yang terlewatkan....




20 november 2009

selamat petang......maaf lah tak balas sms awak....saya dah nak balik kampung dah nie...tak datang lagi kat sini...dah tak kerja lagi kat malaysia...balik terus..kerja kat sana...maaf kalau ada silap dan salah.....saya kemas kemas nie..kalau sempat nak jumpa kejap....nak beri sesuatu....datang lah .."panjang sungguh sms yang di terima....

aku bergegas bangun dan bersiap, ujan masih lagi urun membasahi bumi...memang dah lama nak jumpa dia...tapi busy sangat lah ...

naik teksi ke rumahnya...sampai sahaja dirumahnya..

"lah ingat kan tak datang...." dia terkejut

"mestilah datang..awak kan kawan baik saya .." aku menjawab

dia sibuk melipat baju.

"boleh aku tolong?" aku menghulurkan bantuan.

dia tak menjawab. aku pun dengan pose ala ala lady diana pun , terus menolong dia melipat baju...suasana diam sahaja

"ina mana?" aku bertanya

"ina tungu kat kl sentral" pendek jawapan nya..

"pukul berapa tiket?" aku bertanya lagi

"kul 8 malam...tapi nak jumpa ina kul 5 petang.." aku segera mengerling ke arah jam tangan ku....dah pukul 4 petang....lagi satu jam.

"jangan lupa saya tau.." aku bersuara..

dia berhenti mengemas...dia hanya tersenyum lalu berkata "samalah jugak dengan awak...jangan lupa saya..."

"eh tak kan lupa awak...thanks....sebab selama nie baik dengan saya ( motif saya?)...

"no hal.."

"kirim salam kat keluarga kat narathiwat yer....selamat hari raya haji..." kataku..semuanya barangnya dah siap di kemaskan...

"aku nak cepat nie...so nak kasi kau satu barang..." dia menghulurkan satu bungkusan..

"eh tak payah la.." kata ku malu malu..

"ambik lah...ikhlas...." jawabnya..dia seperti tergesa gesa, dia menyarung kasut..aku memerhatikan nya..

"dalam tu ada surat ..aku tak tahu tulis...aku suruh kak sri yang tulis.." terangnya lagi...

aku terdiam...

"aku nak pergi kedai dulu...nanti apa apa kita sms atau kau tpon lah...." dia menghulurkan tangan untuk berjabat....

dia memeluk ku erat dan menepuk bahu ku...

"jaga diri tau..." dia berlalu pergi menuju ke kedai...aku hanya terdiam...

semasa aku meneunggu teksi...datang sms..

"jangan lupa dengar lagu..yang terlewat..sheila on 7 "

aku tersenyum...

lagu itu berkumandang di telinga ku berkali kali ....
sorry kalau anda semua tidak berminat membaca entry ini...biasalah...jiwa melankolik lagi

napa tak lawan uols?


lokasi: restoran safira pandanjaya

masa : pagi ( dalam kul 3 pagi rasanya)

rutin aku seperti biasa..kalau tidak dapat tidur aku akan pergi ke restoran ini untuk online...yelah, sejak ada WIFI kat restoran nie, aku bersyukur sangat, tidak perlu lagi berebut rebut ke cyber cafe di pandanjaya ..kalau tidak, pergi ajer cyber cafe , mesti penuh, apatah lagi cuti sekolah yang semakin hampir. banyak betul bebudak kat sana...tapi bebudak sana sangat elok yer...bak kata kak nor " L " sangat....

aku terus mencari port yang paling sesuweiii ....mata ku meliar mencari tempat yang senang aku lepak, tersorok ...yang paling penting aku boleh tengok semua orang...kelas kan? sambil online sambil chur katanya kan....

aku ambik satu meja yang berdekatan dengan dinding...setelah order nescafe panas, pantas aku membuka laptop ku...sambil tu sempat aku memandang ke kiri dan ke kanan...nampak macam lengang sahaja..owh...lupa..kan sejok sejok nie, mestilah best tidor kan? pastu esok hari kerja pulak....

tetiba aku terdengar bunyi seperti bunyi yang biasa aku dengar..nyaring sekali...di selang seli dengan hilai tawa...oh dah datang kumpulan hadek hadek pandanjaya...tak silap aku, diaorang nie budak budak kolej di maluri...wowo sungguh hebat penampilan mereka pagi tu..kelas kan uols semua..nak pi kedai mamak, macam nak pi disko...aku tak nafikan mereka ini memang suka bergaya...pastu guna warna yang terang terang ...

dari kejauhan , kelihatan 5 ekor obor obor yang sedang catwalk...eh wahhhh..eh wahhhh..suka kau yer * matilah manap *mereka tertawa riang..mungkin dah habis paper kot...tak pun baru abis chur dan mendapat..tahniah uols* matileah adik beradik 69 yang guna konsep tahniah*
mereka gumbira skals...sampai sahaja kat safira, mereka terus duduk kat sebelah meja aku..betul betul kat sebelah...

aku pun tersenyum kat diaorang, yolah, kita nie tak payah nak kekwat kekwat kan dengan hadek hadek, tapi kalau kau yang mula bakar obor, apa kau hengat aku pun tak boleh bakar obor kah? aku dulu pernah berlari sambil bawak obor sukan komanwel semasa kita jadi tuan rumah tau....opss sorry emo pulak......hadek hadek pun senyum sahaja...

