akum semua...apa khabar? sihat semua? alhamdulillah yer...kalau sihat bagus lah, sekarang nie musim ujan dan ramai pulak yang akan demam nanti, so jangan main hujan, kalau demam terus pose pose pi klinik, tapi biasanya pepondan nie akan pi ambik mc dulu kan, dapat mc ajer terus currr katanya....
oklah hari nie akak nak citer tentang satu pengalaman yang terindah dalam hidup akak yer, iaitu menghadiri satu party hari jadi atau besday party di bukit tinjau, sebenarnya parti ini untuk shah, iaitu kapel kepada.....adalah......jadi cikgu telah di amanahkan oleh ej untuk menjemput bala bala tentera bagi memeriahkan suasana ....
maka, punyalah akak gembira hari ittewww, dan tak sabar sabar nak pi party tersebut, maka satu perjumpaan tergempar bagi pepondan pandanjaya , tak ramai yer, 3 orang ajer di kedai tomyam pandanjaya. Masa tu jam pukul 8 malam dah, kami terpaksa bersurai kerana nak bersiap siap ke party tersebut, maklumlah pepondan pandanjaya , sekor pun belum mampu membeli kereta kerana mereka percaya menaiki kenderaan awam adalah cerah untuk mendapatkan jantan daripada menaiki kenderaan sendiri, begitulah kaedahnya....
pukul 9 malam, amy dan am pun dah sampai umah mak hayam pandanjaya yang terletak di blok l 39 , sambil pose pose kekwat menunggu ery dan suami terchenta , masa tu perang sms dan kol bermula, masing masing bertanyakan kedudukan dan lokasi masing masing mengikut titik koordinat, sama ada garis sartan, artik dan sebagainya. sebagai tuan rumah, ej amat mengharapkan kedatangan adik beradik yang lain agar memeriahkan suasana sambil membuang duit membelanja adik beradik makan...
ery datang dalam pukul 9 lebih, terus pepondan pandanjaya huru hara dan terus turun, malangnya jalan jam dan hujan pulak, ery membawa kereta dengan berhati hati , manakala si amy sedang memberi arahan secara verbal atau lisan kepada kk dengan sore ya amat kuat, apa kau hengat kk tu budak budak kah? sangat garang yer.....takut akak jugak dengan amy nie..
perang sms pun masih berjalan , masing masing bertanyakan kedudukan mukthahir pepondan nie, ada yang dah sampai, ada yang sempat pi klcc katanya ( betulkah kak nor). yang penting adik beradik bts agak lewat bertolak dengan pose pose kekwat , katanya .....akak memang mengharapkan kedatangan semua adik beradik, terutama belah belah bts nie ( bandar tasik selatan)
kami sampai tepat dalam pukul 10 malam akak, ery, am dan hans menaiki tangga yang sangat tinggi manakala amy sedang menunggu setia kk di bawah, kami sampai dan lihat ej serta housemate yang vogue (bukit antarabangsa ) tengah pose pose di sittew....kemudian datang lah pondan giler dengan pakaian ala ala artis iaitu kak nor atau dikenali sebagai kak ngah...dah ...dah ... a[pa kau kalian pikirkan ....bila akak bertemu dengan pondan giler nie? maka bagaikan bom atom yang menghancurkan bandaraya hiroshima dan nagasaki bunyinya...lahar melahar kerjanya antara satu sama lain.......
memang sangat seronok, tema pada malam itteww adalah warna putih yer.. sangat chantek, tapi ada jugak yang larik dengan tema yang diberikan yer, tapi akak tak berani sebut sebab yang sorang tu akak tak berani nak cakap, tup tup datang surat mahkamah yer, mana nak cekau duit, yang lagi sorang tu kerja bank,bahagian it katanya.. belah belah bts, memang degil, tak nak ikut tema, tapi bila bergambar ya allah tersenyum dengan mata akak rasa.....sangat chantek beliau sekarang yer...akak sujud'
masa nak order makanan pun bising, sehinggakan firdee terpaksa mengawal keadaan kerana kak nor dan akak asyik merepek repek, sabar lah ek. yang penting ada sorang mamat yang macam muka kk jugak, terkejut kami, tup tup kk pun sampai, apa lagi si amy, bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, tersenyum riang lah dia....dan last sekali team team bts pun sampai, daylan , hami dan shahsha ( cikgu jugak, tapi sangat vogue)
kami mulakan bacaan doa oleh hans, oleh kerana dia malu malu , maka doanya tidak didengari oleh kami sangat, tak kisahlah, asalkan ada bacaan doakan ..pastu baru makan, namun seperti biasa ada ajer tak dapat makanan, yang lain dah mula lapar dan melantak yer....tak silap akak ada 15 orang yang datang pada malam itteww. sambil makan adalah sessi bergambar yer dengan adik beradik yang lain, sangat seronok, si firdee mendapat jolokan lady diana kerana beliau yang lebih over dari ej yer, siap pergi satu group ke satu group sambil melemparkan senyuman palsunya kepada kami semua.......
