akum semua...
sihat? alhamdulillah ...harap semua para pembaca di luar sana sihat sahaja yer dan gembira menjalani kehidupan di musim perayaan ini dengan penuh kegembiraan. jam di dinding menunjukkan pukul 1 20 pagi, 6 okt, ini bermakna hari ini merupakan hari yang paling malas bagi golongan yang bekerja. Maklumlah dah hampir seminggu bercuti di kampung, tup tup dah kena kerja yer. bagi akak pulak, hari selasa lah akak akan mula mengajar semula
oklah entry kali ini akak menceritakan kisah yang suam suam kuku ajer semasa akak pergi ke ikea bersama dengan 2 orang artis popular iaitu firdee dan daylan .
pukul 1 30 ptg
firdee (via sms) : jadi ker cikgu kita ke ikea?
akak ( pose pose baru bangun tido) mestilah jadi, tapi tanya daylan. Cikgu ikut ajer
firdee: dah sms , tapi dia tak jawab .
akak: erm mesti dia tido lagi
dalam pukul 2 ptg, daylan membalas sms dan nak mengajak ke ikea. maka kami bertiga akan jumpa di ikea dalam pukul 5 ptg.
pukul 4 15 petang, kami berdua bertolak ke ikea dari pandan jaya, manakala firdee akan menunggu kami di sana dalam pukul 5 ptg. Trafik pada masa itu bergerak perlahan kerana hujan, dan jalan pulak tak begitu sesak. akak di dalam keta diam ajork , melayan perasaan gittew kan, kadang kala berbual ngan daylan, takkan lah nak diam sepanjang jalan tu...motif sangat kan
dalam pukul 5 ptg, kami sampai dan singgah di mc donald yer, lapura laupun ( menunjukkan sangat lapar dan perkataan itu adalah kata ganda yer) akak order buburina (bubur) dan daylan seperti biasa burgerina ( iaitu burger). Rina di tambah di hujung ayat menunjukkan perkara itu sudah lepas atau dalam bahasa inggeris kita kenali past tense. Contohnya ibu telah membeli sayurina di pasar semalam. ini menunjukkan bahawa sayur itu telah di beli. faham tak?
seperti biasa, artis popular mesti lah datang lewat kan dengan alasan jalan jam dan ada kemalangan. Ermm u tolong orang yang kemalangan ker firdee? alah tak lewat sangat hanya satu jam sahaja iaitu bersamaan dengan 60 minit atau bersamaan dengan 3600 saat sahaja lewatnya.
kami terus masuk ke ikea sambil pose pose tengok hiasan katil. Tak ramai sangat orang masa tu, mungkin bz beraya , yang ada pun mungkin nak mencantikkan rumah, maklumlah nak buat open house mestilah rumah malatops kan. Bersiar siarlah kami sambil melihat keindahan di dalam ikea ittewww.
seperti telah dirancang, firdee akan memulakan konsep mari melabur di ikea, iaitu membeli barang barang ikea dengan niat murni untuk menambahkan kekayaan kepada tokey ikea yer, maka tokey ikea sudah pasti tersenyum dan pose pose memegang duit. mula mula beli langsuir opss langsir uolss. buat apa nak beli langsuirkan, kat pandan jaya banyak langsuir uolsss, pergi ajer kedai tomyam pandan jaya maka anda ada ketemui langsuir , mengilai ngilai ketawa di waktu malam dan pagi.....akak salah seorang langsuir kat sittew lah
lepas membeli langsir yang agak vogue gittew, terus pulak nak beli cadar dan sebagainya, wah wah kelas kan? kaya gittewww kan? puaslah dia meminta pendapat pada daylan tentang konsep biliknya,. jangan tanya cikgu yer, cikgu tak pandai sangat, setakat kata iya atau tidak ajer...Daylan yang banyak beri pendapat pada firdee
tak cukup dengan langsir, cadar pastu nak beli "rug" letak di tepi katilnya, wow kelas......jangan tak tahu tuan tuan dan puan puan ada hati nak beli cermin, pastu nak beli almari, kalau akak tak tegah atau larang dia, entah apa lagi dia beli. Mr firdee, u ingat keta u tu boleh jadi lori ikea kah? transformers kah keta uolsss boleh bertukar bagai? tolong lah yer....opss lupa firdee ada jugak beli dua bakul hangit ( hangit tu apa? hangit tu bermaksud barang barang yang tak penting yer)
akak beli apa? hikhik...memandang akak tidak berduit ketika ittew, tapi tetap nak bawak pulang barangan ikea, maka akak membeli 2 biji mentol ajer..ahaks..hazab kan? erm yelah uolsss, parents tuisyen akak tak bayar lagi duit bulan lepas, kelas kan...terus balik kampung sebelum cuti, apa kau hengat aku nie kambing, makan rumput kah? motif kau hangin noks?memang lah hangin, parents balik kampung bergumbira, akak kat sini hangin tau....
lepas ke ikea, pastu kami jalan jalan kat the curve pulak, tgk cadar lagi, kali ini tak paham apa konsepnya. berapa cadar u beli firdee, selalu kuar darah kah u ols? opsss...pergi pulak kedai haiwan, Si daylan yang ajak. Akak nie memang anti haiwan sikit, kucing pon akak takut uolssss, napa benci haiwan ? sebab akak bukan lah seseorang yang berperikebinatangan....jadi tak suka binatang atau haiwan sangat. macam macam jenis haiwan akak tgk kat situ...tapi diingatkan tempat tu bukan zoo yer
lepas tu pulak nampak kedai padini, ada sale, akak mula lah survey survey dengan daylan sementara tunggu firdee mengeluarkan duit. TUp tup dia sampai, dia borongnya baju baju di situ, wow ...terkesima akak, kelas kan....memang murah pun, firdee tetap konsep merendah diri
last sekali, kami pun pergi makan di thai express. Best nya...lepak msambil berbual bual dengan kawan kawan. menceritakan kisah zaman belajar dahulu, macam macam lah...lama jugak kami lepak kat situ sambil bergambar. tak paham konsepnya, sikit sikit bergambar, pastu bergambar,,napa noks...u olss rasa gambar uols akan di masukkan ke dalam buku sejarah tingkatan 5 kah?
dan last sekali terima kasih pada mr firdee yang sangat bermurah hati yer, dan akak rasa terharu sangat....dan pada daylan gak, yang gigh memandu jauh jauh semata mata nak beli mentol waima akak pose pose manja dalam keta.....
sampai umah daylan, terus tgk myspace akak, wah wah hamie merupakan orang pertama komen pada gambar akak, siap uolssss
Pengeluaran Akaun 1 KWSP melalui i-Sinar.
4 years ago
4 comments:
apa tajuk karangan ni uol...? hehe
best baca blog u nie... tergelak2. apa2 pun keep up the good work cikgu irfan!selamat hari raya
tuit... lama tak bukak... melambak dah entri... nanti aku jenguk lain kali yek... tak sempat... bizi plak lepas raya nih.
tapi tak leh lawan blog arezeo yang malatop tu kan?heheheh thanks arezeo
Post a Comment