salam semua.....hai uols...holaaaa...kepada semua pembaca blog yang tersayang yer....oklah, apa kata kalau kita lupakan sejenak kes hantu yang berlaku baru baru nie, so kita gantikan dengan entry yang masih lagi mengenang zaman kanak kanak dahulu yer...kalau nak pikir sangat kes hantu yang berlaku tu, erm bertambah lah rasa takutkan ?

so untuk menghilangkan perasaan yang takut itu, akak taipkan satu entry yang berkenaan dengan satu permainan yang paling popular zaman kanak kanak dahulu, iaitu sip @ sep tiang yer...akak rasa, ada diantara kita masa kecik kecik dulu , pernah bergiat cergas dan berkecimpung dalam permainan yang tidak berfaedah nie kan? yelah ...hanya nak mengeluarkan peluh sahaja...

akak rasa zaman kanak kanak dulu, akak sangat slim dan model sebab terlampau sangat banyak melakukan aktiviti di luar rumah dan kelas sehingga berpeluh sakan...tapi zaman sekarang nie, asyik terperuk ajer kat bilik, permainan pun tak mencabar , hanya boling sahaja, maka badan akak pun membesar dengan sihat sekali..bagai di pam pam sahaja....oklah akak tak mahu melalut lagi, so akak teruskan dengan permainan sep tiang ini yer..

permainan ini memerlukan tiang ..bukan kau nak buat show lucah dengan tiang tu...tapi tak tahulah , kalau ada para pembaca , sejak kecil lagi dah mula melakukan aktiviti dan gaya yang tidak bermoral di tiang semata mata untuk menunjukkan rasa seksi u ols tu kannnnn? manalah tahu kannn? hehehe

oklah permainan ini biasanya di main, di koridor yer, yang mana banyak tiang terdapat disitu...biasanya tiang tiang yang ada bumbung itu merupakan jalan menuju ke kantin sekolah...jadi kita ambik dalam 9 orang sahaja , misalnya, so, dari sembilan orang tadi, lapan orang akan berpaut pada setiap tiang , dengan kata lain, seorang akan dapat satu tiang yer... jangan pulak kau tamak, nak sampai 2 atau 3 tiang...kau tangan sotong kah sampai mampu memegang 2 atau 3 tiang sekaligus? pegang tiang tu erat erat tau..manakala sorang lagi akan cuba merampas tiang tersebut dari salah seorang dari lapan tadi...

orang yang memegang tiang haruslah bertukar dari satu tempat ke satu tempat lain, tak boleh dok satu tiang lama lama..siapa yang tak pindah atau tak berganjak, dia akan" jadi" pulak kan...so kita mestilah bekerja sama dengan kawan lain untuk bertukar tiang yer....

permainan ini memerlukan kecekapan yang maha hebat, dengan gaya sotong kurita tujuh petala, dan gaya meringankan badan , maka kta boleh bertukar tiang dengan mudah.....tapi mestilah cepat, kalau tak nanti tiang itu akan dirampas ...so kita pulak kena jadi...

namun permainan inis ering mengundang musibah, semasa akak mengajar di sekolah dulu, hampir tiap tiap hari ada kes budak yang hidung nya berdarah lah, kaki berdarah jatuh dalam longkang lah...dan macam macam kes sehingga akak rasa nak potong ajer tiang tiang yang ada ka korido kawasan kantin tu kan? sakit hati pulak....yolah bila main tu tak ingat keselamatan, bila dah syok main tu..tiba tiba dengar bunyi "gedegang" hah ambik kau ...pastu akan diikuti dengan bunyi "uwaaaaa" dan last sekali bunyi " pelempang pelempang kat bilik guru" kalau teruk bunyi ini akan bergema "neeenonggg neenonggg" ambik kau, masuk hospital lah kau kan...

tapi kadng kadang bila tertengok budak budak main, mesti akak akan tersenyum juga, sebab masa ka sekolah rendah dulu suka sangat main sep tiang nie kan? hehehehe....selamat mencuba