akum semua...apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira disamping teman yang tersayang..so macam mana dengan kerja hari ini yer? masa berjalan dengan begitu laju sekali kan..tup tup hari nie dah masuk hari selasa dan esok pulak hari rabu.....pergh..bulan april pun dah masuk ke pertengahan sekarang nie......so tak lama lagi masuk bulan mei..jangan lupa besday akak 5 mei yer..tolong kasi hadiah lah weiiii

oklah akak tak mahu melalutrina, so entry kali ini akak nak cerita pulak pasal kak farah yang tersayang pulak..kalau entry sebelum ini lebih banyak menjurus kepada kasandra, akiko dan yang terbaru pulak kak nor, sekarang giliran kak farah @ kak lang pulak yang ingin akak ceritakan dalam blog tersayang akak nie yer...

akak sebenarnya baru kenal dengan kak farah melalui firdee...dulu kami panggil kak farah nie dengan nama manjanya "eryy " ajer....kak farah nie dulu, macam abang abang sikit lah...jalan pun coverina ....bukan macam kak long dan kak ngan yang pecah lubang , macam cover girl layaknya berjalan....

kak farah nie akak jumpa kali pertama di rumah firdee di bukit antarabangsa ..masa tu jamuan hari raya dan besday firdee yang disambut serentak...terkesima dengan pakwe erry iaitu hans....wowo masa tu akak ingat hans tu asal dari pilipina..sebab masa akak cuba mencaras ria dengan hans, dia bagitau dia asal pilipna..wah wah wah ..kau manap..sampai hati kau tipu kak long ek..siap kau manap..hahahhaha..gurau ajer lah...

lepas tu, akak dan kak farah nie selalu nerjumpa bila ada pertandingan boling miss universe yang diadakan di ampang point....kak farah nie tere jugak main boling, sering memberi saingan yang maha hebat jugak..masa tu, ady, acap, dan kak farah merupakan pencabar yang akak geruni sekali......kak farah nie, kalau berjanji , mesti dia akan tepati dan datang awal..contohnya , masa pertandingan boling miss universe, bila akak cakap pukul 10 malam, pukul 9 30 malam, dia dan hans dah sampai yer....

tapi apa yang paling mengharukan hati akak nie ialah kes yang berlaku semalam lah...begini, buat pengetahuan semua, kak farah dan suami telah pergi bercuti ke terengganu uolss..wah wah..seronok bukan? so dia telah membeli lah kerepok lekor dan keropok ikan kot untuk adik beradik 69....dan masa anugerah bintang popular, kak farah dah firdee mengajak kenkawan datang ke rumah untuk makan keropok lekor tersebut...masa tu akak tak dapat hadir lah uolsss

tapi semalam, hari isnin, pagi pagi lagi dia telah menghantar sms mengajak akak datang ke lumayan untuk makan keropok lekor nya...ya allah bersungguh sungguh pulak akak tengok dia mengajak akak nie....terharu uols....bukan setakat dia sahaja yang menghantar sms, malahan pakwe kak farah yang tercinta iaitu hans jugak ada hantar sms..

sebaik sahaja abis kelas semalam, kasandra datang untuk membawa akak ke lumayan, sebaik sahaja akak sampai, kak farah dengan penuh ceria menjemput akak masuk...tanpa membuang masa dia terus memotong keropok lekor tersebut....tersentuh pulak akak tengok kak farah nie..yelah, betul lah orang cakap. bila kita buat baik dengan orang, pasti orang akak membalasnya..tapi kalau kita buat jahat dengan orang, tak perlu lah kita balas...biarlah allah yang membalas nya " ...giteww kan akak kan?

so akak pun tengok dia dengan gigih nya memasak keropok lekor tersebut, sambil berbual dengan akak, kasandra pulak, apa lagi, dia terus membuat teh tarik kegemaran akak yer...mungkin ramai yang bertanya , best ker teh tarik kasandra? erm susah nak cakap...pi rasa lah sendiri best ke tak kan? tapi akak kasi 5 bintang lah...akak nie bukan lah nak membodek kasandra, tapi benda yang betul, kalau dia buat teh tarik, sampai kena buat 2 atau 3 kali..tapi memang best ...

lepas kak farah masak keropok lekor, akak dengan hans penuh bernafsu memakan keropok lekor tersebut yer..bukan lah akak dan hans bernafsu sesama sendiri, walaupun hans cuba menunjukkan isyarat lucah pada akak yer masa makan keropok lekor iteewwww..opss kak farah.....gurau arr.....abis lah jutgak keropok lekor tersebut..persoalan nya..adakah keropok lekor tu sedap sebab kak farah yang goreng atau keropok tu memang sangat sedap ? entah lah.....akak pun tak tahu...

apa apa pun kak farah walaupun mungkin bagi sesetengah orang mengatakan . alah kalau setakat ajak makan keropok lekor, apalah sangat, namun bagi akak pulak, kalau dah ajak pun kita dah kira berbesar hati bukan? terima kasih banyak banyak pada kak farah yang sanggup menghantar sms berkali kali mengajak makan keropok lekor tersebut...sangat sedap yer....dan tak lupa jugak kasandra yang sanggup membeli susu untuk membuat teh tarik pada malam iteeww...hah, tengok lah betapa lakunya teh tarik kasandra sampai susu pun habis....

kak long sayang kak farah tau.....................