akum semua...dan salam satu malaysia...apa khabar semua? sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira disamping orang yang tersayang yer...akak disini sihat hanya penat lite lite sahaja...maklumlah baru sahaja selesai kenduri kahwin adik akak di colombia yer....oklah sudah pasti akak tidak sabar sabar nak mencoretkan sedikit pengalaman yang sangat berharga dalam diri akak nie kan...oklah seperti biasa akak pecahkan entry ini dengan
beberapa bab supaya anda dapat mengikutinya dengan baik sekali...selamat membaca....
bab 1 : pagi yang sibuk
yup......pagi hari perkahwinan itu akak dah mula sibuk yer, bayangkan lah , kami adik beradik tidur dalam pukul 2 pagi dan pukul 7 pagi dah mula bangun, walaupun majlis akan bermula pada pukul 12 tengah hari nanti, namun ada beberapa perkara yang patut diuruskan juga, antaranya kami kena gantung tanda ke arah rumah pengantin di beberapa tempat yang sesuai supaya tetamu yang datang dari jauh tidak tersesat nanti yer.......selepas itu kami semua kena bersiap siap ....terpaksa pulak mandi di rumah jiran kerana rumah di kampung kami hanya ada satu bilik air sahaja...so terpaksalah menumpang di rumah jiran sebelah...akak sentap jugak, sebab pagi pagi lagi orang dah datang yer...motif datang pukul 8 pagi..sedangkan kami dah maklum kat orang kampung yang kami menggunakan perkhidmatan katering yer...tapi biasalah orang kampung...datang sambil mengumpat rina kan....
dalam pukul 11 pagi semua adik beradik dah berada di balai raya....tak lama kemudian , ramai sungguh tetamu yang datang, kira kira 100 orang...motif kau orang datang awal...kau orang tak masak kah di rumah...sangat cekap kan diaorang datang makan dengan begitu awal sekali..akak dah pose pose di pintu pagar dengan mak dan ayah...kami dah mula pening sebab tetamu semua dah mula bising yer....nak makan....tapi dalam kad tulis pukul 12 baru jamuan makan..merasalah kauorang menunggu yer....akak terus pose pose di depan pintu pagar...tak pernah lagi akak jadi macam nie kan..... penyambut tetamu katanya .....yang penting akak memang tak kenal sangat dengan tetamu yang hadir...ada yang muka malatops..ada yang bias bias ajer..yang penting orang kampung sibuk tanya kat ayah akak sebab napa akak tak mahu kahwin lagi.....
dalam masa yang sama, akak asyik meng sms kak farah najihah dan juga akiko tomsen ....nak confirm mereka datang atau pun tidak...rasa dalam hati tak sabar sabar nak jumpa dengan mereka..lagi pun nak tunjukkan diaorang kampung akak yang aman dan damai nie kan....maklumlah kampung lonek pernah memang kampung terchantek yer peringkat negeri sembilan....mula mula akak berkira kira jugak nak bawak mereka ke kampung ..manalah tahu akan di baling batu oleh orang kampung...tak pun datang segerombolan burung ababil ke batu kikir nanti kan...namun setelah berfikir panjang..inilah masanya untuk akak tunjuk pada keluarga yang akak juga ada kawan kawan yang baik...bukan kawan kawan yer...dah macam adik beradik akak sendiri..sebab susah dan senang akak di kuala lumpur, adik beradik 69 lah yang selalu bersama...tak kisah masa senang atau masa susah....sering bersama...itulah yang akak sayang kat dioarng nie kan.....
