assalamualaikum dan salam satu malaysia...hai uols...apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat yer dan bergembira disamping orang yang tersayang yer...so sekarang ini akak free, so kesempatan ini akak ambil untuk menulis blog akak nie kan? yelah dah lama sangat tak tulis blog nie...eh bukan ker semalam tulih? yelah....tapi lepas nie dah mula busy nak buat persiapan perkahwinan adik akak pulak di batu kikir

akak dengan tulus ikhlas dan rasa rendah diri menjemput adik beradik keluarga 69 ( termasuk abang atau adik ipar ), sepupu keluarga 69 yang tercinta , iaitu nas dan aleem serta tidak lupa juga adik tiri yang tersayang , iaitu rihanna serta suaminya iaitu ehsan datang ke kampung akak di batu kukir, jempol negeri sembilan pada 24 oktober 2009 nanti, iaitu bersamaan hari sabtu...

namun sebelum itu akak menyusun 10 jari seandainya terdapat sebarang kekurangan atau apa sahaja kelemahan sebelum, semasa atau selepas majlis itu berlangsung, namun kedatangan anda semua amat dinanti nantikan oleh pihak akak sekeluarga, namun tiada paksaan yer, sesiapa yang mempunyai kelapangan, dijemput hadir , manakala yang terpaksa bekerja, atau ada hal hal yang lebih penting, tidak mengapa kerana itu yang lebih penting lagi kan....

akak nanti akan membekal kan peta kepada beberapa orang ahli keluarga 69 sebagai rujukan bagi memudahkan perjalnan anda nanti kan , so pandai pandai lah anda semua mencari rumah kampung akak yang agak tersorok sedikit, gunakan lah apa sahaja cara untuk sampai disana yer...ala ala amazing race lah...kereta yang pertama sampai di kampung akak akan menerima hadiah yer....gitteewwkan. manakala kereta yang terakhir akan menerima juga "hadiah" yer...heheheheheh....so pandai pandai lah anda memilih pemandu yang cekap .....

sebelum tu, akak nak beritahu pasal kampung akak yer....kami ada sebuah rumah di seremban, namun untuk perkahwinan adik akak kali ini, ayah dan ibu mengambil keputusan untuk mengadakan di kampung, maklumlah dah lama juga keluarga kami tidak mengadakan sebarang majlis perkahwinan yer....pada mulanya nak buat di rumah sahaja, tapi memandangkan rumah kami kecil sahaja, dan mungkin tidak selesa, maka ibu dan ayah buat di balai raya sahaja....lagi senang..tambahan pula, rumah kampung kami pernah terbakar...kira kira 5 tahun yang lepas yer.....sob sob sob.....

balai raya tu tidak jauh dari rumah akak di batu kikir tu yer...kami buat ala kadar sahaja..maklumlah dah banyak juga duit adik akak habis untuk majlis kenduri ini yer, jadi majlis di batu kikir ini sangat simple....tiada majlis tepung tawar, hanya pengantin akan duduk di pelamin yang bias bias ajer...dan ada majlis meminta restu yer.....itu sahaja.......tiada kompang juga ...sunyilah nantikan...tak per...itu permintaan adik akak bagi menjimatkan kos perkahwinan nyer....jadi sekali lagi akak meminta maaf sekiranya terdapat sebarang kelemahan atau sahaja kekurangan semasa majlis itu berlangsung

bagi adik beradik yang tak tahan panas tu , akak meminta maaf lah, kami buat di balai raya, dan anda semua akan duduk di bawah khemah, mungkin agak panas sedikit yer...tak per, apa kata kak nor membeli kipas warna pink yang selalu kak nor bawak tu kan..alah kipas yang selalu akak patah patah kan tu...tapi dibuat daripada plastik yer...sangat kenyal dan kental sekali..hah kak nor, beli dalam 14 atau 15 yer...pastu agih agihkan kat adik beradik 69 ..sampai ajer khemah ulos semua berkipas.. sambil berkipas tu berbual dengan bahasa inggeris,,,,speaking ala ala london sikit....yang nak bawak lap top pun amat digalakkan yer..ala ala uols busy lah kan...hah mesti glamer satu groups kita nantikan yer....tiada kipas yang di starbuck di sediakan ..ala ala kipas bias bias ajer lah ek....

