akum semua? apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua sihat yer...akak pun sihat nie tapi akak agak penat sediukit yer sebab banyak sangat masalah dan kerja yang perlu disetelkan sehingga blog pun dah masuk 6 hari tak tulis apa apa. sekarang jam menunjukkan pukul 11 16 malam, akak tak boleh tido walaupun ada hairul arsenal datang rumah, oleh kerana tidak mahu sangat berbincang dengan hairul tentang masalah kami, akak bercadang nak pi lepak taman miharja sahaja dan ke cc sebab kat situ ada games yang best...best siottttt
oklah sampai ajer kami kat sana, kami tapau air dan akak taip sambil hairul belajar main games yang selalu akak main di sana. erm dah lama sangat tak main games tu yer, last dengan mike pilipina yer....pastu bila mike dah sibuk ke dubai, langsung akak jarang lepak di cc..opsss banyak sangat yang akak cerita, beralih kepada tajuk entry kita, iaitu bahagiakah anda? tanya pada diri anda sekarang, adakah anda bahagia dengan diri anda? apa itu bahagia pada pandangan anda? wah tetiba akak meroyan tanya pasal bahagia....
cuba lihat situasi yang diberikan
1. adakah anda rasa bahagia apabila anda mempunyai seorang suami dan dalam masa yang sama anda mempunyai 4 orang skandal?
2. bahagiakah anda apabila anda pandai memasak nasi goreng udang dan goreng keropok sehingga suami anda memuji anda?
3. bahagiakah anda kalau anda mempunyai seorang suami yang berbadan kekar dan belajar di uia serta pandai berbahsa inggeris dengan lancar?
4.bahagiakah anda menghadiahkan sebotol minyak wangi yang baunya semerbak di malam hari sekali pun?
5. bahagiakah anda sekiranya anda dapat top 3 dalam pertandingan miss miss?
6.bahagiakan anda kalau anda dapat mandi buih bersama sama dengan skandal cina yang
handsome?
apa apa pun apa yang ditulis ini tidak berkenaan dengan sapa sapa. tidak ada niat untuk menyindir atau mecarut, hanya memberikan sebagai satu contoh kepada anda semua, adakah semua itu bahagia? sudah pasti apa yang akak tulis tadi adalah perkar perkara yang bahagia bukan?
bagi akak pulak, kebahagiaan ini agak sukar untuk ditafsirkan kerana akak merasakan diri akak tak bahagia? napa tak bahagia? entah lah rasa macam kepala agak berserabut terutama dengan kisah kisah cinta yang mengarut nie. mood selalu berubah, sikap pun semakin berubah jugak, selalu emo, selalu pikir yang bukan bukan dan kadang kala menangis sensorang..diingatkan akak masih waras lagi yer...belum lagi ting tong tahap dewa dewa yer...
akak nak cerita pasal bekas housemate akak, iaitu kak kiah kita yer, anda semua kenal kiah? erm tak perlulah akak letakkan gambar kiah kat dalam blog akak, kerana dia terlalu chantek lah uolsss, bukan carut tau,,,kisah benar nie tau, kiah nie ada seorang suami yang sangat sayangkan dia sehingga akak pun jeles dengan kiah. malam malam tido di dada suami yang bidang itu walaupun perut suami nya macam orang kena busung yer...anai anai pun boleh buat sarang kat perutnya....
aka tengok diaorang nie sangat bahagia, kemana mana pun bersama sama sehingga pi melaka bercuti, sambil melettakkan pamplet kat atas almari buku akak yer, akak sedar akak tak mampu nak ke sana, yer....tapi tup tup apa yang berlaku? kiah melarikan diri tanpa pengetahuan suami nya.....napa noks? tak tahan ke main 3 kali sehari? erm sebenarnya kiah tak happy...diulangi kiah tak happy uolsssssss....
terkejut jugak akak bila kiah cakap dia tak happy dengan abang dia...betul betul terkejut...itulah kata kata terakhir yang dia bagitau kat akak yang dia terpaksa pindah, perancangan kiah untuk melarikan diri daripada abangnya sangat hebat, sangat licin sehingga abang dia tak dapat kesan kiah melarikan diri....
jadi kisah ini menjadikan akak termenung seketika...kita lihat orang tu macam bahagia, tapi sebenarnya tidak pulak kan? kita tengok orang tu pendiam, tapi sekali dia bukak mulut, terus akak yang bermulut lahar nie pun senyap...betul tak shah? kita tengok orang tu muka tak chantek sangat, tapi dalam diam diam ada skandal 4 orang sana sini, bersepah skandal yer? kita tengok orang tu tak mahu sangat kongsi kisah cinta, tup tup dalam handset , banyak sangat sms dari skandal yang bekerja dengan kakitangan kerajaan kan?
jadi kesimpulannya, kebahagiaan tu dinilai dari pelbagai aspek, jadi anda duduk sebentar, tarik nafas dan tenung muka anda di cermin yer, dan tanya pada diri anda"adakah aku bahagia" lepas tanya tu betulkan make up , kalau boleh gunakan dan bertukar kepada jenama revlon yer kerana ia sangat natural tanpa memecahkan lubang anda yang mengunakan make up sebagai bedak asas yer.....jangan pulak lepas kau tanya kat depan cermin kau bahagia ke tak, pastu kau bercakap cakap dengan cermin..kau cakap dengan sapa tu noks?
so...akak terus terang akak tak happy ...dan akak ingat kat kawan kawan akak, "kebahagiaan itu datangnya dari hati kita sendiri, bukan orang lain, dan kita mestilah menentukan sama ada kita bahagia atau tidak......"
Pengeluaran Akaun 1 KWSP melalui i-Sinar.
4 years ago
5 comments:
bahagia bila kumpul adik beradik keluarga69... meriah!!
yahooooo...kak lang dah mula bersuara di blog iiiii
bahagia bila kita ada lover, kawan2 dan peminat yang setia..hehehhe
Bahagia jugak bila tengok atau dengar kawan2 bahagia...
Dan bahagia bila baca blog cikgu hehe
terima kasih nas dan alemmmmm
ejay nak juga bukak topik ni dlm blog ejay nnti..
Post a Comment