akum dan salam satu malaysia semua...apa khabar? sihat? alahmdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira disamping orang yang tersayang yer...uiiiii sejuknya sekarang nie yer...akak sekarang nie berada di cc di pandan jaya, sebaik sahaja abis kelas tadi, terus akak ambik teksi dan menuju ke cyber cafe yang berdekatan dengan rumah akak...tak singgah rumah pun , bungkus nescafe ais kat kedai mamak , jalan laju laju dan menuju ke cc nie kan...wah begitu semangat nak menaip entry ....maklumlah sekarang nie tengah rajin nak menulis kan...walaupun tidak di bayar...alah sajer nak tulis, entah orang baca ker tidak....ontah....
oklah akak mulakan entry akak......
jam menunjukkan pukul 2 petang, hujan turun membasahi permukaan bumi di pandanjaya...aku baru sahaja terdengar bunyi alarm yang membingitkan telinga...perlahan lahan aku mengeliat...sambil mengosok mata yang tak gatal pun....terkebil kebil aku di tepi katil....sambil memikirkan apa yang berlaku pada malam semalam....
tidur ku semalam diganggu dengan satu mimpi yang ngeri...rasanya macam bukan mimpi sebab aku dapat rasakan benda itu menghempap aku ketika aku sedang lena tidur..namun cepat cepat ku tepiskan perasaan itu sebab aku perlu bersiap untuk pergi kerja...perlahan lahan aku melihat tarikh di permukaan telefon ku...erm 28 haribulan oktober 2009....entah lah ,mengapa tarikh itu seperti sangat bermakna dalam hidupku...
dengan perasaan yang malas, aku mencapai tuala mandi..terus menuju ke bilik air, namun minda ku terus berfikir mengenai tarikh hari ini..erm 28 haribulan okt...erm kenapa pulak yer...entah lah.... ku biarkan persoalan yang berlegar itu hilang sebaik sahaja aku mencurahkan air di atas kepala ku...erm begitu nikmat dan segarnya aku rasakan....ujan masih lagi menitis dan membasahi bumi...
aku bersiap siap untuk pergi mengajar, dengan rasa yang sangat lah yakin, aku mengatur langkah, sebelum itu aku pastikan semuanya dalam keadaan selamat, lampu dan kipas telah di matikan , pintu rumah telah dikunci , baru lah aku mengatur langkah ....namun, tarikh 28 oktober itu tiba tiba mengganggu fikiran ku...aku berhenti sebentar di tangga..sambil berfikir sejenak...arghhhhh terasa malas nak fikir pulak..aku teruskan perjalanan....
seperti biasa, teksi merupakan penganngukatan yang sering ku gunakan untuk pergi ke taman dagang...aku terdiam sahaja sebaik saja aku melabuhkan punggung ku di dalam teksi....sambil melayan perasaan....kadang kala aku mengerling ke arah jam ...suasana pada masa itu itu suram, gelap...jalan raya juga tidak lah sibuk dan ini menjadikankan mood tidak ceria....
aku singgah sebentar di sebuah warung yang berdekatan...terasa lapar pulak, aku mengerling ke arah lauk pauk yang hanya tinggal bakinya sahaja...terasa sangat hampa aku ketika itu...aku didatangi seorang pelayan warung..aku melemparkan senyuman yang kelat sahaja....
"nescafe ais dan juga nasi goreng pattaya.." itu sahaja yang terkeluar dari mulut ku...aku menguap..terasa mengantuk pulak...ujan masih lagi turun..rintik rintik..beberapa orang pelanggan sedang berbual antara satu sama lain....aku segera mengambil akhbar yang berdekatan dengan meja ku....aku melihat tarikh akhbar tersebut, manalah tahu nanti terbaca akhbar semalam pulak kan? ku lihat tarikh 28 okt 2009....
sekali lagi aku terdiam dan berfikir, minda ku terasa sesuatu ...tarikh ini sangat penting bagi diri ku....tapi aku gagal mengingatkan peristiwa yang berkaitan dengan tarikh ini...ish aku mula rasa geram....aku letakkan akhbar dan menarik nafas.... ku lepaskan perlahan lahan....minda ku terus berfikir mengenai tarikh ini.....aku terus melayang.....tanpa ku sedar, nasi goreng dan juga air ada di depan mata ku....
perlahan lahan aku menjamah makanan...namun terasa seperti tidak berselera pulak...ku telan perlahan lahan...namun ku rasakan perut ku sangat sebu....aku dah mula tidak tenteram .....ada sesuatu yang penting pada tarikh ini ....aku meletakkan sudu ke pinggan sambil merenung jauh...ku lihat seorang bapa sedang membawa anaknya makan menuju ke gerai tadi...bapa tadi begitu seronok melayan keletah anak lelaki nya..manakala anaknya terkedek kedek berjalan sekitar meja.....
aku tersenyum melihat mereka berdua...si ayah kadang kadang menyuapkan makanan di mulut anaknya...tiba tiba aku mula teringat ...yup ....terima kasih allah s.w.t kerana telah memberi aku ingatan semula mengenai tarikh tersebut...segera aku mendail nombor telefon..hati ku berdebar debar sekali..tidak sabar sabar nak mendengar suara yang aku rindui itu..suara yang begitu bermakna dalam hidup ku...air mata mula bertakung
"asaalamualaikum..." terdengar suara di hujung talian.. aku menelan air liur ketika itu....
"waalaikumusalam .....ayah apa khabar?" jawab ku....
"sihat ajer..adik pulak? ...adik kat mana?" tanya ayah ku...
"adik tengah makan nie..ayah dah makan?..." tanya ku kembali kepada ayah
"dah ayah dah makan...kenapa adik telefon?"
"ayah...selamat hari lahir......" tersekat suara ku di talian...tanpa aku sedar air mata mengalir perlahan lahan....
"lah ayah pun tak ingat hari ini hari jadi ayah ......terima kasih dik.."
"erm adik pun mula mula tak ingat, penat adik cuba ingat ....tapi ini baru teringat hari nie hari lahir ayah...ayah kat seremban ke atau kat kampung?" tanya aku sambil mengesat air mata
"ayah kat kampung lagi....omak kau nie hah nak dok kampung lagi...esok lusa ayah balik lah seremban....adik bila nak balik...? jelas kedengaran suara ayah....
"erm tak tahu lah ayah...oklah ayah..selamat ulang tahun yer...semoga di panjang umur dan dimurahkan rezeki yer.....adik sayang ayah tau...."
"terima kasih...assalamuaikum..." ayah mematikan perbualan telefon pada masa itu....
"waalaaikum musalam....." aku memandang ke arah bapa dan anak tadi sambil tersenyum....
kasih ibu bawa ke syurga , kasih ayah sepanjang hayat......
Pengeluaran Akaun 1 KWSP melalui i-Sinar.
4 years ago