Akum semua

Apa khabar? Sihat…Alhamdulillah …harap harap para pembaca di luar sana sihat yer. Seperti biasa akak kalau ada masa terluang ajer mesti akan meluangkan masa untuk menaip entry walaupun tak der yang baca yer.

Jam sekarang menunjukkan pukul 3 25 pagi, 4 oktober 2008, walaupun sekarang nie ramai yang sedap melayan mata di katil, tapi akak tetap gigih menaip entry untuk blog tersayang yer. Kali ini akak akan menceritakan kisah benar semasa akak mengajar tuisyen. Yelah uolss asyik asyik kisah my baby akak ajer, kali ini biarlah kisah anak anak murid yang dahagakan kasih dan sayang daripada akak

Puan sal: hallo ini cikgu irfan ker?

Akak: yup cikgu Irfan yang bercakap…sapa di sana yer?

Puan sal: erm akak nie panggil ajer kak sal. Dok kondo miharja, dengar cikgu ada buat tuisyen yer

Akak: oh akak sal. Selamat berpuasa. Yup memang saya buat tuisyen tapi untuk tahun nie dah penuh, lagi pun dah bulan September nie. Akak cuba tahun depan, kalau tak penuh lagi ( pose pose kekwat)

Puan sal: lah cikgu, anak akak nie memang perlukan tuisyen. Lagipun dia tadika ajer, baru 6 tahun, masalahnya dia tak tahu membaca lah cikgu. Risau akak jugak nie

Akak: oh ye ker laki ker pompuan ( kelasss kan tanya jantina anak murid kan?)

Paun sal: lelaki cikgu, tapi ada 2 orang kawan dia nak joint sekali kot. Lagi senang cikgu ajar ramai ramai yer

Akak: erm kalau macam tu saya rasa ok, kalau sorang saya charge lain harga, kalau ramai ramai saya kasi diskuan lah yer


Puan sal: Alhamdulillah, terima kasih lah cikgu lega hati akak dengar.

Akak: sama sama….

Puan sal: esok boleh mula…dalam pukul 12 atau 1 ptg ker. Lagipun bulan pose nie anak akak tak buat apa apa . dapat 1 jam sehari pun tak per cikgu

Akak: insya allah jumpa esok, pukul 1 ptg

Keesokkan harinya ( di rumah puan sal yang vogue gittew)

Akak: hai apa khabar semua? Sihat ? puasa tak hari nie

Kanak kanak : poseeeee cikguuuuuuu( panjang harkat )

Mulalah sessi perkenalkan diri masing masing. Akak tengok budak budak ok, tak takut sangat tapi akak ta leh kasi muka sangat nanti lawan tokey.mula mula ajar mengenal abc dan masa tinggal lagi 10 minit sebelum kelas tamat. Akak nak uji mereka tentang binatang

Akak: oklah, masa tinggal 10 minit

Budal laki A : alah kejap yerrr…tak best arrr

Budak pompuan b: esok ada lagi tak cikgu

Akak: esok mesti lah ada, tiap tiap hari pun boleh kan

Budak laki c: yahuuuuuu

Akak: oklah mari kita mengenal haiwan yer nak tak? Sapa pernah pergi zoo? Angkat tangan?

Melompat lompat diaorang gembira. Motif kau melompat macam haiwan di zoo layaknya..opssss mencarot kat anak anak murid

Akak pun tunjuk satu gambar haiwan yang tinggal di air yer ( cuba teka)


Akak: sapa tahu apa nama haiwan nie…?

Budak laki a: saya cikgu…saya cikgu…sutun namanya

Akak: hah, cikgu tak dengar …apa namanya sekali lagi?

Budak laki a dan c: sutun cikgu

Akak : sutun ( mengerut muka ) napa panggil sutun?

Budak pompuan b: alah cikgu kan dalam tibikan ada cite sutun kan

Akak: erm itu cerita , nie buka sutun. S.O.T.O.N.G ( eja akak satu persatu kan)

Budak a: tapi nama dalam tibi sutun cikgu

Akak: itu nama cerita yer, tapi nama yang kita panggil nie sotong yer.

Budak lak c: tapi ayah kata jangan makan sutun cikgu, tak boleh makan weiiiiii( pajang muncung dia)

Akak: napa lak tak leh makan, cikgu makan ok ajer, tak jatuh sakit pun

Budak laki c: tak boleh cikgu, nanti kita jalan macam pompuan cikgu, nanti jadi pondan

Berdentum hati akak mendengar yer. Siap ayah kau yer,…..

Aka: oklah masa nak dekat habis , esok kita sambung lagi. Dan beritahu ayah kamu yang sotong nie haiwan boleh di makan yer. Tak der racun pun…

Keesokkan harinya

Budak laki c: cikgu..cikgu pose tak

Akak: pose , napa kamu tanya

Budak laki c: jap ayah saya kasi bekal kat cikgu. Buka pose nanti

Akak: his tak payah susah susah lah . segan cikgu ( dalam hati dah rasa amat terharu

Budak laki c: cikgu makan lah buka puasa nanti.

Nak tahu apa makanan yang di bekal untuk akak? SAMBAL SOTONG terus pose pose manja dan terhina sangat…….