akum semua..apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat yer....akak di sini pun sihat, baru bangun tido nie, terjaga sebab parents dah mula sibuk tanya pasal tuisyen yer...cuti sekolah nie, diaorang tak mahu anak anak buang masa macam tu sahaja kan? oklah kali ini akak akan ceritakan salasilah keluarga akak ( bukan keluarga sebenarnya yer) nie keluarga pepondan yer
idea ini wujud apabila akak dan kenkawan lepak di kedai tomyam pandanjaya, dah 2 malam berturut turut kami melepak bersama tau, semua hadir dengan ceria. Lepak bukan main lama lagi, ada rasanya 2 atau 3 jam jugak, macam macam cerita yang keluar tau...kak nor lah yang jadi tukang karut nyer, yang lain pose pose gelak kan? tapi memang happening lah ....
mari kita berkenalan dengan anak anak keluarga 69 nie yer, kita mulakan dengan kak long
kak long (cikgu): wanita berusia 32 tahun , bertugas menjadi pendidik selama 6 tahun, meminati boling, sudah berkahwin dengan seorang lelaki yang berusia 20 tahun, mempunyai beberapa orang skandal untuk menghilangkan rasa lonely semasa ketiadaan suami, dikatakan mempunyai 4 orang suami, pernah dituduh berkahwin diam diam di siam, pilipina dan melaka, mengambil berat tentang adik adik yang lain , pernah membantu ibu menjual kuih muih di kampung bagi menyara 8 orang adik nya, membanting tulang di sawah, dan suka sangat mendengar berita apabila ada orang mengandung kerana kak long nie suka makan...ermmm. tak mao cerita woooo, pernah difitnah oleh orang kampung, kerana ternampak kak long menaiki kuda luat di tepi pantai port dickson tanpa seurat benang tau....dikatakan memakan sesuatu di bawah pokok kelapa jugak..seorang wanita yang sangat gedik jugak, ada ke takut dengan rabbit ..katanya...
kak ngah (kak nor): paling glamer berbanding dengan kak long, seorang yang periang, ceria dan suka buat lawak lawak serta menyelitkan cerita cerita mistik dalam perbualannya. percaya dengan ilmu hitam , kerana pernah dikatakan kak ngah menuntut ilmu hitam di gurun kedah, entah lah...akak tak berani komen yer, kak ngah baru sahaja baru kematian suami, yang mana punca kematian masih lagi disiasat, ada desas desus mengatakan suami kak ngah meninggal kerana menjadi mangsa korban ilmu hitam kak ngah..masya allah...namun kak ngah cekap merahsiakan punca kematian suaminya, dikatakan mempunyai sebuah syarikat ilmu hitam dan ada laman web tersendiri, www.mak-esah.com...pernah larik dari rumah 3 kali, di tahan di pusat pemulihan akhlak di melaka 2 kali...tapi kak ngah nie baik ...
kak lang (erry): seorang adik beradik yang telah mengharumkan nama keluarga yer, belajar sehingga ke negara jepun , masa tu mak dan ayah bukan main bangga dengan kejayaannya, sekarang telah berkahwin dengan seorang student uia yang berusia 20 tahun. kak lang seorang wanita yang gedik sangat kerana sangat takut dengan tikus kan, ala ala doraemon ajer kan.....tak larat...telah berpindah di rumah yang baru dengan suami tercinta, seorang yang kuat bekerja demi menyara kehidupan yang lebih vogue berbanding dengan adik beradik lain, tidak pernah dikaitakan dengan ilmu ilmu hitam kerana kak lang percaya hantu samurai lebih kuat berbanding dengan mak esah melayu nie..suka bermain boling jugak dan dikatakan seorang yang sangat garang dengan suami yer...*opssss* larikk
kak teh 1 ( ej): bertuah dilahirkan dengan lagi seorang kembarnya, iaitu kak teh 2 yer, kak teh 1 nie seorang comel , cute dan paling sopan, jarang bersuara yer, diam ajer dan gelak, suka menghabiskan duit untuk barang barang kecantikkan mukanya, beliau tidak percaya dengan mak esah mak esah yang ada kerana beliau yakin dengan teknologi terkini berbanding dengan jarum ke, kemenyan ke....seorang yang berjaya dalam pelajaran dan sekarang mempunyai kerjaya yang vogue jugak, suka bershopping sambil menggunakan kad kreditnya kerana kak teh percaya dia bekerja untuk dirinya sendiri kan, pandai main boling mempunyai seorang suami ..ya allah handsome dan cute ya amat yer...suami kak teh sering dijeling oleh adik beradik yang lain , makan hati woooo..sekarang mempunyai seorang anak angkat yang berusia 18 tahun, motif sangat. dikatakan pernah mempunyai skandal dengan anak angkat * larik smbil bawak obor*
