akum semua...apa khabar? sihat? alahmdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira disamping orang yang tersayang yer.....so macam mana dengan cuti hari nie uols? ok tak? esok dah mula masuk kerja semula bukan? erm biasalah , masa berjalan dengan begitu pantas sekali kan? dan minggu depan kita merupakan minggu terakhir bulan april..tambahan pulak , kita akan kerja sampai hari khamis sahaja lah..sebab jumaat depan kan cuti hari pekerja..yahoooo
oklah uols, dah tengok tajuk entry kali ini? yup kali ini akak nak cerita satu kisah dogeng yang akak rasa uols nak baca pun boleh tak nak baca pun boleh, akak tak paksa uols nak baca sebab nie kisah dogeng semata mata... tapi akak rasa nak hantar lah manuskrip nie pada mana mana penerbit filem, manalah tahu kalau manuskrip ini boleh di buat filem yang malatops katanya....oklah mari kita lihat yer...
pada zaman dahulu, tinggal lah sepasang suami isteri di sebuah kampung yang sangat terpencil yang di namakan kampung pening lalat ..walaupun nama kampung itu sangat pelik, namun penduduknya hidup dalam keadaan aman dan damai ...senantiasa tolong menolong antara satu sama lain seperti aur dengan tebing layaknya...
pada satu hari, si isteri telah pun mendapat petanda yang memungkinkan dia akan mengandung,,,maka si suami sangat lah gembira lantaran dia memberitahu kepada semua penduduk kampung yang isterinya telah hamil. habis dicanangnya kepada semua orang termasuk si pengembala kambing, pekebun, dan sesiapa sahaja yang ditemuinya...namun , dalam hatinya berasa gundah gulana, kerana risau dengan kehidupan nya yang umpama kais pagi makan keesokkan harinya..bukan seperti ayam , kais pagi makan pagi, kais petang makan petang...bukan...kehidupannya sangat daif..
maka, dia telah mengambil keputusan untuk pergi merantau dan mencari sedikit kekayaan di bumi allah nie...dengan rasa sedihnya, si isteri terpaksalah melepaskan suami yang tercinta dengan satu harapan suaminya akan kembali..maklumlah suaminya bukan calang calang orang nya..tersangat lah elok rupa paras suaminya itteww..kalau masuk pertandingan miss 2 faces, layak sungguh suaminya memang dengan mudah...
9 bulan 9 hari kemudian, si isteri telah berjaya melahirkan seorang bayi lelaki ...namun semasa bidan menyambut kelahiran bayi itu, tersengar satu bunyi ganjil di tepi laut....maka si bidan pun pergilah melihat di tepi tingkap... , betapa terkejutnya si bidan melihat beribu ribu ekor kuda laut sedang berdiri di atas permukaan laut, tidak pernah dia melihat kejadian aneh sebegini..namun hanya dia dan isteri tadi sahaja yang tahu kisah ganjil ini yer....
maka si anak itu dinamakan maria sebab walaupun lelaki, namun sifat keperempuanan sangat kuat....jalan pun lenggang kangkong layaknya....akan tetapi, kelahiran maria tidak disenangi oleh orang kampung kerana mereka hairan dengan nama "maria " tersebut, sebab nama yang paling glamer di kampung itu ialah zaleha dan zakiah anas...tiba tiba ada pulak seorang bayi yang bernama maria hulia julia mendoza...
maria ditantang seperti minyak yang penuh, selepas 3 bulan maria dilahirkan, si ayah pun pulang ke kampung halaman, di dalam hatinya tidak sabar sabar untuk melihat cahaya matanya..dari khabar khabar yang diterima anaknya itu sangat popular di kampung...apabila si ayah melihat anaknya,. timbul rasa hairan pulak kerana anaknya seperti model layaknya semasa berjalan...lantas dia teringat yang dia pernah mengejek pondan pondan di kampung pening lalat, lantaran itu balasan dari tuhan.,..yer tuan tuan dan puan, moralnya janganlah kita menghina orang yang lembut , nanti kita akan mendapat balasan dari tuhan yer...
selang beberapa purnama kemudian dia telah menerima satu lagi berita gembira iaitu isterinya disahkan mengandung....begitu bangga si ayah, maklumlah sekurang kurangnya dia ingin membuktikan kepada orang kampung yang dia bukanlah mandul ...masih lagi kuat dan bertenaga...dan sekali lagi dia meninggalkan kampung halaman untuk mencari rezeki....tinggallah si isteri bersama dengan anak sulungnya..kecik kecik lagi maria telah mengalami dan merasai kehiduapan yang susah....
