akum semua...apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira disamping orang yang tersayang..so macam mana dengan cuti hari ini? erm lepak sahaja di rumah ? sekarang nie musim panas lah...malam malam pun tak leh tido..kalau kena peluk pun mesti kena akan beralih sikit sebab memang sangat panas kan?
oklah uols , akak nak cerita pulak mengenai perihal seseorang yang akak rasa adik beradik 69 dah tahu pun kisah nie, so mula mula rasa macam tak mahulah nak cerita, tapi bile fikir balik, blog lah tempat akak meluahkan apa sahaja, so akak ceritalah ek....blog nie dah macam kawan , sahabat, teman dan segala galanya lah yer....( alah nyah memang kau nak cerita pun kan? tak payah nak berlas alas...cerita ajer)
oklah, akak nak cerita pasal seseorang jejaka yang berusia 27 tahun ( 2009) yang akak kenali melalui blog.... blog adalah segalanya bermula. jejaka ini lebih dikenali sebagai hairul arsenal , kenapa ada pulak arsenal di belakang namanya? sebab dia merupakan peminat fanatik bagi pasukan bola arsenal....kalau pi rumahnya, akak dapati banyak poster pemain atau pun lambang arsenal, baju bola arsenal, dan sebagainya..malahan sejarah mengenai pasukan arsenal pun hairul ini pun tahu...
beliau seorang yang sangat komitmen dan komited dengan kerjayanya..dilahirkan di bumi hang tuah yang lebih dikenali sebagai negeri masyarakatnya yang kuat melaser( nie bukan akak cakap tau )...bukan itu sahaja, malahan... masakan di negeri ini pun sangat sedap. tak silap akak asam pedas yer...nie dah tersasar pulak nie ....perkenalan kami bermula di starbuck depan dengan pavilion ( sekarang tak starbuck tu dah tutup ) . dia dapat nombor telefon melalui seseorang yang membaca blog akak dan merupakan kawan karib jugak di universiti...
selepas detik perkenalan, kami bersms sahaja, kerap jugak kami bertukar tukar sms....bagi akak dia seorang yang sangat ceria dan kelakar, dulu..... masih ingat lagi, setiap pagi dia akan menelefon akak sambil berkata "selamat pagi....ceria selalu " malahan dia akan menelefon pada waktu tengah hari atau pun sebelum tido....hairul jugak seorang yang bertanggung jawab dan sangat caring dengan sesiapa sahaja....pernah dahulu satu kes, yang mana ic akak hilang, dialah orangnya yang membantu akak menghantar ke pejabat pendaftaran negara cawangan maluri ....( sekarang ini hilang lagi )
sebelum dia mengenali diri akak, dia telah mengalami kisah yang sedih yang mana dia telah putus tunang ...apa yang menyakitkan ialah perkara itu terjadi 1 minggu sebelum mereka akan melangsungkan akad nikah...bayangkan betapa peritnya dan malunya hairul dan keluarganya apabila keluarga di sebelah perempuan meminta putus atas sebab sebab tertentu..oleh sebab tidak dapat menerima kenyataan , jiwanya memberontak....keras....
sejak peristiwa itu,hairul mula tidak percaya dengan cinta...benci dengan perkahwinan malahan dia berazam untuk menumpukan perhatian dalam bidang kerjayanya sahaja itu sahaja lah yang mampu menghilangkan rasa sedihnya........malahan masa lapangnya di isi dengan berjumpa dan melepak dengan kenkawan yer sahaja, kadang kadang akak kesian jugak, masa kami lepak tengok bola, kenkawannya, semua ada awek, tapi dia bawak akak yer untuk menonton bola...mula mula kehadiran akak dalam groupnya tidak begitu disenangi oleh beberapa orang kawannya ...
