hai uols...salam 1 malaysia...oklah uols ...sekarang ini akak rehat jap ...penat lah menaip blog nie...namun tak mahu kehilangan idea..terus akak taip lagi...nie sekarang ini sambungan dari entry akak yang bertajuk pengalaman ku ittew yer......heheheh tak sabar sabar nak abiskan entry nie uols..nanti mesti tertangguh pulak kan.....
bab 6 : majlis akad nikah
kami semua bangun dalam pukul 6 00 pagi sebab majlis akad nikah akan diadakan di pasir mas kelantan ...iaitu 45 minit perjalanan dari kota bahru...mesti anda semua tertanya tanya mengapa pulak majlis akad nikah di pasir mas, sedangkan persandingan di kota bahru...ini merupakan permintaan dari ayah kandung mimi yer.....ayah kandung mimi ingin mengadakan majlis itu di kampung nyer...iaitu kampung kangkong .....di pasir mas....jadi kami semua pun bersiap siap lah ke sana.......majlis akak nikah akan berlangsung pukul 9 pagi......
kami singgah di rumah pengantin perempuan dahulu sebelum bertolak ke pasir mas...terpaksa tunggu kejap sebab pengantin perempuan belum siap lagi.....sempatlah kami adik beradik mengadakan sessi lahar melahar...apatah lagi akak diajukan mengenai perkahwinan akak pulak..ish bila pulak akak nak kahwin kan? dengan nada yang bergurau akak memberitahu yang akak dah daftar ke rumah orang tua tua ..dan tak mahu kahwin.....adik beradik yang lain terdiam sahaja..si hairul sibuk berbual dengan mak dan ayah yang sedang berdiri di pintu pagar rumah mimi...dia memang malas nak campur sangat..lebih suka berbual dengan orang tua tua......semua dah siap kami bertolak ke pasir mas.....
akak menaiki kereta si hairul bersama dengan ibu dan ayah, manakala adik beradik yang lain menaiki van, kami semua mengikut sahaja kereta saudara mara mimi.....sampai sahaja di masjid kangkong, kami dapati di luar masjid didirikan khemah juga...beberapa orang tetamu dah mula sampai...adik akak hanya mengenakan sepasang baju melayu putih ..ops terlupa baju itu di jahit oleh seorang golongan lembut yang pernah tinggal satu asrama dengan adik akak semasa bekerja di samsung di klang ...eh firdee...amril pun pernah kerja di samsung klang jugak kan?.....kami adik beradik sekeluarga mengenakan baju berwarna biru..itu tema kami sebab di negeri sembilan nanti kami akan memakai baju warna hijau pulak kan...
adik akak mula dah cuak...dia beberapa kali cuba menenangkan diri...sempat dia menunaikan solat sunat...menurut ayah akak sebelum kita akad nikah, kita digalakkan menunaikan solat...gulp..akak manalah tahu kan.....dia juga nampak cuba mengingatkan sesuatu....mungkin lafaz akad nikah nanti kot...dalam pukul 9 30 pagi, tok kadi pun dah sampai....majlis di mulakan dengan bacaan ayat ayat suci al quran terlebih .....selepas itu kata alu aluan dari bapa kandung mimi...akak meminta hairul memerhatikan perjalanan majlis sebab dia akan berkahwin tahun depan bulan mac nanti. sekurang kurangnya dia boleh menagmbil peluang menimba pengalaman yer.....
apabila dah mula akad nikah.....bapa kandung mimi meminta ayah dan akak menjadi saksi dalam majlis itu...motif kan...baik diaorang suruh akak akad nikah lah..opss bukan ...baik dia suruh si hairul akad nikah ...pastu akak pose pose kat ujung tu menunggu majlis tu berlangsung sambil akak memakai baju putih cream.....dengan inai di tangan ...gittewwkan pepondan..kalau tak berangan tak sah katanya..tetap ada adengan diri sendiri kan..akak dah cuak bila diminta menjadi saksi uols.....adik akak diminta parktis dahulu...apabila dia dah mula yakin barulah bermula...
