akum semua...apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira di samping orang yang tersayang yer...so tengah buat apa tu? akak kat seremban, akak dapat berita dari kenkawan yang mengatakan hujan sedang turun di kawasan petempatan mereka yer..owh ye ker..mesti sejuk nie kan? kat seremban, baru nak mendung sahaja...akak tak sabar nak balik ke pandanjaya, tapi mungkin malam sikit, tak pun pagi isnin lah ( esok, 27 april)
oklah sekarang ini akak nak cerita mengenai satu kejayaan akak dalam dunia boling ni yer..gittewkan ....alah pertandingan lite lite sahajalah...bukannya peringkat dunia pun..oklah semalam satu pertandingan boling planet ym telah dianjurkan oleh abang shak berlangsung di ampang point. seperti biasa abang shak akan menghantar sms kepada semua peserta yang pernah menyertai pertandingan boling anjurannya..dan orang yang menerima sms tu haruslah menyebarkan kepada yang lain...
jadi, akak dan firdee merupakan dua orang yang selalu menyertai pertandingan boling anjuran abang shak nie...kami berdua sepakat nak ambik bahagian , dan memandangkan adik baradik kami yang lain pun tere main, so akak pun jemputlah mereka joint sekali...yang tak nak main pun tak per, asalkan dapat datang memberi sokongan ...ye ker memberi sokongan ? semalam akak tengok para penyokong terutama kak nor sibuk melibaskan rambut sambil melacur ajer kejenya kan? hehehehe
akak sampai di pandanjaya dalam pukul 4 petang, dan sebelum tu akak ada menghantar sms berantai yang meminta dan mengajak adik beradik 69 yang lain menyertai pertandingan boling ini...hanya yang membalas sms itu kasandra, am , kak nor dan jugak daylan...yang lain seperti mendiamkan diri, namun akak percaya kak farah pasti akan masuk berdasarkan prestasi kak farah yang semakin menyengat sekarang nie kan?
dalam pukul 6 lebih akak menerima sms dari kasandra yang tidak dapat menyertai pertandingan boling malam itu, namun dia berjanji untuk datang lewat sedikit..maklumlah hari tu pulak kasandra sibuk dengan meeting, dia pun dah naik pangkat..tahniah uols yer.....bangga lah dengan uols...itu satu pencapaian tu ( ikut cara hamie cakap yer) , nak buat macam mana, memang dia sangat penat dan mengantok, maka akak meminta jasa baik kak farah untuk tumpang keretanya...
akak pun tunggu kak farah di tepi jalan raya berdekatan dengan masjid bersama am dan amy...jalan masa tu jam pulak ..aiyoooo tertekan pulak kami masa tu, sebab pertandingan di jangka bermula pukul 8 malam, masa tu dah pukul 8 04 minit yer, akak dengan rasa serba salah terus telefon abang shak dan memaklumkan kepada abang shak yang kami dalam perjalanan...jalan memang sangat jam...kak farah dengan penuh kesabaran memandu menuju ke ampang point...
sampai sahaja di ampang point, akak, hans dan amy terus ke pusat boling yer manakala kak farah dan am sedang cari parkir kereta...kami bertiga terus membuat pendaftaran dan bayarannya sekali..akak letak nama sebenar, manakala amy , am dan kak farah letak nama negara. masa letak nama tu, am dan kak farah tak sampai lagi lah...apabila semua dah sampai , kami di minta cabut undi pulak, akak dapat no 18, ingatkan lane 18 tapi bukan yer..susunan pemain yang ke 18 katanya...
seperti biasa lahkan, janji pukul 8 malam, tapi pertandingan bermula dalam pukul 9 malam ..bukan salah abang shak pun ...sebab masa tu ada lagi orang yang sedang main boling....sebaik sahaja kami dah ambik lane, abang shak memberi sedikit taklimat mengenai pertandingan boling ini yer...