namun, sekarang semuanya dah ok, kenkawannya dah boleh terima akak, tambahan pulak akak pun bukanlah selalu lepak dengan kawan kawannya lagi dah pun, sekarang banyak dengan adik beradik 69 ( 69 ker atau 96 sekarang yer?) . hairul ini seorang yang berjiwa keras, yakin dengan keputusan yang dibuat, bersifat terbuka, kelakar dan bagi akak semuanya oklah.....kita kan manusia , mesti ada keburukkan atau kekurangan masing masing yer...
akak mula mengagumi hairul ini apabila dia menunjukkan kesungguhan untuk menjaga ayah akak yang sedang sakit di hospital, pada mulanya, akak ragu ragu dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh hairul, manalah tahu, dia hanya bergurau sahaja kan? namun, akak silap, dia memang ikhlas dengan apa yang dibuatnya....dah 2 minggu dia berulang alik dari damansara ke seremban, kadang kadang, tanpa pengetahuan akak, dia dah sampai di hospital seremban....
apabila ditanya , dia akan menjawab " ayah aku kan dah lama meninggal...so aku anggap ayah kau tu macam ayah aku gak kan...lagipun tak salah kan, buat baik dengan orang..kau ajer yang salah anggap ngan aku.." itu yang di lasernya kepada akak yer....kadang kadang tu kan akak malas nak bercakap dengannya, kita cakap baik baik, tapi di balas dengan lahar ria ...tak kisah lah...asalkan hatinya baik ....
masa valentine dulu , kami bercadang nak bela arnab, akak membela arnab betina yang namanya fareeza natasya rabiatul azwa....manakala arnab hairul yang jantan tu namanya apa ek....tak ingat lah...tapi tak sampai sebulan pun, akak dah menyerahkan arnab itu kepada anak buah akak yang bernama iman nabiela nurfatehah ....hah nama arnab pun kelas..nama orang yang jaga pun kelas jugak kan? hehehehehhe....sekarang arnab tu dah besar dan lebih dikenali sebagai "cik nab "
kisah akak dan hairul tiba tiba senyap sahaja, mungkin masa tu akak tak mahu tulis atau perkatakan apa sahaja mengenai hairul, malahan blog akak lebih meriah dengan cerita adik beradik, kisah pian, mat tomyam, acap, shahril dan macam macam lagi lah..dengan adik beradik pun , akak dah mula jarang cerita dengan mereka mengenai hairul, hanya kadang kala terlepas dengan akiko sahaja ( tapi kalau di kedai makan...wah wah si akiko nie pun... heheheh.)....bukan lah bermaksud akak tak percaya dengan yang lain..bukan lah macam tu, hanya rasa malu atau segan nak cerita dengan adik beradik yang lain
semalam , di dalam kereta kak farah semasa menuju ke pusat boling ampang point, kak farah sempat melaser ( masa laser tu bergabung dengan si amy yer..sah sah lah akak kalah 2 lawan 1 kan )
"alah kak long, cerita ajer lah pasal hairul, buat apa nak sorok sorok kan...kita nie bukannya siti nurhaliza kan...nak sorok sorok cerita..." kata kak farah sambil mengerling kat cermin depan kereta sambil disambut dengan senyuman daripada amy yer.....masa kak farah cakap pasal siti nurhaliza ..teringat pulak dengan kasandra yang pernah mengeluarkan statement " i bukan siti nurhaliza ok "
lastly, kepada hairul terima kasih banyak banyak sebab banyak menolong akak dalam masa kesusahan, keikhlasan u menjaga dan melawat ayah di hospital, kami adik beradik iaitu anak anak encik ismail ( termasuklah adik beradik 69 lah kot) mengucapkan ribuan terima kasih banyak banyak, hanya allah sahaja yang mampu membalas budi baik u .....apa apa pun terima kasih atas hadiah pemberian u tempoh hari.....yang penting..."kau selalu contact dengan kak nor kah?"sambil membundarkan mata....
3 comments:
so, dengan ini.... di harapkan agar Kaklong n hairul menunaikan janji dengan kami adik beradik ek... utk buat grand appearance 5/5 nanti...!
insya allah kak lang.....
kami semua akan sentap tau... kalau kaklong bagi excuse last minit...
Post a Comment