bab 2 risau dan kecewa
dalam pukul 1 30 tengah hari akak menerima satu berita yang gembira apabila akiko memberitahu yang dia dan hami on the way nak amik shima dan amy di pandan jaya...yay..dengan kata lain, confirm mereka berempat datang ke kampung akak kan? so akak terus pulak tanya kat akak farah najihah , dengan rasa gembira juga akak diberitahu yang kak farah najihah dan hans serta firdee dalam satu kereta on the way ke kampung akak yer....yay...hepi hepi hepi .....dalam masa yang sama juga akak sangat risau kalau mereka semua sesat dan tak sampai ke kampung akak...tambahan pulak , inilah kali pertama mereka datang ke colombia @ batu kikir, namun akak ada bekalkan peta kepada mereka yer.....dan akak juga dimaklumkan yang rihanna dan kak nor pun datang jugak ....pada mulanya kak nor tak mahu datang sebab tak mahu nak malukan akak nanti depan keluarga....motif cakap macam tu...yer kak nor...dengar sini yer...apa apa sahaja orang pandang pada kak nor...akak tetap sayangkan kat nor..nak malu apa dengan kak nor kan...akak nor lagi mulia dari diaorang yang mengumpat kita kan..ada ker kak nor mintak makan dari diaorang kan? tidak.....akak tidak malu nak kenalkan kak nor pada keluarga akak yer...
akak nie memang jenis yang sangat dan cepat risau....bayangkan lah setiap 10 minit akak akan tipon dan juga sms kat kak farah dan jugak akiko sampaikan akiko merasa sedikit tension dengan perangai akak yer..." uols baru ajer kami bergerak 10 minit , u ols dah tipon...." begitulah kata kata yang dihamburkan oleh akiko setiap kali akak menelefon mereka...namun akak tak heran...tetap akak dengan degilnya menelefon mereka....bukan apa yang penting mereka selamat dalam perjalanan itu sahaja kan...tak mahu lah ada perkara yang buruk buruk yang berlaku......akak asyik tengok jam di tangan..rasa sangat sangat tidak sabar dengan kedatangan mereka yer.....masa yang sama , akak rsangat risau sebab tetamu yang datang sangat ramai..kami hanya jemput dalam 400 orang sahaja, namun yang datang adalah dalam 600 atau 700 orang...erm sudah pasti makanan tak cukup lah kan......
si hairul dah mula buat hal...dari pagi tadi mukanya masam mencuka ..akak malas nak layan sebab akak sangat pening dengan perjalanan majlis perkahwinan adik akak nie...antaranya akak dimaklumkan yang makanan tak cukup.....pengantin perempuan ada masalah.....rombongan dari kelantan pulak dah tersesat ...jadi semuanya akak kena handle sensorang yer....adik beradik yang lain telah diberikan tugas masing masing....si hairul pulak terasa yang akak tak layan dia masa dia datang..tolonglah ..jangan lah jadi macam budak budak sebab akak sangat pening dengan perangai macam nie...dia marah sebab akak tak layan dia, tak sambut dia, jenuh akak suruh dia mandi di rumah, tukar baju melayu hijau, tolong jadi penyambut tetamu dan juga tolong apa yang patut kan ....namun dia masam mencuka.....dalam pukul 2 petang, akak nampak kelibat hairul makan di bawah khemah sensorang...dan lepas tu langsung akak tak nampak dia lagi.....apa yang hairul buat , betul betul mengecewakan akak ...namun demi menjayakan majlis perkahwinan akak nie..opsss majlis kahwin adik akak, so akak sabar sahaja yer....
bab 3 kedatang tetamu yang di nanti nantikan
dalam pukul 3 petang, akak terdengar sore akiko yang menjerit kehappyan " kami dah nampak signboard batu kikir ...yay..." nak tergelak jugak akak masa tu ..sebab macam happy sahaja dia sampai di kampung akak.....kak farah pulak memberitahu yang mereka sedang menunggu rihannna di tepi sekolah teknik ...dalam 15 minit lagi mereka akan sampai kat kampung akak....punyalah happy dan berdebar debar sekali yer.....akak masa nie dah sangat penat..so akak ambil peluang untuk lepak di dalam balai raya bersama dengan adik beradik...manakala ayah sedang berbual dengan tetamu di luar ....