kak teh 2(firdee) : salah seoarang adik beradik kami yang berjaya jugak seperti kak lang dan kak teh 1 tadi, mempunyai kerjaya sendiri, telah berkahwin dengan seorang duda dan mempunyai 2 orang anak tiri, seorang wanita yang suka menghabiskan duit tak tentu hala ...ada aja aktiviti yang melibatkan kewangan yer, tak apalah dia mampu, berfikiran jauh, sedang bz mengusahakan pusat tuisyen dengan kak long, seorang wanita dan isteri yang sangat komitmen dan komited dengan rumah tangga, kena hantar anak ke pusat jagaan, sidai baju, basuh kain, masak , macam macam yang perlu dibuat, pernah dikaitkan dengan ilmu hitam jugak sebab terlampau rapat dengan kak ngah yang mempunyai agensi ilmu hitam tersendiri kann, tapi kak teh menafikan kerana kak teh mempunyai rahsia kecantikkan sendiri,baru sahaja balik dari bercuti dengan suami yang tercinta di bali, balik balik bercuti terus mengajak adik beradik yang lain berkaraoke, motif sangat kan? pernah dituduh mencaras suami kak long dan terpaksa kak tam 2 campur tangan dalam hal ini
kak tam 1( hamie): merupakan seorang adik yang jarang melepak dengan kami, selalu tak hadir bila ada perjumpaan keluarga, memberi alasan bz sedangkan ada ura ura mengatakan kak tam 1 nie pergi ke rumah urut di kawasan miharja , tak pun pergi mandi buih dengan laki laki cina di belakang deretan kedai pgrm, seorang yang cute, kecil dan comel, mempunyai kerjaya yang boleh menjamin masa depannya, tidak percaya dengan chenta kerana kehidupannya lebih ceria kalau mempunyai banyak skandal cina atau melayu yang handsome, sangat berahsia, tidak pernah menunjukkan pakwe atau teman lelaki kepada adik beradik lain, atau adakah kak tam nie lesbian atau pengkid? suka bermain boling, melontar secara hook, pernah mendapat hadiah juri kerana membuat lontaran yang maha hebat ......
kak tam 2 ( daylan): ini yang paling chantek berbanding dengan adik beradik lain, dari kechik lagi sudah pandai mengayakan baju baju gaun , yang paling tak lupa mengayakan baju renang dalam pertandingan pakaian beragam disekolah rendah dulu, suka main make up make up dengan adik beradik yang lain, suka menyertai pertandingan miss miss di peringkat kampung, sehingga berjaya mewakili beberapa negara contohnya pernah mewakili negara jepun dalam pertandingan miss iqp, dapat no 3 lagi tu...malatops tak? sangat pendiam..tak banyak cakap, rapat dengan kak long sebab banyak rahsia kak long berada di dalam gengamam tanganya..status perkahwinan adalah dirahsiakan...seorang model katanya, suka bermain boling....akan memulakan kerjaya sebagai seoarang kakitangan perbankkan minggu depan..kerja rajin rajin yer
kak chik ( am): yang paling manis, paling comel dan paling kecil ajer orangnya, merupakan seorang kakitangan kerajaan di kuala lumpur, seoarang yang suka bermain boling, pendiam tak banyak cakap, hanya mengikut sahaja, terlalu berahsia dengan adik beradik yang lain mengenai cintanya kerana dia malu nak tunjuk pada kami semua skandal skandal nya yang lain , kebanyakkan skandalnya ialah kakitangan kerajaan , nak kikis bonus katanya..kelas kan, dikurniakan bibir seperti angelina jolie, terangkat sedikit , konsep percintaan, seks bukan pertama yang penting cium 2 jam dulu.....mempunyai jalan catwalk yang mantap sehingga banyak pakcik pakcik nelayan di kuala terengganu menelan air liur bila kak chik berjalan di tepi pantai, pandai menyanyi katanya.......
kak su (amy): ini merupakan adik kami yang paling bongsu, paling nakal sekali, tak dengar cakap dan seorang yang sangat manja yer, pernah bercerai 2 kali, walaupun belum bersunat dan akil baligh ( ni kak ngah yang cakap yer) tapi sekarang dah bertunang dengan seorang pemuda yang cute jugak, seorang yang emosional apabila gagal dalam bercinta, tapi mudah sangat mencari penganti dalam hidup, suka jugak bermain boling, dengan kata lain adik beradik kami nie memang snagat suka bermain boling, paling suka bergaya dengan baju baju atau fesyen yang terkini, sekarang memulakan kerjaya barunya disebuah butik yer....
Pengeluaran Akaun 1 KWSP melalui i-Sinar.
4 years ago
3 comments:
hahahahahahadeh hadeh hadeh .. very the detail ckg mghuraikn ek .. haha ..
cikgu... nape tak perkenalkan mak kita sekali.. Tyra Bank. cikgu ni always tau...
wah wah wah..cikgu dah pandai upload gambar dah..hehe
bagus2 ada kemajuan.
Post a Comment