akum semua....apa khabar? sihat? alhamdulillah yer kalau anda semua sihat sahaja, baguslah kalau macam tu kan, konsep bersyukur tu mesti ada sebab di kurniakan tubuh badan yang sihat. Eh motif sangatkan , tetiba akak cakap pasal konsep "bersyukur" maklumlah hari ini hari jumaat kan...so kenalah konsep bersyukur yer...

kali ini akak nak cerita tentang satu permainan yang akak tersangat x suka, iaitu bola sepak yer, erm asyik asyik boling ajer, akak tak reti main benda lain ker? opsss terus terang, sukan lain akak memang tak minat terutama bola sepak, futsal ker atau sepakraga. bagi akak, sukan tu bukan jiwa akak yer, kalau main bola sepak, akak akan pose pose tengok orang kejar bola, bila bola dah sampai di kaki , baru akak tendang, itu pun tak kena lah uolsss..kadang kadang sepak angin

pernah masa akak mengajar di sekolah, setiap hari guru, ada perlawanan di antara murid dengan guru yer, dan akak ingat lagi, ada dalam 1 tahun tu, perlawanan bola sepak antara guru dan murid. akak dah seriau, bilangan guru lelaki tak cukup, jadi nak tak nak akak terpaksa main jugak. Ya allah berdebar debar yer, ada ke patut letakkan akak yang ayu nie di bahagian serangan? patut kerr? harus kerrr? apa guru besar ingat akak nie tere menyerang ker? u olsss tahu apa akak buat?

lepas ajer wisel berbunyi, akak cepat cepat duduk kat pintu gol pihak lawan, menjerit jerit anak anak murid bagitau kat pengadil yang akak nie "curik ayam" heheheh, akak siap borak borak dengan penjaga gol iaitu anak murid akak, taktik akak berjaya yer, sedang dia leka berbual dengan akak, tetiba seorang guru lelaki menendang bola dan terus golllllll. ahahahaha pastu budak budak lain marah dengan goalkeeper, dan marah dengan akak yang cuba menipu. aiyooo, akak tak menipu, hanya berbual bual kosong ajer.

lepas tu, budak menyerang pulak, yer, kelam kabut cikgu cikgu laki, hah padan muka kauorang, masa lawan antara sekolah, cikgu cikgu nie pandai kasi arahan sahaja kan, jerit sana , jerit sini, pastu marah marah budak, bila time kita lawan dengan budak budak tahu pulak kauorang kelam kabut yer. berasak asak budak menyerang, walaupun guru guru laki macam bermain kasar, namun budak budak nie terus mengasak, dan akhirnya gollll

keadaan masa tu tertekan , anak anak murid bersorak riang, guru guru perempuan pulak menggelakkan kami guru guru laki sebab dah seri, guru besar memanggil kami semua, tukar startegi, akak di letakkan pertahanan, erm kau letak lah aku bahagian mana, tetap tak berjalan jugak yer, tapi demi menjaga hati guru besar, akak pun pose pose di bahagian pertahanan, akak pulak berborak dengan seorang cikgu laki, bukannya nak tumpukan pertahanan.

bila anak muird menyerang akak pose pose pi bertahan lah kaedah nya,akak pose pose sotong yang tak dapat air, cuba menolak budak tu, entah macam mana akak ter emo, akak terus manolak budak tu sehingga terjatuh, "aduii cikgu, main kasar nampak" sound anak murid akak tu yer, aiyooo tak ada niat lah nak main kasar ......akak terus salam dengan budak tu, akak asyik tengok jam, bilalah nak abis nie.cikgu cikgu laki bersungguh sungguh nak menyumbat kan gol, maklumlah malu kalau kalah dengan anak anak murid tau....dan akhirnya kami, guru guru laki memang lah, 3-1. tapi demi menjaga hati anak anak murid kami memberi hadiah kepada mereka.

bagi akak, kenangan di hari guru adalah kenangan yang sangat terindah sangat, terasa rindu nak mengajar di sekolah, menulis buku rancangan harian mengajar, memegang kapur, mendengar ucapan selamat pagi cikgu, ucapan terima kasih cikgu, sibuk di hari penyampaian hadiah, menghantar budak budak team hoki ke pertandingan zon pudu..

eh eh..tetiba akak emo uolsssss..............