tiba tiba..akak dapat satu panggilan talipon......" kak maria....kami dah sampai yer..." sungguh runcing sore kak farah ...bukan sahaja runcing, namun kak farah begitu happy sekali..akak apatah lagi..terus bangun...mulanya macam tak percaya pulak...manalah tahu kalau kak farah sengaja nak bergurau dengan akak...tapi tidak yer...dari pintu balai raya akak nampak kereta warna hijau milik kasandra sedang mendarat yer...omak aiiii....mendarat katanya.....pastu nampak kereta hamie pulak....yay happy .........akak menjemput mereka masuk ke dalam balai raya...tapi malu jugak sebab makanan dah habis...aiyooo malunya akak..pastu orang dah mula sibuk kemas kemas dan khemah ..soan pulak mereka kan.....mesti lah lapar...pastu tak der makanan...akak terus memperkenalkan mereka kepada ayah akak .....mereka bersalaman.....akak pulak terus memberi mereka setiap satu hadiah sebagai tanda ucapan terima kasih kepada mereka yang sanggup datang dari jauh ke kampung akak yer......
mulalah sessi melahar lite lite yer.....mereka dok di sebelah saudara mara dari kelantan....sambil tersenyum tersipu sipu...kami berbual dengan nada yang sangat sopan dan rendah sekali...sungguh soapan adik beradik 69 kali ini yer.....tiba tiba akak dikejutkan dengan kedatangan kak nor dan juga rihanna..." adik...kawan perempuan adik datang tu ..." terdengar sore ayah memberitahu kepada akak ...wah tahniah kak nor dan juga rihanna yang tak pecah lobang dimata ayah akak yer...wah bertambah happy lah kami masa tu...di kesempatan itu juga, akak memperkenalkan kawan kawan akak kepada pengantin juga......kesian pulak mereka yang mengadu lapar...sempat juga beberapa adik beradik 69 yang sedang makan dodol yang dibekalkan.......
akak mengambil keputusan untuk membawa mereka makan di bahau....maka kami semua bertolak ke bahau dengan menaiki 3 buah kereta yer....akak berkali kali meminta maaf dengan firdee dan jugak kak farah sebab makanan dah habis......so , kami semua makan di kedai nasi ayam gemas yang terletak di bahau 2....seperti biasa setiap kali adik beradik 69 nie keluar sahaja dari kereta, banyak sangat mata yang memandang...motif memandang kan......kami masuk sahaja di dalam kedai makan nasi ayam tu, berpuluh puluh pasang mata memandang ke arah kami...kami buat muka bodoh sahaja...yang penting kami semua nak makan...dah lapar kan.....erm riuh rendah kedai nasi ayam tu dengan kedatangan kami..rupa rupanya mereka nie tak sabar nak mula dengan sessi lahar melahar sebab masa kat khemah tadi mereka menahan kesabaran untuk melahar antara satu sama lain.....
memang mereka sangat lapar...kesian pulak kan...dah lah perjalanan mengambil masa 2 jam yer....so meraka makan dengan penuh berselera sekali.....order lagi...order lagi...jangan malu malu kan...akak jugak sempat berbual dengan tokey kedai nasi ayam tu yer...dia memberitahu yang akan membuka lagi cawangan di shah alam.....apabila semuanya dah kenyang , akak berjanji untuk membawa mereka tengok home stay di kampung lonek .....so kami bergerak ke kampung lonek pulak.....tapi malangnya akak dah mula konpius dengan jalan nya...so kami dah mula masuk ke jalan yang salah .....kami menyusuri jalan yang sangat sempit pulak...di tepi kami ada sawah padi yang terbentang luas.....akak meminta kami semua berhenti dan berbincang tentang planning yang lain pulak.....so kami mengambil keputusan untuk pergi ke satu lagi home stay di kampung padang lebar pulak......
bab 4: lawatan miss miss ke kawasan colombia
kami semua keluar dari jalan ke kampung lonek menuju ke jalan besar, tiba tiba akak nampak adik akak dan isterinya di tepi teratak zaaba yer...wowo...so akak arah kan mereka semua masuk ke teratak zaaba pulak...so kami semua mengambil keputusan untuk mengambil gambar bersama dengan pengantin....hahahahaha..... pengantin nak mengambil gambar di tempat lain...so kami mengambil keputusan nak melihat teratak zaaba...dah mula pecah lobang.....apatah lagi pada masa tu, teratak zaaba tak der pengunjung...riuh rendah dengan sore kami yang macam kuntilanak nie kan....yang penting bergambar...tak hengat yer...masuk pulak dalam teratak zaaba...macam dah nak runtuh teratak tu kan..takut masuk paper sahaja...tak pernah pernah lagi teratak zaaba runtuh...tup tup runtuh lah pulak kan.....
