akum semua...apa khabar? sihat semua? alhamdulillah yer...kalau sihat bagus lah, sekarang nie musim ujan dan ramai pulak yang akan demam nanti, so jangan main hujan, kalau demam terus pose pose pi klinik, tapi biasanya pepondan nie akan pi ambik mc dulu kan, dapat mc ajer terus currr katanya....oklah hari nie akak nak citer tentang satu pengalaman yang terindah dalam hidup akak yer, iaitu menghadiri satu party hari jadi atau besday party di bukit tinjau, sebenarnya parti ini untuk shah, iaitu kapel kepada.....adalah......jadi cikgu telah di amanahkan oleh ej untuk menjemput bala bala tentera bagi memeriahkan suasana ....maka, punyalah akak gembira hari ittewww, dan tak sabar sabar nak pi party tersebut, maka satu perjumpaan tergempar bagi pepondan pandanjaya , tak ramai yer, 3 orang ajer di kedai tomyam pandanjaya. Masa tu jam pukul 8 malam dah, kami terpaksa bersurai kerana nak bersiap siap ke party tersebut, maklumlah pepondan pandanjaya , sekor pun belum mampu membeli kereta kerana mereka percaya menaiki kenderaan awam adalah cerah untuk mendapatkan jantan daripada menaiki kenderaan sendiri, begitulah kaedahnya....pukul 9 malam, amy dan am pun dah sampai umah mak hayam pandanjaya yang terletak di blok l 39 , sambil pose pose kekwat menunggu ery dan suami terchenta , masa tu perang sms dan kol bermula, masing masing bertanyakan kedudukan dan lokasi masing masing mengikut titik koordinat, sama ada garis sartan, artik dan sebagainya. sebagai tuan rumah, ej amat mengharapkan kedatangan adik beradik yang lain agar memeriahkan suasana sambil membuang duit membelanja adik beradik makan...ery datang dalam pukul 9 lebih, terus pepondan pandanjaya huru hara dan terus turun, malangnya jalan jam dan hujan pulak, ery membawa kereta dengan berhati hati , manakala si amy sedang memberi arahan secara verbal atau lisan kepada kk dengan sore ya amat kuat, apa kau hengat kk tu budak budak kah? sangat garang yer.....takut akak jugak dengan amy nie..perang sms pun masih berjalan , masing masing bertanyakan kedudukan mukthahir pepondan nie, ada yang dah sampai, ada yang sempat pi klcc katanya ( betulkah kak nor). yang penting adik beradik bts agak lewat bertolak dengan pose pose kekwat , katanya .....akak memang mengharapkan kedatangan semua adik beradik, terutama belah belah bts nie ( bandar tasik selatan)kami sampai tepat dalam pukul 10 malam akak, ery, am dan hans menaiki tangga yang sangat tinggi manakala amy sedang menunggu setia kk di bawah, kami sampai dan lihat ej serta housemate yang vogue (bukit antarabangsa ) tengah pose pose di sittew....kemudian datang lah pondan giler dengan pakaian ala ala artis iaitu kak nor atau dikenali sebagai kak ngah...dah ...dah ... a[pa kau kalian pikirkan ....bila akak bertemu dengan pondan giler nie? maka bagaikan bom atom yang menghancurkan bandaraya hiroshima dan nagasaki bunyinya...lahar melahar kerjanya antara satu sama lain.......memang sangat seronok, tema pada malam itteww adalah warna putih yer.. sangat chantek, tapi ada jugak yang larik dengan tema yang diberikan yer, tapi akak tak berani sebut sebab yang sorang tu akak tak berani nak cakap, tup tup datang surat mahkamah yer, mana nak cekau duit, yang lagi sorang tu kerja bank,bahagian it katanya.. belah belah bts, memang degil, tak nak ikut tema, tapi bila bergambar ya allah tersenyum dengan mata akak rasa.....sangat chantek beliau sekarang yer...akak sujud'masa nak order makanan pun bising, sehinggakan firdee terpaksa mengawal keadaan kerana kak nor dan akak asyik merepek repek, sabar lah ek. yang penting ada sorang mamat yang macam muka kk jugak, terkejut kami, tup tup kk pun sampai, apa lagi si amy, bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, tersenyum riang lah dia....dan last sekali team team bts pun sampai, daylan , hami dan shahsha ( cikgu jugak, tapi sangat vogue)kami mulakan bacaan doa oleh hans, oleh kerana dia malu malu , maka doanya tidak didengari oleh kami sangat, tak kisahlah, asalkan ada bacaan doakan ..pastu baru makan, namun seperti biasa ada ajer tak dapat makanan, yang lain dah mula lapar dan melantak yer....tak silap akak ada 15 orang yang datang pada malam itteww. sambil makan adalah sessi bergambar yer dengan adik beradik yang lain, sangat seronok, si firdee mendapat jolokan lady diana kerana beliau yang lebih over dari ej yer, siap pergi satu group ke satu group sambil melemparkan senyuman palsunya kepada kami semua.......maafkan akak sebab masa taip nie tak der gambar besday party itew, maklumlah tak der kamera lah uolsss....tapi uolss semua tengok gambar nanti di blog orang lain uolss akan dapat lihat keseronokann yang kami lalui..sangat seronok, walaupun akak tanpa my baby, tapi akak tetap gembira lah yer....dan tiba tiba lamnpu di padamkan, datanglah satu objek yang berbentuk kelapa dan diatas nya aiskrim rasanya...ada lilin, tapi masa tu hujan, maka lilin tu asyik padam ajerlah kaedahnya......kami bangun sambil menyanyi yer.....kuat pulak nyanyi tu..sore masing masing tak mahu kalah nie....mula lagi sesi bergambar yer, biasanya pepondan nie kalau tak bergambar tak sah kan...pastu aiskrim itu di share bersama sama dengan adik beradik yang lain, barulah akak sedar semua adik beradik keluar 69 hadir malam tu...satu pencapaian yang sangat baik, bercakap tentang adik beradik nie, antara antara kami yang menganggap benda benda nie main main ajer, tapi bagi akak dan kak nor, kami yang paling tua terasa seronok sangatlah bila tgk uolss...akak sendiri pun dengan adik beardik tak rapat macam akak rapat dengan adik beradik 69 nie kan.....lepas tu ada lagi sesi bergambar beramai ramai, wah chenteknya, semua berbaju putih yer....ceria dan sangat gembira...kami pun nak bersurai kerana ada yang bekerja. tapi ada jugak yang tak mahu balik lagi, maka satu planning dibuat iaitu pergi ke tasik permaisuri. jam masa tu nak nak dekat pukul 12 malam yer.maka akak, ery, am, hans, amy, kk, kak nor, firdee, ej dan shah pergi ke tasik permaisuri, 3 kereta yer, sian pada yang bekerja kan, tapi demi semangat adik beardik, diaorang pun ikut sahaja....kami jalan jalan dan singgah ke satu pondok, mula mula kami cerita yang mengarut sehingga time kk kena tanya, shah mula bersuara yer....rupa rupanya shah tu bukan diam diam pengali, tapi diam diam ubi rupanya....bertubi tubi soalan diberikan oleh shah kepada kk sehingga akak pun terkesima, shah menggunakan bahsa melayu standard semasa berbual, bukan itu sahaja malahan memberi nasihat yang berguna dan ikhlas dari hatinya kepada kk. itulah lumrah alam yer, orang yang pendiam kita nampak macam tak der apa apa, tapi bila dah bersuara , terdiam semuakan.....satu demi satu luahan rasa mula terbongkar, masing masing tidak segan silu bercerita tentang kisah lama, macam, akak rasa terharu dengan kehadiran semua adik beradik, dan menggangap adik beradik 69 adalah satu tali ikatan persaudaraan yang takkan putus .....dan kisah yang lain tak perlu diceritakan sebab terlalu banyak sangat lah....ada yang sedih...ada yang seronok, ada yang sampaui nak pecah perut terutama kisah akak dan acap yang huru hara bila firdee suruh turun, opss citer tu lucah sikit, tapi sapa yang ada masa tu mesti ingat kan.......kami pulang pukul 3 pagi, dan masing masing bersurai....sesungguhnya tali persaudaraan dan persahabatan itu adalah hadiah yang paling berharga dalam hidup ini.....maria hulia julia mendoza....