petang petang maria terpaksa menemani ibunya menjaga kambing dan lembu, walaupun maria masih kecik lagi namun dia mengerti kepayahan dan kesusahan yang dialami oleh ibunya..ala ala filem oshin gitteww ibunya bekerja yer....9 bulan 9 hari membawa anak didalam perut, akhirnya lahirlah seorang anak lelaki yang menyerupai perempuan jugak, punyalah terkejut si bidan...dah 2 orang anak yang disambutnya sama sahaja sifatnya....tapi kali ini anak itu agak istimewa iaitu mempunyai suara yang sangat kuat..tangisan si anak tersebut sehingga hujung kampung boleh didengar
seperti biasa berlaku jugak satu peristiwa yang sangat aneh semasa kelahiran anak tersebut..berpuluh puluh ekor toyol dan jugak beberapa pontianak terbang mengelilingi rumah tersebut, hanya si bidan sahaja yang tahu, sempat jugak si bidan menasihati kepada si ibu supaya meletakkan ladam kuda di penjuru rumah, untuk menghalau makhlus halus yang cuba mengacau si anak tadi..si ibu paham dan berjanji akan meletakkan beberapa pasang ladam kuda di rumahnya nanti....
bayi yang comel itu dinamakan normala sahaja, maklumlah nama anak yang pertama tadi telah menimbulkan kekecohan di kampung dahulu, maka si ibu telah mengambil keputusan untuk menamakan bayi kali ini dengan nama melayu....kini dia mempunyai 2 orang anak...untuk memudahkan dia mengingatkan anaknya, maka di letakkan pangkat ..iaitu anak yang pertama dinamakan kak long, manakala anak yang kedua di namakan kak ngah....kak long senantiasa berasa cemburu melihat kak ngah yang senantiasa dimanjakan oleh si ibu...namun kak long mengerti sekarang dia terpaksa berkongsi kasih dengan adik barunya....
si ayah pun pulang dari perantauan ...untuk melihat anaknya yang kedua..begitu gembira dihatinya dan apabila dia melihat anak yang kedua, timbul lagi perasaan hairan melihat anaknya pun ala ala sotong yang ingin melepaskan diri dari dicandat....barulah dia teringat semasa isterinya mengandung, isterinya sangat suka memakan sotong yang telah dikeringkan ....maka dia redha dengan ketentuan tuhan..baginya anak adalah rezeki baginya...
selang beberapa bulan, sekali lagi dia menerima berita gembira, isterinya mengandung buat kali ke tiga, dia berharap kali ini, biarlah anak yang dilahirkan itu elok rupa parasnya..maka diberikan isterinya minum susu, kadang kadang minum soya, dan kadang kadang dibelikan sushi dari saudagar jepun yang berdagang...si isteri pulak , asyik berkenan dengan barang barang dagangan yang di bawa oleh saudagar jepun.
seperti biasa si ayah terus membawa diri ke tempat lain untuk mencuba nasib dan ingin membawa sedikit kekayaan kepada keluarganya...maka tinggallah si isteri bersama dengan dua orang anaknya....kehidupannya semakin susah, namun dia kena tabah...baginya kesusahan adalah asam garam dalam kehidupan ...si along sudah pandai menjaga si angah..apatah lagi si angah pun dari umur satu tahun dah pandai bercakap dan berbual bual dengan orang tua tua...si angah nie suka sangat dengar cerita hantu, manakla si along pulak sangat suka bermain dengan ikan sembilang...
sekali lagi bidan terkejut apabila si isteri telah berjaya melahirkan seorang bayi yang sangat comel...puteh sangat kulitnya...gebu pulak, tidak sia sia dia makan tauhu, minum air soya selama ini...anaknya yang dilahirkan sangat elok rupa parasnya....namun seperti biasa berlaku jugak satu kejadian aneh yang mana semasa si anak dilahirkan, banyak tikus datang menyerang kampung tersebut...ini menyebabkan orang kampung berasa pelik dengan kejadian tersebut.....namun kejadian ini telah menjadi satu misteri dalam kampung pening lalat tersebut...
