akum semua dan salam satu malaysia khas untuk pembaca blog yang tersayang...ada ker orang yang nak baca blog akak yang panjang lebar nie kan? yelah, ada beberapa peminat ( katanya ) bertanya mengenai blog akak yang sangat panjang seolah olah dah layak masuk di dalam akbar yer....sebab terlampau panjang sekali..maaf lah sebab akak mmang sangat suka menulis yang panjang panjang ..kalau semua orang malas nak baca sebab panjang...so akak mintak maaf lah kan..hah tengok....perenggan nie sahaja dah mula panjang menjela kan? so kita terus ke tajuk entry kali ini yer...
tidur ku terganggu dengan bunyi lagu lady gaga ...aku mengosok gosok mata ...tertera gambar cikgu becky di skrin..terus aku menjawab panggilan tersebut...
" buat apa tu..." terdengar sore cikgu becky yang leper di hujung talian..sekali lagi aku menguap panjang...
" tertidur lah cikgu becky...heheh kenapa...rindu dengan saya kah ?" sengaja aku melontarkan pertanyaan begitu kepada cikgu becky ...
" rindulah...cikgu kat mana tu ...apa kabar? " tanya cikgu becky lagi...
"sihat sahaja.....cikgu becky pulak?"" balasku
"samalah ...sihat...tak datang kedai ker..?
"erm ...kejap yer...dalam pukul 12 tengah malam nanti saya datang lah..." aku berjanji dengan cikgu becky..jam pada masa itu menunjukkan pukul 10 45 minit malam....ya allah tertidur katanya....manakala hairul pulak dah pergi ke futsal..so dengan perasaan yang malas ,aku bangun dan terus mandi....
terasa pulak lapar...maklumlah belum makan malam lagi...so ( motif so banyak sangat dalam entry kan?) aku terus melangkah ke kedai david sengheng...sebelum itu aku sempat bertanyakan david sama ada ramai atau tidak orang di kedainya....david memberitahu yang kedainya sangat ramai orang juga....aku terus pergi ke kedai david dulu
aku mengambil menu yang sama sahaja...telur goreng, udang masak sambal petai dan juga sayur sayuran ..iaitu kacang botol, minuman pulak air limau ais...sudah cukup mengenyangkan aku pada malam itu.....jam sudah menunjukkan pukul 11 45 malam, segera aku mendail nombor cikgu becky.....
"datang lah kedai..saya dah lama tak jumpa dengan cikgu lah..." terdengar suara yang sangat gembira dihujung talian...aku tidak nafikan yang aku jarang berjumpa dengan cikgu becky..bayangkan lah sejak cikgu becky kembali ke pandan jaya 2 minggu lepas aku langsung tak berjumpa dengan nya...berkali kali cikgu becky menghantar sms dan juga menelefon namun aku seperti malas nak ke kedai di pandanjaya...sangat malas,,malahan masa senggang aku dihabiskan dengan aktiviti adik beradik 69
aku melangkah pergi menuju ke kedai cikgu becky, dalam hati terasa berdebar debar sekiranya terjumpa dengan adam 501, yelah sekarang kami berdua mengalami krisi yang sangat teruk jugak, namun aku simpankan sahaja...salah faham.....nanti aku ceritakan di dalm blog.....so aku nampak cikgu becky sedang menjamu selera dengan isteri yang tercinta...
sebaik sahaja dia nampak aku, terus dia mengangkat tangan dan meminta aku duduk di salah satu meja di depan kedai.....dia seolah olah tidak sabar nak berjumpa dan berbual dengan aku.....aku dapat lihat yang cikgu becky cepat cepat menghabiskan makanan dalam pinggan yer...manakala aku pula hanya melayan perasaan aku ketika itu..terasa sangat rindu dengan kenangan lama...teringat pada kak pah, pian , mat dan juga semua pekerja lama di jaya tomyam....
sebaik sahaja cikgu becky menghabiskan makanan, dia segera menuju ke arah ku dengan satu senyuman yang amat manis sekali...yup..cikgu becky merupakan guru bahasa thailand ku...seorang yang sungguh sungguh mengajar aku setaip malam sehingga aku telah mengenali 44 huruf dalam bahasa thailand.....tidak pernah jemu mengajar aku...tanpa mengharapkan bayaran daripada ku ....
dia juga membawa segelas air nescafe ais...yup dia tahu air kegemaran ku...perlahan lahan aku menyedut air tersebut....
"pergi mana cikgu...banyak hari hilang ?" tanya nya...aku hanya tersenyum...
"sibuklah cikgu becky...nie pun adiks saya baru sahaja abis kahwin nie...semua kawan kawan datang tau.." terangku dengan jelas....
aku mula bercerita mengenai pengalaman aku menaiki kapal terbang , pengalaman semasa berada di kelantan, dan juga kisah semasa adik beradik 69 datang ke majlis perkahwinan adik ku.....kadang kala perbualan kami berselang seli dengan gelak ketawa...terasa seronok jugak berbual dengan cikgu becky nie...dia faham dengan perasaan aku...dan sering memberi nasihat kepada ku sekiranya aku tersasar dari landasan....
