akum semua, apa khabar? sihat? alhamdulillah yer, akak harap semua pembaca di luar sana sihat sahaja yer, oklah kak baru sahaja balik dari taman miharja nie, berjumpa dengan parents tuisyen lah nie. erm seperti biasa, parents tuisyen akan berkongsi masalah dengan cikgu yer tentang pretasi anak anak mereka yer.
seperti biasa anak anak mereka nie tak tahu nak buat karangan yer, tak paham lah, apa yang susahnya karangan nie, bagi akak, karangan nie mudah, hanya perlu kita berigiminasi dan mesti ingat jangan pulak terlebih igiminasi yer, macam karangan berhantu yang akak tulis baru baru nie.
oklah bercakap tentang karangan imiginasi, akak nak kongsi lagi satu karangan imiginasi yang layak kita filemkan kan yer, akak tak sangka anak murid akak mampu menulis karangan ittew dengan begitu baik sekali. marilah kita lihat karangan mereka yer....
soalan: anda dan rakan anda telah bercadang untuk memancing di sebatang sungai. tiba tiba anda ...... ( kebanyakkan soalan karangan ingin menguji imiginasi budak budak yer, dan ini dikategorikan karangan bebas yang mana pelajar boleh letak apa apa sahaja yer) mulakan karangan anda dengan tiba tiba
jawapan anak murid:
pada hari sabtu yang lepas , saya dan kawan kawan bercadang nak pegi memancing . kami ingin memancing di sebatang sungai. kawan saya bagitahu yang sungai tu banyak ikan, ada ikan keli, ikan parang, ikan tenggiri dan juga ikan kelisa, macam macam ikan ada dalam sungai tu ( akak nak tanya, betul ker ikan ikan tu hidup dalam sungai uolss? akak ni bongok sikit tentang hidupan laut dan sungai, akak pun jarang makan ikan yer, hanya tahu sotong ajer dalam laut....tolong lah ...)
tiba-tiba saya mendapat seekor ikan, ikan itu bernama ikan kaloi. Ikan itu merenung mata saya dengan perasaan sedih ( wow ikan tu kelas kan , boleh merenung manja dengan manusia , macam mana tu yer.) tanpa disedari oleh kawan saya, ikan itu memberitahu supaya saya mengoreng nya dan menanam tulangnya di belakang rumah ( disini akak dah mula nak meroyan, kau ingat cerita bawang putih bawang merah ker?)
saya mengajak kawan saya balik ke rumah, saya menyuruh mak saya menggoreng ikan tersebut. dan saya menanam ikan tersebut di belakang rumah saya. malam itu saya bermimpi , ikan kaloi itu bagitau nanti ada buaiyan ( matilah ejaan budak tu kan) di belakang rumah. dia menyuruh saya menyanyi dan nanti ada putera raja meminang saya nanti
memang betul kata ikan itu, ikan itu memang seorang ( motif seorang kan? bukan seekor) yang jujur, dia tidak menipu saya, memang ada buaiyan di belakang rumah saya, mak dan ayah saya heran, mereka nak tebang buaiyan tu , saya merayu supaya jangan menebang buiayan itu
esoknya, mak saya meninggal, ayah kawin dengan seorang perempuan jahat, saya selalu di dera oleh perempuan jahat itu dan anaknya pun mendera saya. saya selalu menyanyi di atas buaiyan itu, dan seorang anak raja datang meminang saya
akhirnya saya berkahwin dengan putera raja itu. kami bahagia . perempuan jahat itu dan anaknya dan ayah saya menyesal atas perbuatan mereka.
itulah tadi karangan anak murid cikgu yer, dan cikgu meminta kepada para pembaca yang ada adik adik di sekolah rendah, tolong lah mengajar mereka menulis karangan yer . akak dah mula rasa fed up jugak mengajar budak budak nie menulis karangan yer, sebab merekla tak dapat mencari isi yang boleh diterima akal. banyak lagi contoh karangan yang nak di kongsi dengan para pembaca yer
Pengeluaran Akaun 1 KWSP melalui i-Sinar.
4 years ago
4 comments:
maafkanlah budak tu cikgu...agaknya dia byk sgt tgk drama dan baca novel. tu yg imaginasi di luar kawalan minda.. hehe
boleh amer tau budak 2 laki ke fomfuan,kalo lelaki mmg sah2 yah huhuhu
tp kn hahaha mesti bebulu kn bc karangan cm 2 hehe,xsangka amer ada bdk buat karangan cm 2
Salam,
Best le baca karangan anak2 murid cikgu. Kongsi la lagi cikgu. Haruz pas ni lagi meletop kannn...
ermmm betul betul cikgu tertekan uolsss ..bukan senang nak ajar karangan nie...kalau tak percaya, cikgu ada simpan macam macam karangan pelik tapi kelakar yang anak murid tulis......
Post a Comment