akum semua...apa khabar ? sihat yer? alhamdulillah kalau begitu, terlebih dahulu akak nak minta maaf sebab dah lama tak tulis blog yang tersayang nie, tak macam kawan akak tu, ej..yaallha tiap tiap hari ada entry yang di tulisnya kan? banyak pulak idea....dan firdee pulak bila lagi nak update? opss lupa firdee sekarang nie sangat komited dengan rumah tangga...apa buktinya, baru baru nie, akak , my baby dan firdee pergi setel kan pusat tuisyen, tiba tiba am sms firdee dn meminta firdee masakkan nasi goreng udang..*pengsan* aiyoo tak tahu pulak akak yang firdee nie pandai masak. sungguh tak tahu uolss..nasib baik masa tu kami kat giant dalam ampang point, pergi lah cari udang..yang penting carik udang yang kulitnya telah di kopek (bukan buah dada tau ) * memang dasar datin datin kan* kelasss angat, pastu goreng keropok....oklah kali ini akak nak berkongsi sedikit tentang boling yer... ok sekarang kita fokus pada satu permainan yang hadek hadek sangat suka iaitu boling. boling ini merupakan satu permainan indoor game yang paling senang sekali yer sebab tidak memerlukan pengadil, tidak banyak sangat undang undang nyer, yang penting kau cuba jatuhkan semua pin tersebut.antara peralaytan yang diperlukan :a) kasut boling pemain digalakkan mempunyai sepasang kasut boling yang boleh digunakan pada bila bila masa yer, kalau tak ada tak per, kerana biasanya pusat boling akan menyediakan kasut secara wakaf yang mana semua orang boleh menggunakannya. tapi awas..satu sahaja yang akak nak bagitau, bau kasut tersebut ...aiyooo bau macam "tungkek" tau. eh apa tu tungkik? akak pun tak tahu lah uolsss, akak pakai sebut ajer kaedahnya....amat tidak digalakkan kan anda memakai kasut tinggi 6 inchi walaupun anda seorang ratu ratu..berlekuk nanti lantai boling ....akak ada satu sepasang kasut yang sejak akak beli tak pernah basuh..opssssss..tapi tetap bau macam minyak wangi carolina herera kan?b)stokinbagi insan insan yang mementingkan kecantikkan luaran terutama di bahagian kaki, digalakkan memakai sepasang stokin yer. biasanya pepondan nie malas nak bawak stokin, pose pose kekwat, beli ajer kat kaunter, pastu buang. kalau kau main boling 4 kali sebulan, kau darab dengan 12 bulan, bermaksud kau dah buang 48 pasang stokin..wah wah..memang kelas kan pepondan sekarang nie, berduit yer....akak pulak akan membawa stokin sendiri yer ...stokin biasa biasa ajer...tidak boleh ...diulangi tidak boleh memakai stoking kaki yang panjang ...konon konon nak sama dengan warna kulit, kau hengat kau nak masuk pertandingan miss kah.....c)bola bolingbola pun penting jugak..tapi ady telah membuktikan bahawa kalau guna bola boling pusat boling pun masih boleh menang mudah jugak kan...tol tak ady? akak ada 3 biji bola , satu bola untuk first baling, second untuk spare dan yang bola yang terakhir tu sajer back up ajer. jenis bola bergantung pada cara kau baling, kalau hook, bola kau kena berat yer, dan bola itu mesti mesti berat sebelah, agar dapat buat hook, kalau kau jenis baling spinner, bola kau tak berat tak per, bola pink macam firdee pun dah boleh buat spinner kan. biasanya pepondan nie, bola tak mahu kalah kan...kalau boleh dalam bola tu nak letak gambar jantan lah, letak crown lah..yang penting vogue gittewwww...alatan tambahan : powder( dalam bentuk bulat)ini pun penting jugak, bagi pondan pondan yang tangannya berpeluh, amat digalakkan memicit memicit atau mengentel bola yang mempunyai powder agar tidak berpeluh atau licin, jangan kau letak kat muka orang, sah sah gomak pulak nanti, antara kawan kawan akak yang suka menggentel bola powder ini ialah hamie dan daylan....akak tak biasa sangat guna, sebab akak bukan tangan berair , tak macam pepondan akuatik, yang habitatnya di dalam air....peraturan peraturan:a) orang belah kiri baling duluini yang selalu ramai konpius, apabila nak baling, kita kena beri orang belah kiri baling dulu yer, pastu baru kita baling, biar dia balik ke belakang, baru kita melangkah sambil melibas libas kain kita, masa tu fokus, dan terus catwalk sambil membaling, terus pose pose tengok bola tu ke mana...takut nanti kau confident, masuk ke longkang......jangan pulak kau nak baling, orang belah kiri pun nak baling, apa kau hengat nie renang berirama? sama sama baling, lain lah kau main boling dengan pakwe kau, lepas baling kau bercium depan lane....awas..jangan marah tetiba kau di baling oleh pemain pemain lain dengn bola boling...tengok macam akak, kalau main boling dengan my baby dan kenkawan, akak tak lah gedik sangat, tak macam ery dan hans serta amy dengan kk.....macam nak mengawan ajerrrr..* larikkkkkkk*b)jangan pijak line kat depan tuuuuukalau kauorang perasan ada satu line atau garisan kat depan lane boling kita, line tu ada sensor, kalau kau pijak , akan mengeluarkan satu bunyi, menandakan kau dah batal. tak guna jugak kalau kau buat strike, tapi terpijak line tu, tapi masa akak main dengan pepondan nie,tak perlulah semuanya itu, main sajer sajer, tapi banyak tournament yang akak sertai , ermmm sangat takut bila nak baling, kena ada step...tapi pepondan nie memang dasar kaki obor obor kan, mesti nak lepas dari line tu....tak kisah, jangan kau lari sampai kat hujung lane dah ler.....apa yang perlu dibuat lagi masa main boling...a) tulis nama kat skrin yer...tulis sendiri atau penganjur yang kena tulis..hah ini sangat penting yer sebab akan menentukan giliran sapa nak baling yer, jadi kau pandai pandailah tgk skrin , giliran sapa yang yang baling, jangan pulak kau ingat kau diva, tiap kali nak baling, ajer ada orang tolong panggilkan ? apa kau hengat kau sapa? tolong tgk sendiri kat screen tu yer.....nama pulak, lantak kau lah nak letak hapa. macam akak dan kenkwan, letak nama miss universe tapi ikut negara, nie yang tak larat nie....ambik negara yang chantek chantek ajer...tapi ada jugak yang ambik negara yang bias bias yer kan...akak tetap colombia kan.....my baby spain...firdee sinonim dengan malaysia....nak letak nama pompuan pun boleh tak kisah...nak letak akiko tomsen ker, fatimah wong ker, maria hulia julia mendoza ker...firdilina kasandra ker, awas...tolong lah make up dulu, jangan pulak nama kau womennnnn sangat..tengok tengok yang membaling tu ....pondan tak siap........b)lepas baling kau sip atau tepuk tangan kawan yer...semangat kesukanan sangat penting yer, kau mesti heppi bila main yer, bila kau buat strike kau kenalah tepuk atau sentuh atau sip tangan kawan kawan kau, apa kau hengat kau diva, lepas buat strike, kau pose pose muka masam dan kekwat, sambil melibas kain, dan berkata "excuse meeee "tolonglah yer..tapi buat benda nie penat, kalau 11 orang main, sebelas orang lah kau kena sip tangan yer......lagi satu pepeondan nie suka sip tangan suami orang lain....opsssss..siapakah ittewww...gurau ajer lah ek....jangan pulak yang berkapel, lepas kau buat strike, kau sip tangan laki kau, pastu gengam gengam tangan laki kau, sambil belek belek cincin kawin kau, akak memang muntah...tapi ,kalau paling akak muntah, lepas kau baling , kau dapat strike kau pose cium tangan suami ..apa kau hengat nie hari raya kah?c)menjerit lah sehingga keluar anak tekak yer....hah ini satu kesukaaan akak, menjerit dan mengilai yer..sangat akak suka, tapi malangnya, kenkawan akak ramai yang berbudi bahasa tau, masing masing sangat pendiam , sangat ayu, sangat chantek, macam semalam, di lane sebelah ada mamat mamat handsome, masing masing sangat ayu.....yang suka menjerit akak dan kak nor..memang kami macam pondan giler, tak ada maruah..tapi lepas jerit rasa hilang sangat tension tau...kalau akak lawan di sunway atau di endah prade, team team akak sangat bermulot puaka...akak bermain dengan mamat mamat straight.tapi diaorang sangat happening...kalau kita tgk team malaysia main, yang pompuan...ermmm team dunia yang paling havoc ialah team malaysia lah yer.......my baby tak suka akak menjerit, tapi akak pedulik apa, yang penting akak bahagia...d) saiko kau punya lawan...ini sangat lah tidak digalakkan dalam pertandingan, tapi nak ke tak nak memang kena saiko gak sebab permainan boling nie, mental kena sangat kuat yer, so kau kena kena tahan kalau kena saiko yer..macam mana nak saiko..antaranya..1) memuji pemain tersebut semasa pemain tu nak melontarcontoh: kau lainlah noks...chantekkkkkkk...berkulit gebu....pandai main boling...laki handsome......berbadan betikkkkkkk( ikut cara kak nor bercakap tau) bila kau cakap macam tu, pemain tadi akan hilang fokus sebab akan fokus pada dirinya yang chanteklah sangattttttt2)bertanya soalan masa pemain nak blingcontoh...masa lawan kau nak mula baling, tiba tiba kau jerit kat belakang..." noksss..mak nak tanya, suami kau tak datang ker ? atau " noksss ada laki handsome kat sebelah sana " sambil memuncungkan bibir kau3)menjerit nama pemain kuat kuat....ini selalu kak nor buat pada akak..kadang kadang cikgu murni lah...kadang kadang cikgu munirah lah.....bukan main kuat sorenya...satu pusat boling tahu nama cikgu sekarang ....memang akan terganggu rasanya kan......macam semalam, jatuh jugak point akak bila kak nor jerit nama akak yer....oklah itu sahaja untuk hari nie..banyak lagi akak nak cerita pasal boling nie....tapi nantilah yer..penat menaip nie kan? jumpa lagi ..babaimaria hulia julia mendoza
akum semua...apa khabar sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat ..dan dikurniakan rezeki yang baik pada hari ini. motif sangatkan bila setiap kali hari jumaat mesti ada nilai nilai keislaman yang diterapkan dalam blog akak nie yer...dah tgk entry entry yang lepas? siap dengan gambar gambar..itu semua adalah atas daya usaha kawan akak iaitu daylan ..semalam akak lepak umah dia, dan dialah yang bertungkus lumus mencantikan blog akak yer, sila berikan tepukan kepada beliau......
oklah kali ini akak nak cerita hari yang malang bagi akak yer, ya allah agak rasa macam dah putus asa sangat, macam macam masalah timbul dalam hidup akak, dan terus terang akak merupakan sorang yang mudah gabra, cepat panik dan senantiasa berfikiran negatif apabila dilanda masalah.....
pukul 8 pagi, seperti biasa kawan baik akak, hairul arsenal akan telefon akak dengan suara yang ceria" selamat pagi cikgu murniiiii...dah bangun ?" sangat ceria dan layak sangat menjadi pengacara rancangan kanak kanak kan di astro ria...... akak pulak akak berpura pura dah bangun sedangkan sah sah sore kita bila bangun tidur macam badak tersedak air bunyinya..eh macam mana bunyinya ? ontah....
pastu akak sambung tidur balik semula....pastu ada sms yang masuk dari my baby, akak tak baca , biarkan sahaja, dalam pukul 10 lebih masuk sms dari hairul, akak nak balas, tgk- tgk tak boleh. eh...cuba lagi, eh tak boleh pulak...seriau nie, napa pulak dengan hanset akak yang berjenama amoi nie, adakah amoi meragam dengan akak kah? akak cuba lagi...aiyoooo tak boleh...uolss nak tahu napa? akak dengan bangganya mengatakan bil tipon akak dah over limit...pengsan akak....
