akum semua...apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira disamping orang yang tersayang yer...akak disini sihat sahaja..alhamdulillah , nie pun baru makan dengan firdee dan akiko di kedai kak lahar yer....uolss semua macam mana dengan coti hari nie? ok tak? best tak? apa uolss buat masa coti hari nie...
akak coti nie hanya temankan adik akak yang dok klang tu uruskan perkahwinan nya nanti...tak tahu nak cerita ke tak sebab ini adalah hal family akak, tak elok pulak nak cerita kat uolsss semua kan..namun apa yang boleh akak cakapkan ada pergeseran antara parents akak dengan adik akak yang akan berkahwin ini..tak tahu nak salah kan mana pihak, namun, akak hanya mampu doakan masalah ini cepat cepat lah setel yer....
oleh kerana ayah terlalu memikirkan masalah ini, ayah pun jatuh sakit..ini amat membimbang kan akak yer....mula mula tengah hari tadi, akak memang tak cadang nak balik kampung, namun dalam pukul 10 30 malam tadi, adik yang kerja jaya jusco talipon, bagitau ajak balik..akak pun kelam kabut lah nak balik uolss. tapi kena tunggu dia balik kerja, dalam pukul 12 malam ke atas nanti kami akan bertolak lah ke batu kikir ...
sekarang jam menunjukkan pukul 11 14, sempat lah akak nak taip entry dalam blog akak nie...tapi apatah malangnya hari ini, tadi selepas akak tipon dan bersms dengan kak farah, tiba tiba line tipon akak di potong..haiyoo..matilah akak yer..itulah lain kali pakai prepaid lagi mudah kan....kelam kabut pi cari public phone uolss. sebab nak kol firdee , bagitau kelas esok di tunda kepada hari khamis nanti....alhamdulillah firdee amat memahami situasi akak dan menasihatkan akak agar menjaga diri...lepas tu kol pulak daylan bagitau yang akak nak balik negeri sembilan....kepada adik beradik yang lain, tak cukup lah syiling nak kol uolss semua lah ek...
akak jugak stress dengan arnab akak tu yer ( maaf hairul, aku terpaksa terus terang lah, tapi bukan lah bermaksud aku tak mahu nak jaga arnab tu yer ) balik balik dari klang, tengok taik arnab sangat banyak kat bilik...aiyoooo tertekan sangat lah..dengan air kencing yer yang kena baju..silap akak jugak, tak ada kandang untuk arnab itteww....so akak pun mengambil keputusan untuk mengemas rumah terus lah...
firdee dan akiko datang melawat akak , tergelak gelak diaorang tengok akak yang stress dengan arnab akak nie,...arnab nie manja uolsss.kalau dia nak pi keluar, dia akan datang kat kita dan cium kaki kita yer....tapi akak tak der masa nak manjakan arnab nie..sibuk ( kau jangan ambik hati hairul, aku tetap jaga arnab kau nie) ..dan akak ada bagitau hairul , kalau tak boleh jaga akak akan serahkan arnab itu pada anak buah akak, nabiela.....
masa akak taip entry ini terasa risau pulak dengan kesihatan ayah di kampung, ayah akak yang berusia awal 70 itu amat akak sayangi..sian pulak, mungkin ayah tertekan dengan sikap adik akak yang dok klang itu, maklumlah hati orang tua uolsss mestilah kena jaga kan....oklah akak dah nak balik...kemas kemas sikit lah....harap semuanya ok nanti..insya allah....