akum semua...apa khabar sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat ..dan dikurniakan rezeki yang baik pada hari ini. motif sangatkan bila setiap kali hari jumaat mesti ada nilai nilai keislaman yang diterapkan dalam blog akak nie yer...dah tgk entry entry yang lepas? siap dengan gambar gambar..itu semua adalah atas daya usaha kawan akak iaitu daylan ..semalam akak lepak umah dia, dan dialah yang bertungkus lumus mencantikan blog akak yer, sila berikan tepukan kepada beliau......
oklah kali ini akak nak cerita hari yang malang bagi akak yer, ya allah agak rasa macam dah putus asa sangat, macam macam masalah timbul dalam hidup akak, dan terus terang akak merupakan sorang yang mudah gabra, cepat panik dan senantiasa berfikiran negatif apabila dilanda masalah.....
pukul 8 pagi, seperti biasa kawan baik akak, hairul arsenal akan telefon akak dengan suara yang ceria" selamat pagi cikgu murniiiii...dah bangun ?" sangat ceria dan layak sangat menjadi pengacara rancangan kanak kanak kan di astro ria...... akak pulak akak berpura pura dah bangun sedangkan sah sah sore kita bila bangun tidur macam badak tersedak air bunyinya..eh macam mana bunyinya ? ontah....
pastu akak sambung tidur balik semula....pastu ada sms yang masuk dari my baby, akak tak baca , biarkan sahaja, dalam pukul 10 lebih masuk sms dari hairul, akak nak balas, tgk- tgk tak boleh. eh...cuba lagi, eh tak boleh pulak...seriau nie, napa pulak dengan hanset akak yang berjenama amoi nie, adakah amoi meragam dengan akak kah? akak cuba lagi...aiyoooo tak boleh...uolss nak tahu napa? akak dengan bangganya mengatakan bil tipon akak dah over limit...pengsan akak....
hairul terus kol bila tgk akak tak reply sms dia, akak terangkan mungkin dah kena potong ( bahasa melayu kampung kampung sangat kan), terus dia mencadangkan kami pi maxis center yang berdekatan, dia suruh akak mandi dan bersiap cepat, sebab dalam 20 minit dia akan sampai katanya, pejabat dia dekat dengan pavilion,
akak pose pose ngantuk, terus capai tuala..pastu terus zzzzz, ya allah tido lagi kah? yup akak tertido lagi katanya, sebab semalam akak berbual secara live dengan daylan dari pukul 10 malam sampai 4 pagi tampa berhenti, dari kedai mat tomyam sehingga ke katil rumah akak yer, jangan pulak kau hengat aku nie lesbian yer, daylan nie memang suka memprovok akak dengan soalan soalan maut, akak pulak suka bercerita tanpa selindung tentang rahsia diri....
memang tepat masanya, tiba tiba akak terdengar pintu ketukan di pintu, akak terkejut, masuk roh balik dalam jiwa nie, muncul hairul dengan muka yang selengge bila tengok akak belum mandi, berpura pura ceria , terus mengajak masuk. "aku kasi kau 10 minit bersiap, kalau tak aku balik opis balik" apa lagi macam lipas kudung akak bersiap....sementara dia menghisap rokok di bucu katil
kami terus ke maxis center, yup memang ada masalah bil katanya, dan akak pose pose sedih terpaksa membayar bil, yelah , kalau tak bayar mamacam mana akak nak berhubung dengan kenkawan , teman dan my baby serta adik beradik dan ibu ayah tersayang .sedih tau, dah ler kena tunggu 25 haribulan, baru dapat duit tuisyen, itu pun tak banyak sangat....
tiba tiba firdee bawak berita gembira , "cikgu, kita dah boleh mula bukak pusat tuisyen, saya akan ambik cuti panjang, dan kita boleh usahakan sama sama." terus akak ceria sikit. tiba tiba, pekerja maxis nak kad pengenalan, akak pun pose pose carik, kad pengenalan..ya allah tak ada pulak. akak dah mula seriau. hairul nampak perubahan muka akak di kaunter maxis
akak terus menipu pekerja maxis yang akak terlupa nak bawak ,nasib baik ok, dah setel bayar bil, hairul terus tanya " mengapa muka kau tadi? apa yang hilang?" dengan berat hati akak bagitau kad pengenalan akak macam hilang ajer....dia tenang ajer, " jom balik rumah, mungkin ada kat rumah kot ?" dia cuba menenangkan keadaan akak yer...
