salam semua..hai apa khabar? kembali semula bersiaran di dalam blog akak nie yer...oklah so hari nie hari sabtu, hujung minggu kan..so apa aktiviti uols di malam ini? akak baru saja bangun tido nie...ting tong kan? jam menunjukkan pukul 9 24 malam yer, di ulangi malam bukan pagi...oklah akak tak mahu melalut bagai, so akak teruskan dengan entry kali ini...

"assalamualaikum cikgu rizal...assalamualaikum..." terdengar sore makcik makcik berkumandang di luar pintu rumah akak ...

"waalaikumusalam " jawab akak sambil membetul dan mengikat rambut dengan getah. segera akak menuju ke muka pintu rumah..sambil memusingkan tombol pintu.

kelihatan 4 orang makcik sedang berdiri di muka pintu sambil melemparkan senyuman kepada akak, akak pun membalas senyuman mereka..."senyum itu sedekah kan?"

"eh kak ana... ada aper datang ramai ramai nie....rasanya raya haji dah abis kan?" akak membuat lawak plastik...'

"takder lah cikg, kami datang nie ada hal " bunyi macam serius sahaja..

"erm..takkan nak borak depan pintu ajer, masuklah rumah ...tapi rumah saya nie tak der per per, rumah bujang lah..dok kat bawah ajerlah ek..." aku mempelawa mereka masuk ke teratak aku...

"eh tak payah ler cikgu, kat sini pun ok , lagipun kak ana ada hal lagi nie...hah kenalkan kak ida, kak milah dan kak sue...."

aku tersenyum dan melemparkan senyuman..

"oklah cikgu, macam nie, 17 haribulan dis nie, ada hari keluarga untuk semua blok di kawasan perumahan pandanjaya, jadi bagi blok L 39, nie kita semua bersetuju melantik cikgu menjadi ajk ahli keluarga...

"eh jap kak ana, maaf lah kalau saya cakap....tapi bila pulak meeting nyer, saya tak tahu ...tup tup saya pulak kena jadi ajk..." aku seperti tak berpuas hati...

"la ...kan... kami dah tampal notis kat dindin tangga bawah, cikgu tak baca ker ?" berdentum laser kak sue yang sejak tadi mendiamkan diri...

"erm tak perasan lah kak sue..." aku memberi alasan.

" ok...jadi cikgu kena pikirlah apa aktiviti yang sesuai nanti, dan kena bentangkan pada mesyuarat ajk tertinggi nanti, minggu depan....lagi pun kak ana tahu cikgu nie kreatif, lagi pun pernah jadi cikgu sekolah dulu kan? mesti banyak idea.." amboi...membodek nampak..

"tapi kak ana...ish ...saya bukan tak nak tolong kak ana...bukan niat saya tak nak terlibat...tapi saya rasa macam terkejut ajer mcm nie....tak tahu apa apa...pastu kena jadi ajk pulak...." aku memberi alasan yang kukuh...

"alah cikgu, inilah masanya kita nak kenal dengan jiran tertangga cikgu, kitakan idup bermasyarakat.mestilah kena saling kenal mengenali antara satu sama lain....tak macam tu kan kak ida ?" motif sangat tanya soalan kat orang lain untuk mendapat sokongan kan?( dah macam tibi pendidikan lah pulak ....)

kak ida macam burung belatuk

"kalau dulu, tahun tahun lepas, apa aktivitinya kak ana?"

"erm tak silap, yang laki kitaorang buat main bola sepak pakai kain pelikat, yang wanita kita buat bola jaring lah ikut blok, budak budak futsal lah kot, yang budak pompuan leh join bola jaring....tapi tak tahu lah idea cikgu tahun nie kan?" kak ana menerangkan dengan panjang lebar.

"oklah beri saya masa dulu lah nak pikir.....tapi saya tak janjilah lah kak ana yer"

"ish mana boleh macam tu cikgu, nie hah kami dah buat surat perlantikan cikgu menjadi ajk tertinggi ...dapat sijil cikgu..." gittewwkan ..apa kak ana ingat saya kemaruk sangat ker dengan sijil itteww? opsss

aku hanya terdiam, kak ana menghulurkan surat perlantikan dan juga surat mesyuarat akan datang kepada ku....aku membaca dengan sepintas lalu...

kak ana dan kenkawan pergi...aku masih blur blur sotong...fikiran aku berkecamuk seketika...ligat memikirkan aktiviti yang sesuai sangat...nak perubahan yer ? hehehe ...tetiba aku tersenyum..idea giler dah mula sampai...aku tersenyum dan ketawa terbahak bahak.....giler kan aku...

nantikan masanya.....