"sorang ajer ker?" tegur salah sowang tu

"aha sowang ajer....happy nampak?" aku bertanya

"aha happy..baru dapat jantan..." wah kelasssss

aku tersenyum dan nescafe ais aku sampai. aku pun terus online dan mereka berlima sedang kukik kukik.....telinga ku jahat juga, sempat curi dengar perbualan mereka ...erm dari apa yang ku dengar mereka baru sahaja berjaya menawan beberapa mat moto dari kedai david seng heng...wah kelas adik adik nie...dengan happynya mereka pun menceritakan kisah 18 sx ...bertukar tukar pandangan katanya..wah baik kau orgy reramai ajer lagi tol tak dik..macama kat umah bbmb kat serdang dulu * betul tak kiko*?

namun, kedinginan pagi tu diganggu dengan deruman moto dari luar restoran, cepat cepat aku mengangkat muka..wah..ada beberapa mat moto datang lepak katanya...beruntung hadek hadek nie kan? mula mula hadek hadek tadi nampak sangat teruja...tetiba pulak buat muka kelat pulak kan? napa uolsss?

segerombolan checki turun dari moto tersebut, muka macam ganas...wowowow mak takut uols...nampak aura aura jahat dari muka mereka..matielah hadek hadek nie..macam ada gaduh ajer nie kan? tapi best gak...dah lama tak tengok hadek hadek bertempur dengan checki nie kan? yes...marilah kita saksikan filem penuh aksi nie...

"oii pondan sial ...kau buat apa kat balak aku dowh?" jerit seekor checkki . mukanya seperti nak baham ajer hadek hadek tu. hadek hadek tu nampak terkejut...takut..tak melawan..cepat uols jangan takut..lawan ajer...lawan mulut dulu...diaorang yang mula dulukan..jangan takut dik....

"diam pulak pondan babi nie....aku tanya kau kau ..kau buat apa dengan balak aku tu..kau main ek..sial betul lah pondan nie..dah lah di laknat oleh tuhan....konek tak naik..pastu main dengan jantan..." bertubi tubi dia menghina hadek hadek tu .....semua pekerja mamak safira berkumpul di satu tempat , masing masing tak mahu masuk campur, aku pulak buat busy online sedangkan aku tengah..ku keluarkan buku catatan aku, nak catit isi penting, nati boleh tulis dalam blog...

"diam pulak pondan sial nie..memang ayah kau main dengan babi kot masa dulu.." erm ini dah melampau bukan? masuk ayah dan mak ini , bagi aku dah melampau bukan? ish..hadek hadek nie tak melawan pun..diam..terkulat kulat....mungkin diaorang tak melawan sebab takut kena pukul dengan mat mat moto yang duduk di bawah sahaja kot...erm betul jugak lah tindakan mereka ...lainlah marie, boleh lawan mat mat moto walaupun ber skirt.....

macam macam penghinaan yang dilemparkan oleh checkki tu kepada hadek hadek tu, sampai satu tahap ......aku terasa nak masuk campur pulak...pantang tul aku checkki nie hina hina orang..hina lite lite dah ler...nie dah over nie..marie....datanglah masuk ke dalam badan ku marie..sandra..berikan aku hikmat melahar kau kepada ku..kak nor....datang dalam tubuh ku..berikan dan tunjukkan aku hikmat memukul checkki..datang lah..amy ...ku seru nama mu....datanglah ...( motif seru semua nama adik beradik 69 )...kak imah lenggok...datanglah..berikan aku kuasa sakti mu..datin sal...datanglah....berikan aku hikmat chur mu ( kalau semua datang penuh pulak resoran dengan kaum kita kan?)

bila checkki tu dah penat menghina dan ketawakan hadek hadek mereka pun pergi, sempat juga checkki tu menepuk meja dengan kuat ....dan tunjuk pada hadek hadek tu "fuck" uiiii kelas kan....yelah kau bawak bala tentera banyak giler...checki ajer aku rasa dah 7 orang, mat moto lagi rasanya 7 orang kot..matileah hadek hadek nie jadi sayurkan nanti.....

"erm ...napa tak lawan ajer tadi ?" aku bertanya..

diaorang masih lagi trauma.....