kami sekeluarga semua berdebar debar.....minta minta sekali lafaz dah lah kan......sambil mengenggam tangan bapa kandung mimi..terus adik akak melafazkan dengan sekali sahaja...." sah ...sah ..sah " gittewwkan ......alhamdulillah kami semua syukur......sebaik sahaja tamat..akak dan ayah berundur ke belakang..sekali lagi bacaan al quran berkumandang .......dan ada lagi ucapan dari tuan rumah iaitu bapa kandung mimi........kami semua di jemput ke jamuan ringan yang disediakan oleh tuan rumah ......adik akak memeluk ayah..terus bercucuran air mata....dia memeluk ibu pun sama..kami semua menangis......terasa seperti akan kehilangan adik kami nanti..yelah adik akak nie lah yang paling baik...cakap pun sopan....ilmu agama pun ada ..semuanya ok..alhamdulillah..lagi pun dia merupakan adik lelaki yang pertama kahwin......akak entah lah bila agaknya kan......
dia pun menyarung cincin untuk membatalkan air sembahyang sambil mengucup dahi pengantin perempuan......pengantin perempuan pun sempat menitiskan air mata .....gittewkan...so kami semua pergi ke khemah untuk makan...oleh kerana kami sekeluarga adalah tetamu dari negeri sembilan, maka layanan yang diberikan amat baik sekali...akak , ayah dan adik lelaki bongsu diminta duduk di satu meja khas bersama dengan tak kadi, tok imam dan beberapa orang saudara mara....di kelantan ada peraturan..lelaki dan perempuan tidak boleh duduk satu meja atau satu khemah..diasingkan..kami sekeluarga memang tak biasa...bila ayah dan ibu dipisahkan meja...nampak lain pulak..ibu duduk dengan adik beradik perempuan manakala ayah duduk dengan adik beradik lelaki pulak kan.....
dalam pukul 11 30 pagi, kami adik sekeluarga minta diri untuk balik...sebab dalam pukul 2 petang pulak, majlis persandingan akan di adakan di kampung lundang , kota bahru..ish tak pahamlah ..majlis akad nikah di kampung kankong, pasir mas....manakala majlis persandingan di kampung lundang..kami ikut sahaja lah..nak wat cam ner kan.....so kami semua pulang ke rumah tumpangan sambil berehat...akak sempat tidur sekejap.....
bab 7 : persandingan dan kumpulan gagu
dalam pukul 2 petang, rombongan pengantin lelaki mula bertolak ke rumah pengantin perempuan....sebelum itu, kami semua singgah di rumah hinggap ..iaitu rumah persinggahan pengantin lelaki sebelum di jemput masuk ke rumah pengantin perempuan....adik akak mengenakan solekan yang sedikit sahaja di muka....dia happy semacam saja...kami adik beradik pulak sibuk membetulkan hantaran ...mana yang terpeliok ker..mana yang tak betull..kami betulkan yer.....tiba tiba datang saudara mimi yang menjemput kami masuk ke rumah pengantin perempuan..erm penuh dengan adat melayu sekali yer.......
tiada paluan kompang pun.....majlis yang sangat simple tapi meriah yer....adik akak di minta duduk di pelamin...pelamin yang cantik juga... warna pe;amin warna putih cream...ada hiasan rama rama katanya ...dan kemudian mulalah adat menepung tawar...tapi atas permintaan pengantin perempuan, tiada majlis tepung tawar dan digantikan dengan majlis adat meminta restu...yang mana pengacara majlis akan memanggil nama kami seorang demi seorang sambil bersalaman dengan pengantin...semua saudara mara yang terdekat di minta bersalaman dengan pengantin...dan akan diberikan bunga telur..majlis itu berjalan dalam 45 minit juga lah...
