akum semua? apa khabar? sihat? alhamdulillah yer, akak pun sihat . nie baru ajer abis bengkel bahasa melayu dan mathematics di rumah akak bagi pelajar spm tahun 2008 yer dan esok ada lagi bengkel katanya. matielah konsep membanting tulang di hari ahad kan? walaupun akak tak lah segigih oshin atau temah moses, tapi demi mencari sesuap nasik di kuala lumpur akak tabahkan juga yer....
erm kali ini akak nak ceritakan kisah yang berlaku pada malam semalam yer. selepas akak berjumpa dengan artis terkenal iaitu arezeo dan sd nya, akak pun balik ke pandan jaya dengan firdilina kasandra dengan tergesa gesa kerana my baby nak pi tengok bola , ada perlawanan penting katanya. akak tak paham langsung konsep tgk bola yer, sebab bagi akak memboringkan,
tapi kalau kita pi tgk bola di kedai makan, wowo itu akak sangat suka kerana kita boleh melihat pelbagai jenis lelaki yang datang menonton. biasanya jantan jantan nie tak bawak awek diaorang, mereka lebih suka keluar dengan kenkawan kan? motif kau tak bawak awek kan? mungkin awek pun mati kekeringan bila tgk bolakan?
opss seperti biasa akak akan melalut benda lain berbanding nak bincang tajuk entry. oh ye, keputusan peperiksaan akhir tahun dah mula keluar yer, kelasss kan cikgu cikgi kat sekolah tanda paper? kejap giler..alah kasi markah mengikut sedap hati kot....macam akak dulu, budak laki yang handsome akan dapat markah lebih berbanding budak pompuan. kalau budak pompuan yang kuat membodek pun akak dapat markah yang tinggi jugak ...bergantung tahap bodek yang macam mana yer
puan lala: akum cikgu...cikgu dimana yer?
akak: erm...( pose pose manja di katil, sebab tak cukup tido) ermmm ada di rumahsaya puan
puan lala: boleh datang kie rumah kejap..ada hal nak bincang
akak: erm ..pukul berapa puan? ada hal apa tu
puan lala: dalam pukul 9 ke ataslah cikgu..erm cikgu free ke nie? pasal karangan anak saya nie, teruk sangat lah cikgu, dapat c
akak: erm baiklah, nanti saya datang
dengan perasaan malas akan pun mandi dan terus pi lrt. samapi ajer di stesen maluri, terus akak lari lari manja ke rumah flat
sampai ajer di rumah puan lala. terus puan lala tunjukkan kertas karangan anaknya. tertera markah 52 dan abjad C . anaknya tertunduk ketakutan ajer, sebagai pendidik kita harus tenang dan memberikan kata semangat pada anak anak murid supaya diaorang tak putus asa
terus mata akak mengamati karangan tersebut..
anda tinggal seorang diri di dalam rumah kerana ibu dan ayah anda pergi kenduri di rumah saudara mara. jam menunjukkan pukul 10 malam. hujan lebat di luar. tiba tiba... ( mulakan karangan anda dengan tiba tiba)
jawapan anak murid :
tiba tiba saya tendengar bunyi ketukan di pintu. saya berasa berdebar dan campur takut sikit sikit. tambahan pulak saya sedang makan air batu campur dan sedang buat latihan mathematics iaitu operasi campur ( wah wah kelas kau kan...mentang mentang ada perkataan campur , perlu ker kau letak perkataan campur dalam satu perenggan?)
aku pergi ke muka pintu ( kelas kan pintu ada muka yer) dan terus melihat ke luar. aku tak napak apa apa. oh aku lupa yang aku nie rabun. aku pergi ambik cermin mata, baru aku nampak lah ( lain kali kau suruh mak dan ayah kau beli contact lense yang berwarna warni macam pondan pondan pakai bila lawan miss yer, sampai 2 pasang dalam satu anak mata, insyaaalh kalau kau pakai contact lenses tu pasti nampak 3 kilometer dari rumah)
bila aku pakai cermin mata, aku dapati ada seorang pompuan berpakaian putih berdiri di pintu sambil memegang anak, anaknya macam bayi. aku ingat makcik sebelah suruh jaga anaknya kot, sebab mak aku selalu menjaga anak anak jiran sebab mak nak bantu ayah , ayah gaji tak banyak.( motif kau cerita kisah kewangan mak dan ayah kau, lain kali tolong lah nyatakan gaji ayah kau sekali yer dan fototstats slip gajinya yer)
perempuan itu berkata " pulangkan...pulangkan " berulang ulang kali. aku berasa sangat takut. aku cuba mengingati sama ada mak ada pinjam barang barang dari makcik ini, mungkin mak ada pinjam batu lesung dan makcik ini suruh pulangakan batu lesung .( wah wah wah...memang hebat karangan nie, motif mak kau pinjam batu lesung, kan dah ada mesin pengisar, napa nak guna batu lesung?
perempuan itu semakin ganas, mukanya bertukar menjadi seperti hantu, tiba tiba aku terdengar lagu pulangkan oleh misha omar di radio. aku menyanyi lagu itu, dan hantu itu pun menyanyi sama( wah wah wah..kau buat konsert ker dengan hantu tu? omak aiii..eden pun takut kalau berduet dengan hantu? ada duet kah? ada mikropon tak? duet kat depan umah ajer ker? mana hantu tu belajar vokal yer)
tiba tiba mak dan ayah pulang, aku segera berlari ke meja, buat latihan mathematics
akak tersenyumn baca karangan tu lalu bertanya,
akak: puan, sebelum anak puan nie periksa ada tak dia tengok citer hantu
puan lala: ada cikgu,m akak dengan dia tengok cerita lama, pontianak harum sundal malam. akak paksa dia tengok dengan akak, sebab akak takut tengok sorang sorang cikgu
akak pitam dan muntah darah
Pengeluaran Akaun 1 KWSP melalui i-Sinar.
4 years ago
1 comments:
eh permulaan karang dia bgs larr,pandai dia menggunakan ayat,tp hahahaha asal lah dia boleh beryanyi gn hantu 2 kn hehehe
tp cm tergantung jerr karangan 2
patot lah dapat C
Post a Comment