naik satu bahagian ke satu bahagian...sambil bergambar...tiba tiba kami jumpa satu port yang sangat chantek untuk bergambar......maka bersimpuh lah kami adik beradik...ada macam macam gaya yer....ya allah...arwah zaaba mesti tak tenteram melihat kami...opssss....gurau ajer lah...yang penting, perempuan yang bertugas tu dah mula pening dengan telatah kami...dia pada mulanya bersemangat nak memberikan penerangan serba sedikit mengenai teratak zaaba...tak jadi dah nak terangkan..sebab tgk kami semua ......macam budak budak ...hehehehehe seronok sekali yer....lepas kami semua dah puas di atas teratak zaaba, kami semua pergi ke belakang teratak yang ada kolam ikan katanya...so kami juga berkesempatan melihat kolam ikan serta peralatan peralatan yang lama yang digunakan untuk menumbuk padi .....bergambar lagi....
akak bercadang nak bawak meerka pergi ke kampung stay yang terletak di padang lebar yer...so sekali lagi rombongan miss universe bertolak ke sana......masing masing nampak sangat happy sekali kan.....so ...kami semua pergi ke kampung stay..perjalanan mengambil masa dalam 15 minit....sampai sahaja di kampung stay, akak dapati ada satu kumpulan sedang membuat aktiviti di dalam kampung stay ...so kami dengan muka yang vogue masuk sahaja......so akak pergi mencari perempuan yang bertugas iaitu cik yatt...alhamdulillah...masuk sahaja di kampung stay, terus akak jumpa dengan cik yatt ter...so cik yatt dengan happy yer, menunjukkan kawasan sekitar di kampung stay .....erm sungguh menarik sekali.....cik yatt tunjukkan pondok kecil sekiranya kami ingin tinggal disitu...disamping itu juga...kawasan kolam ikan...dan macam macam lagi....ura ura kami semua nak stay di situ satu hari nanti lah kan...macam sangat seronok pulak kalau stay disitu ........
selepas kami semua melawat persekitaran kampung stay, kami semua ingin pergi ke rumah akak pulak, malangnya, akak menerima sms yang mengatakan adik beradik akak mesti berkumpul di balai raya untuk membersihkan balai raya pulak, sekali lagi kami semua bertolak ke balai raya...sampai sahaja di balai raya akak dapati, belum ada satu kereta pun adik beradik akak yang sampai....erm terpaksalah kami menunggu kan...so dalam masa 5 minit, kereta adik beradik akak sampai...tanpa membuang masa akak terus mengemas balai raya tersebut...yang akak sangat terharu ialah adik beradik 69 pun turut membantu akak sekeluarga membersihkan balai raya...terima kasih uols.....amat terharu yer.....apabila semua dah setel, akak pun meminta kebenaran ayah untuk balik ke kuala lumpur pada malam itu juga...dengan nada yang keras dan tegas ayah bercakap " terpulang...terpulang lah dik...." akak dah biasa dengan perangai ayah masa tu...hanya takut kawan kawan sahaja yang fikir lain pulak kan.....
so akak mengambil keputusan untuk pulang dengan adik beradik 69 .....akak meminta mereka semua hantar akak balik ke rumah kampung yang tidak jauh dari balai raya.....akak pun minta mereka berhenti di luar pagar yer.....sampai sahaja di dalam rumah, ayah menyuruh akak menelefon kawan kawan supaya masuk dulu ke dalam rumah terlebih dahulu, maka akak tipon akiko atau hamie masa tu, sorry akak tak ingat sangat lah...so mereka semua masuk ke dalam rumah akak..akak pulak macam lipas kudung terus mengemas barang barang untuk di bawa ke kuala lumpur....sempat jugak akak memberikan sedikit kuih apam kepada mereka..manakala kak nor pulak haus ajer kerjanya....semua dah siap, akak pun peluk ayah, mak dan jugak akak yer....terasa sangat sedih pulak masa tu kan....yelah memang ayah akak sangat rapat dengan akak..malahan, kalau akak balik kampung, akak akan tidur disebelah ayah akak .....gittewwkan.....