hairul terus kol bila tgk akak tak reply sms dia, akak terangkan mungkin dah kena potong ( bahasa melayu kampung kampung sangat kan), terus dia mencadangkan kami pi maxis center yang berdekatan, dia suruh akak mandi dan bersiap cepat, sebab dalam 20 minit dia akan sampai katanya, pejabat dia dekat dengan pavilion,
akak pose pose ngantuk, terus capai tuala..pastu terus zzzzz, ya allah tido lagi kah? yup akak tertido lagi katanya, sebab semalam akak berbual secara live dengan daylan dari pukul 10 malam sampai 4 pagi tampa berhenti, dari kedai mat tomyam sehingga ke katil rumah akak yer, jangan pulak kau hengat aku nie lesbian yer, daylan nie memang suka memprovok akak dengan soalan soalan maut, akak pulak suka bercerita tanpa selindung tentang rahsia diri....
memang tepat masanya, tiba tiba akak terdengar pintu ketukan di pintu, akak terkejut, masuk roh balik dalam jiwa nie, muncul hairul dengan muka yang selengge bila tengok akak belum mandi, berpura pura ceria , terus mengajak masuk. "aku kasi kau 10 minit bersiap, kalau tak aku balik opis balik" apa lagi macam lipas kudung akak bersiap....sementara dia menghisap rokok di bucu katil
kami terus ke maxis center, yup memang ada masalah bil katanya, dan akak pose pose sedih terpaksa membayar bil, yelah , kalau tak bayar mamacam mana akak nak berhubung dengan kenkawan , teman dan my baby serta adik beradik dan ibu ayah tersayang .sedih tau, dah ler kena tunggu 25 haribulan, baru dapat duit tuisyen, itu pun tak banyak sangat....
tiba tiba firdee bawak berita gembira , "cikgu, kita dah boleh mula bukak pusat tuisyen, saya akan ambik cuti panjang, dan kita boleh usahakan sama sama." terus akak ceria sikit. tiba tiba, pekerja maxis nak kad pengenalan, akak pun pose pose carik, kad pengenalan..ya allah tak ada pulak. akak dah mula seriau. hairul nampak perubahan muka akak di kaunter maxis
akak terus menipu pekerja maxis yang akak terlupa nak bawak ,nasib baik ok, dah setel bayar bil, hairul terus tanya " mengapa muka kau tadi? apa yang hilang?" dengan berat hati akak bagitau kad pengenalan akak macam hilang ajer....dia tenang ajer, " jom balik rumah, mungkin ada kat rumah kot ?" dia cuba menenangkan keadaan akak yer...
dalam kereta hairul , akak mula gelisah sangat, entah apa yang akak bebel pun akak tak tak paham, dan ini membuatkan hairul hilang sabar, " kau boleh diam tak? kau boleh tenang tak? aku tgk macam kacau bilau aje" sorenya ditinggikan sedikit, akak pulak pantang kalau orang tinggikan sore, pasti nak membalas balik " memang aku kacau bilau sebab ic aku hilang, kalau ic aku tak hilang, ada aku heran ker ....? terus dia membalas " memang aku tahu ic kau hilang, tapi leh tak kau tenang, bukannya mati kalau kau tak ada ic kan? x paham betul aku " dia mengendurkan sore
akak malas nak bertekak dengan hairul, tak der sapa yang akak menang, akak dah belajar banyak perkara, kalau bergaduh sorang mesti mengalah, kalau dua dua nak jadi api, mana boleh kan?
sampai umah, kelam kabut, carik dalam bilik, memang tak ader...muka dah cuak, tiba tiba rasa nak menangis ...telefon tak leh guna lagi sebab line akan disambung 1 jam selepas kita bayar bil.
"kau carik dulu, aku nak sembahyang jumaat kat masjid, kau nak ikut tak?....kata kairul..akak diam sahaja, dia macam paham, terus pergi keluar dan menutup pintu rumah....akak diam ajer, cuba carik dan last, akak memang dah give up...tertidur. tup tup dalam pukul 2 petang, terdengar bunyi ketukan, hairul dah balik sembahyang dengan 2 nasi bungkus, dan 2 plastik air,
"jumpa tak ?" tanya nya perlahan. akak hanya mengeleng....."dah makan dulu, pasni pi balai polis, pastu kita pi pejabat pendaftaran negara, kat maluri ajer kan?....cadangnya.....akak diam . macam tak der mood, sangat kurang sopan lah akak masa tu kan....lepas makan , kami bersiap, akak terus call parents tuisyen yang kebanyakkan nya bekerja sebagai polis, dan mereka memberi nasihat agar akak bertenang, terima kasih sangat.....
apabila dah setel semua, akak pun rasa ok sikit, " aku minta maaf kalau susah kan kau....akak mula bersuara...." no hal...aku tak kisah..itu gunanya kawan..." jelas nya sambil memandang ke depan sambil memandu...."lepas nie kau buat apa? tanyanya.... "nak tulis blog kot, kisah hari nie" pendek ajer penerangan akak..."jangan lupa masukkan nama aku tau ....promote kan aku sikit" usiknya
"oklah...dah sampai..kau pi rehat ok, jangan kacu bilau.....pi lah smbung tido...dan malam nie aku nak jumpa kau leh? tanya hairul sebaik akak sampai di rumah flat akak yang banyak sangat tikus
"ok..insya allah...terima kasih yer....
hairul hanya mengangkat kening...kereta nya berlalu pergi.....
sesunguhnya persahabatan ini terlalu bernilai buat cikgu murni...................
akum semua..apa khabar? sihat? alhamdulilah yer kalau semua sihat, akak disini pun sihat juga .so macamana dengan kerja? ok tak? atau masing masing tengah bz kot..so takpe. lepas kerja bolehlah baca blog akak nie yer....mesti hilang rasa tension kan? gitteww kan.....
oklah sekarang entry kali ini akak nak cerita tentang satu idea yang timbul dari perjumpaan adik beradik semalam di kedai tomyam pandanjaya iaitu mengadakan pertandingan futsal ..wow macam gol dan gincu yer...idea ini timbul kerana kami semua dah boring pulak asyik bermain bowling ajer, so kami nak tukar pulak ke futsal
semalam jugak kami telah mencabut undi untuk menentukan kumpulan yer....mari kita lihat kumpulan dan ahli setiapnya...
kumpulan fazura( firdee)
1.cikgu
2.acap
3.ery
4.ej
5.firdy
6.akiko
7.am
kumpulan ini dianggotai 1 orang lelaki straight dan 6 orang perempuan jadian yang amat mementingkan kecantikkan, persoalannya, mampukah mereka melawan lagi satu kumpulan, kalau dianalisa secara mendalam, kita mendapati kumpulan ini amat bergantung dengan acap, kerana acaplah akan menyerang, acaplah akan bertahan, dan acaplah akan menjadi keeper kan? yang lain? erm pose pose chantek sebab mesti ramai jantan yang datang tengok kan? penyerang akak cadangkan firdee, ery dan ej , akak, daylan dan am adalah pertahanan, manakala acap pulak penjaga gol lah....kumpulan ini akan membuat jersi tersendiri dan kemungkinan besar kami akan mengunakan seluar track suit berwarna merah jambu yer..apa apa pun bergantung dengan keputusan yang akan dibincangkan sesama ahli kumpulan yer
kumpulan sazzy falak
1.hairul arsenal( kau nak main kerr)
2.kak nor
3.hans
4.shah
5.hamie
6.kk
7.amy
kumpulan ini agak seimbang dan mempunyai kekuatan bala tentera yang tersendiri...4 orang lelaki ( lelaki kah) dan 3 orang wanita jadian , kemungkinan besar mereka akan meletakkan kak nor sebagai keeper, mesti susah nak gol kan, penyerang pulak hairul arsenal, hans dan dan shah , disini kumpulan faizura terpaksa menggunakan taktik untuk menumpas kumpulan sazzy nie....agak mencabar bagi kumpulan fazura untuk menumpaskan kumpulan sazzy nie, tapi dengan semangat dan keyakinan dari ej dan firdee, akak rasa kami boleh menang gak....
setiap kumpulan kalau boleh mestilah mempunyai lagu sorakan tersendiri, pastu bawak makanan tersendiri, dengar cerita kumpulan sazzy falak nak bawak mi goreng lah, mi hun gorenglah...aiyoooo...motif sangatkan...manalah tahu kak nor masukkan rempah rempah mandrem ker, hah sah sah hans dan shah beralih arah pada kak nor... kumpulan fazura punya menu ...erm nantikan ajerkan....jangan terkejut tiba tiba ada makanan western kan?
yang paling penting meriahkan...bila dan di mana belum lagi dapat ditentukan lagi, sama samalah kita nantikan
antara permainan alternatif ialah badminton, bola baling dan jugak bola tampar, kalau semua tak jadi, last last kita ke boling lah jugak kan?
akum semua..apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat yer....akak di sini pun sihat, baru bangun tido nie, terjaga sebab parents dah mula sibuk tanya pasal tuisyen yer...cuti sekolah nie, diaorang tak mahu anak anak buang masa macam tu sahaja kan? oklah kali ini akak akan ceritakan salasilah keluarga akak ( bukan keluarga sebenarnya yer) nie keluarga pepondan yer
idea ini wujud apabila akak dan kenkawan lepak di kedai tomyam pandanjaya, dah 2 malam berturut turut kami melepak bersama tau, semua hadir dengan ceria. Lepak bukan main lama lagi, ada rasanya 2 atau 3 jam jugak, macam macam cerita yang keluar tau...kak nor lah yang jadi tukang karut nyer, yang lain pose pose gelak kan? tapi memang happening lah ....
