akum semua...apa khabar? sihat? alhamdulillah akak di sini sihat sahaja di samping dengan teman teman yang tersayang. terlebih dahulu akak ucapkan terima kasih atas oskongan peminat yang berada di luar sana yer, yang gigih membaca blog akak yang tak berapa best ittew yer.

oklah sekarang nie jam dah menunjukkan pukul 6 53 ptg yer, dan akak bersama dengan am iaitu miss egypt yer di cc pandajaya, tadi kami pergi ke kedai tomyam pandanjaya sambil melihat pekerja pekerja tomyam tersebut ermmm sapa lagi yang akak nak pi tgk kalau bukan naratiwhat yer...

oklah kali ini akak nak cerita tentang temubual akak dengan wartawan majalah mangga baru baru ini, mari kita ikuti temubual tersebut

wartawan: akum ...saya mr x dari majalah mangga ingin membuat temubual dengan cikgu yer. boleh cikgu terangkan sedikit sebanyak diri cikgu

cikgu: motif kau tak beri salam? kau agama apa noks? majusi ker? kau sembah api ek? apa apa pun... walaikumusalam walaupun kau tak beri salam . oklah nama saya cikgu irfan, kalau waktu petang nama saya cikgu murni, tapi selepas menjelang waktu magrib , saya menjadi maria hulia julia mendoza lah.

wartawan: wah wah cikgu ini dulu maktab mana yer? amik kursus pendidikan syariah ker atau pendidikan islam? oklah boleh cikgu terangkan tentang kerjaya cikgu ?

cikgu: oklah boleh jer, kalau terangkan kerjaya boleh lah, napa tak tanya latar belakang aku dulu noks? kan tak kenal maka tak cinta kan? opsss..apa tadi tentang kerjaya yer, erm kau tanya lah aku dulu, pastu aku cakap leh tak?

wartawan: erm yolahhh...ok berapa lama dah mula mengajar nie cikgu

cikgu: erm dah lama jugak..dalam 6 tahun yer, kalau aku dah anak dah tadika dah anak aku, tapi belum ada rezeki lagi nie...opss jangan kau pikir aku mandul yer...aku subur tauuuuuuu

wartawan: cikgu nie napa? aku tanya lain kau jawab lain, meroyan apa? berapa papan mavelon cikgu telan? oklah sepanjang 6 tahun mengajar , apa kenangan yang pahit dalam hidup cikgu? maksud saya yang berkaitan dengan tuisyen lah...

cikgu: erm kenangan pahit yer....( sambil merenung cawan ) rasanya ada satu kot. cikgu difitnah bercinta dengan anak murid cikgu yer...itu semua bohong yer...semuanya bohong ( cikgu murni dah mula emo)

wartawan: erm macam menarik cerita nie. teruskan ..sedap gak aku mengorek kisah cikgu nie

cikgu: erm macam nie, kisah nie berlaku pada tahun 2002 dulu, masa tu memang saya minat dengan anak murid saya , dia tingkatan 3, namun sebab kami terlalu akrab, kami telah di fitnah yer oleh penduduk tempatan yang berfikiran ortodoks yer.

wartawan: macam mana boleh jadi tu? cikgu tak takut ker periuk nasi cikgu akan terjejas

cikgu: masa tu cikgu masih muda lgi dan rasa lonely sangat lah, so apa yang ada cikgu sebat ajer kaedahnya, lagi pun muka anak murid cikgu tu boleh tahan yer, terus cikgu memasang jala yer. tapi cinta tu tak kesampaian.

wartawan: sian cikgu, so apa kesan dalam diri cikgu?

cikgu: owhh mesti tertekan lah kan? sebab parents dia tak kasi keluar lagi dah, tak kasi jumpa dengan alasan budak tu nak amik pmr, dan akhirnya terus putus masa tu gak.

wartawan: apa yang cikgu pelajari dari kisah itu?

cikgu: erm...bagi kes cikgu nie, janganlah kita mencampuri soal cinta dengan kerjaya terutama kepada cikgu cikgi yang mengajar di sekolah yer...kalau nak pun, pi luar sekolah, susah gak sebab kita nie cikgu, jadi masyarakat anggap kita nie orang baik baik. itu pandangan mereka, dan kita pun kena pandai jaga diri kannnnn? jangan pulak petang kau lelaki malam kau menyundal dilorong lorong gelap yer, tak cukup kah bonus kerajaan kasi kan ?

wartawan: amboi agak emo gak cikgu nie yer..ok apa pulak kejayaan yang pernah cikgu kecapi?

cikgu: banyak uolsss, tak terkira yer.....kejayaan dari aspek apa yer?

wartawan: mestilah pencapaian akedemik, dah 6 tahun mengajar mestilah dah ramai anak murid berjaya? atau ramai yang fail cikgu ?

cikgu: wah wah wah....oklah tahun 2006, seorang pelajar spm saya dapat 8 A dalam spm, dan kini beliau tahun pertama di universiti malaya . yang penting dia dapat A dalam subjek yang cikgu ajar, bm, math, ekonomi, sejarah, perdagangan,add math yer, budak nie kelas sains, tapi cikgu suruh dia ambik subjek tambahan yer, dan tahun lepas 3 orang pelajar cikgu dapat 5A dalam upsr..kelas tak nokssss

wartawan: ala bias bias jer, ingatkan anak murid dapat semua A. erm oklah apakah hobi cikgu masa lapang?

cikgu: motif kau tanya hobi mak? erm oklah masa lapang suka lepak kedai tomyam di pandanjaya sebab suka tengok pekerja di situ opssss, dan cikgu suka membuat kerja kerja amal di rumah iaitu mencuci toilet ker, sapu sampah ker, kemas bilik ker...hah itu lah ajer yang cikgu suka buat

wartawan: ok, banyak banyak subjek, apa yang susah untuk di ajar?

cikgu: erm cikgu rasa sejarah, sains ( sekolah menengah) dan bahasa inggeris yer

wartawan: napa cikgu? bahasa inggeris cikgu dapat berapa masa spm? gagal kah? atau cikgu mengajar guna bahasa negeri sembilan?

cikgu: amboi molots kau? erm bagi cikgu bahasa inggeris sekarang agak mencabar sangat, silibus dah berbeza lah, ada unsur 1119 dalam paper bi sekarang yer. sejarah pulak agak mencabar sebab kita kena ingat fakta, kesan dan akibat serta nama nama yang pelik yer.

wartawan: oklah cikgu, masa pun dah nak tamat dah, saya nak pi jumpa orang lain, tapi sebelum tu nak tanya boleh?

cikgu: silakan

wartawan: sekarang nie tengah bercinta dengan bekas anak murid yer?

cikgu: mana kau dengar?

wartawan: adalah...tapi betul ker

cikgu: yup dulu bekas anak murid tuisyen, tapi 3 tahun terpisah, pastu jumpa balik semula..dah ler jangan kau tanya yer....

wartawan: tak rasa bersalah bercinta dengan anak murid ker cikgu?

cikgu: bersalah? aku tak bercinta dengan kau kan? (terus berlalu pergi dengan perasaan geram)