akum semua..apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira disamping orang yang tersayang yer..akak disini pun sihat sahaja..sekarang nak taip pulak entry yang seterusnya...so uolss.... jam dah menunjukkan pukul 5 30 petang..uols tengah wat apa? apa planning uols untuk menghabiskan coti coti nie? akak pulak nak balik pandanjaya lah uols...malam nanti..lepas magrib kot...


oklah dah tengok tajuk entry kali ini? oklah tujuan entry ini bukanlah untuk membanggakan diri sendiri, atau nak menunjuk nunjuk kepada pembaca luar yer..hanya sebagai tatapan sahaja, lagipun dah tak der idea nak tulis, so akak ceritalah pasal benda nie..sebenarnya dah lama sangat nak tulis, tapi takut pulak menimbulkan isu pulak kan, biasalah pepondan nie kan?


oklah, uols tahu kan geng egnag akak nie, yang lebih dikenali sebagai keluarga 69 nie suka melepak dan makan di kedai kak lahar kan atau lebih tepat lagi jaya tomyam. sekarang nie mungkin port kami beralih kat Q bistro kot. oklah , kita tumpu balik pasal kedai kak lahar. biasanya, tiap tiap hari jugak kami lepak sana, lepak pun bukan sekejap yer, kadang kadang berjam jam...yang paling best, kalau lepak ramai ramai..sampai sambung meja uolss..bukan setakat 2 table, kadang kadang 3 dan 4 table...


dan kedai itu jugak , ada group group plu yang lain yer jugak, maklumlah kedai kak lahar menawarkan pekerja pekerja lelaki yang boleh buat stok cuci cuci mata lah kan? hehehe akak pulak memang baik dengan boss kedai kak lahar, Encik mat namanya..siap boleh duduk satu meja lagi tu.....dan group kami nie memang popular lah uolss.. bukan nak angkat bakul lah..bila kami datang, mesti ada mata mata memandang yer...pastu nampak sangat diaorang tu tengah "sok sek sok sek" sambil memandang kami....


pernah satu masa tu, kami datang, masa tu baru kenal rapat dengan ej dan shah yer...pekerja pekerja jaya tomyam siap beratur masa kami nak balik, bersalam salaman, wah wah, macam artis lah uos..nie belum lagi masa budak budak uia datang makan dengan kami...pekerja jaya tomyam keluar dan tengok tengok kami pulak....heheheh terasa glamer...ada satu kes, tahun lepas yer, akak ada dengar yang orang orang lain yang datang makan tu ingat kami nie semua pelajar pelajar oversea katanya....aiyooo yang belajar luar negara hanya kak farah sahaja yer...


hari jumaat lepas, 6 feb, kak pah dan kak har telah pi cop passport, so dengan kata lain, kak pah dan kak hah tak kerja lah hari tu, akak pulak, kalau kak pah tak der malas nak pi sana sebab, mesti masakkan tak sedapkan ? ala ala boikotlah nak pi sana yer...satu hari lepak di kawasan tasik permaisuri, dan kami makan di Q bistro. rupa rupanya kehilangan kami amat dirasai oleh pekerja jaya tomyam teruatama encik mat yer....gittewww


akak dapat tahu benda nie, bila akak kol kak pah, masa tu hari jumaat jugak ( masa kak pah dan kak har cop passport) , dalam pukul 10 malam, akak pah tanya mengapa akak dan kawan kawan tak pi makan kedai jaya tomyam..akak bagitau yang akak dan kawan lepak di Q bistro..akak pah bagitau encik mat tertunggu tunggu jugak geng geng kami datang..wah kelas..atau kak pah sajer"mengayat" akak sahaja....


tapi memang betul lah uols...sebab hari sabtunya ,7 feb, sebelum akak pi puchong, akak sempat lepak sana kejap. tup tup encik mat bertanya napa semalam tak datang..akak pun terangkan yang kami busy..encik mat suka dengan group akak nie..nampak baik baik sahaja katanya.....yang penting kata encik lagi, group kami ini nampak orang yang berpendidikan tinggi ...sopan ( nie akak tak setuju lah sangat sebab sopan ker akak nie kalau dah ketawa mengilai ngilai kan, tapi yang adik beradiklain memang sopanlah kan)


ada jugak akak tanya, mengapa tak lepak dengan kami bila kami datang...encik mat tersenyum lalu memberitahu , yang dia tak selesalah..lagipun tak tahu nak borak apa nanti, takut kami pulak yang bosan bila dia ada kat sebelah, encik mat tengok yang kami nie group group "wanita" bekerjaya..kelas encik mat yer, menggunakan perkataan "wanita" berkerjaya...dengan encik mat nie janganlah malu, dia dah tahu sapa kita nie lah......bagi dia semua group pondan atau plu yang datang adalah sama sahaja, yelah, customer kan..


tapi bagi group group akak nie lain sikitlah bagi encik mat , ada yang lain dari yang lain.....dan yang penting bagi encik mat group kami nie handsome handsome lah.. ( janggok), atau dengan kata pondan, vogue lah kot.....yup akak akui yang memang group akak nie vogue, selalu menajdi perhatian ramai....dan lepas nie boleh kita catwalk sambil mendengar lagu "piece of me "kelas kan?