akum semua..apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua pembaca di luar sana sihat dan bergembira disamping teman dan orang yang tersayang yer.....akak disini sihat sahaja, tapi agak mengantuk sedikit lah.so untuk menghilangkan rasa mengantuk akak pun tulis blog akak yang dah lama sangat bersawang ini yer....minta maaflah sebab akak terlampau busy sangat dengan kerja kerja di pusat tuisyen nie.....gittewwww
dah tengok tajuk entry diatas? ok lah kalau semua orang dah tengok, baguslah yer..kalau sebelum ini banyak sangat tajuk entry yang mengenai percintaan, kisah kisah lawak ker atau pun kisah binatang , kali ini akak akak menyorot pulak kisah mistik yang berlaku baru baru ini yer...
buat pengetahuan semua, baru baru ini akak diganggu oleh bunyi bunyian yang agak mengelirukan akak, ini berlaku di pusat tuisyen pada hari selasa lepas. bukan sahaja akak diganggu malahan firdee jugak kena ganggu..ini membuatkan kak merasa seriau juga lah uolsss..nasib baik lah firdee senantiasa berada di pusat tuisyen setiap hari, selepas dia balik dari kerja yer....
kisahnya begini yer, satu petang dalam pukul 6 petang ke atas tak silap akak, sedang akak pose pose mengajar budak budak pmr, akak terdengar bunyi sore budak budak di luar, dengan perasaan yang ceria akak terus menjengahkan kepala ke luar, tapi malangnya tak der sapa. akak rasa ceria sebab mesti ada budak akan mendaftar lagi ..alhamdulillah kalau macam tukan ? tapi perasaan hampa menyelubungi akak bila akak melihat takder sapa di luar......
akak meneruskan pengajaran dan pembelajaran seperti biasa, tak sampai beberapa minit terdengar bunyi orang menolak pintu di luar, sekali lagi akak menjengahkan kepala di luar, eh takder sapa pulak..mungkin kerana terlalu benggang, terus akak keluar dari kelas A dan pergi ke pintu utama..memang sah takder orang.....
akak bertanyakan kepada anak murid sama ada mereka ada dengar atau tidak bunyi apa yang akak dengar, mereka hanya menggelangkan kepala sahaja yer.....ini membuatkan akak merasa sangat konpius uolsss...macam mana leh jadi macam nie.......tapi akak terus kan mengajar.
bukan sahaja akak dengar bunyi kanak, kanak, atau dengar bunyi pintu ditolak, tapi kadang kadang akak dengar bunyi ada budak menjeritlah, budak ketawa lah....firdee pulak ada bau colok yang sangat kuat semasa dia mengajar bahasa inggeris baru baru ini..tak tahulah kenapa boleh jadi macam nie?heheheh apa apa pun akak harap benda benda macam nie tak menghalang dari kami untuk memajukan pusat tuisyen kami ....insya allah.......
Pengeluaran Akaun 1 KWSP melalui i-Sinar.
4 years ago
2 comments:
ish takut lah
yes uolsss sesuatu sangat lah uolsss
Post a Comment