pengantin dan tetamu dari negeri sembilan di minta ke meja depan untuk majlis makan ...majlis makan beradap katanya.....sambil makan , mata akak meliar memandang ke sana sini..tetiba akak ternampak 2 orang lelaki lembut yang berpakaian kebaya dengan yakin melangkah masuk ke dalam khemah...kedatangan mereka diperhatikan dengan berpuluh puluh mata..sian pulak kat mereka...salah ker datang kan? mereka melambai ke arah pengantin lelaki...adik akak hanya melemparkan senyuman..baguslah macam tu..kalau adik akak kekwat dengan kakak kakak tu, mesti akak akan lahar adik akak sebab kakak kakak tu lah yang menjahit pakaian adik akak kan...yelah bagus kakak kakak nie kan.......
masalahnya sekarang kakak kakak tu nak makan kat belah mana sebab khemah hanya ada 2 sahaja, khemah lelaki dan juga perempuan...pada pendapat akak baik mereka makan sahaja di khemah perempuan kan....apa salahnya..dengan cepatnya, tuan rumah menjemput mereka masuk ke khemah perempuan......kakak kakak tu tetap maintan... buat biasa biasa sahaja kan.....akak sempat melemparkan senyuman kat mereka..leh jadi kawan nanti kan......tidak lama kemudian datang pulak 2 kereta yang isi dalamnya adalah gagu...
mana akak tahu mereka gagu..sebab hanya gagu yang boleh kenal dengan gagu kan...dari segi pakaian, perlakuan dan apa sahaja...hanya akak dah boleh tahu mereka gagu....nampak gagu yang str8 lah....handsome u.....sayang lah muka handsome jadi gagu kan.....tapi akak kenal 2 atau 3 orang dari mereka sebab mereka pernah datang ke majlis pertunangan adik akak baru baru nie.....ada 8 orang.....mereka juga melambai ke arah adik akak..sekali lagi adik akak hanya mampu melemparkan senyuman sebab tengah busy makan ..akak perhatikan gagu tersebut..yang kenal dengan akak hanya mengangkat tangan...akak hanya tersenyum sahaja.....
sebaik sahaja kami abis makan..kami sekeluarga di minta ke pelamin sekali lagi untuk mengambil gambar dengan pengantin..bermula dengan pengantin dan saudara mara dari negeri sembilan...kemudian diikuti dengan saudara mara belah kelantan pulak......selepas tu majlis ramah tamah bermula lah..akak berbual bual dengan adik beradik mimi di sebelah kelantan.....mereka melayan kami dengan baik sekali...sian pulak hairul, macam terpinggir sahaja akak tengok dia....dah lah masa majlis makan beradap dia tak boleh joint...makan kat khemah..masa bergambar pun sama..ayah akak dah ajak...tapi dia tolak dengan baik..yelah..dia segan lah kot....
kemudian, kumpulan gagu tadi pun bergambar..aiyooo pecah lubang lah uols....ada jeritan halus keluar kat mulut mereka...tapi happening sekali..adakah mereka juga ada group keluarga 69 kah? hehehehe...seronok tengok mereka...happy semacam sahaja...adik akak pun ok..layan semua orang..yang kakak kakak tadi juga mengambil kesempatan untuk bergambar dengan pengantin.....hehehe sangat konfident yer.......tak per ..akak bangga dengan mereka......baik uols....akak sempat bertukar nombor dengan kakak kakak tadi ...dan tidak lupa dengan kumpulan gagu tadi..manalah tahu..kalau terjumpa jer..atau nak ajak main boling ker..on ajer kan......
kami balik ke rumah tumpangan semula dalam pukul 5 petang sebab malam nanti ada aktiviti pulak..oklah uols dah lenguh akak taip blog akak nie...kalau rajin akak akan sambung lagi lah...kalau tak sampai sini ajerlah cerita yer..penat sekali akak menaip yer......maaf tak der gambar...tak reti lagi ..nantilah ekkkk
Pengeluaran Akaun 1 KWSP melalui i-Sinar.
3 years ago
2 comments:
wahh kelass..kak maria... chronology kisah kawen adik u.. begitu jelas sekalik ek... ala2 dah jadi novel gitew.. ehhee
yg penting, Hairul tetap disitu! hehehe...
heheheh...itu pun sangat ponet nak ingatkan apa yang berlaku ...siap tulis dalam diari dulu ...pastu baru taip kat blog ......
Post a Comment