akum semua...salam satu malaysia dan selamat petang yer...apa khabar anda semua? sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat kan? oklah firstly akak nak minta maaf lah sebab dah lama sangat tak tulis dalam blog akak nie..maklumlah setiap hujung minggu ajer, akak akan bersama dengan adik beradik 69 yang tersayang yer.....so sebenarnya banyak sangat yang akak nak tulis, namun masa sangat mencemburui akak...
banyak sangat yang ingin dikongsi dengan peminat tersayang..pasal boling miss universe, edisi ke 4 dan edisi yang ke 5 ( semalam) pasal pergi genting, pasal suami akak ( opss) tetap kan nak cerita dan macam macam lagi lah, tapi memandangkan akak sekarang nie busy, so tak leh wat per..mungkin cerita itu akan di publish dari semasa ke semasa lah yer..nantikan ( itu pun kalau akak rajin lah ek)
dan lagi satu akak menjemput adik beradik keluarga 69, adik tiri akak yang tersayang serta sepupu sepapat akak iaitu nas dan aleem untuk menghadiri majlis perkahwinan adik akak, shaiful ismail dan bakal isteri tersayang, mimi yang akan berlangsung pada 17 haribulan nie, di kelantan dan 24 haribulan di batu kikir negeri sembilan......akak tak kisah kalau orang orang kampung , saudara mara akak atau pun adik beradik akak memandang serong ker, atau memandang dengan mata terbeliak ker..atau tak kisah lah apa apa yang mereka nak pandang...asalkan uols semua datang..akak terima semuanya.....sebab uols lah yang penting dalam kehidupan akak nie..susah senang akak di kota metropolitan , hanya adik beradik 69 sahaja yang tahu dan faham kan?
oklah seperti biasa akak nie dah mula melalut...tajuk entry lain , tapi ini dah masuk perenggan ke empat , masih lagi tak mula apa apa pun, tak tulis apa apa pun.....tak paham kan? masih lagi nak melalut ....tak per.... tak per...akak nak mula dah nie ek..oklah uols semua tahu yang akak kena demam campak yang sangat teruk kan masa awal ramadhan? yup demam campak itu bukan sahaja meninggalkan kesan yang mendalam dalam idup akak tapi meninggalkan kesan bintik bintik di muka dan badan akak yer....pergh uols..kalau uols tengok pun rasa macam takut...mungkin uols bersyukur yang uols kena demam campak semasa usia muda lagi kan?
sekarang nei dah masuk 1 bulan setengah akak kena demam campak nie...namun kesannya masih lagi ada ..malu lah uols...setiap kali akak pergi kerja ker, keluar ker, mesti ada memandang ke muka dan seluruh tangan akak yer sampaikan akak rasa malu sangat...kadang kadang buat tak tahu, tapi mana tak hangin kalau kita nak pi bayar kat kaunter, juruwang memandang kita macam kita nie alien...dengan muka yang kelat akak pun menerangkan kepadanya yang akak kena demam campak...ada yang melahirkan rasa simpati..ada juga yang sempat memberikan nasihat..makcik makcik sangat kan ...
taufik ada memberitahu akak, cara yang lebih cepat untuk menghilangkan bintik bintik itu ialah dengan mengambil kulit pisang dan sapukan kulit pisang di tempat yang berbintik itu yer....dan lakukan selama satu minggu..pada mulanya semasa akak mendapat petua nie, punyalah happy kan. so dengan semangat yang wajar akak memaksa kawan kawan akak makan pisang di kedai mamak kaya di belakang umah akak..akak pulak tak suka makan pisang..tapi kalau pisang lain tu akak suka lah kan hik hikhik..gatai lah akak( sambil tangan patah melambai ke kawan )...motif memaksa kan? yelah nanti senanglah akak dapat kulit pisang tu ..kan...dengan semangat 1 malaysia, akak pun melulurkan kulit pisang tu di semua bintik bintik akak di badan...
tapi macam mana pulak kan nak tidur ?..tak kan nak tido atas katil nanti berbau pulak tilam akak dengan bau pisang rina tu kan..so akak pun mengambil keputusan tido sahaja di ruang tamu. bukak kipas..dan terus zzzzz..namun akak mimpi akak digigit oleh semut merah ( opss bukan shima yang gigit yer) so akak pun terjaga...dan yang penting mimpi akak itu menjadi kenyataan apabila akak dapati memang ada beberapa ekor semut sedang mengigit akak dengan penuh ghairah dan bernafsu sekali yer..aiyooooo...akaknya bau pisang tu yang akak menarik perhatian semut semut untuk menggomol akak di ruang tamu....maklumlah akak sekarang nie berdarah manis ( ini merupakan satu simpulan bahasa yer) so apa maksud berdarah manis itu murid murid?
maka huru hara lah akak menepis semut semut yang semakin ganas menggomol badan akak..berkerut kerut muka akak menahan kesakitan uols...apalah taufik nie..petua apa yang diberikan nie? dengan muka yang haid , akak terus mendail no tipon taufik..niat akak satu sahaja..untuk memariekan diri pagi pagi tu .....sebaik sahaja dia angkat tipon tu, terus akak menghamburkan kata kata nista yang sangat pedih...sian dia kan...tapi sebenarnya akak yang silap..taufik suruh cari pisang muda, "pisang muda ialah pisang yang berusia 15 tahun sehingga 23 tahun yer...lagi muda lagi bergetah..yelah macam adik beradik akak yang lain ..semuanya nak cari yang muda muda belaka kan"....opssss sempat lagi akak melahar kan? yang mana ada getahnya di kulit pisang...bukannya pisang manis yang boleh di makan......lah ...gulp..akak yang salahkan...siapa yang biadap sekarang..akak ker dia?
sekarang akak dah malas dah...biarlah kismis itu ada di muka akak..penatlah..setiap kali keluar dari rumah....nak kena tampal revlon bagai......nak tampal dengan beberapa layer....sampaikan dah macam hantu cina pun ada. tapi nak buat macam mana kan. kalau tak tampal nanti orang tengok kita macam kita ada HIV pulak kan...so nak tak nak kena lah jugak kan uols? apa apa pun akak hargai apa yang ada di muka akak..adakah itu pemanis untuk akak sebab akak kenal amir sebab kismis akak nie lah kan? opsssssss
Pengeluaran Akaun 1 KWSP melalui i-Sinar.
3 years ago
3 comments:
kismis atau chipsmore?chipsmore lg menjadi kegilaan anak2 muda,maria..
maria sebenarnya nak bagitahu kita semua tentang amir...the last 2 lines that matter.
motif!!!!stlh sekian lama....knp citer kismis2?buat le tajuk fruity cake ke...hehehe..xpe kak maria!! xperlu risau...artis kat luar 2 pun cantek sbb dtampal ngn sesuatu!!! lagipun uols tetap menjadi pilihan orang2 serantau!!!serantau asia!!!
Post a Comment