"takut lah bang..( abang katanya )....nie first time baru kena mcm nie.." jelas sorang tu

"sial punya jantan...dah sedap main dengan kitaorang, siap pau rokok dan makan lagi tadi bang, pastu suruh kami beli top up lagi..tup tup kena sembur"sambungnya lagi

"lah mana jumpa?" aku bertanya

"port biasa kat mamak tepi kedai sen heng tu lah bang..diaorang datang ramai ramai..tak bawak awek..diaorang ngurat kami dulu (.. ye ker...bukan kau smua yang gedik dengan diaorang kan..sudah )

"pastu apa yang berlaku?" wah aku nie ponnn

"kami angkut bawak balik umah kami berlima....diaorang pun berlima..sorang satu..tapi diaorang suruh kami bayar makan, pastu beli rokok sorang satu, beli arak lagi....last beli top up..semua kami beli bang...apa lagi...enjoy lah kami....tapi tak sangka jadi macam nie...siapalah yang mulut sial cerita kat awek diaorang kan..."

"ada ker gambar jantan tu dik?" uiiii kak maria mendoza sangat

"ada bang..dalam handset....jap ek" yang kau jujur sangat dan lurus bendol tunjuk kat aku wat ape..sukerrr

dia pun tunjuk kat aku.....aku tersenyum..
sambil pose macam gini...voleyyyy?

meeting guru

sekitar tahun 2006...

jam menunjukkan pukul 7 00 pagi, aku melangkah menuju ke pejabat sekolah, suasana pagi itu sangat sejuk, kelihatan beberapa orang murid sedang berlari lari di tapak perhimpunan . aku sedang beratur untuk menandatangani kehadiran guru, kelihatan beberapa orang guru sedang berbual di depan kaunter pendaftaran di dalam pejabat.

"cikgu cikgu semua , tolong tengok papan kenyataan yer, petang ada meeting, jangan pulak tak tahu ..." terdengar suara kerani yang amat menyakitkan hati aku.

"ish meeting lagi....boring lah..asyik asyik meeting, pastu mesti lama pulak tu kan?" ngomel aku di dalam hati, aku tahu setiap hari rabu, semua guru akan berkumpul di bilik mesyuarat, apatah lagi sekolah kami akan mengadakan hari sukan tahunan....

"tahu tak ada meeting hari ni? tanya cikgu sharina pada ku... aku mengangguk lemah sahaja...yup aku tahu petang ini ada meeting . aku hanya tersenyum masa berjalan dengan begitu pantas sekali. masa terakhir, aku dapati ada sekeping kertas di atas meja...

"owh kertas tentang pembahagian tugas guru guru sempena hari sukan..." getus hati ku. aku menarik kerusi. aku henyakkan punggung ku di atas kerusi tersebut sambil menghela nafas yang panjang..cepat cepat mataku mencari nama ku. aku ingin tahu aku diletakkan di bahagian mana. aku rasa berdebar debar..


"opss..aku diletakkan di bahagian persembahan dan juga acara tahap satu" aku mengeluh...mengapa aku ada 2 tugasan nie, aku tidak berpuas hati, cepat cepat aku melihat senarai itu kembali, aku tidak nafikan beberapa orang guru terpaksa berkerja keras dalam sukan tahunan kali ini. loceng dibunyikan, beberapa orang guru bergegas ke bilik guru, manakala kerani sekolah sedang membuka bilik mesyuarat. aku melangkah perlahan lahan menuju ke sana.

"hai lemah sahaja cikgu rizal" usik ustazah mazirah aku tersenyum kelat.

aku akui aku tiada kawan di sekolah, nak berkawan dengan cikgu laki laki aku maih lagi segan sedikit, maklumlah baru 2 minggu berkhidmat sekolah apatah lagi aku hanyalah seorang guru sandaran..aku hanya sandaran sangat k
an?

semua guru guru masuk dan duduk di kelompok masing masing, aku seperti biasa duduk di kelompok tengah tengah..tak der geng ...sian kan aku kan...nak buat macam mana...memang aku pendiam bila disekolah kan....giteewwkan

guru besar masuk, semua guru guru automatik diam, umpama seorang guru yang masuk di dalam kelas, semua guru guru memberi perhatian kepada guru besar, sepeti biasa guru besar akan memberi kata alu aluan..

"oklah, saya persilakan cikgu fauzan untuk memberi sedikit taklimat mengenai sukan tahunan kita kali ini, dan semua guru telah diberikan kertas tugasan masing masing bukan? jadi sila rujuk pada kertas tugasan tersebut, sementara cikgu fauzan akan memberi anda sedikit penerangan" guru besar meberi arahan....

cepat cepat aku melihat kertas tersebut.
pandangan ku tembus sahaja, aku mengelamun, terbayang kuih karipap dan juga kuih donut di atas meja, dan juga teh tarik...ermmm sedap tu ...ish aku nie...

