akum semua...apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira di samping orang yang tersayang yer.....akak disini sihat sahaja...so macam mana dengan cuti hari sabtu nie? ok? so apa planning uols cuti nie?


semalam akak ada dapat sms dari firdee yang menjemput kami semua pergi ke rumah akeem dan faizal, ada makan makan sedikit katanya...akak pulak tak dapat hadir dan memohon maaf sebab ada hal di kampung..takpelah, nanti kalau uols buat lagi, akak akan datang yer..insya allah ....


oklah sekarang ini akak nak cerita pasal pertandingan boling yang diadakan di ampang point semalam, alah bukan dapat hadiah pun uols sajer suka suka lah..lagi pun dah lama sangat kami tak pergi main boling reramai nie....


seperti biasa, kalau ada pertandingan boling akak merupakan orang yang paling busy ( katanya) maklumlah akak nie kan pihak penganjur ...so dengan kata lain terpaksa pi tempah lane, meng sms peserta peserta untuk memaklumkan masa, dan tempat pertandingan boling itu akan diadakan dan jugak termasuk pengangkutan bagi miss miss di pandanjaya..maklumlah kami di pandanjaya nie belum mampu membeli kereta, mengharapkan ehsan dari miss miss lumayan dan bandar tasik selatan lah...


so dalam pukul 12 30 firdee telah datang ke rumah akak di pandanjaya, masa tu ada akiko dan juga hamie..selepas ambik akak di rumah, firdee terus ke rumah am dan amy untuk mengambil 2 orang lagi miss, bayangkan dalam kereta JLC tu ada 6 orang miss universe....heheheh kelas kereta firdee..boleh muat dengan 6 orang miss yang bertanding...sampai sahaja di ampang point, kami bertemu dengan kak farah, kak nor dan juga suami kak farah yang tercinta iaitu hans...


kami terus pi ke kaunter, tup tup nampak nama akak yang dah tempah lane awal..dan nasib baik masa tu memang ada lane yang kosong..so kami terus membuat pembayaran dan mengambil kasut....akak sebagai penganjur telah di komplen oleh miss USA yang menyatakan penganjur agak lembab ...wah wah wah..miss USA nie boleh tahan gak mulut dia nie ek..tak per, nanti pertandingan akan datang, miss USA pula yang jadi penganjur kan....


oklah, kami pun pi mendaftar nama , kali ini Miss malaysia , firdalina kasandra telah menawarkan jasa baik untuk AJK bahagian pendaftaran..so mari kita lihat miss miss yang bertanding kali ini


miss dominican republic - amy ( baju uols malam tu memang vogue, konsep baju melekat di kulit katanya..tambahan dengan rambut uols tu..dan jugak cincin yang besar gedabak..memang akak sujud )


miss USA - kak nor ( memang kami semua terpegun dengan perubahan yang mendadak kak nor, semakin chantek dan elegan , dengan konsep seluar ketat yang menunjukkan kaki carrot uols tu kan? serta skirt uols...memang akak lagi sujud dengan kak nor)


miss hong kong - hans ( nie akak tak tahu lah nak cakap..sama ada dia nie layak ker nak masuk miss atau kita panggil mr kot..sebab dia suami kak farah....alah acap dulu pun masuk gak pertandingan miss boling nie kan..nak malu apa ek )


miss egypt - amnatul shima ( awal awal lagi akak dah gentar dengan peserta egypt nie maklumlah pernah kali beberapa siri pertandingan miss universe....so memang akak selalu memerhatikan setiap kali miss ini melakukan lontaran )


miss finland - kak farah ( selepas ketiadaan ady dan acap, akak sering diganggu gugat oleh kehebatan miss finland ..di lahirkan sebagai seorang yang chantek ,bijak , dan cukup package lah ....dia memang hebat..akak memang sangat gentar bila berdepan dengan miss finland nie..dengar kata dia dah buat persediaan yang sangat rapi )


