akum semua ....apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira di samping orang yang tersayang..so macam mana dengan coti extra yang kita dapat hari ini? seronok tak? erm panjang jugak kita coti yer, ala ala 3 hari kan? dari hari sabtu sehingga hari isnin katanya...besh besh kan.....

oklah akak harap uolsss semua dapat menggunakan masa coti ini dengan perkara perkara yang berfaedah bukan? esok dah mula kerja ...oklah dah tengok tajuk entry kita kali ini? oklah hari ini akak nak sentuh sedikit mengenai tatabahasa yer..pelajar pelajar yang cikgu sayangi, dah sedia semua, sila fokus dan berikan perhatian semasa cikgu mengajar yer...

oklah hari ini kita nak belajar membina ayat dengan satu perkataan sahaja, perkataan tersebut ialah TAHNIAH yer..ok ada sesiapa tahu maksud atau definisi perkataan TAHNIAH ini uols? oklah secara dasarnya perkataan TAHNIAH ini diucapkan oleh seseorang kepada orang lain apabila orang lain itu atau pihak ketiga itu memperolehi kejayaan, atau apa apa sahaja kebaikan , sebagai contohnya, Ali mendapat tempat pertama dalam peperiksaan akhir tahun, maka kita bolehlah mengucapkan tahniah kepada ali secara lisan atau menulis kad, sms atau apa apa cara pun kan..

apabila kita memberi ucapan tahniah kepada orang lain, dengan kata lain, kita menghargai kejayaan orang itu. disamping itu jugak kita ingin berkongsi kejayaan orang tersebut, wah begitu muliakan hati kita yer apabila kita mengucapkan tahniah kan..akan tetapi dalam konsep adik adik/pondan pondan/plu plu ini pulak lain yer murid murid, kerana konsep TAHNIAH ini boleh menimbulkan rasa sakit hati, marah atau sentap yer..mengapa yer murid murid...

baiklah dalam konsep pondan pondan ini, konsep TAHNIAH ialah menyindir secara baik lah uolsss..contohnya ....ini hanya contoh sahaja, seorang pondan ini telah berjaya mencaras laki kawan baiknya, iaitu pondan jugak . so kawan kawan lain patut berkata "TAHNIAH UOLSSSS" disini perkataan uolsss jugak harus diucapkan secara bersama sama sekali...

lihat situasi ini....

seorang pondan yang kita namakan bedah , telah berjumpa senyap senyap dengan seorang lelaki yang bernama leman . leman ini pulak , laki kepada tipah ( pondan). so bedah dan leman ini ada skandal lah senyap senyap. tup tup , si maimun ( pondan jugak ) dan kawan kawan terserempak lah si bedah tengah makan sate dengan leman di gerai. terus si maimun dan kawan datang sambil menghulur tangan dan pose pose berkata "tahniah uolssss"..jadi murid murid yang cikgu sayangi...dah faham pemggunaan perkataan TAHNIAH UOLSSS

TAHNIAH ini bukan sahaja ditujukan untuk kes kes mencaras yer, tapi kes kes lain jugak boleh digunapakai perkataan TAHNIAH ini yer, sebagai contoh, kawan anda mendapat kekasih baru , anda terjumpa dengan kawan anda dan kekasih barunya..so bolehlah jugak anda mengucapkan tahniah jugak kan....sambil menghulurkan tangan anda pun berkatalah tahniah yer kepada kawan andan tu sambil pose pose pandang laki barunya..manalah tahu boleh dicaras nanti kan?

nada atau bunyi serta tone perkataan ini sangat penting yer..apabila anda ingin menuturkan perkataan "TAHNIAH UOLSSS" ini, perlulah dengan nada yang lembut, senyuman yang manja dan menarik serta dengan mata mata sekali yer..itu sangat penting yer murid murid....

sayugia diingatkan, penggunaan tahniah ini tak boleh guna dengan sewenang wenangnya..takut nanti "ayam kutip jagung, kau kutip gigi yer" ingin dingatkan yer...sebagai contohnya, katakan suami kawan kita meninggal dunia ker ( ini contoh yer) , sebaik sahaja dia menangis di tanah perkuburan, dengan manjanya anda pun berkata " TAHNIAH UOLSSS..." hah kau nak mampos...kalau kes macam nie ...jangan pulak cakap tahniah tapi apa yer murid murid? yer... TAKZIAH yer...so dengan kata lain TAHNIAH dan TAKZIAH adalah dua perkataan yang berbeza yer....

so dah faham? bagus..TAHNIAH UOLSSS kalau dah faham....