akum semua...apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira disamping orang yang tersayang yer....bagi akak disini sihat sahaja..alhamdulillah...dan hari ini dah hari jumaat, begitu pantas masa berlalu bukan? so apa planning esok yer?
oklah, kali ini akak nak tulis kisah akak bercinta dengan perempuan yer....yelah asyik cerita tentang percintaan kaum sejenis sahaja, so apa kata pulak akak nak cerita pasal bercinta dengan pompuan.. ( sesiapa yang rasa nak muntah , sila jangan baca yer) weiiii...u ols ingat akak nie dari kecik lagi ker bercinta dengan lelaki sahaja kah? no ( sambil menggoyangkan jari telunjuk yer seperti am ) ..gua ada jugak pengalaman bercinta dengan perempuan..malahan yang lain jugak mesti ada jugak kan?
oklah, beginilah lah yer..masa akak menuntut di sebuah universiti tempatan, masa tu matrikulasi perakunan, akak merupukan seorang pelajar yang rajin pergi ke library yer, yelah uols mula mula masuk universiti nie, lain sangat semangat yer...rasa nak belajar bersungguh sungguh yer, apatah lagi perakaunan merupakan bidang yang paling akak benci sekali...namun atas desakan keluarga, akak pun redah ajer lah
satu malam, semasa "study week" seperti biasa akak akan melepak ke library sambil mengulangkaji yer....masa tu tak adalah perasaan sangat dengan lelaki lah..so fokus dengan pelajaran katanya, tambahan pulak akak sangat lemah dalam mathematics iaitu kalkulus....biasanya akak study sorang sorang sahaja, tak reti sangat study group nie...
tiba tiba seorang awek cun melintas di depan akak, dan nak di jadikan cerita, kalkulatornya jatuh betul betul di hujung kaki akak , dengan gentelmennya akak pun mengambil kalkulator tersebut dan menyerahkan kepadanya semula yer...pergh..masa tu kami sama sama tunduk, dan bertentang mata..giteww...cantik skals perempuan nie ....
namun oleh kerana dia seolah olah tergesa gesa, kami tak sempat nak berbual bual, hanya dia melemparkan senyuman yang paling manis sambil berjalan.....dan membuatkan akak masa tu angau lite lite lah yer....akak mengekori langkahnya sehingga dia hilang dari pandangan mata....dan rasa sesuatu perasaan di dalam diri ini...giteww..tak larat
keesokkan malam, akak pergi lagi library, bukan niat nak study, namun untuk mencari semula perempuan yang cantik tersebut, sampai sahaja di muka library , terus akak berpusing sekeliling sambil mencarinya, namun gagal....rasa hampa jugak...so akak pun sambung semula belajar dan membuat ulangkaji, sebaik sahaja, library di tutup, sekali lagi akak tunggu perempuan tu di muka pintu library dengan satu harapan dapat ketemu dengan nya....namun....hampa
begitulah setiap hari akak lakukan di perpustakaan, dari niat untuk belajar , sekarang dah bertukar niat untuk berjumpa dengan wanita yang misteri itu, kadang kala hati akak merasakan itu hanyalah satu mimpi sahaja, atau pun perempuan itu jelmaan hantu ( tetap ada unsur unsur mistik yer)
dan akhirnya penantian akak berakhir
"assalamualaikum...saudari.." tegur akak kepada perempuan itu sebaik sahaja ternampak wajahnya di satu sudut perpustaakan..dia kelihatan khusyuk sekali
"walaikumusalam" dia nampak terkejut sedikit yer, namun untuk mengelakkan rasa kekoknya, dia melemparkan senyuman
"erm..dah lama ke kat sini...?" tanya akak untuk memecahkan kesunyian masa itu
"erm dah lama jugak..u pulak....?" tanyanya kembali
"erm baru ajer sampai...tiap tiap malam saya ke sini..carik awak " opsss macam mana boleh terlepas cakap macam nie kan? bunyinya macam terdesak sahajalah...
