semua benda di dalam dunia ini akan dibahagikan kepada 2 ..kalau kita lihat semula semasa kita belajar dahulu, masa kita sekolah rendah, cikgu akan membahagikan semua benda di dunia ini kepada 2 kumpulan yang besar iaitu benda hidup dan benda tidak hidup. Benda hidup pulak di bahagikan kepada 3 iaitu manusia, haiwan dan tumbuhan pula. ini tidak termasuk dengan benda halus yang tidak kita nampak dengan mata kasar, opss jangan salah anggap..itu adalah contoh kepada mikro organisma yer.

manusia merupakan ciptaan allah swt yang dikurniakan akal dan fikiran, dan benda ini lah yang membezakan kita dengan haiwan. haiwan ada otak yer adik adik namun haiwan tidak dapat berfikir sebab haiwan tidak diberikan akal dan fikiran. Cuba bayangkan kalau haiwan di berikan akal dan fikiran, sudah pasti mereka pun layak pergi ke sekolah , dan boleh mendapat skim pinjaman buku teks serta rancangan makanan tambahan yer. Jangan terkejut kalau haiwan yang pintar mampu menaip blog untuk tatapan manusia....

yang uniknya manusia nie ialah kita diberikan pula satu perasaan, naluri yang dikaitkan dengan hati. Jadi dalam jasad manusia ini, dua perkara pokok yang harus diambil berat iaitu perasaan yang sering dikaitkan dengan hati , dan juga akal fikiran yang sering dihubungkan dengan hati . kebanyakkan dari kita sering membuat sesuatu perkara atau keputusan adalah berlandaskan pada perasaan semata mata tanpa memikirkan baik dan buruknya. Dengan kata lain, setiap tindak tanduk kita adalah berlandaskan kepada perasaan semata mata , dan kemudian barulah dari akal fikiran, itu pun setelah sesuatu keputusan yang diambil mendatangkan mala petaka.

apabila kita berajakan hati, dan memperhambakan akal fikiran, maka akan timbul konsep "sebab dan akibat". contohnya, oleh sebab melayan sangat perasaan malas, maka seseorang pelajar itu tidak akan menyiapkan kerja sekolah. Akibatnya, dia akan di denda dan di rotan oleh gurunya. Jika perkara ini terjadi, maka kita haruslah menyedari kesilapan dan memperbaiki semula kesilapan itu. Untuk memperbaiki kesilapan itu, kita haruslah tahu apakah jenis kesilapan yang kita lakukan, agar kita dapat mengatasi masalah yang timbul dari kesilapan kita dan sekaligus tidak mengulanginya semula.

semua orang akan pasti membuat kesilapan dalam kehidupan ini, semakin banyak kesilapan yang kita buat, semakin banyak yang kita perolehi dan pelajari dalam kesilapan itu, namun, sayugia diingatkan, kalau boleh kesilapan itu janganlah diulangi. Kita kenalah buat pembetulan. Contohnya, kalau kita dibangku sekolah, kita akan membuat pembetulan apabila kita membuat kesilapan , terutama dalam mata pelajaran matematik. jadi dalam proses kita membuat pembetulan, disitulah kita akan tahu dimana silap kita itu nanti.

manusia sering membuat silap dengan manusia yang lain, tak kiralah dengan siapa yer.Apatah lagi , kita sering membuat silap dengan orang yang terdekat dengan kita, contohnya keluarga kita, kawan kawan kita, teman sekerja, teman serumah dan sesiapa sahaja yang mengenali diri kita. kadang kadang kita akan membuat silap dengan orang lain, yang tiada kaitan dengan kita secara tidak sengaja. jadi, bila kita mula membuat silap, jangan malu dan segan untuk memohon maaf, tak kiralah secara berdepan, atau sms, panggilan telefon atau apa sahaja, asalkan niat baik kita itu sampai di lubuk hati orang yang pernah kita lukai hatinya.

dan oleh sebab itulah, saya memohon maaf di atas sebarang kesilapan saya yang pernah dilakukan. saya juga manusia biasa, yang akan sering belajar dari kesilapan yang pernah saya lakukan. Entah mengapa, di pagi ini, jam menunjukkan pukul 5 30 pagi, hari selasa, 27 julai , saya tidak dapat melelapkan mata..memikirkan ramadhan semakin hampir ..bersyukur dengan nikmat yang allah berikan, berharap agar dipanjangkan lagi usia ini......