akum semua..apa khabar? sihat? alhamulillah kalau semua orang sihat dan bergembira di samping orang yang tersayang yer.....akak disini sihat sahaja..sekarang ini akak di Q bistro , bersama dengan daylan, firdee dan jugak kak misha yer....nie lah port baru kami lah ek....sebab sini ada WIFI percuma katanya...best giler...
tadi dalam pukul 10 malam, akak dan amy serta am makan di kedai kak lahar, pastu datang pulak si ery malik yer. kami berempat pun makan, sebenarnya ramai lagi yang akan datang joint makan malam ini yer. tak lama kemudian datang pulak, hamie dan jugak si daylan, wah semakin ramai dan meriah, malangnya port yang kami pilih tu sangat sempit lah uols... so datang pula firdee....dan akhir sekali ej, shah , hans dan jugak kak farah..so banyak sekalis kenkawan datang..opss terlupa jugak kawan baik akak iaitu kak misha jugak yer....
kami hanya berbual bual kosong sahaja, kak farah pulak meminta jasa baik adik beradik yang lain untok menolongnya berpindah rumah yer...esok katanya.... ..no hal..hanya bagitau bila masanya kak farah nak pindah tu nanti adik beradik datanglah menolong yer....hans pulak ada membuat satu pengumuman yang UIA ada minggu koko..so dia mengajak kami semua pergi ke minggu koko nya ittewww...insya allah lah hans...
oklah oleh kerana dah terlalu melalut nie..... so dah tengok tajuk entry kali ini ? hehehhee oklah kisah kali ini nak cerita pasal din dan ramlee yer iaitu dua pekerja tomyam jaya . mereka berdua telah mengambil keputusan untuk pulang ke kampung mereka di thailand hari ini yer. dan kemungkinan besar mereka tidak akan kembali di jaya tomyam.so akak pun pose pose sedih lah ek yer, sebab walaupun si ramli ms tu tak pernah cakap dengan akak, namun akak sempat mengambil gambar dengan ramli tersebut..so sweet lah uols bergambar dengan ramli ms tu..so cute.
akak jugak sempat ambik gambar dengan din( 3 hari yang lepas rasanya ) so yer am..tak niat nak caras dari am yer...hanya bergambar sahaja lah...walaupun meraka itu hanya pekerja di jaya tomyam, mungkin ada antara kita menganggap meraka hanyalah pendatang yang bekerja di bumi kita sendiri, namun mereka juga hanyalah manusia biasa seperti kita yer....
akak memang sangat rapat dengan pekerja tomyam nie uolsss. semua akak rapat lah uolsss...kak pah, kak hah, kak chan dan semua pekerja lelaki lah yer......memang sangat rapat lah uolsss....tapi sekarang nie ramli dan din dah balik, hilanglah kawan akak di kedai tersebut ....akak memang tak der kawan kawan lelaki straight , so dengan pekerja jaya tomyam ini sahajalah kak boleh bergaul uolss. nak bergaul dengan laki straight lain mcm susah sahaja lah, sebab masa zaman mengajar dulu lainlah, guru laki straight ramai, leh gak gaul gaul. so bila dah berhenti mengajar di sekolah , jaranglah akak bercampur dengan lelaki straight .......
so buat din dan ramli semoga anda mendapat pekerjaan yang lebih baik semasa di thailand nanti,, insya allah bila ada masa nanti , akak tulislah surat kat anda berdua nanti. alamat yang din dan ramli kasi masih lagi akak simpan lagi.......
salam penuh tulus ikhlas....
maria hulia julia mendoza.....
Pengeluaran Akaun 1 KWSP melalui i-Sinar.
4 years ago
2 comments:
selamat tinggal atau selamat jalan?
terima kasih atas teguran firdee mengenai kesilapan pengunaan "selamat jalan" dan "selamat tinggal" itu yer....
Post a Comment