mari kita berkenalan dengan anak anak keluarga 69 nie yer, kita mulakan dengan kak longkak long (cikgu): wanita berusia 32 tahun , bertugas menjadi pendidik selama 6 tahun, meminati boling, sudah berkahwin dengan seorang lelaki yang berusia 20 tahun, mempunyai beberapa orang skandal untuk menghilangkan rasa lonely semasa ketiadaan suami, dikatakan mempunyai 4 orang suami, pernah dituduh berkahwin diam diam di siam, pilipina dan melaka, mengambil berat tentang adik adik yang lain , pernah membantu ibu menjual kuih muih di kampung bagi menyara 8 orang adik nya, membanting tulang di sawah, dan suka sangat mendengar berita apabila ada orang mengandung kerana kak long nie suka makan...ermmm. tak mao cerita woooo, pernah difitnah oleh orang kampung, kerana ternampak kak long menaiki kuda luat di tepi pantai port dickson tanpa seurat benang tau....dikatakan memakan sesuatu di bawah pokok kelapa jugak..seorang wanita yang sangat gedik jugak, ada ke takut dengan rabbit ..katanya...
kak ngah (kak nor): paling glamer berbanding dengan kak long, seorang yang periang, ceria dan suka buat lawak lawak serta menyelitkan cerita cerita mistik dalam perbualannya. percaya dengan ilmu hitam , kerana pernah dikatakan kak ngah menuntut ilmu hitam di gurun kedah, entah lah...akak tak berani komen yer, kak ngah baru sahaja baru kematian suami, yang mana punca kematian masih lagi disiasat, ada desas desus mengatakan suami kak ngah meninggal kerana menjadi mangsa korban ilmu hitam kak ngah..masya allah...namun kak ngah cekap merahsiakan punca kematian suaminya, dikatakan mempunyai sebuah syarikat ilmu hitam dan ada laman web tersendiri, www.mak-esah.com...pernah larik dari rumah 3 kali, di tahan di pusat pemulihan akhlak di melaka 2 kali...tapi kak ngah nie baik ...
kak lang (erry): seorang adik beradik yang telah mengharumkan nama keluarga yer, belajar sehingga ke negara jepun , masa tu mak dan ayah bukan main bangga dengan kejayaannya, sekarang telah berkahwin dengan seorang student uia yang berusia 20 tahun. kak lang seorang wanita yang gedik sangat kerana sangat takut dengan tikus kan, ala ala doraemon ajer kan.....tak larat...telah berpindah di rumah yang baru dengan suami tercinta, seorang yang kuat bekerja demi menyara kehidupan yang lebih vogue berbanding dengan adik beradik lain, tidak pernah dikaitakan dengan ilmu ilmu hitam kerana kak lang percaya hantu samurai lebih kuat berbanding dengan mak esah melayu nie..suka bermain boling jugak dan dikatakan seorang yang sangat garang dengan suami yer...*opssss* larikk
kak teh 1 ( ej): bertuah dilahirkan dengan lagi seorang kembarnya, iaitu kak teh 2 yer, kak teh 1 nie seorang comel , cute dan paling sopan, jarang bersuara yer, diam ajer dan gelak, suka menghabiskan duit untuk barang barang kecantikkan mukanya, beliau tidak percaya dengan mak esah mak esah yang ada kerana beliau yakin dengan teknologi terkini berbanding dengan jarum ke, kemenyan ke....seorang yang berjaya dalam pelajaran dan sekarang mempunyai kerjaya yang vogue jugak, suka bershopping sambil menggunakan kad kreditnya kerana kak teh percaya dia bekerja untuk dirinya sendiri kan, pandai main boling mempunyai seorang suami ..ya allah handsome dan cute ya amat yer...suami kak teh sering dijeling oleh adik beradik yang lain , makan hati woooo..sekarang mempunyai seorang anak angkat yang berusia 18 tahun, motif sangat. dikatakan pernah mempunyai skandal dengan anak angkat * larik smbil bawak obor*
kak teh 2(firdee) : salah seoarang adik beradik kami yang berjaya jugak seperti kak lang dan kak teh 1 tadi, mempunyai kerjaya sendiri, telah berkahwin dengan seorang duda dan mempunyai 2 orang anak tiri, seorang wanita yang suka menghabiskan duit tak tentu hala ...ada aja aktiviti yang melibatkan kewangan yer, tak apalah dia mampu, berfikiran jauh, sedang bz mengusahakan pusat tuisyen dengan kak long, seorang wanita dan isteri yang sangat komitmen dan komited dengan rumah tangga, kena hantar anak ke pusat jagaan, sidai baju, basuh kain, masak , macam macam yang perlu dibuat, pernah dikaitkan dengan ilmu hitam jugak sebab terlampau rapat dengan kak ngah yang mempunyai agensi ilmu hitam tersendiri kann, tapi kak teh menafikan kerana kak teh mempunyai rahsia kecantikkan sendiri,baru sahaja balik dari bercuti dengan suami yang tercinta di bali, balik balik bercuti terus mengajak adik beradik yang lain berkaraoke, motif sangat kan? pernah dituduh mencaras suami kak long dan terpaksa kak tam 2 campur tangan dalam hal ini
kak tam 1( hamie): merupakan seorang adik yang jarang melepak dengan kami, selalu tak hadir bila ada perjumpaan keluarga, memberi alasan bz sedangkan ada ura ura mengatakan kak tam 1 nie pergi ke rumah urut di kawasan miharja , tak pun pergi mandi buih dengan laki laki cina di belakang deretan kedai pgrm, seorang yang cute, kecil dan comel, mempunyai kerjaya yang boleh menjamin masa depannya, tidak percaya dengan chenta kerana kehidupannya lebih ceria kalau mempunyai banyak skandal cina atau melayu yang handsome, sangat berahsia, tidak pernah menunjukkan pakwe atau teman lelaki kepada adik beradik lain, atau adakah kak tam nie lesbian atau pengkid? suka bermain boling, melontar secara hook, pernah mendapat hadiah juri kerana membuat lontaran yang maha hebat ......
kak tam 2 ( daylan): ini yang paling chantek berbanding dengan adik beradik lain, dari kechik lagi sudah pandai mengayakan baju baju gaun , yang paling tak lupa mengayakan baju renang dalam pertandingan pakaian beragam disekolah rendah dulu, suka main make up make up dengan adik beradik yang lain, suka menyertai pertandingan miss miss di peringkat kampung, sehingga berjaya mewakili beberapa negara contohnya pernah mewakili negara jepun dalam pertandingan miss iqp, dapat no 3 lagi tu...malatops tak? sangat pendiam..tak banyak cakap, rapat dengan kak long sebab banyak rahsia kak long berada di dalam gengamam tanganya..status perkahwinan adalah dirahsiakan...seorang model katanya, suka bermain boling....akan memulakan kerjaya sebagai seoarang kakitangan perbankkan minggu depan..kerja rajin rajin yer
kak chik ( am): yang paling manis, paling comel dan paling kecil ajer orangnya, merupakan seorang kakitangan kerajaan di kuala lumpur, seoarang yang suka bermain boling, pendiam tak banyak cakap, hanya mengikut sahaja, terlalu berahsia dengan adik beradik yang lain mengenai cintanya kerana dia malu nak tunjuk pada kami semua skandal skandal nya yang lain , kebanyakkan skandalnya ialah kakitangan kerajaan , nak kikis bonus katanya..kelas kan, dikurniakan bibir seperti angelina jolie, terangkat sedikit , konsep percintaan, seks bukan pertama yang penting cium 2 jam dulu.....mempunyai jalan catwalk yang mantap sehingga banyak pakcik pakcik nelayan di kuala terengganu menelan air liur bila kak chik berjalan di tepi pantai, pandai menyanyi katanya.......
kak su (amy): ini merupakan adik kami yang paling bongsu, paling nakal sekali, tak dengar cakap dan seorang yang sangat manja yer, pernah bercerai 2 kali, walaupun belum bersunat dan akil baligh ( ni kak ngah yang cakap yer) tapi sekarang dah bertunang dengan seorang pemuda yang cute jugak, seorang yang emosional apabila gagal dalam bercinta, tapi mudah sangat mencari penganti dalam hidup, suka jugak bermain boling, dengan kata lain adik beradik kami nie memang snagat suka bermain boling, paling suka bergaya dengan baju baju atau fesyen yang terkini, sekarang memulakan kerjaya barunya disebuah butik yer....
sebenarnya dah lama akak nak jawab soalan nie, tapi akak sangat bz katanya dengan jemputan kenkawan, hari nie baru free dan nak luangkan menjawab soalan soalan dari firdee ini yer...macam menarik gak benda nie...tgk tgk ej dah jawab yer...sangat sentap kan?oklah akak cuba jawab seadanya...
name 5 people you can think of right on the top of your head..Don't read the question underneath until you write the name of all 5 people..This is a lot funnier if you write the name randomly..No Cheating!!
1. acap ( my baby)
2. mat tomyam
3. hairul arsenal
4. daylan
5. shahril
How do you meet 1?
akak jumpa si acap nie masa 3 tahun yang lepas, masa tu open house rumah anak murid, acap nie pemain bola baling kuala lumpur, kapten lagi tu, masa tu badan dia lawa giler , maklumlah pemain bola baling, ragbi dan bola sepak yer. dan dia banyak peminat pompuan yang mengilainya...akak terus terpesona dengan kehandsomenya dan sempat bertukar no tipon dengan acap masa tu.berdebar debar akak tgk muka dia ala ala jantan melayu yang manis gitteww kan akak ada jugak kuar kuar makan dengan acap, dan masa tu bercinta dengan shahril yer....kami skandal sahaja, dan hubungan kami terputus kerana bergaduh dengan acap nie.....dan last kami jumpa balik...dan sekarang kami....ehem ehem.....entah arrrrr..keliru lah uolsssss ( kau hengat kau erra fazira kah?)
On the scale from 1-10..How you rate your relationship with 1?
(No.1 = acap
ermmm berapa yer nak kasi..ermm ikhlas kan? ermmm dalam 6 ajer kottttt..kan keliru lagi nie.....
How long have you known 4?
(No.4 = daylan)
10 tahun 1998
How do you know no.3?
(No.3 = hairul arsenal)
opsss nak cerita kah? erm oklah sebagai seorang cikgu kita selalu nasihatkan anak murid menjawab soalan peperiksaan dengan penuh yer, jangan tinggalkan ruang kosong. kami baru kenal, dalam masa 1 bulan kot, ye ker hairul? hehehe...dia seorang yang baik arr jugak, straight katanya, peminat blog akak yer, selalu paksa akak update blog..apa kau hengat aku dibayarkah apabila menulis blog, peminat setia arsenal, kami selalu tgk bola sama sama, malam sabtu dan ahad, selalu lepak dengan akak, kami pun kenal melalui blog, first jumpa kat paviliion yer, masa tu hujan.....kami lepak dalam masa 5 jam..berbual, sambil menyampah orang tengok sebab order sikit, tapi melapak bukan main lama yer.....dia boleh menerima akak seadanya..auwwww malulah awakkkkk
Where is 5?