"ajk persembahan kali ini, kita akan dapat seorang guru yang baru, baru sahaja berkhidmat di sekolah kita...iaitu cikgu rizal" sebaik sahaja nama ku di sebut, berpuluh puluh pasang mata merenung aku. naik rimas aku...nasib baik masa tu aku tak tahu nak sebut, "motif memandang?"

"jadi saya serahkan pada cikgu rizal untuk merangka jenis persembahan...dan perlu dingatkan yer cikgu rizal, persembahan itu mestilah sangat menarik sebab ia adalah persembahan pembukaan . saya yakin cikgu rizal pasti dapat idea yang baik...." jelas cikgu fauzan sambil meenung di mata ku .auwwww

"oklah...cikgu fauzan, saya nak tanya sekarang juga, apakah jenis pesembahan yang akan kita buat ? tanya guru besar ... "saya rasa lebih baik, encik masrol bertanya dengan cikgu rizal sendiri" dengan pantas cikgu fauzan menjawab

"iyer...cikgu rizal ada apa apa idea?" tanya guru besar
aku masa tu ya allah , amatlah takut sekali. aku berdebar debar..terkulat kulat....

"lah lamanya...." aku terdengar guru guru praktikal melahar aku..
"kita buat senamrobik sahaja lah " cadang seorang guru praktikal yang memang tak suka dengan aku...wah kelas kau memberi ideakan..kau buat ok?

" erm saya boleh handle senamrobik sebab kat maktab saya selalu buat, alah kacang ajer..." sambung nya lagi...guru praktikal tu seorang gadis yang bertudung.....tapi mulutnya ya allah....aku tak tahu lah apa masalah dia dengan aku....chantek kah aku?

"saya rasa biar cikgu rizal yang jawab...." seorang guru lain membela aku...
aku dapati guru praktikal itu menarik muka masam. aku tahu dia berminat dengan tugasan persembahan. gila kuasa betul.... aku mengangkat muka ku merenung semua guru sambil tersenyum lalu berkata...

saya rasa senamrobik tu hanya persembahan yang dah biasa kita tengok... sebenarnya saya ada tanya beberapa pada cikgu fauzan tentang persembahan tahun tahun lepas....kata cikgu fauzan , tiap tiap tahun sekolah nie pasti akan buat senamrobik, saya rasa dah lapuk lah...." kata kataku itu membuatkan guru guru tersentap seketika..

kipas berpusing dengan laju...
"jadi saya nak tukar acara persembahan tahun nie dengan acara lain......" aku bersuara..masing masing hanya mendiamkan diri sahaja...tertanya tanya apakah persembahan pembukaan sekolah nanti

"biasanya kalau sukan tahunan, murid murid akan mengambil bahagian dalam semua acara bukan? merekalah yang akan berbaris dalam acara perbarisan, mereka juga akan buat persembahan, mereka jugalah yang akan berlari di padang..kita ? hanya mengarah sahaja bukan? jadi langsung tak nampak sangat penglibatan kita .." masing masing mula mengerut dahi.

"jadi apa saranan cikgu rizal?" tanya guru besar

"TARIAN POCO POCO ..SEMUA GURU WAJIB AMBIK BAHAGIAN...SEKIAN." aku terus duduk sambil pose pose tengok kuku... puas hati aku......................................
terus larik

betol ke macam tu hah?

Cerita ini bukan rekaan semata mata. Watak dan jalan cerita adalah benar melainkan yang tidak benar….

Pukul 3 .00 petang

Lokasi: disebuah restoran sekitar pandanjaya

Aku memilih lauk yang dihidangkan…terasa sedikit kehampaan apabila aku mendapati lauk pauk yang dijual disitu hanya tinggal sisa sisa sahaja, namun tidak mahu berfikir panjang lagi, aku terus memilih apa sahaja yang ada..konsepnya…tak kisahlah asalkan aku kenyang ,… sudah ….

Mataku meliar mencari tempat duduk. Pusing kanan macam penuh, pusing kiri pun macam dah penuh, hairan jugak aku, dah pukul 3 petang masih lagi ada orang yang makan tengah hari lagi ker? Atau diaorang nie malas nak masuk opis kah? So dengan hati yang berat aku terpaksa menumpang satu meja dengan kumpulan makcik makcik yang sedang khusyuk makan.

Sebenarnya meja yang mereka duduk tu boleh muat dalam 10 orang, tapi mereka hanya ada 4 orang sahaja, jadi ini bermakna ada ruang lah untuk aku duduk disitukan, yang penting bukannya makcik makcik tu bayar harga makanan aku nie, dengan muka yang kelat aku duduk di meja tersebut, selang 2 kerusi dari mereka sahaja.