"erm ye ker..saya demam..so study kat bilik sahaja.." jelasnya sambil memagang pen...
perbualan kami berdua sedikit sebanyak menganggu tumpuan pelajar yang lain...jelas nampak beberapa pasang mata memandang ke arah kami seolah oleh memberi isyarat supaya kami memperlahankan nada suara..
"erm..boleh saya study kat sini?" tanpa segan silu akak bertanya..
dia hanya menganggukkan kepala sahaja, terus akak membuka buku dan mengulangkaji , namun terus terang, takder satu pun masuk ke dalam kepala nie..malahan rasa berdebar debar, di dalam hati , bertanya tanya siapakah namanya, asalnya, dok kolej kediaman mana..kursus apa...
dari detik itu, kami semakin rapat, setiap malam kami berjanji untuk datang ke library bersama sama, akak akan jalan kaki ke kolejnya ..dan kami berdua akan makan dahulu, pastu baru study, kadang kadang, lepas study kami akan minum dikafeteria....
kawan kawan pun naik hairan melihat kegigihan akak pi library tiap tiap hari, namun akak hanya mendiamkan diri sahaja, lagipun kami bukan ada hubungan yang special, hanya kawan sahaja, namun di dalam hati akak nie, timbul perasaan suka dan minat dengannya..namun takut nak luahkan ....manalah tahu kan.....kalau kena reject pulak..kita nie manalah handsome sangat...
kami terus menjadi rapat, letih dah mendengar usikan, umpatan atau cacian orang lain pasal kami, namun masing masing hanya memekakkan telinga, yang penting kami mahu score dalam paper masing masing..dia mengikuti kursus matrikulasi perubatan ..satu kursus yang agak mencabar..
apabila cuti semester semakin hampir, akak bertekad untuk meluahkan perasaan kepadanya...namun sedar akan kekurangan diri akan pendamkan sahaja, namun di dalam hati ini tuhan ajer yang tahu.....
"erm boleh saya bagitau awak sesuatu?" tanya akak sambil menyedut teh ais
"erm apa..cakap lah..." dia memandang ke arah akak
"erm malulah ....segan...takut.." akak buat buat manja( manja kah lelaki macam tu..itu gaya pondan ajer kan?)
"apa hal nie...biasanya u ok ajer...." dia nampak kurang senang dengan sikap akak yer
"erm saya suka dan minat dengan awak lah...." entah mana semangat yang datang sehingga perkataan itu terkeluar
dia nampak terkejut...dan selepas itu dia tersenyum....
"erm ye ker..maaflah ..saya anggap awak seperti kawan sahaja..lagipun saya dah ada pakwe....namun..awak lah yang terbaik dalam hidup saya sekarang..awak bukan sahaja kawan, namun sabahat bagi saya..namun untuk menganggap awak kekasih..maaf....belum sampai masanya...." jelasnya panjang lebar sambil memandang tepat ke wajah akak...
akak diam sahaja, dalam hati rasa sakit sedikit lah..namun tahan ajer.....dan akak terus melontarkan senyuman....sejak hari itu, kami menjadi kawan yang rapat..kadang kadang timbul rasa cemburu apabila melihat dia turun dari motorsikal pakwenya di depan library, dan pakwe nya pulak macam tak kisah dia berkawan dengan akak ( mungkin pakwe dia ingat akak nie pondan atau bahasa dulu arbok)
sekarang dia dah berkahwin ( byukan dengan pakwenya kat upm) dan kini berkhidmat di hospital seremban.....akak jumpa dengan dia minggu lepas semasa melawat ayah sakit di sana....
kini bergelar DR Zaliyatun Azlila......
2 comments:
khelass berchenta dengan doktor!!
heheheh...tpi nak wat cam ner tak der jodoh lah uolsss....kalau tgk dia kat hospital mesti teringat arrr kisah silam..giteww kan?
Post a Comment