Cerita ini bukan rekaan semata mata. Watak dan jalan cerita adalah benar melainkan yang tidak benar….

Pukul 3 .00 petang

Lokasi: disebuah restoran sekitar pandanjaya

Aku memilih lauk yang dihidangkan…terasa sedikit kehampaan apabila aku mendapati lauk pauk yang dijual disitu hanya tinggal sisa sisa sahaja, namun tidak mahu berfikir panjang lagi, aku terus memilih apa sahaja yang ada..konsepnya…tak kisahlah asalkan aku kenyang ,… sudah ….

Mataku meliar mencari tempat duduk. Pusing kanan macam penuh, pusing kiri pun macam dah penuh, hairan jugak aku, dah pukul 3 petang masih lagi ada orang yang makan tengah hari lagi ker? Atau diaorang nie malas nak masuk opis kah? So dengan hati yang berat aku terpaksa menumpang satu meja dengan kumpulan makcik makcik yang sedang khusyuk makan.

Sebenarnya meja yang mereka duduk tu boleh muat dalam 10 orang, tapi mereka hanya ada 4 orang sahaja, jadi ini bermakna ada ruang lah untuk aku duduk disitukan, yang penting bukannya makcik makcik tu bayar harga makanan aku nie, dengan muka yang kelat aku duduk di meja tersebut, selang 2 kerusi dari mereka sahaja.

Pada mulanya aku tidak berniat atau pun berminat dengan topik yang diperbualkan oleh mereka, fikiran ku lebih tertumpu dengan makanan dan juga persekitaran disitu sahaja. Ku dapati gerai ini merupakan gerai yang paling popular jugalah ….apatah lagi lauk yang dihidangkan sangat sedap. Oklah kan….

Tiba tiba aku terdengar topik perbualan mereka, mula mula mengumpat pasal orang kahwin, motif uols semua mengumpat pasal pengantin itteww kan? Marilah kita dengarkan sama sama topik perbualan mereka yer…

Makcik A : erm aku tak berkenan sangat dengan menantu si X tu

Makcik B: napa pulak ? ok pulak aku tengok ….tak nampak pulak cacat nya

Makcik C : aha..kau pun satu ..apa salahnya menantu si X tu ?

Makcik A: yelah ..kau tengoklah anak si X tu cantik, lawa, ada rupa …tapi cuba kau tgk suami dia…erm malas lah aku nak cakap, kau paham paham sendiri lah kan..

Makcik D : lah penting ker muka laki dia elok? Tak kisah lah A , asalkan dia bahagia dengan laki dia kan.

Makcik A : kalau aku lah…ish tak selera aku nak menghadap muka dia malam malam( motif ada cerita lucah katanya )

Makcik B: lah kau pulak yang tak selera, dia selera kot…

Mereka ketawa perlahan lahan sambil menyuap makanan. Aku teringat pada adik aku yang baru sahaja berkahwin.

Makcik A: ish ..kalau anak aku nak kahwin , suami dia biarlah handsome macam fahrin ahmad kan…sejok sikit aku tengok.

Makcik D: mana lebih penting..rupa ker kerja ?

Makcik B: aha…tul tu, aku dengar menantu si X tu kerja bagus tu…gaji besar, senang hati anak dia nanti….dok rumah ajer, tak payah pi kerja..nie kalau muka handsome, tapi tak der kerja nak wat apa? Makan pasir?

Makcik A :yelah memang lah kerja tu penting, tapi kalau dapat fahrin ahmad kan best lah, dah lah ada rupa , kaya pulak tu kan, pelakon, pengacara , model..ish untung anak aku nanti kan( motif lah makcik nie berangan bagai ?)

Makcik B : aku tak nafikan..memang tol jugak cakap kau, sekarang nie budak budak pompuan kita tengok comel- Comel., tapi yang pakwe dioarang…muka ermm macam pecah rumah ( bukan main sedap dia cakap macam tu kan). Agaknya diaorang tak tahu nak pilih kot…..

Makcik A : aku tahu napa jadi macam tu…. ( sambil dia memandang ke semua orang)

Makcik B : eh kenapa…aku rasa dah jodoh diaorang kot

Makcik A : salah lah…..sebab ….

Semua orang memandang ke arahnya, masing masng tak sabar nak tahu, termasuklah aku yang dari tadi memasang telinga..

Makcik A : SEBAB YANG HANDSOME HANDSOME DAH BANYAK JADI BAPOK DAN GAY, JANTAN SUKA JANTAN

Terus aku macam nak tersembur keluar makanan dari mulut aku……

Makcik makcik lain terlopong smbil mengangguk anggukkan kepala…kelesssssssss