Pada mulanya aku tidak berniat atau pun berminat dengan topik yang diperbualkan oleh mereka, fikiran ku lebih tertumpu dengan makanan dan juga persekitaran disitu sahaja. Ku dapati gerai ini merupakan gerai yang paling popular jugalah ….apatah lagi lauk yang dihidangkan sangat sedap. Oklah kan….

Tiba tiba aku terdengar topik perbualan mereka, mula mula mengumpat pasal orang kahwin, motif uols semua mengumpat pasal pengantin itteww kan? Marilah kita dengarkan sama sama topik perbualan mereka yer…

Makcik A : erm aku tak berkenan sangat dengan menantu si X tu

Makcik B: napa pulak ? ok pulak aku tengok ….tak nampak pulak cacat nya

Makcik C : aha..kau pun satu ..apa salahnya menantu si X tu ?

Makcik A: yelah ..kau tengoklah anak si X tu cantik, lawa, ada rupa …tapi cuba kau tgk suami dia…erm malas lah aku nak cakap, kau paham paham sendiri lah kan..

Makcik D : lah penting ker muka laki dia elok? Tak kisah lah A , asalkan dia bahagia dengan laki dia kan.

Makcik A : kalau aku lah…ish tak selera aku nak menghadap muka dia malam malam( motif ada cerita lucah katanya )

Makcik B: lah kau pulak yang tak selera, dia selera kot…

Mereka ketawa perlahan lahan sambil menyuap makanan. Aku teringat pada adik aku yang baru sahaja berkahwin.

Makcik A: ish ..kalau anak aku nak kahwin , suami dia biarlah handsome macam fahrin ahmad kan…sejok sikit aku tengok.

Makcik D: mana lebih penting..rupa ker kerja ?

Makcik B: aha…tul tu, aku dengar menantu si X tu kerja bagus tu…gaji besar, senang hati anak dia nanti….dok rumah ajer, tak payah pi kerja..nie kalau muka handsome, tapi tak der kerja nak wat apa? Makan pasir?

Makcik A :yelah memang lah kerja tu penting, tapi kalau dapat fahrin ahmad kan best lah, dah lah ada rupa , kaya pulak tu kan, pelakon, pengacara , model..ish untung anak aku nanti kan( motif lah makcik nie berangan bagai ?)

Makcik B : aku tak nafikan..memang tol jugak cakap kau, sekarang nie budak budak pompuan kita tengok comel- Comel., tapi yang pakwe dioarang…muka ermm macam pecah rumah ( bukan main sedap dia cakap macam tu kan). Agaknya diaorang tak tahu nak pilih kot…..

Makcik A : aku tahu napa jadi macam tu…. ( sambil dia memandang ke semua orang)

Makcik B : eh kenapa…aku rasa dah jodoh diaorang kot

Makcik A : salah lah…..sebab ….

Semua orang memandang ke arahnya, masing masng tak sabar nak tahu, termasuklah aku yang dari tadi memasang telinga..

Makcik A : SEBAB YANG HANDSOME HANDSOME DAH BANYAK JADI BAPOK DAN GAY, JANTAN SUKA JANTAN

Terus aku macam nak tersembur keluar makanan dari mulut aku……

Makcik makcik lain terlopong smbil mengangguk anggukkan kepala…kelesssssssss

muka photostat

akum semua dan salam satu malaysia....hai apa khabar? sihat kah? akak di sini sihat sahaja....alhamdulillah...tadi dah tido dah, tapi tiba tiba terbangun yer....tadi tido pukul 9 15 malam, ( semakin awal kan?) so, tiba tiba dalam pukul 12 30 malam, terdengar bunyi alarm kereta ...terus terjaga pulak....so terus pi kedai burger, beli burger dan terus online kat mamak safira.

oklah sekarang nak cerita pasal pengalaman semasa mengajar di sebuah sekolah di sekitar cheras yer. oklah masa tu jadi pendidik katanya kan? oklah ceritanya begini......

sekitar tahun 2002

aku melangkah menuju ke kelas tahun 2 mawar. hati ku begitu panas. geram, tak puas hati . keputusan peperiksaan pertengahan tahun kelas tahun 2 mawar amat merundum . kelas 2 mawar merupakan kelas yang pandai di darjah 2. darjah 2 ada 4 kelas, iaitu kelas mawar, anggerik, dahlia dan cempaka.

pagi tadi, aku telah di marahi oleh guru besar, terngiang ngiang di telinga kata kata pedas yang dihamburkan oleh guru besar kepada ku, aku tertunduk diam dan hanya mampu berjanji untuk memperbaiki keputusan bahasa melayu bagi tahun 2 mawar nanti, untuk peperiksaan akhir tahun .

guru kelas 2 mawar juga terkejut dengan keputusan bahasa melayu pemahaman dan penulisan, walaupun lulus 100 perastus , namun bilangan murid yang mendapat A hanya 5 orang sahaja berbanding dengan kelas anggerik yang selama ini memberi saingan kepada kelas 2 mawar iaitu 12 orang.

terdengar juga suara suara sinis yang memperli aku..