(No.5 = shahril)
duduk di cheras, pudu ulu dan bekerja di kawasan ampang
Who is no.4 going out with?
(No.4 = daylan)
ini akak tak mao jawab weiiiii.....
What does no.1 do for living?
(No.1 = acap)
masih belajar lagi, semester terakhir katanya. kat kolej swasta, ala bidang masak masak, boleh lah nanti akak main masak masak dengan dia kan? datang tau umah akak nanti, bila dah beli dapur nanti yer...boleh buat biskut......
What do u like about number 2?
(No.2 = mat tomyam)
wow...apa yang akak suka? erm malulah nak cakap...mat nie agak pendiam, berahsia...muka dia handsome, manis, caring, kalau akak tak makan, dia belanja akan fun fries yer....selalu belanja makan dan minum, baru baru dapat hadiah dari dia tau....rantai.....ala yang akak selalu pakai tu kan? dan semalam dia kasi akak....erm malulah ...adalah ...( hanj sangat pondan tua nie kan...berangan tau)
Do u miss number 5?
(No.5 = shahril)
erm dulu yer, sekarang dah kurang sikit...kadang kadang lah ......uhukkk
Would you make out with number 4?
(No.4 = daylan)
erm ...oklah kan daylan
What your opinion about number 2?
(No.2 = mat tomyam)
handsome+ baik + caring + suka jeling jeling akak masa kat kedai + gunakan sms untuk berhubung semasa di kedai + sekarang nie kami ada kod rahsia pulak ( erm jadi gadis james bond lah akak lepas nie yer )
What's your favorite memory with number 5?
(No.5 = shahril)
alamak tetiba akak nak emo pulak, dah bergenang genang air mata nie uolss...erm memori yang tak boleh lupa semasa kami bermain boling bersama sama di ue3. masa tu rasanya dalam 15 games kami main rasanya.....rehat sekejap, pastu sambung...rehat dan sambung...happy giler masa tu......bila main boling sedikit sebanyak memang teringat kat shahril .........
What would you do if number 1 going out with number 2?
(No.1 & No.2 = acap & mat tomyam)
akak rasa macam erm...ok lah kot...no hal.....
Ever had a long conversation with number 5?
(No.5 =shahril)
mestilah ada ......pernah tak tido 1 malam bila berbual dengan shahril
Have you ever slept at number 2's house?
(No.2 = mat tomyam)
jap ek...tak pernah sebab rumah dia ramai orang, lagi pun ramai pekerja pekerja lain kat umah tu, nak mampos kah?
Do you hang out with number 3 often?
(No.3 = hairul)
selalu gak, bila acap tak datang, dan saya free, saya kuar dengan hairul...selalu lepak dngan kawan kawan dia, temankan dia main futsal, dia temankan akak ada jugak...selalu tengok bola, dulu tak minat, sekarang oklah, kini saya belajar main futsal sikit sikit..sepak tonjol katanya.....
Who do u known the longest?
daylan
How often do u talk to number 1?
(No.1 = acap)
kadang kadang sebab si acap nie pendiam lah...tak tahu nak cakap apa dengan dia tau....kami banyak berdiam sahajalah....hanya selalu ajak dia joint dengan kawan kawan akak biar dia tak bosan sangat dengan akak...acap sangat pendiam.....x tahu nak borak apa, tapi kalau ada isu yang panas, memang dia akan tanya jugak
What about number 2?
(No.2 = mat tomyam)
ermmm yang nie lagi sekor...tak bercakap gak dengan akak, motif dapat yang muka malatops ( aiyooo statement kau ) , tapi bisukah? sebab akak yang banyak bercakap. dengan dia nie kami hanya sms, atau kod rahsia sahaja,antaranya, bahasa tubuh badan, kalau tangan kat belakang tandanya....eh nak bagitau ker...tak apa lah....nanti sapa yang lepak mesti tahu, yang paling cekap, ialah daylan, akak seriau bawak daylan pi makan..dia sangat cekap membaca perasaan akak nie....
Have you ever thought number 3 as a friend?
(No.3 = hairul arsenal)
ermmm entah arrrrr
Maybe you want to go out with number 5 as a date?
(No.5 = shahril)
boleh...no hal......
Do u dream about number 2?
(No.2 = mat tomyam)
ala malu lah uolsssss hik hikss......( sundal sangat kan akak nie)adalahhhhhhhhh
What did number 4 did to you that u never forget?
(No.4 = daylan)
banyak sangat yang daylan buat + tolong akak...tak terkira..nak tulis kah?
What have you done to number 1 that he never forget?
(No.1 = acap)
ada yang baik dan ada yang burok, tapi si acap nie jenis ingat apa yang kita buat kat dia...so akak senantiasa berhati hati lah.....
What is number 3's hobby?
(No.3 = hairul arsenal)
erm paling suka ialah abca blog akak, hobi katanya..entah lah...dia suka sangat bola sepak sangat taksub, macam akak taksub dengan miss universe, pasukan kegemaran arsenal, main futsal lagi satu, dan kini baru nak berjinak dengan boling katanya....
Who do you want to tag?
takdo
akum semua...apa khabar? sihat ? akak pun disini sihat jugak yer...sekarang nie akak di cc ..akak tergelak giler apabila membaca blog kawan akak iaitu ej...ya allah kreatifnya ej....tergelak gelak akak yer..sampai kena keluar dari cc pastu masuk balik, sempat jugak akak tipon dia kat luar cc... memang kreatif, biasanya orang kata baca blog akak, diaorang akan tergelak- gelak, dan inilah kali pertama akak baca blog orang dah akak pun tergelak...memang kreatif arrrr..sakit perut dan mulot akak yer
mari kita lihat pertandingan miss universe yang diadakan di malaysia baru baru ini, seramai 88 peserta dari semua ceruk rantau bertanding pada malam tersebut. tuan rumah ialah malaysia, dan ini lah kali pertama malaysia menjadi tuan rumah. malangnya miss malaysia , firdalina kasandra telah menarik diri kerana beliau dikatakan telah bercuti bersama suami di bali. pembukaan miss di mulakan dengan lagu lagu tradisional malaysia yang dinyayikan oleh ct nurhaliza.
pengacara: apa khabar semua? sihat? alhamdulillah...selamat datang ke malaysia...tanpa membuang masa kita mulakan kan pertandingan miss universe dengan memanggil semua perserta yang bertanding ke atas pentas...
semua miss universe berdiri di atas pentas sambil pose pose manja , semuanya senyuman palsu sangatkan.
pengacara: sepanjang pertandingan ini, beberapa juri jemputan telah menilai miss ini melalui beberapa acara saringan. markah tersebut dikumpulkan dan hanya 11 yang terbaik akan bertanding pada malam ini untuk merebut gelaran atau title miss universe..kita mulakan dengan.....
semua miss berdebar debar giler , masing masing akan dapat tempat ke top 11, apabila dapat top 11 maka peluang cerah untuk berlakon dalam filem porno atau filem blue. tak pun jadi gadis kalendar di negara masing masing, tak pun jadi gundik donald trumph pun jadilah ...
pengacara: miss egypt....( menjerit sedikit )
miss egypt keluar dari kelompok peserta dan pose depan kamera. berbungga perasaan dia ketika ittew .
pengacara: here u aree... misss peruuuu ( miss peru keluar dan bersalam dengan miss egypt)pengacara: miss finland......( finland pun keluar sambil pose) miss spain ....
beberapa miss berbisik, mereka tak percaya yang miss spain yang besar gedabak tu dapat top 11, tapi miss spain manis uolssspengacara: seterusnya...colombia( menjerit colombia...maklumlah peserta terkuat malam tu ) dominican rep......israel.....
erm penonton malaysia tidak menepuk tangan sebab malaysia dan israel memang dah putus hubungan diplomatik....
pengacara: miss usa...( wow ....) rwanda .......puerto rico......dan yang terakhir timur timorrrr..itulah tadi 11 buah negara yang layak ke top 11 malam ini. mereka akan memulakan pertandingan dengan pakaian mandi sebentar nanti
pengacara: sekarang kita mulakan dengan pertandingan renang atau mandi yang ditaja oleh hotel seri cempaka pgrm yer, kita mulakan dengan pertandingan ini dengan kumpulan xpdc, jinbara dan wings yang akan menyampaikan lagu lagu rock untuk dijadikan lagu latar sepanjang pertandingan swimsuit ini...
semua 11 miss tadi keluar satu persatu untuk menayangkan body masing masing, ada yang menggiurkan, ada yang meloyakan para penonton sambil termuntah muntah..semua pose pose berangan dengan kasut tinggi , catwalk mengikut lagu yang dinyanyikan iaitu, farhana, semangat yang yang hilang, hukum karma dan sebagianya....
mari kita lihat markah swimsuit yermiss egypt : 93
miss peru: 103
miss finland: 156
miss spain: 169miss colombia: 159
miss dominican : 100
miss israel: 68miss usa: 128
miss rwanda: 127
miss puerto rico: 148
miss timur timor: 182maka top 5 swimsuit : timur timor, spain,colombia, finlad dan puerto rico...
semua miss kelam kabut selepas ini acara yang paling penting iaitu evening dress , amsing masing akan cuba mencari markah yang tertinggi untuk layak ke peringkat yng seterusnya..sementara itu beberapa penyanyi jemputan dari malaysia turut bersedia di belakang pentas untuk menyanyikn lagu latar evening dress nanti, terdapat ct nurhaliza, liza hanim, ct sarah,misha omar dan jack...
pengacara: marilah kita saksikan pula peserta akan mengayakan baju mereka pula...kita mulakan dengan ....