maafkan akak sebab masa taip nie tak der gambar besday party itew, maklumlah tak der kamera lah uolsss....tapi uolss semua tengok gambar nanti di blog orang lain uolss akan dapat lihat keseronokann yang kami lalui..sangat seronok, walaupun akak tanpa my baby, tapi akak tetap gembira lah yer....dan tiba tiba lamnpu di padamkan, datanglah satu objek yang berbentuk kelapa dan diatas nya aiskrim rasanya...ada lilin, tapi masa tu hujan, maka lilin tu asyik padam ajerlah kaedahnya......kami bangun sambil menyanyi yer.....kuat pulak nyanyi tu..sore masing masing tak mahu kalah nie....
mula lagi sesi bergambar yer, biasanya pepondan nie kalau tak bergambar tak sah kan...pastu aiskrim itu di share bersama sama dengan adik beradik yang lain, barulah akak sedar semua adik beradik keluar 69 hadir malam tu...satu pencapaian yang sangat baik, bercakap tentang adik beradik nie, antara antara kami yang menganggap benda benda nie main main ajer, tapi bagi akak dan kak nor, kami yang paling tua terasa seronok sangatlah bila tgk uolss...akak sendiri pun dengan adik beardik tak rapat macam akak rapat dengan adik beradik 69 nie kan.....
lepas tu ada lagi sesi bergambar beramai ramai, wah chenteknya, semua berbaju putih yer....ceria dan sangat gembira...kami pun nak bersurai kerana ada yang bekerja. tapi ada jugak yang tak mahu balik lagi, maka satu planning dibuat iaitu pergi ke tasik permaisuri. jam masa tu nak nak dekat pukul 12 malam yer.
maka akak, ery, am, hans, amy, kk, kak nor, firdee, ej dan shah pergi ke tasik permaisuri, 3 kereta yer, sian pada yang bekerja kan, tapi demi semangat adik beardik, diaorang pun ikut sahaja....kami jalan jalan dan singgah ke satu pondok, mula mula kami cerita yang mengarut sehingga time kk kena tanya, shah mula bersuara yer....
rupa rupanya shah tu bukan diam diam pengali, tapi diam diam ubi rupanya....bertubi tubi soalan diberikan oleh shah kepada kk sehingga akak pun terkesima, shah menggunakan bahsa melayu standard semasa berbual, bukan itu sahaja malahan memberi nasihat yang berguna dan ikhlas dari hatinya kepada kk. itulah lumrah alam yer, orang yang pendiam kita nampak macam tak der apa apa, tapi bila dah bersuara , terdiam semuakan.....
satu demi satu luahan rasa mula terbongkar, masing masing tidak segan silu bercerita tentang kisah lama, macam, akak rasa terharu dengan kehadiran semua adik beradik, dan menggangap adik beradik 69 adalah satu tali ikatan persaudaraan yang takkan putus .....dan kisah yang lain tak perlu diceritakan sebab terlalu banyak sangat lah....ada yang sedih...ada yang seronok, ada yang sampaui nak pecah perut terutama kisah akak dan acap yang huru hara bila firdee suruh turun, opss citer tu lucah sikit, tapi sapa yang ada masa tu mesti ingat kan.......
kami pulang pukul 3 pagi, dan masing masing bersurai....
sesungguhnya tali persaudaraan dan persahabatan itu adalah hadiah yang paling berharga dalam hidup ini.....
maria hulia julia mendoza....
Pengeluaran Akaun 1 KWSP melalui i-Sinar.
4 years ago
6 comments:
mmg best kan kak long .. sy sokong ..
tp lg best if sume lengkap berpasang2an .. hope 1day jd kenyataan .. semangat keluarga 69 .. hehe ..
ha!!!!!!
taman tasik permaisuri!!?
huhuhu nasib baik lah xg malam 2
kalo x abis larr
heheheheh
motippp jew kn
waaaaa... sungguh details kak long bercerita. takde gambar pun, still bley menghayati. hebat sungguh kak long kita ni bercerihik (cerihik?). anyway, nnti ej akan post gambar2 mlm tu dlm blog.. sama2 kita nntikan.
to amer,
kitorg pergi tasik bkn cikcur mcm kamu ye...
kitorg pergi sekeluarga lepak kat pondok dan buat sessi luahan hati ke hati. itu adalah aktiviti yg sgt mulia ye.. wlwpun lokasinya agak sedikit keji. hehe...
wahhhh sindiran nmpk
ermmm kalo dh 1 keluarga dok 1 pondok n 1 tmpt yg agak keji 2 mesti berlaku sesuatu yg agak2 ermmmm fhm2 sendiri lah uolzzz hehehehe dh tempat kejis 2
kepada cikgu ato nama gelamor maria mendoza
amer ingin meminta maaf jika kata2 amer ito btoiiiii
hahahahaa
larikkkkkkkkkkk
waah sipa ye mamat atas ni ? jagakau .. gegege ..
Post a Comment