenduri tu mak pose pose angkat dulang ajer, paling vogue pun kasi bunga telur kat tetamu kan?
Oklah, itu sahaja yang akak mampu tulis yer, mangantok pulak nie kan yer. Nanti akak sambung balik, nak mandi dan rehat jap.
0 comments:
Post a Comment