"alah , dia kan guru sandaran sahaja, entah tahu mengajar ke tak ?" itu adalah antara suara suara yang selalu ku dengar di bilik guru...semuanya harus ku telan sebab aku hanya guru sandaran tidak terlatih di sekolah tersebut, apatah lagi aku baru sahaja berkhidmat dalam 2 bulan sahaja.

"silap guru besar jugak, letakkan dia di kelas yang pandai, letak ajer kat kelas belakang ajer" kata seorang guru pada guru kelas 2 mawar.

aku sampai di muka pintu kelas 2 mawar, suasana yang bising kini menjad hening sebaik sahaja mereka semua ternampak muka ku yang masam mencuka.....

"bangun semua...assalamulaikum dan selamat sejahtera cikgu " ketua kelas memberi salam

semua murid bangun dan dengan serentak memberi salam kepada ku....mereka berdiri tegak....aku biarkan mereka berdiri dalam beberapa ketika....masing masing mula menunjukkan muka yang berkerut...ada yang berpandang pandangan antara satu sama lain.

"kamu semua jangan duduk..." kata ku dengan tegas.

mereka semua terkulat kulat. ada yang menundukkan muka di bawah. aku masih lagi cuba menahan rasa simpati kepada mereka, aku perlu bertegas dengan mereka sekarang, sebab lambat laun nanti, aku yang akan menerima akibatnya nanti.

"kamu semua nak tahu keputusan peperiksan kamu semua ? aku bertanya.

terlihat wajah dan riak di muka mereka yang tidak sabar sabar untuk mengetahui keputusan peperiksaan mereka..ada juga yang takut takut, hanya tunduk di bawah sahaja.

"kamu ingt kamu semua nie pandai sangat ker? teruk betul....cikgu tak sangka kamu main main masa jawab peperiksaan hari tu, bila cikgu tanya dah siap ker belum, kamu kata dah siap, sedangkan masa ada 30 minit lagi, sepatutnya kamu semua kena semak dulu, pastikan kamu memilih jawapan yang betul, nie tak ...dah pandai sangat .." bebel aku..suara ku tinggikan..beberapa orang guru yang melintas di tepi kelas 2 mawar sempat mengerling ke arah ku

aku dapati murid murid tidak selesa kerana berdiri terlalu lama. timbul pulak perasaan kasihan aku kepada mereka yer...

"sila duduk.." secepat kilat mereka duduk dan menarik kerusi. ada yang berbisik bisik, mungkin inilah kali pertama mereka lihat aku marah di dalam kelas, kerana selama ini, aku tidak pernah marah atau pun menengking mereka ....

aku segera melihat ke meja...tangan ku mencapai kertas peperiksaan mereka....tapi alangkah hampanya apabila aku tersalah bawa kertas soalan....bukan kertas soalan untuk kelas 2 mawar, tapi kertas soalan untuk murid tahun 5 pula, aku mengaru garu kepala....

bilik kelas 2 mawar jauh dari bilik guru, terasa malas pula aku nak catwalk ke bilik guu, manalah tahu nanti kalau aku nanti di phewiiit oleh guru guru lelaki pulak kan? motif di phewit kan?...sajer ajer lah..

aku terlihat seorang pelajar lalu di tepi kelas 2 mawar

"erm ..kamu berdua...boleh tolong cikgu ?" aku bertanya kepada 2 orang pelajar tadi. seorang murid biasa dan seorang lagi pengawas.

"tolong apa cikgu?" tanya pengawas tersebut, namanya faiz sebab aku terlihat di tanda nama di tepi poket baju tersebut.

" tolong pergi ke meja saya, dan ambik kan saya kertas soalan bahasa melayu pemahaman dan penulisan tahun 2 mawar . kalau kamu tak tahu di mana meja saya, tolong tanya pada cikgu lain di bilik guru tu,...saya nak sekarang juga....tolong cepat sikit.." aku memberi arahan, kelas 2 mawar mula bising sedikit, biasalah bebudak nie, pantang aku tinggalkan sekejap sahaja, mesti akan bising.

"hah dah mula bising, kamu nak saya denda kamu semua ker?" ku tinggikan suara. mereka menikus ..

5 minit berlalu, namun kertas soalan yang ku minta belum sampai lagi, hati ku mula terasa panas semula. aku segera keluar dari kelas....mataku meliar mencari 2 orang budak tadi, hampa.
tiba tiba kau terpandang seorang budak berlari lari keluar dari tandas di blok sebelah, aku mula bengang,

aku melambai lambai tangan ku ke arah nya, dia terlihat lambaian aku, terus datang ke arah aku.....aku mencekak pinggang seolah olah bersedia untuk memariekan diri...sebaik sahaja dia sampai di depan ku, terus aku ...