setiap miss keluar satu persatu apabila nama mereka di panggil, sambil berhati hati yer, maklumlah miss usa dah 2 tahun berturut turut jatuh tergolek di atas pentas yer, kali ini peserta usa kita agak berhati hati yer... mari kita lihat markah juriegypt: 106
peru: 103
finland: 132
spain: 117
colombia: 178
dominican: 87
israel: 62
usa: 105
rwanda: 96
puerto rico: 118timur timor: 148
top five: colombia, timur timor, finland,puerto rico dan spain( tak banyak berubah sangat , macam tadi jugak )
pengacara: baiklah kita hampir di hujung pertandingan, kali ini miss akan diuji pula dengan kepintaran I.Q yer, semua miss akan mengambil satu soalan yang disediakan oleh juri, hanya diberi 30 saat sehingga bunyi loceng, menandakan sudah tamat masanya. kita mulakan dengan ....
berhempas pulas lah miss miss ini memerah otak untuk menjawab soalan yang diberikan oleh juri, ada yang jawab dengan yakin, ada yang main main, ada yang tak paham soalan, ada yang lari tajuk dan sebagainya..mari kita lihat markahnya
egypt : 118
peru: 118
finland: 147
spain: 134
colombia: 150
dominican : 77
israel: 98
usa: 112
rwanda: 130
puerto rico: 119
timur timor: 165
pengacara: baiklah , keputusan berada di tangan saya, kita akan umukan dari tempat ke 11 sehingga miss universe
ke 11: israel
ke 10: dominican
ke 09: egypt
ke 08: peru
ke 07: usa
ke 06: rwanda
top five....
ke 05: pueerto rico
ke 04: spain
ke 03: finland
ke 02: colombia
miss universe : timur timor
semua miss miss berlari lari untuk mengucapkan tahniah pada miss timur timor yer....
akum semua...apa khabar? sihat alhamdulillah kalau begitu bagus lah yer....cikgu di sini pun sihat sahaja yer..akak baru saja keluar dengan kawan akak, menemani dia pulak bermain futsal dengan kenakwan nya, seawal rasa kami pergi yer, dalam pukul 8 pagi yer. tapi akak tak main lah futsal kerana akak bukan pandai sangat, tengok diaorang main dah cukuplah...
oklah mari kita tengok tajuk entry ini iaitu wanita wanita tercantik di asia ( motiff asia kan?)sebenarnya kawasan pandanjaya pun belum dapat bertanding, inikan asia yer...kita mulakan dengan ...( sorry yer cikgu tak ada gambar diaorang, cikgu nie buta it yer)
firdalina kassandra : wanita yang berusia lewat 20, dikurniakan wajah tiruan yang yang chantek, berbadan "betik" ( kata kaka nor lain pulak, petikk kot), bergetah, menggiurkan,kalau laki tengok mesti tak boleh lelap mata,,wa cakap sama lu mattt... apa lagi yer firdalina? kalau tak cukup bagitau yer. seorang wanita yang bekerjaya, sensitif, emo dan meroyan tak tentu hala kalau tiba tiba datang bulan, seorang yang serius kadang kadang, berfikiran positif , merasakan dirinya tersangat cantik dan digilai oleh lelaki lelaki str8 sedangkan maria adalah saingan yang terdekat yer.... berchenta dengan seorang duda, suka membeli barang barang yang tak penting,pemurah hati, suka dengan haiwan dengan kata lain berperikebinatangan tapi tidak berperikemanusiaan lah kot...
patimah wong@hamieko : ini merupakan musuh ketat cikgu yer, tak leh jumpa, mesti nak melaser cikgu murni ajer kaedahnya, tapi cikgu akan lawan balik secara fizikal sama ada mencekiknya balik, atau menyagat dia balik,yang penting bila cikgu sagat dia, dia akan melontarkan sore yang maha kuat sekali...nyaring gittew... seorang wanita yang comel, semakin kurus, cantik suka bershopping di pavilion, konsep mari kita gunakan kad kredit yer,kadang kadang kelakar gak, akak kagum dengan dia sebab dah tere main boling, hook lagi tu, akak yang dah 10 tahun nie, terkial kial main hook, tidak percaya akan chenta, suka mandi buih dengan cina cina cando katanya...senyuman yang menarik, mata yang agak sepet tapi masih lagi chantek, pernah menyertai permainan ragbi di sekolah, agak memilih tentang pilihan hidup ..nak yang malatops ajer....
akiko thomsen sunade: gadis berdarah jepun tapi dibesarkan dengan adat adat kebaratan ini bertuah kerana dikurniakan wajah pan asia yang digilai oleh pengadil pengadil ratu chantek pepondan yer, bertuah kerana mempunyai tuboh model atau berbetik ...ye kah? pandai buat kuih batik ermmm ada dalam entry tu kan. baik hati, seorang yang mudah menghulurkan bantuan, suka memberi pendapat tentang chenta, suka bermain boling gak, nie pun lagi satu, hebat, housemate kepada fatimah wong, selalu lah tu mengumpat akak yang cahentek nie KANNNNN....suka menari apabila ting tong, entah lah tarian apa akak pun tak tahulah, suka bercatwalk, pernah akak tengok dia catwalk sambil tidak berbaju pastu terus membasuh pinggan mangkuk di sinki, pengsan uolsssss belkum lagi dia mem vacuum lantai dengan kasut tinggi...akak sujud terus ..dan lari pakai telekung labuci ke masjid.....
ej: nama wanitanya akak tak ingat, nie baru kenal, tapi boleh masuk lah dalam group kitaorang, bersopan santun, apatah lagi kalau depan suami yer, siap cium tangan bila berjumpa dengan suami, aiyooo nak muntah akak tengok yer, kau ingat kau macam kiah kah? takper, mungkin uolss percaya dengan konsep suami dan isterikan, seorang yang comel, cute, berbadan munggil dan montok , menyebabkan warga warga asing akan menoleh dua kali kalau melihat wanita ini. yakin dengan chenta sejati,kuat cemburu, penyayang, manja, contohnya ada satu masa dia demam lite lite, pastu kol suami mengadu demam macam nak masuk wad ajer, akak pun sentap tengok drama itttew...bijak it ...kuat melaser kadang kadang yer...selalu ber ym dengan patimah wong untuk mendapatkan berita terhangat dan mengumpat akak di belakang yer
erry: wanita yang berusia lewat 20 an ini telah bersuami dengan seoarang pelajar di universiti tenmpatan yang usianya 20 tahun. omak aiiii, bijak uolss kan pilih anak anak ikan. wah kira macam demi moore kah uols nie. baik hati, kelakar , penyayang dengan suami, manja dengan suamni, asyik asyik nak bergesel dengan suami, macam kuda laut pulak akak tengok yer, sangat sayang dengan suami, berkelulusan luar negara, sangat takut dengan tikus, uolss memang doraemon kan....motif takut dengan tikus, lain kak takut dengan nyamuk dan semut.....berkulit kuning langsat ( motif langsat kan? napa tak duku ker..apa ker?suka ketawa dan merendah diri yer....percaya akan chenta akan membawa ke syurga kan konsepnya....
amy: wanita paling hot di pandanjaya, berbadan model dan bukan lagi betik nie, buah apa yer yang sesuai...akak nie nangka layaknya kan...amy nie, macam betik muda lah, masih muda lagi, sering dipermainkan chenta oleh lelaki lelaki keparat tetapi mudah pulak mendapat pengganti cun lah kata kan, maklumlah orang laku kan ....katanya...berhousemate dengan am, iaitu miss egypt, suka jugak bermain boling dengan kaki bersudut tirus yer, dahagakan kasih sayang dan perhatian seorang lelaki ...suka berfesyen yer...kuat melaser jugak .....takut jugak akak tau....baik hati, suka menderma kat orang orang susah yer....suka yang setia pada kawan
am: perghhhhh nie wa cakap sama lu...kalau kau tengok dia catwalk, perghhhh stim siot, di kurniakan montot yang munggil dan lebar ala ala j lo gittew, kalau dia cat walk mahu juling mata laki, dikurniakan kulit ala ala macam wanita latin, aset yang penting iaitu bibir yang terjongket macam jolie, tidak percaya sangat akan chenta, suka berchatting di ym atau mirc yer, suka abang abang yang bekerja dengan kerajaan kerana mengharapkan bonus di hujung disember nanti yer ....sekarang berada di dalam dilemma kerana ramai sangat yang meminati dengannya yer....pandai main boling, gunakan balingan hook yang perlahan lahan tapi jangan terperanjat , strike yer
normala shamsudin: atau nama glamer nya ialah kak nor....lebih dikenali sebagai miss hongkong yer, berambut panjang menghurai, chantek rambutnya, akak selalu tarik tarik rambut dia tau, berbadan munggil dan montok menyebabkan abang abang bola menggetap bibir sambil menelan air liur yer bila kak nor berlari lari anak di padang bola, bersuara...ya allah, sore akak pun kalah, suka buat lawak, melaser orang tak tentu hala tau...pandai gak bermain boling. tengah mencari chenta sejati katanya, suka berseluar ketat untuk menunjukkan betisnya yang macam buting padi tu kan?
itulah 8 wanita terchantek di asia? ada berminat? hehehe email ajer akak yer
akum semua...apa khabar? sihat? alhamdulillah kalu semua orang sihat dan senantiasa ceria dalam kehidupan yer. sekarang ini akak di cyber cafe dengan miss egypt, am yang sedang bz menjala abang abang di ym dan chat room yer, matielah konsep mencari cinta secara online...
akak pulak baru saja balik dari midvalley , dari pukul 2 30 ptg sampai 4 ptg tadi yer, bersama dengan seorang kawan yang baru akak kenali, tak sampai sebulan yer. pastu kawan hantar ke pandanjaya, makan sama , dan akak paksa dia balik sebab tak mahu bertemu miss egypt yang nak joint bersama .
napa pulak halau dia balik? erm..buat masa sekarang nie, tak perlulah dia kenal kawan kawan akak yer, lagipun nanti takut dia terkejut budaya tengok kawan kawan akak yang vogue+chantek+berkerjaya+pandai main boling dan sebagainya.