miss thailand- fathemah wong ( merupakan salah seorang miss yang paling ayu dan cute, kawan baik dengan miss egypt sering merancang strategik untuk menumpaskan miss miss lain, heheheh, balingan ayu sambil mengangkat kaki di depan lane, memang salah satu teknik yang agak menggerunkan )


miss malaysia- fidalina kasandra ( miss yang selalu suka merendah diri ( humble katanya ), setiap kali baling akan melemparkan senyuman, dan malam itu dia sangat bersemangat, entah mana datangnya keyakinan beliau pada malam itu, melibaskan kain di pentas, catwalk dengan swim suit tanpa rasa segan dan silu, beliau sangat konfident)


miss colombia - maria hulia julia mendoza ( hampir menarik diri sebab menerima sms dari keluarga di colombia, namun pertandingan yang dah hampir bermula, beliau cuba tabahkan hati dan meneruskan pertandingan, namun mendapat sokongan moral dari miss malaysia, miss philipines dan jugak miss finland..terima kasih yer)


miss philipines - akiko tomsen sunade ( juga hampir menarik diri dari pertandingan miss universe kerana kepenatan balik dari kerja amal di negara beliau, namun setelah dipujuk oleh miss colombia, akhirnya beliau setuju, apatah lagi, sebaik sahaja beliau turun dari kapal terbang, kawan baiknya, miss malaysia datang menjemput beliau ke tempat pertandingan )


oklah tuan tuan dan puan puan , 9 orang miss yang bertanding yer, so mari kita lihat keputusan nya pulak...


puisngan pertama : swimsuit competition


oleh kerana kami semua dah lewat datang, maka pertandingan miss kali ini hanya terbahagi kepada 2 kategori iaitu swimsuit dan juga evening gown sahaja yer.....so pertandingan swimsuit bermula. semua miss dah bersedia untuk menambat hati juri yer...ada yang ikat skarft kat tepi, ada yang letak kat leher atau mana manalah, asalkan uols tak llilit kat leher, pastu tak leh tanggal..itu sangat bahaya yer.....mario kita lihat markahnya


dominican : 95


usa : 133


hong kong : 107


egypt : 114


finland : 133


thailand : 119


malaysia : 128


colombia : 132


philipines : 96


dari markah yang diberikan oleh juri, maka miss finland dan usa berkongsi tenpat pertama, diikuti oleh miss colombia , miss malaysia dan miss thailand...itulah top five bagi swimsuit


seterusnya peserta bersedia dengan evening dress dan jugak menjawab soalan yer..ini yang paling mencabar, miss miss kena bersedia dari segi mental untuk menjawab soalan soalan yang bakal dikemukakan nanti...


mari kita lihat markah bagi evening gown yer....


donimican : 88


usa : 139


hong kong : 74


egypt : 99


finland : 130


thailand : 115


malaysia : 145


colombia : 142


philipines: 95


so, kesimpulannya, miss malaysia di tempat yang pertama ( dia confident menjawab soalan dengan bahasa inggeris..lancar dan fasih, siap dengan pepatah lagi katanya....), miss colombia di tempat ke dua. ketiga usa, keempat finland dan kelima thailand..nampaknya top five kali ini miss yang sama....


sekarang semua orang tertunggu tunggu untuk mengetahui keputusan miss universe kali ini, sebab pertandingan kali ini sangat sengit yer....


tempat ke 9: miss hong kong ( 181)


tempat ke 8: dominican rep ( 183)


tenpat ke 7 : philipines ( 191)


tempat ke 6 : egypt ( 213)


tenpat ke 5 : thailand ( 234)


tempat ke 4: finland (263)


tempat ke 3 : usa (272)


tempat ke 2 : malaysia ( 273)


tempat pertama : colombia ( 274)


markah colombia, miss malaysia dan usa hanya berbeza satu point sahaja...apa apa pun bukan kemenangan yang dicari tapi semangat kesukanan dan persahabatan yer...tunggu lah nanti edisi miss universe yang akan datang........