1 30 petang 12 oktober 2009

lena ku di ganggu dengan deringan telefon yang amat menyakitkan hati ku... yup aku akui aku memang sangat sakit hati apapbila tidur ku di ganggu dengan deringan telefon, rasanya mahu sahaja ku "silent " sahaj bunyi telefon tersebut , namun takut pula kalau ada panggilan yang penting pulak kan? walaupun pada hakikatnya aku perlu bangun dari tidur dan bersiap siap untuk pergi kerja...perasaan yang sangat malas, aku terus melihat di skrin telefon ku..tertera nombor yang ku rasakan sangat pelik sekali.....ada 16 digit tak silap aku....ku biarkan suara beyonce menyanyikan lagu halo menemani semula tidur ku...

namun deringan itu terus berbunyi...membuatkan aku berasa sangat geram..dengan suara yang serak serak basah, aku melontarkan perkataan "halooo..siapa di sana ?" namun tiada jawapan yang ku terima...apa lagi semakin geram lah aku...dah lah tidur ku diganggu, bila jawap panggilan tiada pula bersuara..aku menggomel keseorangan dan meneruskan lena ku

2 00 petang 12 oktober...

aku bangun dan bersiap siap untuk perg mengajar, minggu ini aku agak sibuk sedikit, kelas di awalkan dan beberapa kelas ganti harus di buat kerana adik ku akan melangsungkan perkahwinan pada hujung minggu ini dan juga hujung minggu depan ....sebaik sahaja aku bersiap untuk pergi mengajar sekali lagi nombor ganjil itu tertera di skrin telefon..kali ini aku aku bertekad untuk mengetahui siapakah pemanggil misteri ini ......belum sempat aku memberi salam...di hujung talian aku terdengar suara yang amat aku rindui...suara seseorang kawan ( bukan suara dari kubur yer kak donna) ...dari nada yang dilontarkan...aku sudah cukup ceria sekali ......

itu ajer......hikhik