"kamu dah lupa ker apa yang saya suruh buat tadi? mana kertas soalan yang saya minta tadi " jerkah ku...murid tadi terkulat kulat ...

"bila cikgu suruh saya ambik kertas soalan pulak ? tanya dia kehairanan..

"lah, yang kamu melintas dengan faiz, pengawas tadi lah...takkkan 5 minit kamu dah lupa pulak ?" aku menyindir..

"mana ada cikgu, saya baru ajer pi tandas, tadi saya dalam kelas 6 mawar" jelasnya

"kamu jangan nak bohong saya, nama kamu siapa?" tanya ku

"shahrul , cikgu" jawabnya pendek

"ok, shahrul nie arahan saya yang terakhir, sekarang kamu pergi ambik kertas soalan murid tahun 2 mawar di atas meja saya, SEKARANG faham tak?" aku memberi arahan...

" tapi cikgu...saya kena pergi carik cikgu fauzan ..." dia memberi alasan...

"saya tak kira.. saya kata...." aku terlopong seketika, dari jauh aku dapati si faiz dan seorang budak sedang membawa kertas soalan...cepat cepat aku perhatikan mereka berdua dengan si shahrul..hati ku berdebar debar, aku mengosok gosok mata....

"maaf cikgu, kam lewat..tapi ustaz jumpa kami di bilik guru ..." jelas faiz...

"kamu berdua kembar ker?" tanya aku pada si shahrul..

"aha cikgu, nie kembar saya , shahril" jelas shahrul

aku malu...sah lah muka mereka muka photostat.............







kesiaN Kat dia kan...

akum semua dan salam satu malaysia....apa khabar? sihat? alahmdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira disamping teman yang tersayang .....erm apa aktiviti u ols hari nie ek? akak sekarang nie berada di lumayan bersama dengan adik beradik 69 nie...kak teh sedang masa cucur, hans sedang study di bilik, kak farah pun sedang temankan hans, kiko sedang online, hamie gelak gelak tengok doraemon , nas kacau kak teh masak cucur....

oklah akak nak cerita pasal nabiela lagi yer...ish asyik asyik nabilea ajer? yup sebab dalam ninggu nie akak asyik jumpa dengan nabiela sahaja nie...oklah apa pulak citer biela kan sekarang .....marilah kita saksikan....

lokasi: jaya jusco maluri
masa: dalam pukul 2 petang

aku sedang lepak di food court jaya jusco maluri, memerhatikan gelagat manusia di situ. mataku meliar memandang segenap pelusuk food court, aku melihat jam di tangan, dah hampir pukul 2 petang, aku berjanji dengan kakak untuk lunch bersama.....

dari jauh aku lihat nabiela..mukanya masam sahaja...tak ceria langsung...muncung....aku terasa seperti aura aura panas diantara nabiela dengan ibunya....aku melemparkan senyuman kepada nabiela...dia hanya tersenyum tawar...

aku: hai biela....

biela: hai pak lang ....( tersenyum tawar )

ibu biela: kau dah lama sampai ker

aku: dah lama jugak..sajer jalan jalan.

ibu biela: tak der kelas?

aku: takder...biela napa? monyok ajer..

ibu biela: entah ....kau tanya dia lah...( bunyi macam marah ajer)

aku: napa biela monyok....tak best lah macam nie...ada lagi tak teka teki ?

biela: ibu marah biela lah....( sedih )

aku : napa pulak

biela : erm biela dapat nombor 4 dalam kelas

aku: hah nombor 4..ya allah betul ker? biasanya dapat nombor 1 kan? teruknya

biela: entah lah biela pun tak tahu. lagi pun masa final exam tu , pak tam kahwin kan? jadi biela tak study lah...( memang betul pon uols)

aku: lah aha....jadi ibu marah lah ek?

ibu biela: bukan sebab tu dia dapat nombor 4...

aku: sebab apa pulak ?

ibu biela: sebab dia sibuk BERI TEKA TEKI KAT ORANG LAIN...SIAP BELI BUKU TEKA TEKI LAGI...

akak diam dan ......

