akum semua ...apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira disamping orang yang tersayang yer..akak disni pun sihat sahaja...baru ajer bangun tido, semalam tido lewat sangat dalam pukul 6 pagi. maklumlah kami lepak kat q bistro sampai 5 pagi yer....


oklah dah tengok tajuk entry di atas? bagus yer..oklah sekarang nie nak cerita tentang video klip yer..ada sesiapa yang pernah jadi model video klip? akak tak pernah lah ...akak sangat suka dengan video klip dari indonesia sebab mereka nie sangat kreatiflah sikit..maaf yer kalau ada pihak yang tak bersetuju dengan pandangan yang diberikan ini...pandangan akak nie bukanlah dipengaruhi oleh perasaan akak yang semakin suka dengan taufik yang datangnya dari indon yer....


oklah uolss semua tahu tak lagu sempurna? erm ost untuk filem LOVE yer..best uolss akak suka dengan versi gita gutawa...dengan sore sore kepit dia menyanyi lagu tu dengan rentak yang lebih perlahan yer....pastu dia pose pose berangan dengan ada angin yang meniup ke arah rambutnya...diselang seli dengan adegan adegan filem tu yer....sangat menariklah..senikata pun mantap uolsss...lagi pun lagu tu ada kena mengena dengan hidup akak yer, acap lah yang kasi, pastu lagu tu menjadi lagu rasmi akak kepada semua kekasih akak lah ek....


sekarang nie timbul idea buat video klip untuk versi malaysia pulak...dengan menggunakan lagu yang sama yer....lokasi nya ialah di q bistro dan jugak taman di tasik permaisuri yer..marilah kita hayati video klip ini..


*bayangkan lagu Sempurna berkumandang yer *


seoarang pondan sedang minum petang di Q bistro, wajah pondan tu itu hanya set set pondan biasa sahaja, kelihatan dia sedang minum teh tarik sahaja....masa tu ada seorang lelaki yang agak tampan duduk di depan meja pondan itu..oleh kerana pondan tu sedar dia tak cantik lah sangat ,masa tu, dia hanya pose pose malu. kadang kala matanya mengerling ke arah lelaki yang tampan tersebut. lelaki itu hanya melemparkan senyuman


senyuman itu menyebabkan pondan tersebut terbang tinggi..melayang layang katanya..terus dia mengeluarkan alat make up nya, dan touch up lite lite ajer ...sambil menyapu lips gloss yang berwarna merah jambu seperti kak farah punya di bibirnya....tiba tiba dia teringat dia kena makan pil hormon...lantas dia makan beberapa biji pil hormon tersebut...dia berharap dia akan menjadi chantek satu hari ini...


selepas itu, dia terpaksa pulang ke rumah, setelah membayar harga air teh tariknya, dia terus menuju ke arah basikalnya....sambil menolak perlahan basikal, dan akhirnya mengayuh menuju ke rumahnya...agak mencabar sebab ada pulak bukit uolss sebelum nak rumahnya. dengan kudrat yang ada, pondan tadi mengayuh basikal , dah jadi macam pertandingan basikal le tour d langkawai pulak kan..keluarlah urat urat di lengan dan kakinya...bukan itu sahaja, rambutnya yang mengerbang seolah olah ada 7 gejala kerosakkan menyebabkan ramai keta yang hon pondan itu....


setelah berpapan papan pil yang dimakannya, kini dia semakin cantik, dia lebih suka menghabiskan masanya membaca novel di sebuah bangku di tasik permaisuri yer...sambil memakai topi yang berwarna pink...pondan iitu sangat cantik, semasa dia membaca , ada sebuah kipas besar ala ala kipas starbuck yer ditepi tempat duduk yer ..mana datang kipas tu jangan ditanya yer..nie kan video klip ajer....pastu ada beberapa ekor burung merpati di hadapan gadis itu..itu belum masuk lagi, rusa, kancil dan macam macam haiwan di depan gadis ittewww..


lelaki yang handsome tu terpandang akan pondan tersebut, oleh kerana terlalu taksub dengan kechantekkan pondan itu, dia terus melukis gambar pondan itu secara curik curik..dan membuatkan lelaki itu mula jatuh hati...pondan itu sedar yang laki tu lukis gambarnya, apa lagi dia pun buat pose pose mengada lah...akhirnya, hari nak semakin gelap. pondan itu segera pulang...namun dia tertinggal novel nya dibacanya..sebenarnya pondan tu sengaja nak tinggalkan novel tu sebab dalam novel tu dah ada nama, no tipon, alamat umah, ukuran badan, gambar ukuran passport, gambar drag separuh badan, makanan kegemaran, minuman kegemaran dan macam macam lagi...dan yang penting semasa dia mengayuh basikal, topinya terjatuh dan tak sempat nak dikutip.....


lelaki handsome tadi berharap dapat berjumpa dengan pondan chantek tu satu hari nanti ........


oklah itu sahaja yang akak nak cerita dengan uolss tentang idea akak mengenai video klip sempurna yer..so macam mana dengan jalan ceritanya..menarik tak uolss? atau lite lite ajer...ada sesiapa yang nak jadi model pondan tu yer? angkat tangan yer.....semoga berjaya menjadi video terbaik ...nantikan ajer....