dalam kereta hairul , akak mula gelisah sangat, entah apa yang akak bebel pun akak tak tak paham, dan ini membuatkan hairul hilang sabar, " kau boleh diam tak? kau boleh tenang tak? aku tgk macam kacau bilau aje" sorenya ditinggikan sedikit, akak pulak pantang kalau orang tinggikan sore, pasti nak membalas balik " memang aku kacau bilau sebab ic aku hilang, kalau ic aku tak hilang, ada aku heran ker ....? terus dia membalas " memang aku tahu ic kau hilang, tapi leh tak kau tenang, bukannya mati kalau kau tak ada ic kan? x paham betul aku " dia mengendurkan sore
akak malas nak bertekak dengan hairul, tak der sapa yang akak menang, akak dah belajar banyak perkara, kalau bergaduh sorang mesti mengalah, kalau dua dua nak jadi api, mana boleh kan?
sampai umah, kelam kabut, carik dalam bilik, memang tak ader...muka dah cuak, tiba tiba rasa nak menangis ...telefon tak leh guna lagi sebab line akan disambung 1 jam selepas kita bayar bil.
"kau carik dulu, aku nak sembahyang jumaat kat masjid, kau nak ikut tak?....kata kairul..akak diam sahaja, dia macam paham, terus pergi keluar dan menutup pintu rumah....akak diam ajer, cuba carik dan last, akak memang dah give up...tertidur. tup tup dalam pukul 2 petang, terdengar bunyi ketukan, hairul dah balik sembahyang dengan 2 nasi bungkus, dan 2 plastik air,
"jumpa tak ?" tanya nya perlahan. akak hanya mengeleng....."dah makan dulu, pasni pi balai polis, pastu kita pi pejabat pendaftaran negara, kat maluri ajer kan?....cadangnya.....akak diam . macam tak der mood, sangat kurang sopan lah akak masa tu kan....lepas makan , kami bersiap, akak terus call parents tuisyen yang kebanyakkan nya bekerja sebagai polis, dan mereka memberi nasihat agar akak bertenang, terima kasih sangat.....
apabila dah setel semua, akak pun rasa ok sikit, " aku minta maaf kalau susah kan kau....akak mula bersuara...." no hal...aku tak kisah..itu gunanya kawan..." jelas nya sambil memandang ke depan sambil memandu...."lepas nie kau buat apa? tanyanya.... "nak tulis blog kot, kisah hari nie" pendek ajer penerangan akak..."jangan lupa masukkan nama aku tau ....promote kan aku sikit" usiknya
"oklah...dah sampai..kau pi rehat ok, jangan kacu bilau.....pi lah smbung tido...dan malam nie aku nak jumpa kau leh? tanya hairul sebaik akak sampai di rumah flat akak yang banyak sangat tikus
"ok..insya allah...terima kasih yer....
hairul hanya mengangkat kening...kereta nya berlalu pergi.....
sesunguhnya persahabatan ini terlalu bernilai buat cikgu murni...................
Pengeluaran Akaun 1 KWSP melalui i-Sinar.
4 years ago
5 comments:
lawak ade sedih pn ade .. nk ktawe ke nk nanges eh ? haha .. wuwu .. due2 ah .. hm neway, relax k ckg .. cobaan 2 ..
wow.. drama sungguh. bagus kalo difilemkan nih! tp watak cikgu tu kita bg kat rosnah mat aris je la kot.. keh keh.
so, mlm ni hairul lepak ngan kita semua kah???e
erk..betol ke hilang IC cikgu?
ke cikgu mmg takder IC malaysia hehehe
huhu..skang dh start tulis blk..atas desakn kengkawan y tya.."ko dh lma xngadap blog"huhu...
cmne ic akak tuh..?dh dpt bru ke..?
aduii...sangat baik nyer laki iteww!!!!sgt terharu..melihat kebaikan dia itu ye.
Post a Comment