akak mula mengenali kawan akak nie melalui blog akak jugak..wah wah wah kuatnya kuasa blogkan? boleh buat kawan kawan kan? yup, akak pun tak sangka uolsss, dari blog nie kami boleh berkawan. dia nie ok, seorang yang minat bola, pasukan kegemaran ialah arsenal, dah 2 minggu kami lepak bersama sambil tgk tibi perlawanan bola sepak liga liga inggeris, ada dia suruh akak beli baju arsenal kat pasar malam dan pakai baju tu bila ada game di astro ...secara tak langsung akak dah mula minat dengan pasukan arsenal
mengenali pemuda yng berusia 26 tahun, bekerja berdekatan dengan kawasan pavilion, seorang yang serius , berjiwa keras, degil nauzu ( sangat degil), suka ketawa terbahak bahak menjadikan hidup akak bertambah ceria. seorang yang sangat memahami diri akak, kadang kadang suka memaksa akak membuat lawak. apa kau hengat aku nie badut sarkis kah? atau juara lawak kah?
jarang pulak akak dapat kenkawan yang macam nie, biasa nya kawan kawan yang chantek, ayu, lembut, berbudi bahasa dan kini dapat yang keras yer, dan lepak dengan geng geng dia membuatkan akak diam macam pompuan mati suami yer, owh barulah akak paham, macam mana my baby yang selalu diam ajer bila lepak dengan geng geng model iaitu kawan kawan akak......
dan kepada si empunya diri, terima kasih yer tadi, hantar i pi midvalley, tunggu i sampai kul 4ptg, lunch sama sama kat foodcourt midvalley, ajar i tentang bola sepak, lepak dengan kenkawan u, dan tolonglah janganlah paksa i main futsal dengan kawan kawan u...ok..seseungguh nya persahabatan adalah hadiah yang paling berharga dan bernilai dalam hidup i ini......
maria hulia julia mendoza
akum semua....apa khabar? sihat? alhamdulillah yer kalau anda semua sihat sahaja, baguslah kalau macam tu kan, konsep bersyukur tu mesti ada sebab di kurniakan tubuh badan yang sihat. Eh motif sangatkan , tetiba akak cakap pasal konsep "bersyukur" maklumlah hari ini hari jumaat kan...so kenalah konsep bersyukur yer...
kali ini akak nak cerita tentang satu permainan yang akak tersangat x suka, iaitu bola sepak yer, erm asyik asyik boling ajer, akak tak reti main benda lain ker? opsss terus terang, sukan lain akak memang tak minat terutama bola sepak, futsal ker atau sepakraga. bagi akak, sukan tu bukan jiwa akak yer, kalau main bola sepak, akak akan pose pose tengok orang kejar bola, bila bola dah sampai di kaki , baru akak tendang, itu pun tak kena lah uolsss..kadang kadang sepak angin
pernah masa akak mengajar di sekolah, setiap hari guru, ada perlawanan di antara murid dengan guru yer, dan akak ingat lagi, ada dalam 1 tahun tu, perlawanan bola sepak antara guru dan murid. akak dah seriau, bilangan guru lelaki tak cukup, jadi nak tak nak akak terpaksa main jugak. Ya allah berdebar debar yer, ada ke patut letakkan akak yang ayu nie di bahagian serangan? patut kerr? harus kerrr? apa guru besar ingat akak nie tere menyerang ker? u olsss tahu apa akak buat?
lepas ajer wisel berbunyi, akak cepat cepat duduk kat pintu gol pihak lawan, menjerit jerit anak anak murid bagitau kat pengadil yang akak nie "curik ayam" heheheh, akak siap borak borak dengan penjaga gol iaitu anak murid akak, taktik akak berjaya yer, sedang dia leka berbual dengan akak, tetiba seorang guru lelaki menendang bola dan terus golllllll. ahahahaha pastu budak budak lain marah dengan goalkeeper, dan marah dengan akak yang cuba menipu. aiyooo, akak tak menipu, hanya berbual bual kosong ajer.
lepas tu, budak menyerang pulak, yer, kelam kabut cikgu cikgu laki, hah padan muka kauorang, masa lawan antara sekolah, cikgu cikgu nie pandai kasi arahan sahaja kan, jerit sana , jerit sini, pastu marah marah budak, bila time kita lawan dengan budak budak tahu pulak kauorang kelam kabut yer. berasak asak budak menyerang, walaupun guru guru laki macam bermain kasar, namun budak budak nie terus mengasak, dan akhirnya gollll
keadaan masa tu tertekan , anak anak murid bersorak riang, guru guru perempuan pulak menggelakkan kami guru guru laki sebab dah seri, guru besar memanggil kami semua, tukar startegi, akak di letakkan pertahanan, erm kau letak lah aku bahagian mana, tetap tak berjalan jugak yer, tapi demi menjaga hati guru besar, akak pun pose pose di bahagian pertahanan, akak pulak berborak dengan seorang cikgu laki, bukannya nak tumpukan pertahanan.
bila anak muird menyerang akak pose pose pi bertahan lah kaedah nya,akak pose pose sotong yang tak dapat air, cuba menolak budak tu, entah macam mana akak ter emo, akak terus manolak budak tu sehingga terjatuh, "aduii cikgu, main kasar nampak" sound anak murid akak tu yer, aiyooo tak ada niat lah nak main kasar ......akak terus salam dengan budak tu, akak asyik tengok jam, bilalah nak abis nie.cikgu cikgu laki bersungguh sungguh nak menyumbat kan gol, maklumlah malu kalau kalah dengan anak anak murid tau....dan akhirnya kami, guru guru laki memang lah, 3-1. tapi demi menjaga hati anak anak murid kami memberi hadiah kepada mereka.
bagi akak, kenangan di hari guru adalah kenangan yang sangat terindah sangat, terasa rindu nak mengajar di sekolah, menulis buku rancangan harian mengajar, memegang kapur, mendengar ucapan selamat pagi cikgu, ucapan terima kasih cikgu, sibuk di hari penyampaian hadiah, menghantar budak budak team hoki ke pertandingan zon pudu..
eh eh..tetiba akak emo uolsssss..............
akum semua...sihat? alhamdulillah kalau begitu, akak disini pun sihat sahaja ....so macam mana dengan kerjaya masing masing? seronok pi kerja? tak macam akak sekarang nie, tengah pose pose cuti sebab dah minggu last budak budak sekolah, tuisyen bermula pada minggu depan yer...
semalam , hari khamis merupakan hari yang paling mendebarkan akak yer, maklumlah keputusan upsr 2008 akan diumumkan serentak di seluruh negara yer, dan ini menjadikan akak bertambah seriau uolss. periuk nasi akak adalah bergantung dengan keputusan upsr pmr dan spm budak budak nie. kalau mereka cemerlang, maka tahun depan ramailah yang nak tuisyen , kalau tak ok, akan susut lah bilangannnya.
pagi pagi lagi akak dah bangun sambil pose pose di katil . asyik asyik tengok sms atau panggilan masuk, menunggu dengan penuh debaran nie. nak tipon diaorang macam akak nie yang over, so biarkan parents call akak dulu kan.
tambahan pula, semalam akak, daylan, hans dan my baby pi pergi ambik gambar sekitar jaya jusco, boling ampang point dan pavilion. terima kasih kepada daylan yang bersusah payah menghantar akak ke hulu ke hilir yer. dan terima kasih kepada 2 orang model yang muda bergetah, hans dan my baby.
sms yang pertama akak terima dari anak murid akak yang belajar di sekolah rendah cheras perdana " akum cikgu, saya put3 ( puteri) saya dapat 5 A , terima kasih cikgu" selepas akak baca sms itu rasa satu semangat masuk dalam jiwa akak yer, terasa macam miss universe yer ( bukan miss universe pepondan yer) miss universe betul. terasa memegang bunga sambil melambai lambai kat penonton, dan mengesat air mata yer.
selang beberapa minit didalam kereta , masa nak mengisi minyak, satu panggilan masuk, " akum cikgu...." ceria bunyinya, akak dah mula fikir mesti result ok, " anak saya dapat 4a 1b, yang b nya mathematics" "alhamdulilah" jawab akak dengan ringkas yer...
dan sepanjang hari semalam , akak sibuk menjawab sms dan panggilan telefon dari parents yang ingin berkongsi kejayaan dengan akak. akan diingatkan tak semua anak murid memperolehi keptusan yang cermerlang yer, dari 9 calon upsr yang tuisyen dengan akak, 2 orang dapat 5 A, 4 orang 4A 1B , 1 orang 3A 2B, dan 2 orang 1A 3B 1C
terasa satu kepuasan yang tak dapat di bayangkan di dalam diri ini, maklumlah akak bukan mendapat murid murid yang pintar, mereka nie semuanya biasa biasa sahaja, namun akak tak pernah putus asa mendidik mereka, buat bengkel setiap hari sabtu dan ahad, kadang kadang mengorbankan masa senggang akak bersama dengan kawan kawan yer,
hari sabtu dan ahad merupakan hari yang paling sibuk buat akak , orang lain bercuti, tapi akak pulak sibuk dengan tuiysen dan bengkel , terasa macam temah moses dan oshin pulak, bekerja macam nak mati yer, tapi semuanya terbalas apabila anak anak murid mendapat keputusan cemerlang.
dalam hati memang nak kalau boleh semua sembilan calon dapat 5 A, tapi sebagai guru kita tahu menilai kemampuan anak murid kita dan tidak meletakkan sasaran yang tinggi . dan parents pun kenalah berfikiran begitu, jangan pulak dah hantar tuisyen, sudah cukup untuk mereka mendapat keputusan cemerlang yer....
akum semua, apa khabar? sihat? alhamdulillah yer, akak harap semua pembaca di luar sana sihat sahaja yer, oklah kak baru sahaja balik dari taman miharja nie, berjumpa dengan parents tuisyen lah nie. erm seperti biasa, parents tuisyen akan berkongsi masalah dengan cikgu yer tentang pretasi anak anak mereka yer.
seperti biasa anak anak mereka nie tak tahu nak buat karangan yer, tak paham lah, apa yang susahnya karangan nie, bagi akak, karangan nie mudah, hanya perlu kita berigiminasi dan mesti ingat jangan pulak terlebih igiminasi yer, macam karangan berhantu yang akak tulis baru baru nie.