"cikgu...saya nak bagitau nie....hari khamis nie, saya dah nak balik thailand dah...tak datang lagi kat pandan jaya ..." cikgu becky memandang tepat ke arah ku
suasana menjadi bungkam....aku terdiam saja....
"cikgu becky nak pi thailand nak wat apa? kerja kat sana ker?" aku bertanya....
"begini cikgu..saya ada beli van...dan saya akan bawak van dari pulau pinang hingga ke hatyai...ulang alik....saya nak kerja macam bawak teksi...." terangnya lagi
"saya dah beli van pun, cantik van saya, warna hijau...ada 8 tempat kerusi yang cantik...jadi saya akan bawak orang dari pulau pinang yang nak pi hatyai......satu jalan kena bayar rm 30 sahaja...." aku terdiam sahaja...mendengar rancangan cikgu becky nie...bagus jugak kalau dia buat business macam nie kan
cikgu becky menerangkan mengenai rancangan nya yang baru satu persatu..manakala aku mengambil part untuk mendiamkan diri sambil mendengar sahaja...tiba tiba air mata ku bertakung dan mengalir...ini membuatkan cikgu becky terdiam, cepat cepat dia menghulur kan tisu.......
" mengapa nagis cikgu? saya ada buat silap ker?" tanya cikgu becky
" taklah cikgu becky..saya hanya terfikir..saya dah hilang satu persatu kawan saya di pandan jaya nie...mula mula geng jaya tomyam ...sorang pun tak balik ke pandan jaya lagi...pastu pulak adam...lepas saya ilang adam saya hilang amir, sebab amir dah balik terengganu dan akan berkerja di narathiwat , lepas amir, saya akan kehilangan david, david akan bekerja di johor bahru ..sekarang saya hilang cikgu becky pulak......" terang ku..air mata terus mengalir ...sangat sunyi nanti aku di pandan jaya ...nasib baik ada adik beradik 69 nie kan
"soba lah cikgu...soba lah.....kita kan kawan kawan...mesti tak lupa kan......nanti cikgu datanglah pulau pinang...boleh saya bawak jalan jalan..ajak sekali kawan kawan cikgu tu...naik van saya.." cikgu becky nak menceriakan aku ketika itu...aku hanya mengangguk kan kepala ....
"cikgu becky terima kasih sebab banyak membuang masa mengajar saya bahasa thailand..saya janji saya akan terus belajar bahasa thailand lagi.....saya tak kan lupa jasa baik cikgu.....dan cikgu banyak tolong saya bila saya susah kan.....walaupun kita pernah di salah anggap oleh orang orang di kedai...cikgu tetap nak ajar saya juga.....terima kasih cikgu becky...' tersekat sekat aku menuturkan perkataan....terasa sangat sebak masa tu ......
aku dapati air mata cikgu becky jugak mengalir...perlahan lahan dia mengalihkan pandangan nya...
"saya pun sama lah cikgu...kalau saya ada buat salah...saya minta maaf kat cikgu.....cikgu pun baik dengan saya dan juga pada furqan .....saya heppi kawan dengan cikgu .....saya selalu ingat kat cikgu...kita nie kawan...kawan dari hati...ikhlas...kita pun tak pernah gaduh gaduh kan....jadi itu yang paling penting" jelas nya...aku menelan kata kata cikgu becky satu persatu...terbayang semua kenangan semasa aku belajar dengan nya..setiap malam, dalam pukul 1 pagi sehingga 3 pagi aku belajar satu demi satu bahasa thailand......sehingga aku dah mula mengenali 44 huruf tersebut yer....
"cikgu becky..maaf..saya rasa saya nak balik...saya sedih sangat nie..lagi pun tak elok saya menangis di kedai makan cikgu becky, nanti orang fikir yang lain pulak...tunggu lah saya ok sikit, nanti hari rabu ker, saya datang jumpa cikgu becky buat kali yang terakhir yer....." aku terus bersalaman dengan cikgu becky......terasa sangat berat kaki untuk melangkah...seribu kenangan terus terpapar di minda ku..air mata terus mengalir...terasa kehilangan seseorang yang istimewa dalam hidup ku........
( aku sekarang nie di cc , jam menunjukkan pukul 2 29 pagi...sambil menaip, air mata terus mengalir keluar......)
5 comments:
soba la cikgu...soba...
setiap pertemuan pasti ada perpisahan....btw, i loikee scene ni...selalunya cikgu muncul dalam scene scene air mata percintaan, tapi kali ni cikgu mengetengahkan watak sedih demi persahabatan dan hubungan antara pelajar - cikgu.
sob sob....
sobalah cegu..sobalah..(motif)
setuju ngn teh..
sodih bonar bijik den...
sob..sob..
dear mr firdee....
kak maria sekarang nie sedang menjiwai watak watak sedih sahaja sekarang nie...yelah ...nak menang pelakon pembantu terbaik katanya.....
dear kak nor....
kita kena selalu soba yer...itu yang cikgu becky selalu cakap..."soba"...hehehehe
Post a Comment