assalamulaikum...

buat ayahanda yang tersayang....terlebih dahulu anakanda ingin memohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki sekiranya selama anakanda bersama dengan ayahanda, anakanda pernah mengguris atau menyakitkan hati ayahanda.....apatah lagi apa yang anakanda tuliskan ini sedikit sebanyak membuatkan ayahanda sedih ...namun, anakanda ingin meluahkan apa yang terbuku dan tersimpan dalam hati ini.....

ayahanda yang tersayang...

anakanda sekarang ini sedang berehat di kawasan hospital sambil menaip blog ini...entry kali ini anak anda tujukan buat ayahanda yang tersayang...walaupun sekarang ini ayahanda sedang bergelut dengan nyawa, namun doa kami adik beradik dan sekeluarga tetap memberi kekuatan kepada ayahanda tersayang.....sekarang jam menunjukkan pukul 2 28 pagi, suasana di hospital sangat sejuk, dan dingin...namun tidak mematahkan semangat anakanda untuk terus menemani ayahanda di sini.....

ayahanda....

mungkin anakanda bukanlah seseorang anak yang baik dan menjadi kebanggaan keluarga, namun anakanda sebagai seorang anak akan terus cuba menjadi yang terbaik demi ayahanda.....anakanda tahu yang anak anda banyak melakukan kesalahan dan juga kesilapan , namun anak anda akan cuba untuk memperbaiki diri dan juga arah hidup anakanda agar nenjadi insan yang berguna.....

ayahanda....

terasa sedih dan pilu melihat ayahanda hanya terbaring sahaja di atas katil, sambil menyambung nyawa dengan alat bantuan pernafasan, tiada lagi mendengar suara ayahanda yang garau setiap pagi mengejutkan anakanda untuk menunaikan solat subuh, tiada lagi mendengar suara ayahanda dihujung talain setiap kali ayahanda menelefon anakanda di kuala lumpur, hanya yang tinggal bunyi nafas ayahanda yang seolah olah sedang bertarung dengan nyawa.....

anakanda tidak mampu berbuat apa apa , hanya memandang dengan sayu dan sedih sekujur tubuh ayahanda yang tidak bergerak gerak ......namun kami percaya ayahanda seorang yang kuat semangat, yang tebal dengan dengan kasih sayang serta banyak berkorban kepada kami sekeluarga....... ayuh ayah...ayuh..lawan.....dan terus berjuang....anakanda berdebar menunggu waktu ayahanda sedar dan membuka mata...barulah anakanda terasa sangat lega.....namun, anakanda akan setia menunggu ayahanda..menemani ayahanda sehingga nafas yang terakhir...

ayahanda...

anakanda masih ingat lagi, semasa anakanda masih kecil lagi, ayahanda memberi kasih sayang yang tidak pernah putus putus......anaknada dibelai dan diberi sepenuh perhatian dari ayahanda...namun anakanda tidak pernah lupa yang ayahanda pernah merotan anakanda semasa anakanda kecil dahulu, masih terbayang di dalam memori anakanda , apabila ayahanda memegang tali pinggang askar yang tebal dan keras, memukul tubuh kecil anakanda ketika itu...sakitnya ya allah tuhan sahaja yang tahu, penat anakanda menangis dan merayu agar ayahanda tidak merotan anakanda, namun....ayahanda terus memukul sehingga bonda meleraikan...

selepas itu, anakanda mula membenci ayahanda...terisak isak anakanda menahan kesakitan...namun, sakit di hati anakanda lebih kuat berbanding sakit di badan......namun kesakitan itu bertukar kasih sayang apabila pada malam itu juga, anakanda terasa seperti ada seseorang yang menyapu ubat di bekas rotan yang berbalar di badan anakanda tadi......apabila anakanda membuka mata, anakanda nampak ayahanda sedang menyapu ubat itu...terasa sangat sedih ketika itu...

walaupun masa itu, anakanda masih kecil lagi, dan tidak mengerti nilai dan kasih sayang ayahanda, namun, anakanda yakin yang ayahanda memang sayang kami semua.......itulah hebatnya ayahanda dimata anakanda....

ayahanda...

terima kasih dia atas ketegasan yang ayahanda tunjukkan kepada anaknada selama ini....anakanda masih ingat lagi betapa garangnya ayahanda melemparkan kad laporan setiap kali anakanda menerima keputusan peperiksaan....terasa juga di dalam hati setiap kali ayahanda melemparkan kad sambil mencebikkan muka...namun semuanya anakanda telan sahaja dalam hidup anakanda ini...

anakanda tahu semasa kita sekeluarga berangkat ke kota bahru, ayahanda sedang bergelut dengan kesakitan, apabila anakanda duduk disebelah ayahanda di dalam kapal terbang, anakanda dapati ayahanda berkerut menahan kesakitan, dan apabila anakanda bertanya, ayahanda hanya berdiam diri sahaja sambil tersenyum, dan sepanjang majlis perkahwinan aboy di kelantan, ayahanda memang sedang menahan kesakitan...itulah pengorbanan yang ayahanda lakukan kepada kami semua...menahan kesakitan demi untuk perkahwinan aboy...

ayahanda.....

anakanda terasa kesejukkan di luar hospital ini, lantas anakanda bercadang untuk menamatkan warkah ini .....sekali lagi anakanda menyusun 10 jari memohon maaf sekiranya ada silap dan salah yang pernah anakanda lakukan kepada ayahanda..sesungguhnya pengorbanan dan jasa baik ayahanda amat anakanda hargai.......kasih ibu bawa ke syurga, kasih ayah sepanjang hayat.....