5 : 37 pagi 13 november 2009

pukul 2.00 pagi

kereta hijau WKR 1991 baru sahaja masuk di persimpangan jalan di pandanjaya....lalu di depan restoren safira ...cepat cepat aku jenguk kepala ku di cermin tingkap. yes...aku dapat lihat farah, ila meks dan fina sedang berbual dengan abang angkat mereka di situ. at last aku ada kawan nak pi online....gumbira..lalalalala.....

aku naik ke rumah....aku dapati kipas terpasang...berpusing ligat..dibiarkan begitu sahaja...ish....lampu kuning menghiasi ruang tamu....aku terus masuk ke bilik, sekujur tubuh sedang nyenyak di atas katil. malas aku nak ganggunya, ku biarkan dia terus lena di buai mimpi...yup aku tak mahu mengganggu lenanya ...kubiarkan sahaja....( ni bukan sape ek...burung dudu lah ..kau orang mesti kenal)

aku tanggalkan jam dan juga cincin di jari...tetiba mata rasa sangat mengantok..motif? yelah tadi ku bantai nasi lemak sambal udang...best giler...aku terasa mengantok....cepat cepat ku tukar pakaian..terus zzzz...ku rasakan ini kali pertama ku tido awal....

terus aku zzzzz....

pukul 3 50 pagi

aku terbangun, badan ku basah....aku betul betul mimpi yang buruk...aku menghela nafas yang panjang....aku terpaku di atas katil, ku lihat apis sedang lena di buai mimpi...aku terus melihat jam di handset...yup pukul 3 50 pagi....aku berdebar debar...mimpi ngeri tadi benar benar menghantui aku....aku terasa ingin talipon semua orang....nak pastikan mereka selamat atau pun tidak...namun ku tahu tindakan aku nanti pasti mengundang rasa kurang senang mereka....yelah..sekarang kan dah pagi buta... sudah hampir pukul 4 pagi...perlahan lahan ku letakkan talipon semua. owh baru ku sedar, aku hanya boleh sms mereka sahaja...nantilah aku sms ....

aku duduk di ruang tamu...tiba tiba teringat pulak cerita hantu yang diceritakan oleh nas dan firdee semasa lepak di q bistro adi...bulu roma meremang, nasib baik ada si apiz..kalau tak ....aku dah lama kuar terus dari rumah...aku terkebil kebil di ruang tamu...tak tahu nak buat apa....aku cuba meningkatkan mimpi yang ku lalui....tapi gagal..namun apa yang boleh ku ingat semua watak dalam mimpi ku itu adalah orang orang yang aku sayangi..mana mungkin aku akan kehilangan semuanya dalam sekelip mata? bukan? oh aku teringat meks...terus ku dail nombor meks

yup meks belum tido lagi, timbul satu perasaan lega di dalam hati ku..ku terus lihat talipon, ada sms dari alemm..cepat cepat ku balas sms dari sepupu ku itu....dan mengharap sepupu ku akan cepat membalas semula....aku terpaku di ruang tamu..kipas bepusing ligat

4 25 pgi

aku mandi...tak tahu nak buat apa.....uiiii segarnya terasa,,,sekali lagi mimpi itu datang semula dalam kotak ingatan aku...aku cepat cepat keluar dari bilik air....salin pakaian...terus ku pergi tinjau mamak kat safira..erm aku teringat nak online...terus ambik lap top....dah siap semua...lets..jalan...aku menuju ke safira...ramai pulak orang...oh ada bola kat astro...aku ambik tempat yang tersorok ..senang nak online..nanti tak lah orang tengok tengok kan...motif memandang....

4 40 pagi

david sengheng talipon...tanya aku kat mana...alhamdulillah david pun masih lagi "bernyawa"...aku menghela nafas..david bagitau mr adam ada di mamak seng heng....aku pun hanya berdiam sahaja....menurut david, adam ada tanya pasal aku kat david....semalam aku memang terserempak dengan dia kat mamak safira...tapi aku yang tak selesa....cepat cepat tukar topik.....aku terus online.....satu demi satu blog aku singgah..sudah pasti blog rihanna, blog hans dan beberapa lagi blog yang aku sukai aku jelajah...blog kak fara, blog firdee dan ada beberapa blog yang lain tak update...buzy kot....sekali lagi aku teringat mimpi ...aku cepat cepat tepis dari kotak ingatan ku....

5 30 pagi

penat dah baca semua blog orang..tersenyum aku baca blog rihanna ...blog datin sal dan juga kagum dengan blog hans ( lama giler lepak kat q bistro) hehehehe.....an akhirnya....aku berniat untuk taip satu entry dalam blog aku...entahlah sekarang nie idea kurang sikit nak taip...jadi aku taip berdasarkan pengalaman aku sekarang..maksud aku...aku cerita apa yang berlaku semasa aku sedang menaip blog....alamak ...bateri lap top dah nak kong...huru hara aku nie..cepat cepat aku tgk port mana yang ok...dah jumpa ...jap aku tukar tempat duduk yer...

5 37 pagi

bermula lah aku menaip blog aku nie......... sekarang pukul 6 06 pagi...aku mengakhiri entry aku ..lepas nie ku ceritakan tentang mimpi ku itu.......
"