dan anak yang ketiga ini dinamakan farah sahaja,,,nama seperti melayu jugak, namun si farah ini jugak di berikan pangkat dalam keluarga iaitu kak lang..sejak kecik lagi si farah ini telah pandai membaca a, b dan c sedangkan kakak kakaknya yang lain sibuk merebus berudu dalam tin milo...senantiasa di kejar dan disebat oleh ibu mereka..betapa nakal si along dan si angah....kehadiran si alang amat mengembirakan si angah ..si angah diberikan tugas untuk menjaga si alang sebab si along terpaksa mengikut ibu pergi mengutip kangkung , mengutip telur ayam, dan sebagainya....
si suami pun pulang ke kampung untuk melihat anak yang ke 3..sekali lagi dia mengurut dada apabila melihat anaknya sama jugak dengan anak yang pertama dan kedua..mula mula dia terasa sangat malu dengan anak anaknya, namun, ramai orang kampung memuji anak anaknya yang rajin membantu isterinya, maka hatinya menjadi sejuk semula...si alang senantiasa mendapat perhatian si ayah, sering dibawa si alang ke kedai perabot untuk melihat cara cara memasang katil , atau membuka almari, menggunakan gerudi dan sebagainya...
tuhan itu maha kaya, kali ini isterinya disahkan mengandung lagi..wah hebat, dari setahun ke setahun isterinya melahirkan seorang bayi, kali ini dia tak kisah sekiranya anak yang dilahirkan itu seperti anak anak lain, terasa seronok pulak melihat anak anaknya memakai baju perempuan.....namun dia terpaksa meninggalkan isterinya..dengan perasaan yang berat , dia terpaksa melangkah meninggalkan kampung halaman..dengan perasaan yang sedih , dia terus melangkah...
si isteri telah biasa dengan kehidupan yang sangat susah, maka dia terus membesarkan anak anaknya dengan penuh kasih sayang...tambahan pulak anak anak nya sangat istimewa, si angah telah mendapat perhatian ramai sebab kecik kecik dah pandai bercerita, si alang pulak dah pandai membaca buku walaupun berusia 1 tahun, sangat istimewa baginya....
semasa mengandungkan anak yang keempat, dia senantiasa teringin untuk minum teh tarik dan jugak cucur....disamping itu jugak si isteri selalu sangat melihat peta negara kanada dan jugak bendera negara tersebut...dia berharap untuk pergi ke negara tersebut satu hari nanti walaupun dia pasti itu hanyalah satu mimpi sahaja....yang peliknya, semasa mengandung anak yang keempat, dia sangat suka menggunakan make up di muka walaupun dia ingin pergi bekerja..kadang kala dia berasa geram melihat anaknya yang sulong yang selalu menghabiskan revlon yang dibeli oleh suaminya dulu...
setelah 9 bulan dia membawa kandungannya, akhirnya lahirlah seorang bayi yang sangat comel wajahnya..seperti anak yang ketiga..si bidan terus pergi ke luar tingkap untuk menunggu kalau kalau ada kejadian aneh berlaku ....namun tiada apa apa yang aneh berlaku pada malam itu, si bidan percaya anak ini akan menjadi seorang yang berguna pada masa depan ..giteewkan si bidan..namun , si bidan silap. 2 jam selepas bayi itu dilahirkan, tiba tiba salji turun dikampung pening lalat..maka keluarlah orang kampung melihat pekara yang pelik tersebut..maklumlah mereka manalah tahu pasal salji nya...
masing masing sibuk mengutip salji lalu dijadikan ais batu campur, maka perniagaan air batu campur atau lebih dikenali sebagai ais kepal telah bertapak dikampung tersebut....si ibu berasa sangat gembira dengan kehadiran cahaya mata yang keempat..selalu disolek anaknya itu dengan warna warna yang cantik dimuka anaknya..sering dibelikan kain kain yang mahal untuk dibuatkan baju untuk anak yang keempat...kali ini diletakkan nama firdalina kasandra ....sudah pasti nama ini akan menimbulkan rasa tak puas hati di dalam hati penduduk kampung ketika itu yer......dia juga berasa sangat pelik kerana kebanyakkan duda duda di kampung pening lalat sangat suka mendukung firdalina ini ...ramai duda duda di kampung juga ingin mengambil firdalina sebagai anak angkat mereka
* bersambung sobab omak den panggil makan ....masak lomak cili api....
Pengeluaran Akaun 1 KWSP melalui i-Sinar.
4 years ago
0 comments:
Post a Comment