akum semua...sihat? alhamdulillah kalau begitu, akak disini pun sihat sahaja ....so macam mana dengan kerjaya masing masing? seronok pi kerja? tak macam akak sekarang nie, tengah pose pose cuti sebab dah minggu last budak budak sekolah, tuisyen bermula pada minggu depan yer...
semalam , hari khamis merupakan hari yang paling mendebarkan akak yer, maklumlah keputusan upsr 2008 akan diumumkan serentak di seluruh negara yer, dan ini menjadikan akak bertambah seriau uolss. periuk nasi akak adalah bergantung dengan keputusan upsr pmr dan spm budak budak nie. kalau mereka cemerlang, maka tahun depan ramailah yang nak tuisyen , kalau tak ok, akan susut lah bilangannnya.
pagi pagi lagi akak dah bangun sambil pose pose di katil . asyik asyik tengok sms atau panggilan masuk, menunggu dengan penuh debaran nie. nak tipon diaorang macam akak nie yang over, so biarkan parents call akak dulu kan.
tambahan pula, semalam akak, daylan, hans dan my baby pi pergi ambik gambar sekitar jaya jusco, boling ampang point dan pavilion. terima kasih kepada daylan yang bersusah payah menghantar akak ke hulu ke hilir yer. dan terima kasih kepada 2 orang model yang muda bergetah, hans dan my baby.
sms yang pertama akak terima dari anak murid akak yang belajar di sekolah rendah cheras perdana " akum cikgu, saya put3 ( puteri) saya dapat 5 A , terima kasih cikgu" selepas akak baca sms itu rasa satu semangat masuk dalam jiwa akak yer, terasa macam miss universe yer ( bukan miss universe pepondan yer) miss universe betul. terasa memegang bunga sambil melambai lambai kat penonton, dan mengesat air mata yer.
selang beberapa minit didalam kereta , masa nak mengisi minyak, satu panggilan masuk, " akum cikgu...." ceria bunyinya, akak dah mula fikir mesti result ok, " anak saya dapat 4a 1b, yang b nya mathematics" "alhamdulilah" jawab akak dengan ringkas yer...
dan sepanjang hari semalam , akak sibuk menjawab sms dan panggilan telefon dari parents yang ingin berkongsi kejayaan dengan akak. akan diingatkan tak semua anak murid memperolehi keptusan yang cermerlang yer, dari 9 calon upsr yang tuisyen dengan akak, 2 orang dapat 5 A, 4 orang 4A 1B , 1 orang 3A 2B, dan 2 orang 1A 3B 1C
terasa satu kepuasan yang tak dapat di bayangkan di dalam diri ini, maklumlah akak bukan mendapat murid murid yang pintar, mereka nie semuanya biasa biasa sahaja, namun akak tak pernah putus asa mendidik mereka, buat bengkel setiap hari sabtu dan ahad, kadang kadang mengorbankan masa senggang akak bersama dengan kawan kawan yer,
hari sabtu dan ahad merupakan hari yang paling sibuk buat akak , orang lain bercuti, tapi akak pulak sibuk dengan tuiysen dan bengkel , terasa macam temah moses dan oshin pulak, bekerja macam nak mati yer, tapi semuanya terbalas apabila anak anak murid mendapat keputusan cemerlang.
dalam hati memang nak kalau boleh semua sembilan calon dapat 5 A, tapi sebagai guru kita tahu menilai kemampuan anak murid kita dan tidak meletakkan sasaran yang tinggi . dan parents pun kenalah berfikiran begitu, jangan pulak dah hantar tuisyen, sudah cukup untuk mereka mendapat keputusan cemerlang yer....
Pengeluaran Akaun 1 KWSP melalui i-Sinar.
4 years ago
1 comments:
touching la baca entry ni...
sesungguhnya pendidik itu adalah suatu tugas yg mulia. teruskan mengajar ye cikgu. mana tau suatu hari nnti, ada rezeki ejay juga nak mengajar tuisyen mcm cikgu.
Post a Comment