mungkin lauk di majlis itu agak pedas sedikit, akak tahu adik adik akak yang manja macam kasandra dan akiko mungkin tak tahan pedas kan...tak per..nanti adik adik akak nie, ambiklah lauk lauk lain yer....kalau lauk tu tak sodap jangan pulak marah kami sekeluarga, marah ajer catering yang masak tu kan.....kalau sedap ..nanti boleh kita bungkus kan ..ala ala makcik makcik gittewkan.....tak per uols.....

kalau masa uols sampai tu, akak tak sempat melayan uols seratus peratus tu, jangan lah pulak marah ek, maklumlah kami kan tuan rumah, mungkin agak busy sedikit masa majlis tu berjalan, tapi insyaallah anda semua akan diberikan keutamaan yer..akak akan cuba menyotongkan diri, sambil catwalk membawa raga bunga telur sambil berbual bual dengan anda semua.....anda semua boleh berbual dan bergaul dengan semua tetamu..akak tahu, adik adik akak yang peramah seperti amy dan juga kak nor sudah pasti akan mencurik perhatian para tetamu yang datang...tetamu kebanyakkan nya penduduk kampung, 10 kereta dari kelantan dan juga beberapa tetamu dari samsung, dari mc donald klia, dari jaya jusco midvalley serta yang paling penting dari keluarga 69 kan.....

sekiranya anda semua nak stay kat kampung akak, boleh ajer, namun akak akan cuba carikan rumah tumpangan untuk anda semua ek, namun kalau tiada rumah anda semua boleh lah pergi ke hotel berbajet murah, tapi mungkin hotel itu sangat hazab kot, kalau tak der jugak, kalau anda nak balik semula ke kuala lumpur pun ok....akak tak larang, tapi kalau nak rasa suasana kampung, boleh jerkan...kampung akak tu ada teratak zaaba, anda juga boleh pergi ke taman ostrich... memancing pun boleh jugak...tapi masa memancing tu jangan pulak kau melahar sana sini...bising...ikan pun lari tau.....tak pun jalan jalan ajer...memang di akui, tiada tempat yang menarik di situ sangat lah kan.....kalau nak chur pun boleh jer lah.....apa apa pun sebarang aktiviti akak serahkan pada anda semua...namun sekiranya majlis itu dah habis, akak pun dah free, akak boleh lah joint uols semua kan.....tapi sebelum majlis itu belum berlangsung....akak masih terikat dengan tanggungjawab adik beradik akak lah......

kalau nak balik dan singgah di air terjun kat ulu bendul pun boleh uols....tapi selepas anda semua datang ke majlis lah dulu ..jangan pulak singgah ulu bendul dulu, pastu baru nak datang kenduri...mestilah uols langsung tak datang pulak kan...takut uols pulak datang, majlis dah habis.....itu tak best lah.....

anda boleh datang bila bila masa sahaja tapi sebelum pukul 5 petang akak rasa lah...., nanti kalau nak dekat sampai , call lah akak, nanti akak tunggu di tepi jalan di balai raya tu dengan senyuman yang menguntum...hanya kak nor sahaja yang boleh berpakaian wanita, adik beradik yang lain pakailah yang vogue vogue sikit kan..hihihiu...gurau lah, tak kisah apa yang anda nak pakai, tapi biasalah tetamu dari kuala lumpur mesti dan pasti mencurik pandangan tetamu yang lain kan...anda semua nanti boleh datang ke kebun buah buahan akak yer walaupun sekarang nie bukan musim buah kot..hehehehhe alah jenjalan kan...entah bila lagi nak datang ke kampung akak kan?

kita semua faham kan budaya , cara, sikap, dan apa sahaja antara yang tinggal dikampung dan juga di kota akan berbeda...dan itulah yang seronok kan....mungkin anda akan mendengar dialek dialek negeri sembilan yang mungkin agak pelik atau menggelikan hati anda semua kan..heheheh akak terus terang tak pandai sangat menggunakan dialek negeri sembilan sebab di besarkan di port dickson kan....tapi manalah tahu anda bertemu jodoh dengan orang negeri sembilan kan? betul tak kak nor...eh kak nor...nombor tipon wan jolobu ada tak? akak nak contact lah dia...ajak dia sekali...walaupun kak nor dah ada ery jerrie kan...gitewwkan kak nor.....


apa apa pun , akak sebagai tuan rumah mengalu alu kan kedatangan anda semua dengan hati dan tangan terbuka...selamat datang ke batu kikir, jempol, negeri sembilan......