oklah bercakap tentang karangan imiginasi, akak nak kongsi lagi satu karangan imiginasi yang layak kita filemkan kan yer, akak tak sangka anak murid akak mampu menulis karangan ittew dengan begitu baik sekali. marilah kita lihat karangan mereka yer....
soalan: anda dan rakan anda telah bercadang untuk memancing di sebatang sungai. tiba tiba anda ...... ( kebanyakkan soalan karangan ingin menguji imiginasi budak budak yer, dan ini dikategorikan karangan bebas yang mana pelajar boleh letak apa apa sahaja yer) mulakan karangan anda dengan tiba tiba
jawapan anak murid:
pada hari sabtu yang lepas , saya dan kawan kawan bercadang nak pegi memancing . kami ingin memancing di sebatang sungai. kawan saya bagitahu yang sungai tu banyak ikan, ada ikan keli, ikan parang, ikan tenggiri dan juga ikan kelisa, macam macam ikan ada dalam sungai tu ( akak nak tanya, betul ker ikan ikan tu hidup dalam sungai uolss? akak ni bongok sikit tentang hidupan laut dan sungai, akak pun jarang makan ikan yer, hanya tahu sotong ajer dalam laut....tolong lah ...)
tiba-tiba saya mendapat seekor ikan, ikan itu bernama ikan kaloi. Ikan itu merenung mata saya dengan perasaan sedih ( wow ikan tu kelas kan , boleh merenung manja dengan manusia , macam mana tu yer.) tanpa disedari oleh kawan saya, ikan itu memberitahu supaya saya mengoreng nya dan menanam tulangnya di belakang rumah ( disini akak dah mula nak meroyan, kau ingat cerita bawang putih bawang merah ker?)
saya mengajak kawan saya balik ke rumah, saya menyuruh mak saya menggoreng ikan tersebut. dan saya menanam ikan tersebut di belakang rumah saya. malam itu saya bermimpi , ikan kaloi itu bagitau nanti ada buaiyan ( matilah ejaan budak tu kan) di belakang rumah. dia menyuruh saya menyanyi dan nanti ada putera raja meminang saya nanti
memang betul kata ikan itu, ikan itu memang seorang ( motif seorang kan? bukan seekor) yang jujur, dia tidak menipu saya, memang ada buaiyan di belakang rumah saya, mak dan ayah saya heran, mereka nak tebang buaiyan tu , saya merayu supaya jangan menebang buiayan itu
esoknya, mak saya meninggal, ayah kawin dengan seorang perempuan jahat, saya selalu di dera oleh perempuan jahat itu dan anaknya pun mendera saya. saya selalu menyanyi di atas buaiyan itu, dan seorang anak raja datang meminang saya
akhirnya saya berkahwin dengan putera raja itu. kami bahagia . perempuan jahat itu dan anaknya dan ayah saya menyesal atas perbuatan mereka.
itulah tadi karangan anak murid cikgu yer, dan cikgu meminta kepada para pembaca yang ada adik adik di sekolah rendah, tolong lah mengajar mereka menulis karangan yer . akak dah mula rasa fed up jugak mengajar budak budak nie menulis karangan yer, sebab merekla tak dapat mencari isi yang boleh diterima akal. banyak lagi contoh karangan yang nak di kongsi dengan para pembaca yer
akum semua...apa khabar? sihat? alhamdulillah akak di sini sihat sahaja di samping dengan teman teman yang tersayang. terlebih dahulu akak ucapkan terima kasih atas oskongan peminat yang berada di luar sana yer, yang gigih membaca blog akak yang tak berapa best ittew yer.
oklah sekarang nie jam dah menunjukkan pukul 6 53 ptg yer, dan akak bersama dengan am iaitu miss egypt yer di cc pandajaya, tadi kami pergi ke kedai tomyam pandanjaya sambil melihat pekerja pekerja tomyam tersebut ermmm sapa lagi yang akak nak pi tgk kalau bukan naratiwhat yer...
oklah kali ini akak nak cerita tentang temubual akak dengan wartawan majalah mangga baru baru ini, mari kita ikuti temubual tersebut
wartawan: akum ...saya mr x dari majalah mangga ingin membuat temubual dengan cikgu yer. boleh cikgu terangkan sedikit sebanyak diri cikgu
cikgu: motif kau tak beri salam? kau agama apa noks? majusi ker? kau sembah api ek? apa apa pun... walaikumusalam walaupun kau tak beri salam . oklah nama saya cikgu irfan, kalau waktu petang nama saya cikgu murni, tapi selepas menjelang waktu magrib , saya menjadi maria hulia julia mendoza lah.
wartawan: wah wah cikgu ini dulu maktab mana yer? amik kursus pendidikan syariah ker atau pendidikan islam? oklah boleh cikgu terangkan tentang kerjaya cikgu ?
cikgu: oklah boleh jer, kalau terangkan kerjaya boleh lah, napa tak tanya latar belakang aku dulu noks? kan tak kenal maka tak cinta kan? opsss..apa tadi tentang kerjaya yer, erm kau tanya lah aku dulu, pastu aku cakap leh tak?
wartawan: erm yolahhh...ok berapa lama dah mula mengajar nie cikgu
cikgu: erm dah lama jugak..dalam 6 tahun yer, kalau aku dah anak dah tadika dah anak aku, tapi belum ada rezeki lagi nie...opss jangan kau pikir aku mandul yer...aku subur tauuuuuuu
wartawan: cikgu nie napa? aku tanya lain kau jawab lain, meroyan apa? berapa papan mavelon cikgu telan? oklah sepanjang 6 tahun mengajar , apa kenangan yang pahit dalam hidup cikgu? maksud saya yang berkaitan dengan tuisyen lah...
cikgu: erm kenangan pahit yer....( sambil merenung cawan ) rasanya ada satu kot. cikgu difitnah bercinta dengan anak murid cikgu yer...itu semua bohong yer...semuanya bohong ( cikgu murni dah mula emo)
wartawan: erm macam menarik cerita nie. teruskan ..sedap gak aku mengorek kisah cikgu nie
cikgu: erm macam nie, kisah nie berlaku pada tahun 2002 dulu, masa tu memang saya minat dengan anak murid saya , dia tingkatan 3, namun sebab kami terlalu akrab, kami telah di fitnah yer oleh penduduk tempatan yang berfikiran ortodoks yer.
wartawan: macam mana boleh jadi tu? cikgu tak takut ker periuk nasi cikgu akan terjejas
cikgu: masa tu cikgu masih muda lgi dan rasa lonely sangat lah, so apa yang ada cikgu sebat ajer kaedahnya, lagi pun muka anak murid cikgu tu boleh tahan yer, terus cikgu memasang jala yer. tapi cinta tu tak kesampaian.
wartawan: sian cikgu, so apa kesan dalam diri cikgu?
cikgu: owhh mesti tertekan lah kan? sebab parents dia tak kasi keluar lagi dah, tak kasi jumpa dengan alasan budak tu nak amik pmr, dan akhirnya terus putus masa tu gak.
wartawan: apa yang cikgu pelajari dari kisah itu?
cikgu: erm...bagi kes cikgu nie, janganlah kita mencampuri soal cinta dengan kerjaya terutama kepada cikgu cikgi yang mengajar di sekolah yer...kalau nak pun, pi luar sekolah, susah gak sebab kita nie cikgu, jadi masyarakat anggap kita nie orang baik baik. itu pandangan mereka, dan kita pun kena pandai jaga diri kannnnn? jangan pulak petang kau lelaki malam kau menyundal dilorong lorong gelap yer, tak cukup kah bonus kerajaan kasi kan ?
wartawan: amboi agak emo gak cikgu nie yer..ok apa pulak kejayaan yang pernah cikgu kecapi?
cikgu: banyak uolsss, tak terkira yer.....kejayaan dari aspek apa yer?
wartawan: mestilah pencapaian akedemik, dah 6 tahun mengajar mestilah dah ramai anak murid berjaya? atau ramai yang fail cikgu ?
cikgu: wah wah wah....oklah tahun 2006, seorang pelajar spm saya dapat 8 A dalam spm, dan kini beliau tahun pertama di universiti malaya . yang penting dia dapat A dalam subjek yang cikgu ajar, bm, math, ekonomi, sejarah, perdagangan,add math yer, budak nie kelas sains, tapi cikgu suruh dia ambik subjek tambahan yer, dan tahun lepas 3 orang pelajar cikgu dapat 5A dalam upsr..kelas tak nokssss
wartawan: ala bias bias jer, ingatkan anak murid dapat semua A. erm oklah apakah hobi cikgu masa lapang?
cikgu: motif kau tanya hobi mak? erm oklah masa lapang suka lepak kedai tomyam di pandanjaya sebab suka tengok pekerja di situ opssss, dan cikgu suka membuat kerja kerja amal di rumah iaitu mencuci toilet ker, sapu sampah ker, kemas bilik ker...hah itu lah ajer yang cikgu suka buat
wartawan: ok, banyak banyak subjek, apa yang susah untuk di ajar?
cikgu: erm cikgu rasa sejarah, sains ( sekolah menengah) dan bahasa inggeris yer
wartawan: napa cikgu? bahasa inggeris cikgu dapat berapa masa spm? gagal kah? atau cikgu mengajar guna bahasa negeri sembilan?
cikgu: amboi molots kau? erm bagi cikgu bahasa inggeris sekarang agak mencabar sangat, silibus dah berbeza lah, ada unsur 1119 dalam paper bi sekarang yer. sejarah pulak agak mencabar sebab kita kena ingat fakta, kesan dan akibat serta nama nama yang pelik yer.
wartawan: oklah cikgu, masa pun dah nak tamat dah, saya nak pi jumpa orang lain, tapi sebelum tu nak tanya boleh?
cikgu: silakan
wartawan: sekarang nie tengah bercinta dengan bekas anak murid yer?
cikgu: mana kau dengar?
wartawan: adalah...tapi betul ker
cikgu: yup dulu bekas anak murid tuisyen, tapi 3 tahun terpisah, pastu jumpa balik semula..dah ler jangan kau tanya yer....
wartawan: tak rasa bersalah bercinta dengan anak murid ker cikgu?
cikgu: bersalah? aku tak bercinta dengan kau kan? (terus berlalu pergi dengan perasaan geram)