bab 5 pulang ke kuala lumpur
kami semua bertolak ke kuala lumpur dalam pukul 8 15 malam......sempat juga kami singgah di pekan batu kikir untuk menghilangkan rasa dahaga.....dan juga mengisi perut kami yang lapar nie...akak menghidangkan mereka dodol....masing masing memuji rasa dodol tersebut terutama kak nor dan juga amy...dikesempatan ini juga, sempat lah akak menerangkan mereka tentang serba sedikit keluarga akak...ada jugak part yang touching di situ apabila akak memberitahu mereka yang mereka adalah insan insan yang istimewa dalam idup akak..so buat apa pulak akak nak malu dengan mereka semua kan...mereka pun tak perlu malu dengan perangai akak yang giler giler nie kan.......tapi tetap ada jugak sessi lahar melahar nie kan.....tetaps uolsssss....so kami semua berolak pulang ke kuala lumpur dengan perasaan yang happy bercampur penat...kepada adik beradik 69, terima kasih banyak banyak sebab sudi datang ke kampung akak nie ek......insya allah kita akan berjumpa nanti di kampung stay.....
salam sayang...
maria ardila binti pantuek @ maria hulia julia mendoza@fareeza natasya rabiatul azwa
Pengeluaran Akaun 1 KWSP melalui i-Sinar.
3 years ago
11 comments:
so kami juga sangat2 berterima kasih kepada cikgu yang sudi mengajak kami bertandang ke balai raya dan umah uols itu...so nanti jangan serik ajak kami lagi ya...so percutian ke colombia sangat-sangat meninggalkan kenangan manis kepada kami...so kami sangat2 teruja bergambar di teratak zaaba itu....so nanti jangan lupa percutian kita di perkampungan stay...so kita ajak ramai2 ikut kita mancing and mandi sungai segala....so ajak sekali adik cikgu yang baru kawen itu sama..so...so...
(brapa banyak so da dalam entry cegu)
so firdee...
mmg dah lama kite adik beradik tak gi jln jauh2 kan... sesekali bercuti ramai2 mmg meriah!!
rugi lah we ols x ikut... vacation to kg stay is a must okeh
thanks cegu..
kg cegu best sgt..
mmg nk poie lg..
tgu.....
kepada mr firdee....
sempat lagi katanya buat lawak dalam komen katanya...yup cegu pun amat terharu dengan kedatangan uols semua.....tak leh lupa tau....hehe apa apa pun family cikgu pun kirim salam kat semua....wah wah wah...kirim salam kat adik cegu yang baru kawin katanya.....rihanna yang taste dengan adik cikgu tu......tak pern nanti kita pegi lagi kan....
dear kak farah....
yup percutian yang macam nie kan best ...jalan jal;an kawasan kampung kan.....tak sabar nak ajak uols semua datang ke colombia lagi ......
dear sepupu ku...
yup uols memang rugi tyak ikut tau....best lah...... yang penting my family leh terima adik beradik 69 kita nie...seronok sangat berdebar jugak kalau ayah cegu dah keluar senapang patah dia masa tu...oh tidak yer..keluar dengan senyuman..alhamdulillah....
dear kak nor...
apa apa pun kak nor, cegu amat berterima kasih sebab kak sudi mencemar duli dan menjejak kan kaki ke kampung cegu yang bias bias ajer yer.....nanti kita pergi kan...tak sabar nak pi jolobu pulak lah.....
haha .. kite bukak club kt batu keker ok x ?
dear mr hans...
club apa tu yang nak di bukak yer.....kelab kelab malam boleh lah kan? atau sauna?
hahhahahah
tak pecah lobang ker sy ni?
biase ler...
masih dara katanye...
lobang pun..
masih tertutup lg..
;)
Post a Comment