akum semua...apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira dengan orang yang tersayang yer..akak disini sihat sahaja, hanya penat penat sedikit yer....terasa rindu dengan rumah di pandanjaya tu....so macam mana dengan coti di hujung minggu nie? seronok kah? dan yang penting esok coti lagi katanya..heheheh best tak? akak bias bias ajer coti nie....kadang kadang bosan gak kan?
oklah dah tengok tajuk entry kali ini? oklah pernah tak main getah?maksud akak main zero point lah kan? yang set set pondan jangan pulak kau nak tipu akak yer, kau tak pernah main getah pulak, tapi tak tahu lah set set pondan atau adik adik yang baru nak up nie..masing masing maintain kelas uolsss..."main getah?' apa tu ? katanya..heheheheh gurau ajerlah uols...yang set set pondan berusia pulak, jangan pulak kau nak berangan kata tak pernah main getah, jangan pulak kau jawab " parents mak tak kasi mak main permainan tradisonal nie uolsss, mak banyak tumpukan akedemik masa kecik lagi .. lagi pun mak lebih suka surf internet, cari maklumat di hujung jari yer..." arghkhhhh tuiiii ( tak der kena mengena dengan sesiapa yer)
okalah uols idea main getah nie mula timbul semasa kami melepak di rumah firdee di lumayan, begini ceritanya, dalam pukul 7 30 malam,hari jumaat , 6 februari , firdee mengajak akak pi makan , so akak pun ajak si akiko pi makan jugak, tak cukup korum, dengan menggunakan kuasa sebagai kak long, terus mengajak semua adik beradik yer, mulalah sms si kak lang iaitu kak farah, pastu sms si amy dan si am yer...tak lupa jugak pada ej serta hamie...bagi memeriahkan suasana akak jugak mengajak budak budak uia sekali yer...
bukan senang nak ajak semua orang nie berkumpul yer, masing masing ala ala macam artis, perang smsm bermula dari pukul 7 30 malam sampai lah 9 malam, ingatkan nak tido uols....tak sempat sebab busy melayan sms adik beradik....pandanjaya seperti biasa masalahnya ialah kenderaan lah, akak dan amy bercadang nak pi Q bistro naik teksi sahaja, firdee pulak menawarkan diri untuk mengambil kami dipandanjaya, macam menyusahkan dia pulak kan uolsss..so akak dan amy tetap bertegas nak pi naik teksi..namun akiko pulak nak pi ambik mc di kondo seri mas, dekat dengan flat sri melaka, terus menawarkan diri nak amik geng geng pandan jaya yer...ok set sahaja
am dan amy datang ke rumah akak berkumpul di sana yer, tak lama kemudian kami bergerak ke Q bistro, firdee datang agak lewat sedikitlah...katanya nak bersiap yer.. pastu pulak datang pulak kak farah..barulah akak sedar yang takder kak nor dan ej sahaja dan masing masing tak bawak suami masing masing..hehehe kumpul adik beradik sahaja..tapi ej sempat kol akak nak bagitau tak leh joint yer..sebab nak jumpa client katanya..hah mulalah uolsss pikir bukan bukan kan? lepas kami makan, firdee dan akak pi beli getah kat satu kedai 24 kat Q bistro, namanya tak silap ialah POP kot katanya....
kami tengok american idols dulu yer...masa tu akak, daylan dan si am pun busy mengikat getah nie..sangat gigih tau...apapbila dah siap kami test test main kat ruang tamu uolss...agak mencabar sekali ... sebab ruang sempit sikit dan dekat dengan lampu...penat jugak...kami rehat jap...amy pulak dapat undangan di tasik..opss amy sangat busy dengan undangan di tasik yer...kelas uolssss nie kan.....firdee ajak main getah kat luar pulak, kami buat 2 group, kak farah dengan firdee, akak pulak dengan daylan, kami praktis katanya..tergelak gelak uolssss...kelakar pulak tengok bila dah tua tua nie main getah, mulalah orang sekekliling jengok jengok dari luar tingkap yer...pedulik apa aku..
masing masing tunjukkan skill yang ada yer...setiap kami mungkin ada cara permainan getah yang berbeza mungkin kot..yang penting dalam permainan getah nie ada "joget " uolss...bukan kau joget lambak, joget lite lite ajer yer...hehehehh..kelakar uols...nak tahu sapa yang tere nie? heheheh sapa lagi..kalau bukan... firdee yang mampu melompat walaupun getah tu dah kepala akak dan daylan..wow sangat wanita getah firdee nie yer..akak takut dia terover lompat, tup tup tercampak dari tingkat satu..tapi dia sangat cekap uolsss...patutlah menang gimrama peringkat negeri perak 5 tahun berturut turut yer....pengsan akak tengok dia melompat uolsss..atau dia menggunakan unsur unsur mistik kah? gulp gulp..
seperti biasa pepondan nie, lepas main getah ala ala 20 minit, terus lapar katanya...aiyoooo baru lemak nak pecah dan terbakar dalam badan , terus pose pose lapar katanya..apa lagi kami ke Q bistro katanya lagi....aiyooo, q bistro tu dah layak menjadi port kami seperti kedai kak lahar yer yer..akak memang sangat pengsan ....haus giler..dan tup tup datang lah group uia dan ej serta wak tong dan kawannnya..tak ingat nama lah uols.....kami bersurai 5 pagi uolss ..dan kat situlah timbul idea video klip sempurna....akak dengan firdee punya idea yer.....
apa apa pun permainan getah nie tak ilang dalam ingatan kita yang pernah melaluinya bukan? hanya usia sekarang nie kalau kita main nampak macam lain pulak, apa kata kita pi main zero point nie kat tasik masa abang abang bola main bola? mesti dioarang tertarik dengan kelembutan kita melompat kan? jangan lupa, tolong pakai rambut palsu yer....make up pulak mesti mampan yer....kalis peluh uolss.....
Pengeluaran Akaun 1 KWSP melalui i-Sinar.
4 years ago
0 comments:
Post a Comment