akum semua...apa khabar? sihat? alhmdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira disamping teman, keluarga dan teman yang tersayang yer....akak disini sihat sahaj yer....so macam mana dengan kerja hari ini? ok tak? dalam sedar tak sedar, sekarang dah masuk 3 haribulan febuari yer, ya allah cepatnya masa berlalu..terlalu pantas yer..amat terkejut sekali .....dan bulan nie hanya ada 28 hari sahaja yer..


oklah dah tengok tajuk entry kali ini? oklah dengan tidak ada niat apa apa. bukan nak menunjuk nunjuk ( cayer kah ) akak ingin bercerita serba sedikit tentang seorang teman yang datangnya dari jawa timur indonesia..namanya yang taufik bakhtiar yer, berusia 33 tahun iaitu sebaya dengan akak...orang rendah sahaja, tetapi bertubuh sasa dan berbadan kekar sedikit walaupun ada perut sedikitnyer...si taufik ini bekerja sebagai seorang buruh kontrak yer...sudah pasti badannya agak lawa.... di tangannya banyak bulu bulu, ada urat urat yang kelihatan di lenganya..


walaupun nampak seperti lelaki sejati atau str8, namun sebenarnya dia hanyalah seorang gay.....dan sudah pasti jauh sekali dengan taste akak yer, akak lebih suka menjalinkan hubungan dengan lelaki str8 berbanding dengan lelaki gay sebab akak merasakan kalau lelaki gay nie, mesti banyak problemnya ( maaf jikalau ada pihak yang tersinggung, sebenarnya sama ajer kan masalahnya dengan lelaki str8 yer)


kami berkenalan dengan sms pada mulanya...dia menghantar sms secara random , dia mendapat no talipon akak dari seseorang, bukanya di dalam tandas tandas di pusat membeli belah yer..ya allah kak misha pun , kalau nak melaser akak pun, ingat ingatlah ek.....pastu kami berjumpa di satu tempat . dan akhirnya bersetuju untuk bermalam di rumah akak..pada mulanya tak mahulah menunjuk nunjuk di depan adik beradik 69 yer, hanya akak sempat memberitahu pada daylan , itu pun si taufik nak bercakap dengan daylan...si taufik jugak sempat berbual dengan si hans...


malam pertama dia tidur di rumah akak, kami banyak berbual sahaja, masing masing bertukar tukar pandangan, pengalaman, dan juga bercerita mengenai cinta, maklumlah usia kami sebaya yer, jadi sudah pasti banyak yang kami lalui..yang penting sudah pasti pengalaman, cerita dan kisah berbeda bukan ? namun , semakin hari menjelang pagi, kami semakin intim, semakin akrab yang paling penting sepanjang akak tidor, si taufik memelok akak dari belakang , kadang kadang mengusap kepala akak, mengusap kening , wah tak pernah merasakan sebegini yer....( sedih kan hidup akak nie kan)


maklumlah kebanyakkan lelaki yang pernah akak jumpa jarang membuat begitu yer, mereka lebih suka pegang tangan , kadang kadang pelok itu sahaja, kalau macam dah lengoh, atau panas ker, mereka akan mengalihkan posisi tidur ...dengan taufik sangat lain....so akak pun meracun taufik agar balik pada hari selasa...pada hari isnin, 2 feb, akak membawa dia ke pusat tuisyen untuk dia sendiri melihat sebdiri tempat kerja akak yer...lepas sahaja kelas petang tamat, ada 1 jam rehat, kami pi karaoke....dia menyanyi 10 lagu, ala karaoke "jamban" kat UO yer, satu lagu rm 1 sahaja, so dia bayar rm 10 untuk sepuluh lagu..matielah akak kena dengar dan tunggu dia menyanyi yer..


lepas kakraoke, akak ada kelas malam pulak, lepak kelas malam, kami terus pi makan kedai kak lahar, so di situlah firdee dan amy mengenali taufik. opss lupa jugak ada kak misha kita yer.......maka amy dan firdee pun bercakap dengan taufik dengan bahasa indonesia yer ala ala cerita sinetron gitewkan....dalam pukul 12 malam akak balik dengan taufik....kami berbual lagi..masing masing bertanya tentang perasaan diri masing masing..tapi tak dapat jawapan kerana mungkin masing masing malu kot....


sekali lagi akak dibuai satu perasaan yang sangat mendalam..biarlah akak simpan perasan tersebut , dan yang penting, malam seolah olah cemburu dengan kami apabila pagi menjelang....akak rasa terlalu cepat masa berlalu....tak tahu nak cakap apa perasaan nie..masing masing menyimpan perasaan yang tidak terluahkan.....dia pun macam segan segan nak cakap...sama jugak dengan akak..adakah kami sebaya dan seusia, maka tidak akan ada cintakah dalam hati kami? atau kami berdua terlalu tua untuk bercinta ker? entahlah..yang penting biarlah kami lalui sendiri, yang pasti kalau ada cinta, mungkin tidak kemana........


yang penting akak nak lengkapkan negara negara asia tenggara yer, pilipina, thailand dan sekarang indonesia..bakal menjelang..vietnam yer....larikkkkkkk