akum semua...apa khabar? sihat ? alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira disamping orang yang tersayang yer..akak disini sihat sahaja...sekarang nie masih lagi di cc pandanjaya....terasa tidak mengantuk sangat sebab tadi akak tertido dari pukul 7 45 malam sehingga pukul 10 30 malam yer...itu pun terdengar bunyi telefon ...sekarang ini terasa nak taip lagi satu entry ...terasa macam idea mencurah curah masuk ke dalam minda ini yer....

oklah semua, semasa akak belajar sastera di tingkatan lima( tahun 1993 ) ada satu buku teks yang wajib pelajar sastera kaji iaitu tak silap akak ialah " kelapa nan sebatang " dalam buku teks tersebut ada satu cerpen yang menekan kan konsep "sebab dan akibat yer" maaflah sebab akak tak ingat lagi tajuk cerita nya...namun kisah dan konsep sebab dan akibat itu masih lagi tertancap di minda akak walalupun dah lama meninggalkan sekolah yer....

apa maksud konsep "sebab dan akibat ? tu yer.....begini...akak berikan satu contoh yang mudah..katakan ali telah di denda oleh gurunya kerana tidak menyiapkan kerja sekolah yang di bekalkan oleh cikgunya...sekarang cuba lihat baik baik...ok...apa sebanya" sebabnya ali tidak membuat kerja sekolah...jadi apa pulak akibatnya pulak? ok akibatnya ali telah didenda oleh cikgu nya ..so dalam kehidupan kita ini sudah pasti kita tidak boleh lari dari konsep sebab dan akibat ini yer.....

mana mana dalam kehidupan kita , kita tidak boleh menafikan konsep "sebab dan akibat ini" setiap tindakan yang kita buat sudah pasti akan mengundang akibatnya...sekiranya kita berbuat baik...maka kita akan di balas dengan baik, namun sekiranya kita berbuat salah, sudah pasti malapetaka akan datang menimpa dalam kehidupan kita..namun dingatkan....kita bukannya rasul ulu azmi yang mana tidak akan membuat sebarang kesilapan...kita hanya manusia biasa kan? so sudah pasti akan membuat sebarang kesilapan....

apabila kita membuat kesilapan, apa yang penting kita cepat cepat betulkan kesilapan tersebut dan kalau boleh jangan berulang kembali ...yang paling penting kita cuba mengkaji sebab, punca dan akibat yang timbul sekiranya masalah itu muncul semula.... begitu juga dalam perhubungan antara manusia juga konsep sebab dan akibat ini juga boleh diguna pakai...

contohnya...sebab rihanna minat dengan adik lelaki akak, akibatnya dia selalu menghubungi akak untuk bertanyakan bila masanya adik akak free ...haha gitteww kan( maaf rihanna...ini adalah satu contoh sahaja yer...") oleh sebab itu, kita mestilah berhati hati memilih pasangan atau teman hidup kita......konsep sebab dan akibat ini mesti ditekan kan yer......fikir masa masak terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan untuk memilih pasnagan dan juga teman hidup kita nie kan...

akak dah selalu kena yer...sampaikan satu tahap akak merasakan lebih baik akak menjalani kehidupan seorang diri, cukuplah ada keluarga dan juga adik beradik 69 nie kan, sebab bila kita dah mula sayang dengan seseorang atau orang lain, maka banyak sangat akibatnya yang bakal menanti...salah satu akibatnya ialah akak akan ditinggalkan oleh orang yang tersayang...mungkin dia meninggalkan kita dengan keadaan yang terpaksa atau sebaliknya....kadang kadang yang paling mengeruhkan suiasana bila kita terpaksa meninggalkan dengan keadaan yang tidak begitu elok iaitu bergaduh atau salah faham...itu yang paling menyakitkan hati....

apabila kita cuba mendapatkan penjelasan, dia hanya mendiamkan diri, apabila kita cuba menghubunginya, hanya kata kata yang pedih dihamburkan " jangan telefon dan jangan sms saya lagi" pastu dia buat buat senyap dan meninggalkan kita sensorang dengan perasaan yang amat bersalah pada setiap malam. paling menakutkan kalau perkara seperti ini menjadi mimpi dan juga igauan ngeri kita......itu yang kita tidak mahu......itu yang perlu dielakkan ....sampai bila kita terus dipandang serong oleh orang lain bukan?

pengalaman akak lalui banyak mengajar akak dalam meniti kehidupan akak nie...33 tahun akak hidup di muka bumi ini akak memanjatkan kesyukuran sebab allah masih lagi memberi akak peluang untuk menimba pengalaman di dunia ini kan.......apabila akak berbaik dengan mana mana teman lelaki...mula mula terasa sangat gembira...namun di akhir cerita pasti ada yang tak bestnya...kisah di dalam tibi hanyalah hiasan semata mata...happy ending tidak pernah ada dalam perhubungan akak dengan mereka...hanya mereka dengan ego mereka...meninggalkan akak dengan seribu kesalahan yang akak rasakan akak tidak patut disalahkan secara total yer....

kisah akak dengan mr a adalah salah satu kisah yang sama sahaja dalam hidup akak ...bermula dengan berkenalan...mula menganyam kebahagiaan dan akhirnya hancur di hujung jalan...kalau hancur dengan baik tak per...nie msti ada drma drama yang dah tak larat akak lakonkan......akhirnya akak mengambil keputusan untuk memberhentikan semua drama drama tersebut kerana ianya tidak mendatang kan apa apa kebaikan dalam idup akak nie ...

maaf lah kalau anda semua tak faham sangat dengan apa yang akak tulis nie...hanya nak tekankan konsep sebab dan akibat itu sahaja...jadi para pembaca yang budiman, sekali lagi akak tekankan...kita mesti menjaga konsep sebab dan akibat kita nie kan.....supaya kita dapat idup dengan lebih tenang lagi...semoga bertemu di entry yang lain......