kami diminta untuk membuat lontaran percuma yer..oh sebelum tu akak nak cerita, yang am bersebelahan dengan secret admirenya..hehehe tahniah uols sehingga dia tak mampu menahan perasaan berdebar apabila membuat lontaran ..gitteewkan am u kan?so apabila pertandingan bermula , akak pun menbuat lontaran..ya allah sangat hazab yer..sebab apa, sebab akak merupakan peserta pertama dalam group untuk membuat balingan..akak memang tak suka jadi orang yang pertama ...
markah masa game yang pertama ialah 136, merupakan markah yang paling rendah dalam 8 orang di lane 23 dan 24 masa tu, apabila jeling ke kanan dan ke kiri skrin, ya allah ada peserta yang dapat 200 lebih jatuhan pin , masa tu semangat dah menurun sebab yelah, nak bandingkan markah kita dengan markah mereka sangat jauh bezanya....tapi boling ini ada specialnya..... ada tricknya........kita mesti yakin dengan diri kita, game yang pertama tidak membawa apa apa maknanya kalau kita tak boleh maintain dengan game yang lain bukan?
akak dah biasa masuk pertandingan boling, jadi akak memasang stategik, iaitu salah satu game akak mesti score 200 sekurang kurangnya untuk menempatkan diri dalam top ten kelak, alhamdulillah, menjadi uols apabila game yang ke 2 akak memperolehi jatuhan pin 200, tepat tepat 200 jatuhan pin..masa tu tak der bocor langsung....cantik sahaja markahnya..apatah lagi kehadiran kak nor dan kenkawan nya memberi sedikit semangat dan tekanan jugak sebenarnya...
pada games yang ke 3, akak mula disaiko oleh satu team akak pulak, yelah ini pertandingan secara individu, bukan team, jadi masing masing kena pandai main saikologi, setiap kali akak membaling, mereka memuji akak ..ingat yer..dalam boling, pujian patut lah kita elakkan, lain lah kalau kau main pertandingan boling miss universe anjuran miss colombia ..itu tak per....boleh lah puji bila miss miss lain membuat lontaran yang luar biasa kan?akak gagal mempertahankan prestasi, akhirnya jatuh ke 146
pada games yang terakhir, masing masing kena fokus sebab games yang terakhir nie lah kita boleh mencelah kak bedah atau mencaras tempat orang lain yer..akak pulak hanya perlu maintan sahaja, tak perlu nak fokus sangat sebab akak merasakan tempat akak tak lah rapuh sangat kan sebab dah dapat 200 pada games yang kedua tadi...bermain dengan selamat adalah sangat penting, balingan akak slow kan sahaja, hanya berharap akak dapat spare sahaja ..itu yang penting...spare sangat penting sekarang nie..kalau dapat strike oklah
menjadi uols..akak dapat 155 ...erm sangat puas hati dengan pencapaian akak pada games yang ke 4...masa menunggu keputusan akiko dan firdee pun sampai...apa lagi semakin riuhlah geng geng kami masa tu kan? akak sempat pergi ke meja urusetia nak tengok keputusan, manalah tau sangkut ke top 10 jadilah..lagipun yang masuk semuanya hebat hebat belaka apatah lagi kat lane kak farah yer..semuanya tere tere belaka ....
akhirnya, abang shak mengumumkan kedudukan peserta..satu demi satu .....gembiranya apabila akak dapat nombor 7 alhamdulilah, walaupun hadiahnya ciput, iaitu rm 20 sahaja, tapi tak kisah lah asalkan akak dapat top ten, dulu kalau dalam pertandingan planet ym, akak dapat top 3 , tapi kali ini hanya nombor 7 sahaja..oklah sekurang kurangnya bila ada pertandingan nanti, kita akak diperhatikan oleh orang gittewkan...
lagi pun memang akak tak berlatih pun ..main dengan adik beradik pun , hanya suka suka sahaja..insya allah untuk edisi yang akan datang...sudah pasti adik beradik yang lain akan masuk terutamanya firdee yang berjaya menjatuhkan 177 pin selepas pertandingan boling ym ..masa tu dia saje main main dengan kak nor, wawa, fahmi dan kawannya dari sarawak....jumpa lagi di edisi boling planet ym yang akan datang...
Pengeluaran Akaun 1 KWSP melalui i-Sinar.
4 years ago
0 comments:
Post a Comment